Isu Istana Kelantan sebagai Bukanlah Konflik : Ku Li




KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, tidak menganggap isu yang berlaku dalam Istana Kelantan sekarang sebagai suatu konflik dan beryakinan ia akan berakhir juga.

Katanya, masalah itu boleh diselesaikan apabila Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra, pulih sepenuhnya daripada kegeringan dan mampu memerintah semula.

"Ia bukan suatu konflik dalam istana...Jika ada konflik bermakna ada perkara-perkara baru timbul, terserah kepada Tuankulah untuk perbetulkan. Tunggulah dia sihat dulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai isu Istana Kelantan itu.

Terdahulu, Tengku Razaleigh hadir pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Kali Ke-13, Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan yang disempurnakan oleh Tengku Bendahara, Tengku Mohammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Tengku Razaleigh yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Perajaan Negeri (MPN) dan ayahanda saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, berkata beliau tidak bercadang untuk campur tangan dalam isu itu.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat Kelantan bertenang dalam menghadapi isu berhubung istana sekarang.

Beliau yakin Sultan Kelantan boleh kembali mentadbir dan memulakan tugas sebagai ketua agama negeri ini setelah sembuh sepenuhnya daripada kegeringan.
"Dulu betullah, baginda diusung ke Singapura, kini baginda boleh bergerak, bercakap, boleh makan, jumpa dengan rakyat, cuma percakapannya agak tidak fasih lagi kerana sudah lama berada dalam koma," katanya. - Bernama

Hulu Selangor: Persiapan Jentera Pilihanraya Pas Membuka Lebih 60 Markas


Rekod Khidmat Cemerlang, Pakatan Rakyat Yakin Diterima Pengundi

Oleh Rusnizam Mahat

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Naib Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata Pakatan Rakyat mempunyai rekod prestasi kerja yang baik di Selangor yang pastinya akan dinilai oleh pengundi di Hulu Selangor pada pilihan raya kecil 25 April ini.

Menurutnya, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan berdasarkan rekod pentadbiran dalam tempoh dua tahun ini melalui agenda reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi negeri.

"Dengan rekod kerja dan prestasi yang baik ini rakyat tidak akan membuat pertimbangan secara emosi tetapi dengan fakta yang cukup jelas bahawa Pakatan Rakyat merupakan gagasan baru yang mampu bawa perubahan di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri," katanya kepada Suara Keadilan.

Tambah beliau, Umno tidak ada lagi isu yang boleh dimainkan dalam pilihan raya kecil itu selain membawa isu bersifat perkauman dan serangan peribadi.
"Umno tidak sekuat dulu dan BN juga tidak ada kekuatan dalaman, maka mereka datang ke Hulu Selangor dengan sogokan politik melalui fitnah yang akan digunakan melalui media yang dikuasai mereka," kata Azmin lagi.

Mengenai persiapan jentera pilihan raya pula, Azmin berkata setakat ini komitmen yang ditunjukkan rakan parti dalam Pakatan Rakyat, seperti PAS dan DAP sangat membanggakan.

"Saya bersyukur kerana persiapan jentera setakat ini bukan sahaja tertumpu kepada jentera KEADILAN tetapi di selaraskan secara kolektif bersama jentera Pakatan Rakyat.
PAS dan DAP nampak bersungguh-sungguh dan cukup komited membantu keadilan dalam pilihan raya kecil kali ini," ujarnya.

Tambah beliau, persiapan jentera PAS dan DAP di luar jangkaan yang menyaksikan PAS menyewa lebih 60 buah markas dan penginapan bagi petugas pilihan raya yang datang dari luar seluruh negara.

"Sementara DAP telah menganjurkan beberapa program khusus untuk masyarakat Cina seperti majlis jamuan makan untuk menjelaskan dasar Pakatan Rakyat di Selangor," ujar beliau.

Azmin berkata, perkara itu menunjukkan komitmen Pakatan Rakyat bergerak dalam satu semangat kekeluargaan bagi menyampaikan mesej kepada pengundi bahawa dasar ia mampu membela hak dan mengangkat martabat mereka.

Ditanya mengenai persiapan PRK Parlimen Sibu yang dikosongan berikutan kematian Ahli Parlimennya dua hari lepas, Azmin berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan perbicangan dalam masa terdekat bagi menentukan calon sesuai di kawasan itu dan berasaskan prinsip 1 lawan satu.

"Pengalaman kita yang lalu khususnya dalam pilihan raya umum, kita mendapat pengajaran besar jangan lagi bersaing sesama sendiri. Dalam konteks di Sarawak ini kita berdepan dengan jentera BN yang memiliki kekayaan luar biasa. Pakatan Rakyat akan bersama bagi menghadapi cabaran besar untuk memastikan kita dapat membawa kemenangan," ujar beliau.

