RM 1 Juta Lebih Dibelanjakan Untuk Lawatan 2 Hari PM Najib ke Kazakhstan Hadiri Forum Ekonomi Dunia Islam Dan Merisik Menantu



Kementerian Luar Negara hari ini mendedahkan bahawa lawatan dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kazakhstan pada bulan Jun lalu bernilai RM1 juta.

Dewan Rakyat diberitahu jumlah keseluruhan sebanyak RM1,072,213.22 dibelanjakan bagi perdana menteri dan rombongannya menghadiri Forum Ekonomi Dunia Islam.

NONELawatan itu yang berjaya memeterai lima perjanjian antara Malaysia dan Kazakhstan tetapi menimbulkan bidasan apabila timbul dakwaan ia juga digunakan oleh keluarga Najib bagi merisik bakal menantunya.

Menteri Luar Negara Datuk Seri Anifah Aman mendedahkan perkara itu ketika menjawab soalan bertulis anggota parlimen Batu Tian Chua.

Chua mahu tahu jumlah kos, matlamat dan hasil rombongan perdana menteri ke Kazakhtan pada Jun dan Perth ketika hari merdeka lalu.

Dalam jawapannya, Anifah turut menjelaskan, lawatan dua hari Najib ke Turkmenistan pada 11 dan 12 Julai pula bagi memenuhi undangan presiden negara itu.

Ia, tambahnya, turut menyaksikan lima dokumen ditandatangani dan perbelanjannya pula berjumlah RM323,268.19.

Manakala lawatan ke Perth pada 31 Ogos hingga 3 September lalu pula merupakan lawatan peribadi.

Bagaimanapun, tambahnya, YAB perdana menteri mengambil peluang bertemu pelajar Malaysia dan mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Muslim di sana.

Penyanyi Veteren Ahmad Jais Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) - Al Fatihah

Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) kira-kira pukul 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.

NONEMenantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam hari ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lepas kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lepas, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 Sept lepas sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di Shah Alam.

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut.

Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lepas yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

- Bernama

Gempar!!! Bob Lokman Diseret Ke Balai Polis Lantaran Beri Tazkirah Tanpa Tauliah JAIS...



Dipetik dari Facebook Ustaz Riduan Mohd Nor...
Bob LoKman mlm ini diseret ke Balai Polis di Hulu Langat oleh JAIS,,berlaku perang mulut yg dasyat ....ditahan krn menyampaikan tazkirah di surau..aduh bro..bukan ajak org buat maksiat,ajak anak muda balik beragama...nampaknya ini akan jd isu panas..zakat kita hancur sehingga fakir miskin cari gereja,surau kita lengang krn tiada majlis ilmu....sakitnya tanahairku..-



Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

Seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!!

Teratakkampungku

PRU 13 Pakatan Rakyat Akan Kalah Teruk, Jika SPR Bantu Lakukan Ini Untuk Pemerintah, Jom Lihat...

Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandate mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.

Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut. Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.
Kaedah “gerrymandering”

Kaedah ‘gerrymandering’ ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah. Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.

SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya. Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: “kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.

Salah satu amalan ‘gerrymandering’ adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.

Oleh kerana kawasan luar Bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut. Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja. Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.

Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu. Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS. Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan. Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.

Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.
Pemindahan pengundi

Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari sati pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan.

Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.
Undi pos

Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan. Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan.

Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambatan undi-undi pos ke kawasan tersebut.

Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos. Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.
Pengundi hantu

Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.

Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dbeli.

Kelayakan sebagai pengundi seberang laut

Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing.

Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta diseberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.

Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi menggelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.
Pembawa kesulitan kepada pengundi

Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.

Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan. 

- Malaysia Chronicle
(Translated by Viktor Wong)

Tindakan Sultan Selangor Untuk Campurtangan Isu Serbuan Gereja Bukanlah Sesuatu Tindakan Yang Lazim: Prof Dr Aziz Bari, Pakar Perlembagaan

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan sesuatu tindakan yang lazim.
NONEMenurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

“Seseorang akan berfikir sama ada dengan meletakkan umat Kristian dalam kedudukan itu - sesuatu yang tidak dapat dielakkan berikutan serbuan ke atas DUMC - adalah benar-benar mengikut ajaran Islam.

“Lebih-lebih lagi, campurtangan istana dalam perlembagaan negara amat jarang sekali. Apa yang berlaku di Selangor hari ini bukan sesuatu yang lazim.

"Sebelum ini, pernah terjadi kejadian yang lebih teruk seperti bekas menteri besarnya merobohkan surau tertentu di Selangor. Tetapi pihak istana tidak campurtangan,” katanyanya dalam satu kenyataan sms kepada Malaysiakini.

Sehubungan itu, menurut Aziz yang telah menghasilkan tesis, buku dan artikel mengenai peranan monarki dalam Islam dan demokrasi, beliau sependapat dengan biskop Katolik Paul Tan Chee bahawa jika tiada bukti, maka kes berkenaan perlu ditutup.
NONE“Di bawah undang-undang atau sistem undang-undang mana-mana sekalipun, jika tiada bukti, kes ditutup. Tohmahan dan dakwaan lanjut dan sebagainya, mesti dielakkan, khususnya di negara seperti Malaysia,” katanya.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Bagaimanapun, titah baginda, bukti yang diperolehi tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

Menurut Aziz, walaupun Sultan Selangor dilihat melaksanakan kuasanya, namun tindakan baginda itu dilihat tidak konsisten.

“Yang pasti, baginda menerima kuasanya diambil (oleh kerajaan persekutuan) dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang bantahan atau aduan. Daripada apa yang dilaporkan, baginda menerima perkara itu sebagai fait accompli.

“Bagi saya, istana perlu melihat kuasanya dengan gambaran yang lebih luas; iaitu peranannya sebagai simbol negeri dan faktor penyatuan yang mesti mengatasi parti politik. Ia tidak boleh mengambil kuasa secara isolation (terasing).

“Apa yang berlaku hari ini, adalah contoh yang baik.”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.