Allahu Rabbi!!! Moga Kembali Membuka Mata, Ya, Allah! Berikan Kesembuhan Buat Dia...

SALAM diberi beberapa kali, lalu suara halus menyapa antara dengar dan tidak. Pintu kayu sudah terbuka namun jeriji besi itu masih bermangga. 

Seorang lelaki muncul dengan pergerakan yang sangat perlahan.Di sisinya tongkat, penguat tubuhnya yang tidak terdaya. Dia yang berbaju kuning lusuh dan mengenakan seluar hitam terlanggar sisi meja kaca yang terletak di ruang tamu.

Saya hanya memerhati saat itu dengan penuh tekun dan menahan perasaan yang amat dalam. Menahan dan terus menahan biarpun sayu sudah mula menyapu kalbu.


Kemudian tangannya mengapai-gapai dan jari jemari meraba-raba permukaan meja yang dilanggarnya tadi. Dia mencari, tetapi gagal. Dia berusaha lagi, gagal dan setelah beberapa kali mencuba, akhirnya anak kunci berjaya ditemui.


Detik pilu itu membuatkan mata saya sudah mula berkaca.

Terkini!!! Chong Wei Saman Razif Sidek, Akhbar Kerana Tuduhan ‘DOPING’.. Jom Terjah!!!


Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei mengesahkan hari ini akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Razif Sidek dan sebuah akhbar Melayu kerana menuduh beliau terbabit dengan pengambilan dadah terlarang.
Beliau memberitahu The Star Online surat tuntutan saman dihantar melalui pejabat peguamnya Song and Partners kepada Razif minggu lepas.
"Tuduhan itu tidak benar. Hanya kerana saya ada kes 'doping' sekarang, kamu tidak boleh membuat kenyataan sesuka hati. Adakah dia mempunyai bukti menyokong dakwaannya?" beliau dipetik berkata portal berita itu.

PULAK!!! Selepas dakwaan ketirisan RM300 juta, Putrajaya ganti skim i- BR1M.. Jom Terjah!!!



Putrajaya mengambil langkah menghentikan skim Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) selepas dakwaan wujud ketirisan berjumlah hampir RM300 juta.
PKR sebelum ini menuduh berlakunya ketirisan dalam sistem pembayaran insurans tersebut kerana jumlah yang dibayar melebihi jumlah dituntut pada hanya RM42 juta.
"Kerajaan juga akan menggantikan skim i-BR1M yang diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," kata Putrajaya dalam satu kenyataan rasmi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.