Untuk APCO Sama Ka...Awat La Banyak Sangat Sampai Tara Nie...Tambahan RM12 bilion kepada Bajet 2010: Ahmad Husni



Tambahan RM12 bilion kepada Bajet 2010: Ahmad Husni

Boleh La Senyum Sampai Telinga....

IPOH: Kementerian Kewangan akan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM12 billion kepada Bajet 2010 yang diluluskan kerajaan sebelum ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Ahmad Hanadzlah.

Beliau berkata, sebahagian daripada peruntukan itu akan digunakan untuk melaksanakan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Sebahagian daripada peruntukan tambahan itu akan diberikan kepada enam NKRA dan beberapa kementerian yang memerlukan peruntukan tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pembangunan Generasi Muda Parlimen Tambun di Insititut Latihan Perindustrian (ILP) Ipoh di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata Model Ekonomi Baru dijangka dapat digunapakai mulai RMK-10 selepas pandangan pelbagai pihak diambil sebagai input.

"MEB sedang dalam proses untuk mendapatkan pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta, orang awam, pelabur asing dan pegawai kerajaan yang mahu memberikan imput. Saya yakin kerajaan boleh melaksanakan MEB pada Jun ini," katanya.

Ahmad Husni juga berkata, pihak kerajaan masih dalam perbincangan untuk meneliti inisiatif dan trend yang menepati keperluan negara untuk dimasukkan dalam Bajet Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Katanya, kerajaan sedang menerima imput untuk diteliti dan dinilai sebelum dimasukkan dalam RMK-11 yang dijangka dibentangkan di Parlimen pada Oktober depan. - Bernama

Gobind : Ini Bukannya Kali Pertama... Dah Banyak Kali


Dalam reaksi kepada dakwaan Dr Pornthip Rojanasunand bahawa beliau berdepan dengan tekanan dari kerajaan Malaysia supaya tidak memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo berkata, ini bukan kali pertamaaduan gangguan terhadap pakar patologi itu. Walaupun Gobind berkata beliau masih dalam proses mengesahkan perkara itu dengan Dr Pornthip, ahli parlimen Puchong itu menyifatkan apa yang dihadapi oleh pakar patologi itu sebagai "amat malang". Usaha sedang dibuat untuk membolehkan beliau hadir di mahkamah, tetapi jika gagal "urusan alternatif" akan dibuat untuk beliau memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui pautan video. "Jika itu juga gagal, maka kita terpaksa teruskan dengan apa yang kita ada dan kita yakin, kita masih mampu berjaya untuk membuktikan kes kita, iaitu Teoh Bengh Hock tidak membunuh diri, tetapi sebaliknya ia adalah jelas kes homisid," kata Gobind dalam satu kenyataan. Beliau juga menyifatkan bantuan yang diberikan Dr Pornthip kepada keluarga Teoh sehingga ini sebagai "amat berguna sekali". "Melalui usaha beliaulah kita dapat menggali semula mayat dan melakukan bedah siasat kedua, di mana keputusannya telah memberi dimensi baru sepenuhnya kepada persekitaran kematian Beng Hock," katanya. Gobind berkata, bagi pihak keluarga Beng Hock, perjuangan untuk memberi keadilan kepada Beng Hock akan dan mesti diterukan. "Kita akan meneruskan inkues ini hinggalah ke akhirnya," kata Gobind. Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula menyarankan supaya Dr Pornthip dibenar memberi keterangan dalam inkues tersebut melalui telekomunikasi elektronik.

PAS Selangor : Pelancaran Jentera Pilihanraya di Hulu Selangor Mendapat Sambutan Luar Biasa

Kira-kira jam 3ptg semalam bertempat di Dewan Orang Ramai Batang Kali kira-kira 350 Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya PAS Kawasan JPrK seluruh Selangor telah berkumpul dalam satu Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Selangor untuk PRK Hulu Selangor.

Kota Raja mempunyai perwakilan yang dikira paling ramai termasuk Timbalan Pengarah JPrNS Sdr Norhalim (selaku Pengerusi Majlis), Sdr Jaafar Samsuddin selaku Setiausaha JPrNS, Hj Termizi selaku Pengarah Pilihanraya KR di Hulu Selangor, Sdr Letchumanan selaku Pengerusi DHPP Selangor, Sdr Razif Maslan selaku AJK LPN Negeri merangkap Ketua Penyelaras DHPP Negeri Selangor dan ramai pimpinan JPrK Kota Raja turut hadir termasuk Sdr Shamsul, Sdr Azmi Awang, Sdr Majid, Sdr Ehsan dan rmai lagi.

