TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Tengku Mahkota Johor Dilihat Mesra Dengan Aktres Wanita Jelita... Siapa Aktres Popular Nie???

Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012)
Inilah foto yang diambil daripada laman Twitter milik TMJ, @HRHJohor2(6.45pm, 3 Februari 2012)


Siapakah gerangan wanita cantik di sebelah TMJ itu? Wajah jelita itu saling tak tumpah seperti wajah aktres popular tanahair.  Tak payahlah disebutkan namanya…satu Malaya kenal siapa si jelita itu…Nampaknya, kali ini sudah terang lagi bersuluh.  Tak payah lah kita asyik dok main teka-teki lagi kerana tuan empunya diri sudah berani berkongsi saat-saat mesra mereka melalui  laman sosial ranking ketiga terkenal di dunia ni…apalagi kalau tak laman sosial Twitter.



Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)Laman sosial Twitter milik TMJ (@HRHJohor2)


Bukan apa. ..kami tumpang gembira dan turut berdoa untuk kebahagiaan pasangan merpati dua sejoli ini. Apalagi, tuan empunya laman Twitter sendiri yang asyik me’retweet’ (mengulang dalam bahasa twitter) akan doa-doa dan ucapan-ucapan berbaur tahniah kepadanya. Amin….

Tindakan me-“retweet” (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.Tindakan me-“retweet” (mengulang dalam bahasa Twitter) TMJ yang seakan-akan mengaminkan doa pengikut-pengikutnya.


Apakah ini satu petanda pasangan  ini sudah bersedia untuk tampil di khalayak umum dan mengisytiharkan perhubungan mereka sebagai sesuatu yang ‘rasmi’? Sama-samalah kita nantikan….


SUMBER - mD

Penyanyi Ini Ditendang Dan Dipukul Suami Yang Merupakan Bekas AnggotaKumpulan Muzik Arrow... Apa Puncanya?

Ani Mayuni dan suaminya, Zairi sering dilihat sebagai pasangan suami isteri yang romantis.
PETALING JAYA: Penyanyi Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An Nur Osman, 33, yang cedera teruk dipukul suami membuat imbasan di sebuah hospital pada Jumaat kerana bimbang jika terdapat keretakan pada tulang wajahnya.
Menurut Ani menerusi laman Facebook miliknya, imbasan buat kali kedua itu dilakukan selepas melihat wajahnya yang semakin membengkak akibat kejadian dibelasah itu.
"Hari ini, saya kena buat imbasan untuk kali kedua, takut ada keretakan. Muka mula membengkak," ujarnya.
Entri yang ditulis Ani Mayuni di Facebook miliknya.
Walaupun berhadapan dengan tekanan akibat masalah itu, Ani sempat menulis dalam entrinya yang dia tetap gembira kerana dapat berada di samping anak-anak, kakak dan abangnya.
Sebuah akhbar harian tabloid pada Jumaat melaporkan Ani telah ditendang dan dipukul oleh suaminya, Zairi Azmi atau Ayie,37, bekas anggota kumpulan muzik Arrow dalam kejadian di rumah mereka di Desa Rejang, Kuala Lumpur pada Khamis.
Penyanyi dangdut itu mendakwa kepalanya turut dihentak ke dinding hanya kerana selepas dia meminta suaminya itu membeli sarapan pagi. Sementara itu, pada Khamis lalu, Ani ada memasukkan dua lagi entri yang menggambarkan keadaan rumah tangganya berada dalam keadaan rapuh iaitu: Segala pengorbanan tiada penghargaan..' dan 'Diri ini tidak pernah meminta minta... cuma inginkan sedikit ruang... kalau itu pun adalah satu beban... terima kasih ku ucapkan....
Walaupun teruk dipukul, Ani masih lagi mahu menyelamatkan rumah tangganya demi anak-anak.
Ani dan Ayie telah mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004. Kedua-dua mereka pernah menyertai program Sehati Berdansa musim kedua terbitan Astro pada tahun 2008.

Hajjah Rosmah Mansor Bini PM Hj Najib "DiLondeh Lagi" Isu Berbelanja Sakan Di Australia..

NGO mesra PKR, Jingga 13 hari ini menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.
NONEPertukaran e-mel itu dimuat-naikkan pada laman blog Frockwriter oleh wartawan fesyen Australia, Patty Huntington yang mendedahkan butiran tentang apa yang berlaku antara Huntington, pereka Carl Kapp dan ‘publicist’ beliau Holly Beer.

Rosmah dibidas kerana didakwa telah membelanjakan RM323,000 bagi membeli 61 helai pakaian daripada butik eksklusif Kapp semasa percutiannya Disember lalu di Australia.

Ketua Jingga 13 Fariz Musa berkata pertukaran dua e-mel antara Huntington dan Beer menceritakan bilangan pakaian yang dibeli dan nilainya.

"Kami telah bekalkan bukti tambahan ini untuk menunjukkan bahawa apa yang dinafikan (dakwaan pembelian) oleh Rosmah dan (Pengerusi Festival Fesyen Islam) Raja Rezza Shah bercanggah dengan kenyataan Kapp dan laporan daripada Huntington," kata Fariz.
NONEPada 26 Januari lalu, kumpulan itu membuat laporan kepada SPRM berhubung kolum yang ditulis oleh  Andrew Hornery mengenai Rosmah yang disiarkan di akhbar Sydney Morning Herald.

"Oleh kerana kita telah bekalkan bukti tambahan, kita gesa SPRM memandang serius isu ini dan menjalankan siasatan tanpa prejuds," kata Fariz.

Menurut beliau, SPRM juga perlu merakamkan kenyataan dari Hornery, Huntington, Kapp dan Little Hero.







malaysiakini

KaK Jat Tetap Cekal, Walaupun Didesak Letak Jawatan Dari Segenap Penjuru, Namun Segalanya, Inilah Jawapannya Yang Diberikan..

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang menggesanya meletak jawatan.
    
Beliau berkata tidak ada pemimpin politik yang tidak menghadapi tekanan dan menurutnya perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkhidmat kepada masyarakat malah akan menjadikannya seorang pemimpin yang kuat dalam menghadapi cabaran.
    
"Saya anggapnya sebagai asam garam dalam politik, saya dah lama dalam arena politik, tidak ada mana-mana pemimpin yang tidak melalui pelbagai pancaroba.
    
"Dan kalau orang yang tahu salasilah kepimpinan wanita Umno dan siapa yang membuat saranan seperti ini (meletak jawatan) pasti ada sejarahnya yang tersendiri," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengenai sama ada beliau akan terus berada dalam barisan Kabinet, katanya beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan.
    
Shahrizat berdepan isu National Feedlot Corporation (NFC), yang diterajui suaminya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober lepas menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
    
Isu itu semakin panas berikutan dakwaan pembangkang kononnya wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
    
NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging
import.
    
rafidah shahrizat wanita umno mt pwtc 021208 rafidahMengenai kenyataan bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz yang dipetik  oleh sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris sebagai
berkata sesiapa yang menjadi bebanan kepada parti perlu meletakkan jawatan, Shahrizat berkata beliau tidak tahu mengenai perkara itu kerana baru sahaja pulang ke tanah air.
    
Katanya beliau sangat menghormati Rafidah dan akan terus berusaha memperkuatkan dan memperkukuhkan Wanita Umno supaya bersatu dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
    
Menurutnya beliau yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah akan memulakan tugasnya semula Rabu ini.
    
Shahrizat bercuti rehat selama tiga minggu bermula 13 Januari lalu daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.