PULAK!!! Selepas dakwaan ketirisan RM300 juta, Putrajaya ganti skim i- BR1M.. Jom Terjah!!!



Putrajaya mengambil langkah menghentikan skim Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) selepas dakwaan wujud ketirisan berjumlah hampir RM300 juta.
PKR sebelum ini menuduh berlakunya ketirisan dalam sistem pembayaran insurans tersebut kerana jumlah yang dibayar melebihi jumlah dituntut pada hanya RM42 juta.
"Kerajaan juga akan menggantikan skim i-BR1M yang diperkenalkan sebelum ini dengan Skim Khairat Kematian yang akan memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000 yang akan berkuatkuasa selama setahun," kata Putrajaya dalam satu kenyataan rasmi.



Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebelum ini berkata, jawapan Parlimen mengesahkan sehingga 24 September tahun ini, sebanyak 13,015 tuntutan melibatkan RM42 juta dibayar syarikat takaful kepada waris penerima BR1M.
Nilai tersebut lebih rendah jika dibandingkan dengan jumlah yang diumumkan dibayar kerajaan kepada syarikat insurans.
Rafizi mempersoalkan kewajaran pembayaran tersebut dengan menegaskan lebihan bayaran itu tidak akan berlaku sekiranya kerajaan dapat membuat unjuran yang betul selain dapat menjangkakan jumlah tuntutan penerima BR1M secara realistik.
Beliau juga membandingkan pelaksanaan khairat kematian melalui i-BR1M yang dilaksanakan kerajaan Selangor di bawah program Skim Mesra Usia Emas (SMUE).
"Bezanya, apa yang kerajaan PR lakukan di Selangor dengan pemberian khairat kematian tidak menelan belanja merugikan rakyat," katanya.
Beliau juga menggesa perdana menteri mendedahkan individu yang memberi cadangan mewujudkan i-BR1M.
"Kita juga mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan syarikat mana yang mendapat komisyen memperkenalkan i-BR1M kepada konsortium syarikat insuran dan berapa komisen yang dibayar.
"Kelalaian kerajaan membenarkan ketirisan sehingga lebih RM300 juta kepada syarikat besar ialah satu kesalahan yang memerlukan pertanggungjawaban bagi memastikan sama ada ia atas kecuaian semata-mata atau ada unsur rasuah," katanya.
i-BR1M merupakan penambahbaikan program BR1M di mana RM50 daripada jumlah bantuan tersebut ditolak bagi pembayaran premium insurans.
Ia memberi perlindungan takaful kepada penerima BR1M bagi kategori isi rumah dengan kerajaan menyediakan premium sebanyak RM50 dan nilai perlindungan maksimum sehingga RM30,000 sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.
Skim i-BR1M dikendalikan Persatuan Takaful Malaysia dengan gabungan 11 pengendali utama takaful di Malaysia, membabitkan 7 juta penerima.
Dalam pengumuman hari ini juga, Putrajaya juga mengumumkan sistem pembayaran BR1M akan dilakukan tiga peringkat bermula pada Disember ini.

-TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.