Jangkaan awal penganjur yang hanya menyediakan 250 kerusi dalam dewan yang agak sempit memaksa ratusan peserta terpaksa berdiri dalam cuaca yang amat panas dalam dewan tersebut.
Para perwakilan muslimin dari Seluruh JPrK PAS Selangor
Perwakilan Muslimat yang bersemangat untuk memperthankan kemenangan PR di Hulu Selangor
Masaalah awal di Batang Kali telah dikenal pasti dimana pengguna broadband (Celcom lain tak tau) akan menghadapi masaalah sukar untuk mengupdate blog ketika berada disana. anda boleh jadi berpeluh dan angin satu badan dibuatnya. Buat penat pikul laptop sahaja.
Bengang, Sekretariat Parlimen Kota Raja cuba buat siaran secara langsung tapi gagal.
Pelancaran semalam dilakukan oleh Pengarah PRK PAS Pusat Hulu Selangor Ust Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS.
Timbalan Presiden PAS menyampaikan amanat
Beliau menyeru seluruh petugas agar berganding bahu bersama-sama PKR dan DAP serta KPP bagi memastikan kemenangan calun yang akan mewakili Pakatan Rakyat pada PRK itu nanti. Berbanding dengan BN yang dilihat mempunyai pelbagai masaalah kebelakangan ini memberikan ruang dan peluang kepada PR untuk muncul sebagai pemenang dalam PRK ini.

Lapuran oleh Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Selangor JPrNS Sdr Mohd Radzi memberikan input yang sangat berguna kepada semua petugas keran pendetailan dlam presentation beliau amat jelas bahawa kekuatan dan kelemahan parti lawan telah ada dalam tangan.

Seterusnya beliau memberi tahu bahawa Kontigen Selangor akan bertugas sepenuh masa di Ampang Pecah dan beliau juga mahu agar semua petugas mesti bertugas dengan penuh dedikasi, amanah dan tanggung jawab dan tidak lari dari menjalan tugas pada tempat yang telah ditetapkan.
YB Dr Rani dan Pengerusi DHPP Perak
Ust Salehuddin Nasir YDP Gombak, Hj Termizi dan Letchumanan
"Kita telah menyedia kan sebanyak 60 buah rumah penginapan untuk semua petugas" katanya disambut tepukan gemuruh oleh para perwakilan.

Nota : Untuk petugas PAS dari Kota Raja satu Taklimat Khas oleh Pengarah Pilihanraya H.S Kota Raja akan diadakan pada hari Selasa 13.4.2010 jam 9.00 malam di Markaz PAS Kawasan, Bukit Naga bagi menyusun jadual bertugas Cawngan-Cawangan PAS di Ampang Pecah kelak.

Kyrgyzstan: Pembangkang ambil alih kuasa, tuntut Presiden letak jawatan

BISHKEK: Parti pembangkang Kyrgyzstan berkata ia sudah mengambil alih kuasa dan membubarkan Parlimen selepas tunjuk perasaan memaksa Presiden Kurmanbek Bakiyev melarikan diri dari ibu negara di Asia Tengah itu.Pemimpin kerajaan sementara, Roza Otunbayeva, menuntut peletakan jawatan Presiden Bakiyev yang didakwa sedang cuba mengumpulkan penyokongnya di selatan Kyrgyzstan.

Otunbayeva adalah tokoh yang membantu Bakiyev memperoleh kuasa presiden lima tahun lalu.

“Penduduk Kyrgyzstan mahu membina sebuah negara demokrasi. Apa yang kita lakukan semalam adalah jawapan kepada tekanan dan kekejaman rejim Bakiyev kepada rakyat selama ini.

“Anda boleh menggelar ini sebagai revolusi. Anda juga boleh katakan ini satu revolusi rakyat. Kedua-duanya adalah cara kami untuk menyatakan apa yang kami mahu demi keadilan dan demokrasi,” kata Otunbayeva yang pernah menyandang jawatan Menteri Luar dalam kabinet Bakiyev.

Semalam, Bishkek dikejutkan dengan letupan kereta dan kebakaran bangunan kedai, sehari selepas sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera kerajaan dan pasukan keselamatan.
Asap hitam memenuhi ruang udara Rumah Putih atau pejabat kerajaan, ketika penduduk merempuh bangunan tujuh tingkat itu dan membakar beberapa bilik.

Bantahan yang bermula tiga hari lalu di beberapa bandar wilayah, tercetus berpunca daripada perasaan tidak puas hati berikutan amalan rasuah, nepotisme dan kenaikan harga barang di negara yang satu pertiga daripada 5.3 juta penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan.

Amerika mempunyai pangkalan udara di bandar Manas di Kyrgyzstan untuk menyokong tenteranya di Afghanistan. Ia juga adalah penyumbang utama kepada Kyrgyzstan, selain China dan Russia yang turut mempunyai pangkalan tentera di negara bekas Soviet itu.

