Perdana Menteri Tawarkan Diri Untuk Letak Jawatan Kerana Gagal...



SEOUL: Perdana menteri Korea Selatan, Chung Un-chan, menawarkan untuk meletak jawatan kerana gagal mendapatkan kelulusan Parlimen membatalkan pemindahan pejabat kerajaan ke luar Seoul.

Chung melahirkan hasrat meletak jawatan ketika satu pertemuan peribadi dengan Presiden Lee Myung-bak, Sabtu lalu, lapor akhbar paling laris, Chosun Ilbo, memetik pegawai kerajaan tidak dikenali.

Sebagai maklum balas, Lee meminta Chung, seorang ahli akademik yang dilantik September lalu, supaya meneliti semula tindakannya itu, kata akhbar. Cawangan media besar Korea Selatan termasuk akhbar Dong-a Ilbo membawa laporan sama.Pejabat presiden dan perdana menteri berkata mereka tidak dapat mengesahkan tawaran peletakan jawatan Chung.

Jawatan perdana menteri sebahagian besarnya lebih kepada adat istiadat dengan sedikit kuasa membuat keputusan, namun individu terbabit mengemudi negara jika presiden tidak berupaya.

Chung mengetuai usaha membatalkan rancangan untuk memindahkan lebih separuh daripada 15 pejabat menteri di Seoul dan bandar berhampiran ke satu kawasan kira-kira 160 kilometer selatan ibu negara atas alasan hanya membazir wang awam.

Parlimen, bagaimanapun, menolak gesaan Lee minggu lalu, memaksanya segera melaksanakan pelan asal yang dikatakan pembangkang akan membantu mengimbangi pembangunan serantau dan menyelesaikan masalah perumahan dan kesesakan teruk di sini

Keputusan itu satu tamparan baru kepada Lee selepas kekalahan mengejutkan bulan lalu dalam pilihan raya datuk bandar dan gabenor di seluruh negara selain dilihat sebagai ujian terhadap sentimen umum terhadap caranya menguruskan isu penenggelaman kapal perang dipersalahkan ke atas Korea Utara. AP

Isu Airbus: MP PJ Selatan Tidak berpuas Hati Jawapan Timbalan Menteri

Jamilah Kamarudin


KUALA LUMPUR: Kerajaan masih keliru berhubung status sama ada Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) telah diberikan pampasan berhubung kelewatan penyerahan Airbus A380 pertama yang sepatutnya dijadualkan pada Januari 2007.

Menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan), Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat memberitahu sidang Dewan Rakyat, pesawat itu akan diserahkan pada Ogos 2011 tetapi ia kemudian Airbus menundakannya lagi kepada April 2012.

Berikutan itu, pampasan sejumlah RM329 juta telah pun diberikan kepada MAS oleh Airbus.

Hee yang tidak berpuas hati dengan penjelasan Jelaing bangkit dan bertanya mengenai percanggahan kenyataan daripada Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) MAS,Datuk Tengku Azmil Zahruddin dalam media 28 Jun lalu.

"Kenyataan Azmil berbunyi "kami masih lagi sedang berbincang mengenai pampasan dan kita harap rundingan akan ditamatkan pada akhir tahun".

"Tapi jawapan menteri kata pampasan RM329 juta telah diberikan…saya keliru dengan jawapan menteri," katanya.

Jelaing kemudiannya mempertahankan penjelasannya dan memberi jaminan akan melihat semula perkara itu untuk dimaklumkan kepada dewan.

"Maklumat yang saya dapat setakat ini adalah daripada sumber sah dari pihak MAS. Saya akan kaji semula pampasan ini dan akan maklumkan kepada Dewan nanti," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Hee mengenai kos pengubahsuaian terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang bagi menampung Airbus, Jelaing berkata ia melibatkan kos RM115.5 juta.

Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) juga menaiktaraf tiga pintu di bangunan satelit KLIA dan juga menaiktaraf landasan bagi membolehkan pengendalian pesawat jenis A380, katanya.

Ikat jamin dikurangkan RM50,000 : Kes Kehilangan Engin Jet

Mahkamah Tinggi Petaling Jaya bersetuju mengurangkan ikat jamin seorang sarjan tentera udara N Tharmendran kepada RM50,000 dengan seorang penjamin.

Hakim
Su Geok Yian memerintahkan Tharmendran menyerahkan pasport antarabangsanya bagi memastikan beliau selamat hadir ke mahkamah.

Tharmendran didakwa bersama Rajandran Prasad Kusy atas kehilangan dua enjin jet F-5E di pengkalan tentera udara Subang pada suatu masa pada Disember 2007.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan beliau bole dipenjarakan sehingga 10 tahun.

