Setiausaha Pemuda Jelaskan Montaj Video Yang Didakwa Bahan Kempen.. Apa Sebenarnya Didedahkan???

Setiausaha Pemuda PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil tampil mengemukakan penjelasan berhubung penayangan montaj video pada malam tadi yang didakwa sebagai bahan kempen untuk calon timbalan presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Khairil Faizi dalam pengumumannya hari ini berkata, montaj berkenaan sebenarnya disediakan lebih awal, malah sebelum Tuan Ibrahim mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

"Sebab ada orang bercakap (kata video sebagai kempen), jadi kita terpaksa jelaskanlah.

azlan"Kita beritahu, video itu tak ada kaitan dengan pemilihan," katanya ketika ditemui di Dewan MBSA, Shah Alam hari ini.

Jelasnya, montaj video yang menampilkan ucapan Tuan Ibrahim itu merupakan sedutan daripada rakaman program Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kedah pada 19 Februari lalu.

"Datuk Tuan Ibrahim yang datang rasmikan perhimpunan itu," katanya.

Menurut Khairil Faizi lagi, montaj berkenaan juga disediakan pada saat akhir sebelum muktamar dewan Pemuda diadakan.

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap di kalangan perwakilan memandangkan ia dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Menerima Plak Semasa Muktamar Pemuda

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/253952_213136432052565_206268379406037_665859_3865466_n.jpg

RM1 Juta Dibelanjakan Kerajaaan Terengganu Untuk Pembelian 33,880 Sejadah, Tapi Tidak Diagihkan... Kenapa?

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu dibawah kepimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said didedahkan telah membeli sebanyak 33,880 unit sejadah bernilai hampir RM1 juta.

Malangnya, kesemua sejadah-sejadah tersebut tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau tetapi masih tersimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, sejak beberapa bulan lalu.

(Gambar - Sejadah dikatakan disimpan di Stadium tertutup Gong Badak)

Hal tersebut, didedahkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu dalam jawapan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undnagan Negeri (Adun) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Soalan asalnya, berapa banyakkah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang dibeli oleh kerajaan negeri dan sila nyatakan syarikat pembekalnya serta berapakah kos pembiayaan yang ditanggung kerajaan negeri Terengganu.

Menjawab soalan tersebut, pihak kerajaan menjelaskan jumlah sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat yang telah dibeli oleh kerajaan negeri ialah 33,880 unit.

Manakala, syarikat yang membekalkan sejadah tersebut adalah BIBI HAWA & SONS yang beralamat di No.33, Aked MARA, Jalan Danby, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM999,460.00.

Kerajaan negeri turut menjelaskan bahawa sejadah tersebut masih lagi disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid-masjid seluruh negeri ini.

Sementara itu, Ustaz Wan Hassan melahirkan rasa dukacita kerana jumlah sejadah yang banyak telah dibeli tetapi tidak diagihkan ke masjid-masjid atau surau.

Bahkan, beliau turut sangsi dengan jawapan tersebut kerana hampir keseluruhan masjid-masjid yang terdapat di Terengganu telah berkarpet.

“Kita (PAS) rasa dukacita kenapa sejadah yang telah dibeli begitu banyak tetapi tidak diagihkan lagi ke masjid-masjid atau surau di seluruh negeri ini.

“Saya rasa sangsi dengan jumlah sejadah yang banyak dengan kos hampir RM1 juta dibelanjakan oleh kerajaan. Hampir semua masjid di Terengganu dipasang dengan karpet yang tidak lagi menggunakan sejadah,” ujarnya.-BO

Tayangan Video Pendek Muktamar Pemuda Berbau Kempen... Benarkah?

Tayangan video pendek berhubung program Pemuda PAS dalam muktamarnya pada Selasa malam menimbulkan cakap-cakap sama ada ia berbau kempen.

Ini kerana video kira-kira 10 minit itu dilihat hanya memaparkan sedutan rakaman acara melibatkan beberapa pemimpinnya sahaja.

NONESelepas ketua dewan itu Nasrudin Hassan menyampaikan ucapan dasar, muktamar dipertontonkan dengan tayangan mengenai program yang dianjurkan mereka, termasuk penyertaan dalam demonstrasi di ibu negara.

Antara dipaparkan dalam itu, sedutan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasrudin sendiri yang memberi ucapan penuh semangat.

Mereka dipaparkan dalam satu sedutan video yang berasingan.

Susulan penayangannya, timbul cakap-cakap, termasuk di kalangan wartawan yang mempersoalkan sama ada suatu kempen kepada Tuan Ibrahim.

Dalam perebutan kerusi nombor dua PAS, Tuan Ibrahim menghadapi persaingan tiga penjuru dengan penyandang Nasharudin Mat Isa dan pemidato terkenal Mohamad Sabu.

'Jangan nilai kepetahan pidato saja'

Kira-kira hampir 700 perwakilan termasuk hadirin bagaimanapun menonton dengan penuh khusyuk tayangan tersebut.

Manakala, dalam buku ucapan dasar yang diedarkan kepada wartawan, Nasrudin juga turut menyentuh berhubung pemilihan kepimpinan parti di pelbagai peringkat.

NONEBeliau berkata Islam mengajar supaya dipilih pemimpin yang "layak, mampu dan beramanah".

"Bukan populariti, bukan juga title yang ada pada nama dan tidak hanya dinilai pada kepetahan berpidato semata-mata.

"Sebaliknya memilih dan menyerahkan amanah kepimpinan kepada mereka yang ikhlas, benar, berilmu, mampu melaksanakan tugas dengan baik, berakhlak dan bertakwa," katanya.

Tegasnya, pemilihan tersebut usah dijadikan kesempatan untuk bersengketa tetapi dijadikan sebagai peluang "untuk merapatkan jurang, mengimpal retak, menjalin ukhwah, membina persefahaman dan menyatukan fikrah".

"Kita bentuk saf perjuangan yang satu dan padu laksanakan ikatan batu-bata, membangun menara kukuh gah di persada juang,"katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.