Jurucakap Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, berkata, Otunbayeva memberitahunya melalui telefon bahawa beliau menguasai sepenuhnya negara itu dan kini menjadi ‘ketua kerajaan yang baru’.

Putin sebelum itu menafikan Moscow memainkan peranan dalam pertempuran itu, manakala Otunbayeva berkata kerajaan barunya akan mengekalkan perjanjian yang membenarkan pangkalan udara Amerika terus beroperasi.

“Status quo pangkalan itu masih kekal. Kami mempunyai beberapa persoalan mengenainya. Berikan sedikit masa supaya kami boleh mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak dan menyelesaikan semua yang perlu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.

Bakiyev meninggalkan Bishkek menuju ke selatan Kyrgyzstan, yang juga kubu kuatnya. Seorang saksi berkata, beliau tiba di lapangan terbang Osh, lewat petang Rabu, manakala Otunbayeva berkata Bakiyev berada di wilayah kelahirannya, Jalalabad.

“Kami mahu merundingkan peletakan jawatan beliau. Urusan Bakiyev di sini sudah berakhir. Penduduk yang terbunuh semalam adalah mangsa rejimnya,” kata Otunbayeva yang menambah, beliau berkuasa penuh ke atas kerajaan sementara, kecuali bagi Osh dan Jalalabad. – Reuters

Kes Teoh: Sapa Yang Berbohong : Menteri ka Pakar patologi Siam...


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz berkata pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand berbohong berhubung dakwaannya yang kerajaan Malaysia menggunakan "tekanan politik" untuk menghalangnya daripada memberi keterangan.

"Dia seorang pembohong! dia berbohong dalam inkues dan dia berbohong sekarang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nazri diminta mengulas dakwaan Dr Pornthip bahawa beliau diberi "isyarat" dan berdepan dengan "tekanan politik" supaya menghentikan pembabitannya dalam siasatan berhubung kematian Teoh Beng Hock.

Dr Pornthip mendakwa beliau dihalang daripada masuk ke Kelantan sewaktu urusan rasmi melalui sempadan Thai-Malaysia pada bulan Januari tahun ini, dan menyifatkannya sebagai salah satu "isyarat" yang tekanan dikenakan ke atasnya.

Walaupun keberatan, tetapi Dr Pornthip telah memutuskan untuk tidak memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh ekoran tekanan terhadapnya itu.
Inkues kematian Teoh akan disambung pada 20 April ini.

Terminal Bas Pudu Raya Pindah Ke Bukit Jalil Mulai Esok


KUALA LUMPUR — Terminal sementara di Bukit Jalil telah dilengkapi dengan kemudahan yang sewajarnya dan bersedia untuk menempatkan operasi perkhidmatan bas ke utara dan selatan mulai esok berikutan penutupan sementara Hentian Puduraya bagi kerja menaiktaraf.

Ketua Pegawai Operasi UDA Mall Sdn Bhd Salamah Ismail berkata pelbagai kemudahan yang terdapat di Hentian Puduraya turut disediakan di terminal sementara itu bagi menjamin keselesaan penumpang dan pengusaha bas.

"Kita tidak jangkakan sebarang masalah akan timbul terhadap perkhidmatan bas kepada penumpang di terminal sementara ini,” katanya kepada pemberita ketika meninjau tapak terminal sementara itu hari ini.

UDA Mall yang menguruskan hentian Puduraya, turut terlibat dalam membangunkan terminal sementara di Bukit Jalil itu.

Operasi perkhidmatan bas di Hentian Puduraya akan dipindahkan sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil, bersebelahan Stadium Hoki Bukit Jalil, mulai esok bagi melancarkan kerja-kerja menaiktaraf dan penambahbaikan Hentian Puduraya yang dijangka mengambil masa empat bulan. - Bernama

"Kami Akan Buktikan Beng Hock Dibunuh" Gobind Singh Deo



Oleh Rusnizam Mahat

KUALA KUBU BAHARU 11 Apr - Gobind Singh Deo, peguambela keluarga Teoh Beng Hock yakin bukti bahawa pembantu politik itu dibunuh dan bukan mati akbikat terjatuh daripada bangunan akan terserlah akhirnya walaupun pakar patologi, Dr Pornthip Rojanasunand dihalang memberi keterangan oleh kerajaan Malaysia.

Malah beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Pornthip bahawa pakar bedah itu menerima tekanan dari kerajaan Malaysia memandangkan pelbagai ugutan yang diterima beliau sebelum ini.

Dalam satu emel kepada Suara Keadilan, Ahli Parlimen Puchong itu berkata pihaknya akan berusaha melepasi halangi terbaru ini melalui pndekatan alternatif.