Beliau juga menghadapi pertuduhan bawah Sekysen 109 Kanun Keseksaan kerana bersubahat dengan pegawai kanan tentera udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop dalam kecurian enjin daripada pengkalan tentera udara Sungai Besi.

Menurut hakim, selepas mempertimbangkan penghujahan dan affidavit, beliau mendapati bahawa permohonan Tharmendran mempunyai merit.

"Beliau adalah pegawai kerajaan dengan gaji kasar RM3,500, (dan mempunyai) empat tanggungan. Dengan tanggungan itu, beliau tidak mungkin melarikan diri," katanya.

Pelajar Sekolah Di Melaka Terlibat Dengan Sindiket Pelacuran

MELAKA 6 Julai - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah dalam satu serbuan di dua buah hotel, di sini semalam.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki ibu ayam bersama seorang pembantunya yang berusia 20-an.

Turut ditahan mangsa sindiket pelacuran iaitu tiga remaja perempuan berusia belasan tahun yang masih bersekolah.

- Utusan

Pelacur Sekolah Di Melaka Terlibat Dengan Sindiket Pelacuran

MELAKA 6 Julai - Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran melibatkan pelajar sekolah dalam satu serbuan di dua buah hotel, di sini semalam.

Dalam serbuan tersebut, polis berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita disyaki ibu ayam bersama seorang pembantunya yang berusia 20-an.

Turut ditahan mangsa sindiket pelacuran iaitu tiga remaja perempuan berusia belasan tahun yang masih bersekolah.

- Utusan

Kenyataan Saksi Bercanggah : Kes Bakar Gereja

Perbicaraan dua beradik dan rakan mereka yang didakwa membakar gereja Metro Tabernacle pada Januari lalu bermula di Mahkamah sesyen Kuala Lumpur hari ini dengan dua saksi memberi laporan yang bercanggah.

Mohd Tarmizi Yaakob, 21, seorang pengawal keselamatan di stor Finas yang terletak 100 meter dari gereja berkenaan berkata dia terlihat sekumpulan enam orang yang menunggang motosikal pada malam 7 Januari.

Katanya, kumpulan itu mengelilingi kawasan berkenaan sebelum berhenti di hadapan gereja pada kira-kira jam 11.45 malam.

"Mereka pusing sekitar gereja dan berhenti beberapa kali di hadapan. Mereka kelihatan seperti Melayu dan berumur antara 25 tahun,” katanya.

Beliau kemudian terdengar cermin dipecahkan dan melihat api mula menjalar ke bangunan berkenaan.

Bagaimanapun juruelektrik Yong Choy Yee, 34, mempertikaikan versi kejadian itu. Katanya, dia yang berada di kereta kawannya yang terletak kira-kira 20 hingga 30 meter dari gereja itu pada waktu kejadian.

Katanya, beliau melihat antara tujuh hingga lapan orang berjalan kaki menuju ke gereja itu pada tengah malam.

“Mereka bukan menunggang motosikal tapi berjalan,” katanya tetapi tidak pasti sama ada mereka adalah rakyat Indonesia.

Beberapa mereka membawa kayu yang digunakan untuk memecahkan cermin pintu depan, kata Yong kepada mahkamah.

Beberapa lagi, menurutnya membawa baldi yang berisi cecair yang dilemparkan ke kawasan gereja dan menyebabkan kebakaran itu.

Kata Yong kemeja T dan rambut seorang daripada lelaki berkenaan terbakar menyebabkan mangsa itu membuka bajunya dan mencampakkannya.

Kedua-dua saksi bagaimanapun gagal mengecam ketiga-tiga tertuduh berkenaan apabila diminta berbuat demikian di mahkamah.

Adik beradik, Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan Raja Mohamad Idzham, 23, serta rakan mereka Azuwan Shah Ahmad, 23, dituduh bersama beberapa lagi yang masih bebas membakar gereja berkenaan di alamat No 28, Jalan 4/4C, Desa Melawati, pada jam 11.50 malam, 7 Januari tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimun penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga lelaki yang bekerja sebagai penghantar surat itu mengalami kebakaran di bahagian badan mereka ketika melakukan perbuatan khianat itu dan mereka ditangkap pada 20 januari lalu.

Timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi berkata 10 hingga 12 orang akan tampil sebagai saksi dan pihaknya juga akan mempamerkan rakaman televisyen litar terutup bagi membuktikan dakwaan mereka itu.

