TPM Malaysia Bodek PM Najib Ada Udang Disebalik Mee...

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata bancian populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijalankan Merdeka Centre tidak mencerminkan situasi sebenar.

muhyiddin yassin and najib and umnoBeliau berkata laporan terbaru organisasi itu "tidak semestinya benar" kerana ia bergantung kepada bagaimana responden dipilih.

"Kita tidak mengambil serius laporan itu kerana tanggapan orang ramai boleh berubah dari semasa ke semasa. Apa yang penting sekarang ialah apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi isu berbangkit bagi memastikan Perdana Menteri terus mendapat sokongan teguh," katanya kepada pemberita, di Putrajaya hari ini.

Muhyiddin yang ditemui di Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sempena Aidilfitri di Seri Perdana, juga berkata kerajaan bekerja keras untuk mengatasi kenaikan harga barang dan perkhidmatan di negara ini.

"Kami sedang mengatasi isu itu. Kenaikan harga barang adalah isu global. Bagaimanapun kerajaan mengambil langkah untuk menanganinya," kata beliau.

Kajian membabitkan 1,027 responden itu menunjukkan rating Najib jatuh enam peratus daripada 65 peratus pada Mei lepas kepada 59 peratus pada Ogos.

Kajian itu menyifatkan kemerosotan tersebut berpunca daripada kebimbangan rakyat mengenai peningkatan kos sara hidup yang mula dirasai pengguna akibat kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini.

- Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.