"Saya merujuk laporan Malaysiakini hari ini yang menyatakan Dr Pornthip tidak akan menghadiri inkues tersebut pada 20 April 2010. Ini tidak menghairankan berdasarkan kepada perkembangan kes.

"Kami telah menjalani inkues yang panjang dan berharap keputusan akan diperolehi seawal yang mungkin. Ini bukan pertama kali beliau mendakwa digangggu ketika dipanggil dalam inkues Teoh Beng Hock.
"Kami berharap agar Dr Pornthip dapat hadir ke mahkamah. Jika tidak, kami akan mencari jalan alternatif supaya beliau dapat mengemukakan bukti-bukti beliau.

"Jika itu juga gagal, kami akan meneruskan dengan apa yang kami ada dan kami percaya kami akan masih berjaya mengemukakan kes yang mana Teoh Beng Hock bukan bunuh diri sebaliknya adalah jelas kes itu adalah satu pembunuhan," kata Gobind.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mahu kerajaan Malaysia memberi penjelasan kenapa perlu campurtangan dalam isu keadilan membabitkan kes pembunuhan Beng Hock sehingga terpaksa memberikan tekanan kepada Dr Pornthip.

Dr Pornthip merupakan pemerhati dalam bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat Beng Hock.

Beliau, sebelum ini mendakwa berlaku unsur-unsur pembunuhan terhadap mangsa yang mati ketika dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pengarah Strategi KEADILAN itu berkata tekanan dan campurantangan yang diberikan kerajaan Malaysia dalam kes itu membuktikan kerajaan takut dan cuba menyembunyikan kebenaran dari pengetahun umum.

"Kenapa takut sangat dengan Dr Pornthip, kenapa tidak benarkan beliau untuk memberi keterangan dan biarkan mahkamah putuskan keadilan dalam kes ini. Sebaliknya kerajaan menggunakan kuasanya untuk menekan dan menghalang kebenaran. Ini membuktikan kerajaan tidak berani berhadapan dalam kes ini yang melibatkan pembunuhan dalam institusi kerajaan," katanya kepada Suara Keadilan.

Tian turut mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini yang mendakwa Dr Pornthip berbohong dengan membuat kenyataan bahawa beliau dihalang memasuki negara ini untuk menghadiri inkues Beng Hock pada 20 April depan.

"Nazri tidak ada hak untuk membuat sebarang penilaian kerana kes itu sedang berjalan dalam inkues siasatan. Beliau tidak berhak untuk mendakwa Pornthip berbohong dan perkara ini menunjukkan kerajaan benar-benar takut. Kenyataan Nazri menunjukkan keangkuhan beliau dan menghina seorang pakar perubatan yang mempunyai prestasi tinggi, terkenal dan dihormati masyarakat antrabangsa kerana tahap profesionalismanya," kata beliau lagi.

Beliau menganggap kenyataan Nazri itu melampaui bidang kuasa mahkamah kerana kes itu kini sedang di dengar dalam inkues kematian pembantu politik berkenaan.

Tian mendesak kerajaan supaya kerajaan tidak bertindak sesuka hati dengan menghalang dan memberi tekanan kepada pakar berkenaan supaya kes itu boleh didengar dan diadili sebaik mungkin.

Inkues Teoh: 'Tekanan politik': Dr Pornthip tidak hadir

Pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tidak akan hadir memberi keterangan dalam inkues Teoh Beng Hock apabila ia bersambung pada 20 April ini, menurutnya, kerana 'tekanan politik' dari kerajaan Malaysia.

Dr Pornthip memberitahuMalaysiakini bahawa beliau telah"dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Beliau berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

Menurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

"Ia disampaikan kepada saya oleh pegawai-pegawai kanan tertentu kerajaan Thai bahawa terdapat tekanan politik dari kalangan tertentu kerajaan Malaysia untuk menghalang kehadiran saya di mahkamah, sehingga ia mungkin mengganggu misi penting forensik semasa saya di Selatan Thai," katanya.

PAKAT-PAKAT PI Ke Kg Santan, Kangar Perlis Banyak mempelam Harum Manis PAS

"KE PUSAT JUALAN & PROMOSI MEMPELAM TEMPATAN,
DAPATKAN HARUMANIS DENGAN HARGA BERPATUTAN,
RASANYA ENAK PENUH KELAZATAN,
KALAU NAK TAHU PAKAT-PAKAT MAI KE KAMPUNG SANTAN"