Serangan menggunakan bom api pada 8 Jan itu mengakibatkan bahagian bawah gereja tiga tingkat di Desa Melawati, Kuala Lumpur itu musnah.

MP Sg Petani Desak Najib Bentang Kertas Putih Isu Felda

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 4 Julai - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini semakin diasak dengan isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat mengenai rizab tunai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjunam sebanyak RM2.37 bilion dalam tempoh lima tahun dan beberapa keputusan pelaburan yang menyebabkan Felda menanggung kerugian.

Tidak cukup dengan tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bermatian mempertahankan status kewangan Felda, isu itu akhirnya mendesak Najib bersuara akibat tekanan politik terhadap beliau.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata, kerajaan pimpinan Najib perlu membentangkan kertas putih di parlimen bagi menjelaskan isu membabitkan kerugian yang dialami Felda.

"Kalau betul kerajaan telus, kita minta kerajaan bentangkan kertas putih di parlimen tentang apa sebenarnya yang berlaku terhadap kewangan Felda. Ini kerana kita ada bukti yang tunjukkan bahawa sebelum Felda diambil alih oleh Najib (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan sebelum diambil alih oleh Ahmad Maslan, 'fixed deposit' Felda amat besar, tetapi kini 'fixed deposit' Felda menjadi terlalu kecil," tegas beliau ketika dihubungi Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau sendiri akan menulis surat kepada Jawatankuasa Wang Kira-Kira Awam untuk menggesa isu kerugian yang ditanggung Felda disiasat.

"Kita bukan nak menuduh sesiapa, tetapi apa yang seolah maklumat yang bercanggah. Kita tidak yakin tindakan dan penjelasan kerajaan betul kerana banyak perkara yang mengelirukan. Ini berdasarkan kenyataan yang dibuat Ahmad Maslan sendiri di parlimen saya masih ingat lagi pada 16 Jun lalu yang menyatakan rizab tunai Felda berkurangan dari RM4.08 bilion kepada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009.

"Ini bermakna rizab tunai menjunam sebanyak RM2.37 bilion dan selain itu juga disebut pembinaan menara Felda pada 2008 yang menelan ratusan juta ringgit. Perkara ini, kerajaan patut berikan sebab," tegas beliau.
Beliau mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa kononnya tuduhan terhadap Felda bankrap seperti yang dilaporkan dalam akhbar Suara Keadilan satu pendustaan, malah merupakan satu penghinaan kepada seluruh warga peneroka di seluruh negara.

Najib juga berkata tuduhan itu merupakan penghinaan kepada sebuah institusi yang selama ini telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu dan penduduk luar bandar sejak 50 tahun lalu.

Mengulas lanjut Johari berkata, isu yang ditimbulkan bukan bemaksud untuk menghina institusi itu dan masyarakat Felda amnya, tetapi memberikan penjelasan dan menjawab isu berkenaan.

"Felda ialah milik peneroka dan anak-anak mereka yang telah memberikan khidmat dengan segala bentuk pengorbanan. Soal yang kita bangkitkan bukan soal penghinaan tetapi kita nak tahu kedudukan sebenar kerana kita tidak mahu nasib Felda serupa seperti yang dialami Sime Darby, Pos Malaysia dan syarikat GLC lain yang menanggung kerugian.

"Sebagai parti (pembangkang) yang bertanggungjawab, kenapa kerajaan nak melompat? Tak payah melompat, kalau perkara itu tidak betul, jawablah. Kita dalam Pakatan Rakyat mempunyai maklumat berdasarkan apa yang kita ada dan tugas kerajaan hanya menjawab sekiranya dakwaan itu tidak betul. Tidak perlulah sampai nak melompat (saman).

"Kita sebagai pembangkang mestilah kita mahu bongkar berdasarkan maklumat yang kita ada, kita sebut kerana kita mahu kerajaan jelaskan isu ini. Biarlah rakyat yang tentukan siapa betul dan siapa salah," kata Johari lagi.

Ditanya mengenai pendedahan ahli jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa di laman blognya beberapa hari lalu yang mengaitkan syarikat kroni milik Umno dengan beberapa projek pembangunan Felda, beliau turut terkejut dengan pendedahan itu dan mahu kerajaan menjawab dakwaan berkenaan kerana ia merupakan dakwaan yang cukup serius.

"Ini satu dakwaan yang berat,  bukan keluar dari mulut ketua cawangan PAS, tetapi seorang pemimpin besar PAS yang sudah pasti beliau mempunyai maklumat tentang dakwaannya. Kerajaan perlu jelaskan perkara ini," tegas beliau.

