Ini Bahananya : Bila Dewan Orang Ramai Dijadi Harta Merela..


Penduduk kesal dewan jadi bilik gerakan
Abu Hassan (empat dari kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan laporan polis yang dibuat.
 
BUKIT JENUN – Penduduk dari Kampung Bukit Jenun dekat sini membantah tindakan BN kawasan itu yang menjadikan dewan orang ramai di pekan Bukit Jenun sebagai bilik gerakan BN daerah mengundi Bukit Jenun P11 N19.

Satu laporan dibuat penduduk kampung yang diwakili Pengerusi Majlis Ketua-ketua (MKK) Bukit Jenun, Abu Hassan Shaari di Balai Polis Bukit Jenun baru-baru ini untuk diambil tindakan undang-undang oleh pihak berkenaan.
<--more-->
Abu Hassan mendakwa, penduduk yang tidak berpuas hati dengan tindakan BN itu adalah penduduk dari Bukit Jenun, Sungai Baru, Tanjung Radin, Alor Kumbang, Bukit Nibong, Tanjung Setol, Kampung Dohit, Paya Jenun, kampung Sawa dan beberapa penduduk dari Kampung berhampiran.

Katanya, tindakan BN kawasan itu menjadikan bilik gerakan parti itu begitu ditentang kerana dianggap menceroboh kerana dewan itu milik Kerajaan Negeri dan orang ramai untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.


“Penduduk sedar perkara itu hampir satu bulan lalu selepas melihat kain rentang dan bendera dipasang sekitar kawasan dewan termasuk mengubah suai dewan itu,” katanya.

Dakwanya lagi, tindakan BN menjadikan dewan terbabit sebagai bilik gerakan parti itu menyebabkan penduduk kawasan itu tidak dapat menjalankan aktiviti kemasyarakatan kerana dalam dewan itu turut dilonggokkan bendera parti.

“Dewan itu milik orang ramai dan tindakan menjadikan bilik gerakan tanpa berbincang dengan penduduk dianggap menceroboh,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati ketika dihubungi berkata, beliau menyokong penuh tindakan penduduk di situ menghalang BN menggunakan dewan orang ramai untuk aktiviti politik mereka dalam jangka masa lama.

“Dewan itu milik orang ramai di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri sekarang dan BN kawasan itu tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan dewan itu untuk aktiviti politik dan saya harap penduduk mengambil tindakan undang-undang jika ia masih tidak selesai,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.