Berduyun-duyun kenderaan kecil dan besar keluar masuk kampung santan. Siang malam pagi petang begitulah situasinya. Semuanya gara-gara 'Harumanis'. Kampung santan memang terkenal dengan perusahaan mempelam harumanis, sekalipun harumanis boleh didapati di merata tempat di negeri Perlis, namun Perusahaan Abdullah Sekeluarga (PAS) sememangnya menjadi tumpuan pengunjung-pengunjung dan peminat-peminat buah-buahan tempatan. Terletak sejauh 6km dari pekan Kangar, dan 10km dari pekan Arau, perusahaan yang beroperasi saban tahun mengikut musim nya, menjanjikan kepuasan bagi setiap pengunjungnya. Sepengetahuan saya, ada pengunjung dari selatan tanahair yang sanggup meluangkan cuti hujung minggu untuk bertandang ke utara tanahair, hanya kerana sebuah pengalaman menarik menjejaki harumanis. Bahkan ada juga yang datang melalui jalan udara, untuk mendapatkan harumanis di samping bercuti di Perlis dan membeli belah di Padang Besar (sempadan Perlis-Thailand).

Bermula penghujung Mac hingga Jun, adalah musim 'harumanis'. Seorang pengusaha di kampung Santan, giat mengusahakan mempelam ini. Sudah sekian lama dia berkecimpung dalam perusahaan mempelam harumanis ini. Tenaga pekerja yang terdiri dari kaum kerabat terdekat merupakan tunjang kekuatan perusahaannya. Senang dengan jolokan 'Paklah Tok On' atau'Paklah Pelam' perusahaannya menjadi 'buah tangan' setiap yang berkunjung ke negeri perlis. Sebagai jiran kepada seorang pengusaha berjaya, kami tidak terlepas menikmati keenakan harumanis. Sering saja kami diberikan percuma, jika bertandang ke perusahaannya. Terkadang sampai 'segan' untuk kami berkunjung, sekalipun rakan sekerja memesan sekilo dua harumanis. Kerana yang dibeli hanya sekilo dua, tapi yang beliau 'sedekahkan' hampir dua kilo banyaknya. Begitulah berjayanya, dan pemurahnya pengusaha harumanis kampung santan.

Harga yang dipasarkan sangat berpatutan. Ada sekilo RM6, RM7, RM8 dan RM9 mengikut size buah yang dipilih. Selain harumanis, ada lagi jenama-jenama lain spesis mempelam yang dijual seperti Sala, Chok Anan, Santana, Kuinin, dan berbagai lagi spesis mangga. Pengunjung bukan sekadar datang membeli, malah disediakan mempelam-mempelam percuma untuk 'dinikmati' sebelum membuat keputusan untuk membeli. Memang susah untuk menggambarkan kelazatan dan keenakan serta keunikan 'harumanis'. Mungkin sebahagian kita boleh menggambarkan bentuk dan warna 'harumanis'. Namun untuk menceritakan 'rasanya' hanya pemakannya sahaja yang mampu mengungkap kelazatannya. Benarlah pepatah arab berbunyi:


مَـــــنْ لــَــــــمْ يــَــــــذُقْ لــَــــــــمْ يــَـــــدْرِيْ

Buah mangga yang berasal dari keluarga Anacardiaceae dan nama saintifiknya Mangifera Indica boleh dimakan begitu sahaja, atau dijadikan jus, salad, kudapan dan sebagainya. Di sebalik rasanya yang enak dan segar, mangga sebenarnya antara buah-buahan yang kaya dengan pelbagai vitamin terutamanya vitamin A dan C. Selain itu, ia juga membekalkan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, serat dan magnesium. Berbuah mengikut musim, buah mangga mengandungi aktioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab berbagai macam penyakit degeneratif, seperti kanser, tekanan darah tinggi dan jantung koronari.

Namun begitu, oleh kerana sebiji buah mangga (sekitar berat 207 gram) mempunyai kira-kira 31 gram gula, jumlah mangga yang diambil oleh pesakit diabetes perlulah dihadkan. Tetapi ini tidaklah bermakna ia perlu terus dijauhi memandangkan gula mangga adalah semula jadi. Pakar pemakanan Jerman, Dr. Martin Hirte berkata, pesakit diabetes boleh mengambil sebiji mangga selang dua atau tiga hari sekali.

"Buah mangga sebenarnya adalah sumber makanan yang sempurna untuk menambah atau menggantikan garam, vitamin dan tenaga selepas bersenam. Ahli perubatan Yunan, Hakeen Hashmi pernah menulis buah mangga menguatkan dan menggiatkan tisu saraf pada otot, jantung dan otak" ujar Hirte. (sumber: Kosmo Online-Kesihatan)

Akhirnya, buat penggemar buah-buahan tempatan, ayuh berkunjung ke Perlis untuk menikmati keenakan ciptaan Allah. Hanya negeri Perlis sahaja (sehingga kini) harumanis segar berbuah, sekalipun benihnya cuba ditanam di negeri-negeri yang lain. Syukur... Inilah anugerah Allah buat kita semua. Selebihnya kita hendaklah bersyukur terhadap nikmat dan pemberiannya.