Antara projek yang dikatakan dianugerahkan kepada firma berkenaan adalah kawasan perumahan dan komersial di Feldajaya iaitu sebuah projek pembangunan untuk generasi kedua peneroka Felda.

Laporan media mendakwa projek tersebut diserahkan kepada firma arkitek W&W yang dimiliki Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Chandan dan seorang ahli pemuda Umno Bahagian Besut, yang dikenali sebagai Wan Burhanuddin Wan Hassan yang memiliki hubungan rapat dengan seorang pegawai atasan Felda di Terengganu.

Menurut Husam, projek tersebut bukan sesuatu yang dibanggakan berikutan lokasinya yang tidak sesuai dan harga kosnya yang terlalu tinggi menyebabkan ia menjadi sebahagian projek gajah putih.

Selain Feldajaya Trolak, terdapat tiga projek seumpama itu di Chini, Serting dan Mempaga yang menelan kos RM152 juta.

Husam juga mendakwa bayaran kepada arikitek berkenaan tidak jelas dan mungkin menjangkau RM500 bilion termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara Trolak dan kolej komuniti di Terengganu dan Sabah.

KPN: Bersubahat dengan Raja Petra boleh Dikena tindakan

Individu yang terbukti bersubahat menaja dan menyembunyikan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, boleh dikenakan tindakan mengikut lunas undang-undang bersesuaian jika didapati bersalah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, sekiranya siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap individu tersebut menunjukkan mereka bersalah, terpulang kepada mahkamah untuk menentukan akta atau undang-undang mana yang sesuai dikenakan terhadap mereka.

"Mahkamah sahaja yang akan tentukan tindakan undang-undang yang sesuai untuk mendakwa mereka, kita hanya boleh cadangkan sesuatu pertuduhan contohnya kesalahan melindungi pesalah jenayah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Musa berkata, polis tidak boleh bertindak melulu untuk mengambil sebarang kenyataan daripada individu tersebut kerana ia perlu dilakukan mengikut prosuder tertentu.

"Kita tidak boleh pergi ke negara lain dan serang (tahan dan ambil keterangan) mereka macam itu sahaja. Setiap negara ada undang-undang mereka, tapi tidak bermakna sebarang tindakan tidak boleh diambil," katanya.

Musa berkata, walaupun polis antarabangsa (Interpol) telah menolak notis arahan merah yang dikeluarkan PDRM untuk menahan Raja Petra, pihaknya mempunyai inisiatif dan strategi lain untuk menahan pengendali laman web itu.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan strategi berkenaan bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang sekaligus boleh mengganggu siasatan polis.

Musa diminta mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan gambar Raja Petra bersama penyiasat persendirian, P Balasubramian, dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim, yang terbukti mempunyai hubungan antara satu sama lain.

Dalam laporan akhbar hari ini, Musa dipetik sebagai berkata PDRM akan memanggil Zaid atau sesiapa yang disyaki terbabit menyembunyikan pengendali laman web itu dalam masa terdekat.

Raja Petra menghilangkan diri daripada dihadapkan ke mahkamah selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei lalu bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, melalui portal berita Malaysia Today.

- Bernama

Harakah antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

Selepas dua tabloid politik dipanggil 'mengadap' Kementerian Dalam Negeri (KDN), kini giliran akhbar organ PAS Harakah pula dipanggil ke Putrajaya.

Menurut portal berita kementerian itu iKDN, dalam pertemuan kira-kira setengah jam bermula pada 1.30 tengah hari tadi, Harakah antaranya "diperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN".

"Niat pertemuan ialah hasrat KDN agar Harakah mematuhi perkara-perkara yang tertakluk dalam garis panduan pemberian permit.

"Antaranya seperti pihak percetakan sewajibnya memberikan KDN 8 naskhah suratkhabar mereka sebaik selesai dicetak," laporan berjudul 'Harakah Bersua KDN' itu dipetik.

Dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Pemangku Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abd Rahim Mohd Radzi itu, Harakah diwakili pengarangnya Taufik Yahya.

Turut hadir Setiausaha Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran Datuk Zaitun Ab Samad.

Menurut laporan itu, Harakah juga dimaklumkan kesulitan berkaitan perkara itu dapat dielakkan sekiranya garis panduan KDN dipatuhi.

"Juga bukan niat KDN untuk memberi kesusahan tetapi sebagai entiti kerajaan yang bertanggungjawab maka KDN akan bertindak jika garis panduan itu diengkari," demikian menurut laporan itu lagi.

