Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berucap di forum `Serampang Kajang' di Subang Jaya, malam tadi.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata sekiranya PKR ingin menyelesaikan kemelut dalaman di antara Azmin dan Abdul Khalid ia boleh dilakukan dalam pemilihan PKR yang akan berlangsung pada April.
"Kalau hendak selesaikan kemelut dua pemimpin itu tidak perlu PRK kerana semasa pemilihan kita boleh biar mereka bertanding dan bergaduh sesama sendiri," katanya dalam forum bertajuk `Serampang Kajang' di Subang Jaya,



