Ada Yang Tak Kena Dengan Portal MalaysiaKini... Gangguan Pra PRU 13, Mainan Kotor Penggodam!!!

LAMAN sesawang berita online paling berpengaruh Malaysia, malaysiakini.com nampaknya diserang lagi. Sejak semalam ReJaM© gagal mengakses laman tersebut.

Sebentar tadi, semasa cuba mengakses malaysiakini.com/bahasa untuk mendapatkan maklumat terkini berita berbahasa melayu di laman tersebut, browser yang ReJaM© gunakan memaparkan halaman amaran.



Amaran tersebut memaklumkan bahawa kemungkinan laman Malaysiakini mengandungi malware yang berbahaya kepada komputer ataupun berjaya dimanipulasi oleh penggogam.

Keadaan seperti ini biasa kita lihat dialami oleh Malaysiakini di saat menjelang pilihanraya contohnya semasa pilihanraya Sarawak sebelum ini.

Diharapkan pihak pengurusan Malaysiakini dapat segera menyelesaikan masaalah ini.

ReJaM© "Taktik kotor sudah bermula... "

source: http://milosuam.blogspot.com/2012/04/malaysiakini-diserang-penggodam.html#ixzz1rw7eo7Tg

Gambar2: Pelangi Membaluti Matahari Merupakan Fenomena Halo.. Inilah Yang Terjadi Di Ibu Negeri Kedah Darul Aman Tengah Hari Kelmarin.. Menggemparkan!!!

http://speakerpecah.blogspot.com
Harian Metro

ALOR SETAR -  Orang ramai di bandar raya ini dikejutkan dengan satu fenomena alam di mana lingkaran cahaya seakan-akan pelangi mengelilingi matahari atau bulan.

Ia yang dikenali sebagai Fenomena Halo itu mula dikesan tengah hari semalam.

http://speakerpecah.blogspot.com
Sinar Harian

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin merakam gambar halo tanpa pelingungan matahari kerana ia akan memberi kesan merbahaya terutamanya ketika menggunakan kamera Single-Lens refles (SLR).


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia kepada Bernama, keadaan itu adalah satu fenomena yang semula jadi.

"Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi daripada kristal ais dalam awan tinggi cirrostratus yang kelihatan seakan-akan kepingan awan yang terletak pada ketinggian sekitar 6,000 hingga 18,000 meter di atas paras tanah," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata, dalam amalan pemerhati cuaca, kewujudan halo merupakan antara petunjuk yang boleh diguna untuk meramal hujan atau ribut dalam tempoh 12 hingga 24 jam, terutama jika ia diikuti awan jenis pertengahan.

Selain itu, lapisan awan yang dipanggil cirrostratus sangat nipis sehinggakan matahari atau bulan boleh dilihat dengan jelas melaluinya, tetapi ada kalanya matahari atau bulan juga boleh dilihat sebagai bayangan malap emallui lapisan awan yang tebal.

Difahamkan, apabila cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais awan cirrostratus, cahaya tersebar atau dibiaskan yang menyebabkan halo terbentuk.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai yang ingin melihat halo perlu memastikan kedua-dua mata dilindungi daripada pancaran matahari.

"Jangan sesekali memandang halo secara terus dan dalam tempoh yang lama dan perlu sembunyikan matahari dari penglihatan di sebalik binaan, bangunan atau apa-apa sahaja," katanya.


Kredit| Speakerpecah

PANAS!!! RM6 Ribu Harga Satu Pinggan Cenderahati Sempena Pertabalan YDP Agong, RM6Juta DiHabiskan.. Benarkah???



Aku pun tak tahu nak jawap soalan diatas jadi aku lontarkan kembali soalan yang sama kepada sesiapa yang tahu kerana aku jumpa satu artikel dari sahabat sebelah sana yang dapat info yang mengatakan konon nya harga pinggan Pertabalan YDP Agong Ke-14 kelmarin ialah RM6 ribu sebuah.Konon nya info didapati dari email seseorang kepada Dr Asri Zainul Abiddin di FB beliau.Pinggan yang dimaksudkan mungkin pinggan yang dijadikan cenderahati sempena pertabalan (saperti di atas) bukan pinggan yang digunakan untuk majlis santapan.


Gambar Hiasan

Penghantar email mengatakan ada salahguna kuasa dan 'kickback money' yang berlaku dikalangan pegawai kerajaan Istana Negara kerana sebelum ini Pinggan Pertabalan yang melibatkan Duli Duli Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Mizan sebagai YDP Agong cuma berharga RM300 sahaja tapi untuk kali ini ianya berharga RM 6 ribu.Woww...serious dakwaan ini dan aku pun tak tahu pasal pinggan jenis ini.Carian di google hanya menemukan aku dengan Coronation Plate QE 1953 saperti gambar diatas.

Jadi bila hal ini mula tersebar di internet eluk rasanya dijawap oleh mereka yang tahu dan terlibat secara langsung dengan perolehan cenderahati ini untuk tidak di spin kalau tidak benar.Andaikata ianya benar berlaku maka tindakan sewajarnya wajib diambil terhadap mereka yang terlibat.Sementara itu anda boleh baca sumber cerita ini DISINI.

P/S : Mungkin kali ini cenderahati pertabalan ini dibuat dari emas kot..



|SUMBER

Budak Tadika Bawa 50 Paket Heroin Milik Ayah Ke Sekolah Dan Mempamerkan Kepada Rakan2... Apa Nie????


Seorang anak Tadika membawa 50 peket heroin ke sekolah dan mempamerkannya ke teman-temannya.Setelah diselidiki, ternyata paket heroin tersebut dimiliki oleh ayah tirinya, yang akhirnya ditangkap oleh polis terkait kes narkoba.

Sang ayah tiri, Santos Roman (35) pergi ke sekolah anaknya di TK Barnum di Connecticut, Amerika Serikat (AS), untuk mengambil kembali peket heroin miliknya yang dibawa sang anak. Namun ternyata polis telah menunggunya dan kemudian menangkapnya.

Roman dikenai dakwaan risiko melukai anak kecil,  menjual dan memiliki narkoba di wilayah yang hanya berjarak 450 km dari sekolahan. Demikian seperti diberitakan oleh Connecticut Post dan dilapor oleh Daily Mail, Rabu (11/4/2012).

Menurut polis Bridgeport yang menangani kes ini, anak berumur 5 tahun tersebut pergi ke sekolah dengan mengenakan jaket Roman pada Isnin (9/4) waktu setempat. Begitu tiba di sekolah, anak laki-laki ini mengeluarkan bungkusan-bungkusan yang ternyata berisi heroin dan menunjukkannya kepada teman-teman sekelasnya.

Sang guru yang mencurigai bungkusan tersebut berisi narkoba lantas menyitanya. Guru tersebut kemudian memberi tahu ketua sekolah dan kemudian menelefon polis.

Roman yang merasa paket miliknya terbawa oleh sang anak lantas datang ke sekolah. Setibanya di sekolah, Roman langsung mencari-cari anak tirinya. Namun dia hanya menemukan jaket miliknya dan kemudian memeriksa kantong jaket tersebut.

Ketika menyedari bahawa paket heroin bernilai sekitar US$ 500  telah lenyap, dia pun berniat kabur dari sekolah. Namun polis langsung menahan Roman. Sementara sang anak untuk sementara diasuh otoritas setempat sembari menunggu keluarganya ditemukan.

Sumber : http://news.detik.com


Read more: http://www.borakkosong.com/2012/04/budak-tadika-bawa-heroin-ke-sekolah-dan.html#ixzz1rsYFk0OA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.