"Tiada perbincangan mengenai artikel-artikel yang terkandung dalam Harakah kerana motif sebenar perjumpaan ini diadakan adalah untuk memperingatkan peranan dan tanggungjawab penerbit akhbar kepada KDN."

Dalam pertemuan itu, Harakah dilaporkan menghormati fungsi KDN dalam memastikan setiap akhbar yang mempunyai permit penerbitan mematuhi apa sahaja perkara yang terkandung dalam akta berkaitan.

"Bahkan beliau (Taufik) juga gembira dengan inisiatif KDN untuk mengadakan perjumpaan seperti ini kerana pastinya banyak perkara yang sebelum ini sering menjadi perbalahan diharapkan akan dapat diselesaikan dengan segera," kata laporan itu lagi.

Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan reaksi Harakah dan KDN berhubung pertemuan tersebut.

Kumpulan Penyokong Penan (PSG): Wanita Penan Terus Diperkosa Pembalak

Tujuh mangsa Penan yang dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tampil menuntut keadilan.

Penderitaan dan kesengsaraan yang dialami oleh kaum pribumi itu yang dijadikan mangsa seks itu diluahkan melalui Kumpulan Penyokong Penan (PSG) - sebuah pertubuhan 36 badan bukan kerajaan NGO yang hari ini mengemukakan laporan terperinci kepada Parlimen.

Menurut PSG, wanita Penan secara sistematik diperkosa pembalak di Baram dan ia masih berterusan meskipun dinafikan oleh kerajaan negeri Sarawak dan polis pula didakwa gagal bertindak.

Menurut laporan berkenaan, jenayah seks itu berterusan kerana kemiskinan tegar yang menular, pencabulan hak tanah, kerakyatan dan juga rasa tidak hormat kepada masyarakat pribumi.

Laporan PSG berkata berikutan desakan ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, kerajaan akhirnya menubuhkan pasukan penyelidik dan hasil siasatan mereka mengesahkan terdapat lapan kejadian yang di mana gadis Penan termasuk seorang kanak-kanak sekolah berusia 10 tahun dijadikan mangsa seks.

PSG kemudiannya membuat siasatan sendiri selepas pihak polis memungkiri janji mereka untuk menyiasat serangan seksual oleh pembalak ke atas gadis Penan atas alasan kekurangan dana.

Mereka melawat Long Lamam, Long Ajeng and Long Mobui, selama seminggu pada November lalu dan mendengar rintihan daripada masyarakat Penan yang terdiri daripada 13 komuniti yang berhimpun dari sekitar Baram.

Ketujuh-tujuh mangsa yang diperkosa pembalak itu belum membuat laporan sebelum ini.

Gadis paling muda berkata dia hanya berusia 14 tahun apabila diserang. Selain tujuh mereka, lapan yang lain yang disahkan oleh kerajaan juga diperkosa.

Pemerkosaan gadis dan wanita Penan mendapat bantahan antarabangsa tetapi ditolak oleh Ketua Menteri sarawak, Tan Sri Taib Mahmud yang sebaliknya memberiamaran ”semak maklumat anda atau tidak anda akan dituduh cuba mensabotaj kami”.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Datuk Seri James Masing, memberitahu BBC bahawa “masyarakat Penan pandai mereka cerita' dan mendakwa hubungan seks bebas di kalngan masyarakat Penan adalah sesuatu yang lazim.

Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri Datuk Daud Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam pula terus menafikan laporan itu.

“Bagi saya, laporan gadis Penan dicabul itu tidak benar”.

Berikut catatan tiga daripada tujuh laporan yang dikemukakan oleh mangsa yang dirogol berkenaan.

Cerita J

Menurut laporan PSG, J adalah gadis Penan yang berusia 23 tahun. Dia anak anak gadis tunggal dan sering-kali dibiarkan keseorangan apabila anggota keluarganya keluar berburu. Menurut J, kebanyakan pembalak akan singgah di perkampungannya dalam keadaan mabuk dan menimbulkan huru-hara.

J dirogol ketika berusia 14 tahun oleh seorang pembalak yang berusia dalam lingkungan 30an. Beliau sebelum itu pernah melamarnya tetapi ditolak dan pembalak itu pergi ke rumahnya dan merogolnya. J tidak memberitahu keluarganya kerana takut mereka dibunuh oleh pembalak itu.

Selepas dirogol, menurut J, pembalak itu terus memaksanya supaya berkahwin dan dia akhirnya bersetuju kerana bimbangkan keselamatan keluarganya.

