Terbongkar!!! Punca Datuk Seri Mukhriz Mahathir Terpaksa Lepaskan Jawatan Menteri Besar Tersebar.. Jom Terjah!!!



ALOR SETAR: Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu mengumum melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kedah.  

Ketika mengumumkan perkara itu pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, Mukhriz berkata, beliau dimaklumkan telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Kedah. 

"Saya dimaklumkan saya hilang sokongan majoriti oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam," katanya pada sidang media.

Alhamdulillah!!! Kemelut Politik Kedah Berakhir, MB "SETUJU" Letak Jawatan Hari Ini? Jom Terjah!!!


Kemelut politik Kedah yang berpanjangan hampir ke penghujung apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dijangka meletak jawatannya hari ini selepas tidak lagi memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), kata sumber.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider Jemaah Pemangku Sultan Kedah sudah memaklumkan kepada Mukhriz beliau sudah tidak lagi memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah dan perlu melepaskan jawatan yang disandangnya.

"Petang tadi (semalam) ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah berpuas hati yang Mukhriz sudah hilang kepercayaan daripada majoriti Adun dalam Kedah," kata sumber kepada The Malaysian Insider selepas menghadiri mesyuarat dengan Adun Barisan Nasional (BN) di Hotel Grand Alora, Alor Setar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.