PERISTIWA LALU: Masihkah Kau Ingat?


Polis Terengganu kini menjalankan siasatan terhadap tujuh anggotanya yang disyaki terlibat dengan penagihan dadah.

Ketua Polis Terengganu SAC I Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan membabitkan tiga anggota daripada pasukan polis marin, dua dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan dua lagi anggota dari Balai Polis Gong Badak.

"Sampel air kencing kesemua anggota polis berkenaan sedang disaring dan sekiranya didapati positif tindakan sewajarnya akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menyertai Karnival PDRM Bersama Masyarakat Besut yang dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh Datuk Seri Idris Jusoh di Besut hari ini.

Menyentuh tentang pembangunan, beliau berkata Polis Terengganu diperuntukkan RM1 juta untuk projek membaiki bangunan-bangunan lama di balai-balai dan ibu pejabat polis di seluruh negeri.

Beliau berkata pihaknya memandang serius dakwaan terdapat segelintir anggota polis di Terengganu terbabit dengan kesalahan tatatertib yang membabitkan penyalahgunaan kuasa hingga mengambil tindakan sendiri yang tidak menyenangkan masyarakat.

Mohd Shukri berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota, termasuk pegawainya yang tidak berdisplin atau terlibat dengan kes jenayah.

- Bernama

Ulasan GB

Kisah polis Terengganu di atas mengingatkan kita tentang seorang anggotanya yang menembak secara rambang ke arah Suwandi dan Azman menyebabkan kedua-duanya terlantar di hospital dan anehnya undang-undang dipergunakan unuk menyalah Suwandi dan Azman manakala polis yang menembak, Wan Aziz Wan Omar, lepas bebas.

Di mahkamah anggota polis tersebut membuat pengakuan, beliau tidak pernah sembahyang dan minum arak sekali-sekala sekalipun di luar pejabat.

Dan kini lebih ramai anggota polis yang dikesan tidak bermoral dan berdisiplin, malah terlibat dengan penagihan dadah.

Media dan blogger sering dibidas oleh polis kononnya mencemarkan nama mereka sedangkan yang mencemarkan nama pasukan PDRM tidak lain dari anggotanya sendiri. Hal ini telah berulangkali GB nyatakan.

AMBILAN: http://greenboc.blogspot.com/

Piala FA: Kenari Rangkul Pemain Perlawanan Terbaik & Penjaga Gol Terhebat... Alhamdulillah Dapat Jugak...


NEGERI Sembilan muncul juara Piala FA 2010 selepas menewaskan Kedah 5-4 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Begitupun, kemenangan tersebut diraih menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani tampil sebagai wira apabila berjaya menyelamatkan sepakan terakhir pemain Kedah, Mohd. Sabre Mat Abu untuk membolehkan pasukannya menjuarai Piala FA buat kali kedua selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 2003.

Ternyata semangat tidak berputus asa yang dipamerkan pemain-pemain Negeri Sembilan sepanjang perlawanan tersebut berbaloi walaupun pada suatu ketika ketinggalan 0-1 namun berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan.

Dengan kombinasi pemain berpengalaman dan pemain muda, skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu mudah menyerap segala tekanan untuk mengekang serangan yang dilakukan oleh Kedah.

Bagaimanapun, Kedah yang dibarisi rata-rata pemain muda membuka tirai jaringan menerusi Badrol Bakhtiar yang melambung cantik bola hasil gerakan satu dua dengan Mohd. Fadly Baharum sekali gus menewaskan penjaga gawang Negeri Sembilan yang dikawal oleh Sani Anuar pada minit ke-27.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan gol pendahuluan Kedah kembali memperkemaskan jentera serangan mereka dan gerakan solo Mohd. Shaffik Rahman berjaya menghadiahkan gol penyamaan buat pasukannya pada minit ke-39 untuk mengikat keputusan seri 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Ketumpulan bahagian serangan Negeri Sembilan yang diterajui Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak agak ketara dan beberapa peluang untuk menambah jaringan dipersia-siakan.

Sebaik babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan tampil lebih agresif tetapi tetap gagal untuk menggegar gawang.

Kedudukan seri 1-1 kekal sehingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Begitupun, aksi pada masa tambahan ternyata penuh mendebarkan dengan percubaan-percubaan berbahaya yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Namun, kekentalan barisan pertahanan baik Negeri Sembilan mahupun Kedah berjaya mengekang segala asakan dan menyaksikan jentera serangan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh gol kemenangan.

Pada penentuan sepakan penalti, Negeri Sembilan lebih bernasib baik kerana berjaya menyempurnakannya sebaik mungkin sekali gus tampil sebagai juara Piala FA edisi ke-21 ini.