Kata J, didera secara fizikal dan psikologi dan sekiranya menolak permintaan seks pembalak itu, dia dipukul dengan sebatang kayu. Apabila J mengandung pada 2003, dia dihantar ke kampungnya dan pembalak itu menghilangkan diri. Anaknya kini berusia tujuh tahun.

Cerita A

A diculik bersama adiknya oleh dua pembalak yang menceroboh rumah mereka pada 2001. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke kem pembalakan.

A kemudian dipisahkan dengan adiknya dan setiap hari dia dirogol dan sekiranya dia menolak tuntutan nafsu pembalak, dia akan dipukul. Apabila dia mengandung, A dihantar pulang ke rumahnya semula. A kini sakit dan anak luar nikahnya itu dijaga oleh kakaknya. Dia ingin membuat laporan polis tetapi tidak tahu caranya dan tidak mempunyai wang untuk tambang ke balai polis.

Nasib adik A juga tidak diketahui sehingga hari ini. A tidak pasti tetapi berpendapat adiknya yang diculik itu masih di kem pembalakan berkenaan.

Cerita E

E ditangkap ketika membonceng motosila dan dirogol oleh dua lelaki di kem pembalakan pada tahun 1996. Dia berjaya diselamatkan oleh penduduk kampungnya yang berjaya mengesannya dan menyerbu tempat tahanannya.

Kebanyakan penduduk kampung marah tetapi tidak berdaya berbuat apa-apa kerana syarikat pembalakan itu terlalu 'berkuasa' dan mendakwa polis sentiasa di pihak mereka.


Tapak Pembinaan Istana Negara: Suhakam Tak ada Kuasa Melawat, Karenah Macam2

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dilarang daripada memasuki tapak pembinaan Istana Negara baru yang sedang dalam pembinaan ketika cuba menyiasat dakwaan bahawa pekerja asing dilayan dengan teruk dan ada juga dikatakan tidak menerima gaji bagi tempoh tiga bulan.

Menurut pesuruhjaya Muhammad Sha'ani Abdullah, pasukannya yang terdiri daripada empat anggota termasuk dua pegawai Suhakam dan pesuruhjaya James Nayagam - ditahan oleh pengawal keselamatan.

Suhakam diberitahu mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada kontraktor terbabit sebelum dibenarkan melawat pada waktu malam.

“Kami telah menghubungi kontraktor berkenaan Maya Maju Sdn Bhd dan diminta menulis surat kepada pengerusi mereka. Kami menghantar surat kepadanya pagi ini untuk memberitahu kami akan melawat lagi pada jam 9 malam ini tetapi belum mendapat jawapan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, Suhakam mengambil keputusan melawat tapak berkenaan berikutan bidasan orang ramai mengenai nasib yang menimpa buruh pembinaan istana baru di Kuala Lumpur itu seperti yang disiarkan oleh The Star pada 27 Jun lalu.

Antara yang membimbangkan Suhakam adalah kerana terdapat dakwaan yang kanak-kanak pekerja asing itu tinggal di kawasan yang sempit, kotor dan dinafikan hak mendapat makanan.

“Meskipun tiada aduan rasmi dikemukakan, kita mempunyai mandat dan tanggungjawab bagi memastikan pencabulan hak asasi manusia tidak berlaku,” katanya.

PKR gesa Putrajaya dedah butiran kontrak baru APCO

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mendedahkan butiran kontrak antara Putrajaya dan firma khidmat runding komunikasi APCO Worldwide yang dipercayai telah diperbaharui akhir bulan lalu.

Selain itu, PKR yang pemimpin-pemimpinnya mencabar peranan APCO lebih tiga bulan lalu, hari ini turut mendesak kerajaan mendedahkan maklumat terperinci tentang bayaran dibuat kepada firma tersebut, yang hubungannya dikaitkan dengan rejim Yahudi.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail membuat cabaran itu di lobi bangunan Parlimen hari ini.

“Keseluruhan isu APCO hanya didedahkan selepas ketua pembangkang kami memberikan bukti berdokumen bahawa kerajaan mengambil khidmat khidmat APCO,” kata beliau.

Katanya, ekoran pendedahan itu didapati kerajaan memeterai perjanjian bernilai RM76.8 juta untuk mendapatkan khidmat APCO, yang hanya diketuai susulan soalan Ahli Parlimen Batu Tian Chua.

“Kami ingin tahu kos kontrak yang diperbaharui ini dan apakah skop tugas dan tanggungjawab yang terlibat dalam kontrak kali ini?” kata beliau.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang mendesak agar kerajaan menyediakan satu laporan komprehensif tentang prestasi dan pencapaian sejak khidmat APCO diambil tahun lalu.

