Polis mengusung mayat wanita yang dipercayai mati dibunuh oleh suaminya di sebuah hotel di Klang
KLANG: Seorang wanita ditemui mati di sebuah hotel di sini manakala lelaki yang didakwa membunuh wanita itu mencederakan lehernya dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Kedua-duanya, mangsa dan suspek berusia 58 tahun itu berkongsi alamat yang sama berdasarkan kad pengenalan mereka, namun hubungan antara kedua-duanya masih belum dikenal pasti.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 5.10 pagi Isnin apabila pekerja hotel mendengar bunyi bising dari bilik mangsa di mana kedua-duanya mendaftar masuk pada malam sebelumnya.
“Apabila pekerja terbabit datang untuk membuat pemeriksaan, dia mendapati lelaki tersebut menyerang wanita berkenaan,” katanya sambil menambah bahawa pekerja tersebut dengan segera menghubungi pihak polis berhubung kejadian yang berlaku.