Pemain Kedah Baddrol Bakhtiar dan Helmi Eliza diisytiharkan sebagai pemain dan penjaga gol terbaik perlawanan akhir. Tahniah kepada Ustaz Azizan Abdul Razak dan Mohammad Hassan selaku Presiden Persatuan Bolasepak negeri masing-masing.

Jurugambar Reuters Turut Terbunuh Dalam Rusuhan di Bangkok


Jurugambar Reuters terbunuh dalam rusuhan di Bangkok

11/04/2010 3:12am

BANGKOK 11 April - Hiro Muramoto, jurugambar agensi berita Reuters dari Jepun terbunuh akibat terkena tembakan ketika berlaku rusuhan antara pasukan keselamatan dan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan di tengah Bangkok semalam, lapor media.

David Schlesinger, Ketua Pengarang Reuters yang memetik kenyataan pengarah hospital di mana mangsa ditempatkan berkata, peluru yang menusuk dada Muramoto terkeluar di bahagian belakangnya.

“Kematian Muramoto dalam rusuhan yang berlaku di ibu kota Bangkok benar-benar mengejutkan dan menyedihkan seluruh warga di Reuters,” katanya dalam satu kenyataan.

Muramoto antara mangsa dalam rusuhan penunjuk perasaan antikerajaan Baju Merah yang bertempur dengan pasukan keselamatan dengan jumlah kematian kini telah meningkat kepada 15 orang.

Mereka yang terbunuh termasuklah 11 orang awam dan empat pasukan keselamatan.

Manakala lebih 680 orang lagi cedera terkena tembakan peluru getah dan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pasukan keselamatan dalam usaha menangani rusuhan politik terburuk Thailand sejak tahun 1992.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva menyampaikan ucapan takziah kepada semua mangsa, tetapi enggan tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan yang mahu beliau meletakkan jawatan.

“Saya dan kerajaan yang dilantik akan terus berusaha menangani masalah yang berlaku,” katanya dalam televisyen yang disiarkan ke seluruh negara.

“Sekarang tentera telah menghentikan operasi dan kumpulan penunjuk perasaan mesti segera berundur dari kawasan yang mereka duduki,” katanya. - AFP

'Amaran' MB Selangor: BN Menang, Tarif Air Selangor Naik

Penduduk Kampung Gurney, Ulu Yam Bharu menyerahkan satu memorandum kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim malam ini di satu majlis makan malam anjuran Pakatan Rakyat.

Memorandum berkenaan bertujuan menggesa Khalid mempercepatkan permohonan daripada 26 orang penduduk kampung itu bagi mendapat lesen menduduki sementara (TOL) bagi satu kawasan tanah.

Mereka telah menggunakan kawasan itu bagi tujuan pertanian sejak lebih 15 tahun lalu, kata ketua kampungnya Lai Swu Chong.

Lai menyerahkan sendiri memorandum tersebut sebaik sahaja Khalid selesai memberikan ucapannya di majlis tersebut yang diadakan di sebuah restoran Cina di pekan itu.

Terdahulu, Khalid dalam ucapannya berkata beliau datang ke situ untuk mendengar apa saja aduan daripada penduduk.

Beliau juga menyentuh tentang pencapaian kerajaan Selangor dalam tempoh lebih dua tahun lalu.

"Dalam dua tahun, kita buat banyak berbanding apa yang (BN) 50 tahun lalu belum buat lagi," katanya yang cuba bertutur dengar telor Cina.

Beliau menggariskan pemberian air sebanyak 20 meter padu percuma dan juga pemberian wang sebanyak RM2,500 kepada keluarga bagi setiap warga Selangor yang meninggal dunia.

Beliau bagaimanapun memberi 'amaran', tarif air akan naik sekiranya BN menang dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini.

Jelasnya, kerajaan negeri akan gagal mendapatkan kawalan ke atas syarikat Syabas dan Puncak Niaga, pemegang konsesi air di negeri itu.

"Tapi paling penting, Tan Sri Rozali (Ismail) ialah bendahari Umno di Selangor.

"Kalau kita bagi (BN) menang, dia akan ambil syarikat itu, harga (air) akan lebih mahal.

"Ini (rakyat) punya, bukan satu atau dua orang yang punya," katanya.

Khalid selepas itu memberi jaminan untuk membantu penduduk berkenaan mendapatkan lesen menduduki sementara itu.

"Tapi ini tidak boleh dibuat dalam masa dua minggu saja," katanya.

Kira-kira 450 orang penduduk menghadiri majlis tersebut pada malam ini disertai beberapa pemimpin termasuk Datuk Seri Chua Jui Meng, serta dua ADUN Pakatan - Gan Pei Nei dan Lee Kim Sin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.