Laporan awal The Malaysian Insider hari ini menyebut pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat APCO untuk tempoh setahun lagi meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

Sidang Dewan Rakyat dilanjutkan hingga 15 Julai

Mesyuarat kedua penggal ketiga Parlimen Ke-12 yang sepatutnya berakhir pada 13 Julai ini dilanjutkan selama dua hari sehingga 15 Julai kerana masih ada urusan yang belum diselesaikan.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata langkah itu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan selaras dengan peruntukan mesyuarat 11(2) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mengikut takwim persidangan Dewan Rakyat yang disiarkan menerusi laman web rasmi Parlimen Malaysia, mesyuarat kedua penggal ketiga itu dijadual berlangsung bermula 7 Jun hingga 13 Julai.

Menembak Mati Si Pembawa Berita

Oleh: Hishamuddin Rais

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata bahawa dalam masa yang tidak lama lagi negara kita ini boleh jatuh bangkrap atau muflis. Sebenarnya ini satu kenyataan yang jujur.

Susuk yang bernama Idris Jala ini bukan orang politik. Susuk ini tidak diundi oleh orang ramai untuk dijadikan pemimpin.

Susuk ini seorang birokrat. Justeru, apa yang disuarakan adalah pandangan seorang professional birokrat bukan 'huh hah huh hah' dari seorang politikus.

Tidak ada perhitungan politik dalam kenyataan Idris Jala.

Apa yang di luahkan adalah hasil dari rumusan pembacaan angka dan fakta. Angka dan fakta yang dianalisis untuk memberikan pandangan masa depan ke atas ekonomi negara ini.

Pandangan Idris Jalan ini tidak ada sangkut paut dengan kepentingan politik ketua Umno bahagian Bacok atau berkait dengan cita-cita bekas mufti Perlis menghantar kuda-kudanya menyelam ke dalam Umno.

Kenyataan Idris Jala ini telah disangkal. Diperlekeh. Dipertikai.

Ramai di antara kita kurang sedar bahawa kebenaran jika kita tidak menyedarinya tidak bermakna kebenaran itu tidak wujud.

Kebenaran itu tetap wujud tanpa kita sedar atau tidak.

Banyak warga terlupa kenyataan Perdana Menterti, Datuk Seri Najib Razak ketika bahan bakar minyak petrol hendak dinaikkan empat tahun dahulu.

Najib telah mengajukan agar kita mengubah gaya hidup. Tapi yang amat penting dalam kenyataan ini ialah negara Malaysia akan menjadi negara pengimpot minyak pada tahun 2016. Ini bererti 'Puncak Minyak – Peak Oil' telah melintasi Malaysia.

Sa

ya telah menulis banyak tentang 'Puncak Minyak' danHubbert Peak Oil Theory. Saya telah meneliti fakta, angka dan kenyataan dari orang-orang penting yang bersangkutan dengan minyak.

Orang-orang ini juga mengendalikan risikan pertahanan, kelengkapan ketenteraan yang berkait rapat dengan pengeluaran bahan bakar petrol. Semua yang saya baca dan fakta yang ditemui telah meyakinkan saya bahawa dunia telah melintasi puncak minyak.

Melintasi puncak minyak bermakna bekalan bahan bakar minyak semakin susut dan berkurangan. Jumlah bekalan minyak ini kian susut hari demi hari.

Satu demi satu negara pengeluar dan pengekspot minyak kini berubah menjadi negara pengimpot minyak. Pada tahun 2016 malah mungkin lebih awal lagi – kita juga akan menjadi negara pengimpot minyak.

Apa sangkut paut minyak, Hubbert Peak Oil Theory atau risikan perang dengan kenyataan Idris Jala yang mengatakan Malaysia akan jatuh bangkrap?

Jawabnya: semua ini sangkut bersangkut dan kait mengait.

Memahami politik dan ekonomi sebenarnya adalah keupayaan kita untuk menyambung-kait -- fakta ekonomi, fakta politik, kenyataan rasmi, babak politik dan ucapan ucapan dari ahli politik dan dari pakar ekonomi.

Semua ini bukan fakta atau angka-angka rahsia. Kita boleh membacanya dan meneliti data-data dari media arus perdana. Memang betul kalau kita kurang arif maka kita akan melihat fakta ekonomi, kenyataan politik dan ucapan politikus ini terpisah-pisah, bersimpang siur tidak tentu hala. Sebenarnya tidak.

Apa yang wajib kita lakukan ialah menyambungkan semua ini -- menyusun dan mengaturnya secara linear untuk menjadi satu cerita.

