Panas!!! Pengacara TV Popular Ini Memilih Minum Bahan Peluntur (Clorox) Akibat Tekanan Terlampau, Apakah Ini Jalan Penyelesaiannya?

Seperti tidak percaya dengan berita yang baru sahaja dibaca, mengenai bekas pengacara wanita rancangan gosip tempatan popular yang bersiaran setiap hari minggu ini dikatakan telah ditahan wad akibat meminum bahan pencuci (Clorox) petang tadi. 


Menurut satu sumber yang dipercayai, figura yang berusia 27 tahun ini telah meminum bahan pencuci berkenaan akibat tekanan dari masalah yang berlaku terhadapnya dan dihantar ke wad kecemasan. 

Dia yang ditahan pada jam 5.13 petang semalam turut cuba untuk menutup muka akibat malu dengan akal pendek yang dilakukan dan tidak mahu identitinya terbongkar. 

Sebelum kejadian, dia ada meminta maaf kepada peminat dan juga pengikutnya di dalam laman twitter dan meminta agar diberikan kepercayan terhadap dirinya kerana dia sendiri tidak dapat menahan tekanan yang terpaksa dihadapinya sekarang.

Twitter Pengacara Wanita Rancangan Gosip
“Mohon kembalikan kepercayaan tersebut. Mohon sangat-sangat, kerana aku tidak mampu berbuat begitu.”

Keadaan pengacara dan juga pelakon tersebut sedikit lemah akibat muntah yang banyak ketika dirawat walau bagaimanapun, dia dilaporkan stabil.


Panas!!! Inilah Wajah Bekas SU Eksekutif Di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Malaysia Didakwa Atas Tuduhan Rasuah Lebih RM300,000...

Dr Shariff Hamid.
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Mara (YPM), Datuk Dr Shariff Hamid, mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah lebih RM300,000 di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin dan minta dibicarakan.
Beliau adalah salah seorang daripada dua yang dihadapkan ke mahkamah ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan membuat tuntutan palsu ke atas satu program latihan yang tidak wujud berjumlah sehingga lebih RM300,000.
Shariff, 52, sebelum itu telah didakwa dengan sembilan pertuduhan iaitu mengemukakan dokumentasi palsu dengan mengarahkan Pengurus Kewangan YPM, Hafizoh Mohd Shah meluluskan pembiayaan untuk satu program motivasi remaja, sedangkan beliau sedar program itu tidak pernah berlangsung.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat YPM di Medan Mara, Jalan Raja Laut di sini pada jam 1.30 petang 23 Julai tahun lalu.
Pengurus Program YPM, Zainal Rashid Zakaria, 43, juga turut didakwa dengan sembilan pertuduhan menipu yayasan berkenaan dengan mengesahkan kewujudan program berkenaan kononnya telah berlangsung di Perak antara 5 Julai hingga 22 September 2011 walaupun menyedari bahawa program itu tidak mengambil tempat sepertimana yang dikatakan.
Zainal didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama pada 25 Mei 2011.
Kedua-dua mereka didakwa menurut Seksyen 18 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Mereka berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda lima kali jumlah suapan jika disabitkan kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh menetapkan ikat jamin sebanyak RM50,000 kepada setiap tertuduh dengan satu jaminan dan mengarahkan mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 2 Mei sebagai tarikh sebutan kes.
Shariff, sebelum menyandang jawatan CEO YPM adalah bekas setiausaha eksekutif di Sekretariat Ibu Pejabat Umno Malaysia.
Beliau juga adalah bekas pengarang ekonomi Berita Harian dan pernah memenangi hadiah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Anugerah Kajai pada pertengahan tahun 1980-an.
Beliau berkhidmat dengan RTM sebagai wartawan penyiaran pada tahun 1984 sebelum menyertai agensi berita nasional (Bernama) pada tahun 1987.
Shariff kemudian menyertai Business Times dan Berita Harian. Beliau juga pernah menyumbang artikel kepada akhbar bisnes mingguan, The Edge.
Menurut rekod, Shariff memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang pentadbiran perniagaan daripada European-American University yang berpusat di Oxford, England.

[GAMBAR2 EKSKLUSIF] Sayunya Hati... Pelakon Pelawak Popular Terlantar Sakit... Saya Hanya Ada RM36 Dalam Bank : Bob Kuman

Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.
“Ada apa Bob?,” soal saya.
“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.
Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.
Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu.
Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
“Timbalan Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.
Bob memaklumkan saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.
Saya kemudian menghubungi Zed menggunakan telefon bimbit. Mujur dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
“Melalui SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Selepas berhubung dengan Zed, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob(HUSNI MOHD RAWI) Maybank 112371007047)
‘Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah’
P/S: Mohon disebarkan untuk membantu saudara Bob Kuman
Sumber: Mazidul Akmal Sidik

Student Power!!! Khemah Siswa Pecah & Roboh Jua, DBKL Bertindak Kasar?



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah daripada kawasan itu.

Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

PTPTN dataran sit in by studentsMahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

dataran sit in PTPTN.Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Sementara itu, DBKL kira-kira jam 4 petang ini berkeras mahu mengalihkan khemah itu sehingga memaksa mahasiswa membuat benteng manusia dan berlaku adegan tolak menolak antara kedua-dua pihak.

DBKL bagaimanapun berjaya merobohkan empat khemah dan merampis satu daripadanya. Mahasiwwa mendakwa DBKL melakukan kekasaran ketika bertindak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.