Dalam keilmuan moden - naratif /cerita ini dipanggil political ekonomi - satu cabang ilmu di mana politik dan ekonomi tidak dapat dipisah-pisahkan. Malah politik itu dilihat sebagai jurumudi untuk ekonomi.

Dari pengamatan dan pembacaan – saya cukup yakin bahawa ekonomi kapitalis hari ini sedang mengalami satu krisis yang paling tenat. Bila saya katakan krisis ekonomi kapitalis ini yang menjadi jurutunjuknya ialah ekonomi Amerika Syarikat.

Krisis yang melanda ekonomi Amerika Syarikat hari ini lebih tenat dari krisis pada zaman 'depression' atau zaman meleset tahun 1929 dahulu.

Sejak September 2008 dahulu sistem ekonomi kapitalis telah diserang oleh satu demi satu permasalahan. Bermula dengan bocornya dana cagaran – apabila si pehutang pembeli rumah tidak lagi sanggup membayar. Rumah-rumah dirampas oleh bank. Rumah-rumah yang dimiliki oleh bank ini bertimbun-timbun sehingga memufliskan bank.

Se
sudah bank jatuh bankrap, diikuti pula dengan tertutupnya lembaga dana gergasi – Goldman Sachs - yang selama ini menjalar dan menelan keuntungan berbilion dolar.

Kedudukan Wall Street menjadi goncang – bank pelaburan dan hedge fund jatuh muflis.

Tidak cukup dengan ini timbul pula masalah bank tidak cukup kecairan ringgit dan sen untuk terus beroperasi dengan pelanggan.

"Seorang 'mamat' telah dilanggar kereta, apabila dibawa ke hospital ambulan pula berlanggar, sesampai ke hospital – hospital terbakar. Cari 'tuan doktor' tak jumpa-jumpa kerana semua 'tuan doktor' telah membunuh diri."

Metafora ini pun masih belum cukup penuh untuk menggambarkan betapa besarnya krisis ekonomi Amerika Syarikat hari ini.

Lihat d
an baca - G8, G10, G 37, G200, G3000 dan pelbagai macam Gtelah dan sedang bersidang dalam usaha mencari jalan untuk menyelesaikan masaalah ekonomi kapitalis ini.

Mesyuarat demi mesyuarat. Konferensi demi konferensi. Persidangan demi persidangan telah diadakan.

Pelbagai cadangan telah diajukan. Beberapa cadangan telah diterima dan dijalankan. Kongres Amerika telah meluluskan 700 bilion dollar untuk menutup hutang yang bocor.

Banyak syarikat telah jatuh muflis. Duit sebanyak ini hanya menangguhkan bisul yang akhirnya akan meletus. Akhirnya masalah yang sama melimpah ke Eropah.

Pada ketika ini Bank Dunia, IMF dan lembaga-lembaga pemikir puak kanan telah mencadangkan agar dasar - berjimat cermat -dijalankan untuk meredakan keadaan gawat ekonomi yang berpanjangn ini.

Di Eropah, negara pertama yang jadikan 'tikus percubaan' ialah Greece kerana negara ini dikatakan ekonominya hampir lungkup. Hutang negara telah bertimbun tambah dan Greece tidak ada keupayaan untuk membayar bukan ibu hutang tetapi bunga.

Jika Greece tidak diselamatkan penyakit ini akan merebak ke Sepanyol dan Itali.

Apa sebenarnya dasar 'berjimat cermat' ini? Jimat cermat bermakna kaum buruh dan warga Greece yang bekerja tidak ada lagi 'overtime', tidak ada lagi cuti bergaji, bayaran insuran peubatan dinaikkan, duit pencen dipotong, sumbangan KWSP majikan dikurangkan, banyak sokongan ekonomi akan dilupuskan.

Belanjawan negara akan dikurangkan – semaksimun yang boleh.

Bila 'berjimat cermat' ini diajukan jawapan rakyat Greece ialah turun ke jalan raya. Ini kerana rakyat biasa merasakan yang mereka telah dipaksa mengikat perut walhal bank-bank, syarikat besar dan gedung-gedung perniagaan tidak pula dinaikan cukai.

Malah
diketahui umum syarikat-syrikat ini ada pelbagai cara untuk mengelak dari membayar cukai. Malah syarikat-syarikat inilah yang sering melakukan pembocoran ekonomi.

Bila sampai ke babak ini maka kita bertemu kembali dengan al-kisah Idris Jala. Susuk yang bernama Idris Jalan ini sedia memahami bahawa bencana ekonomi yang sedang dihadapi oleh Greece akan sampai ke Malaysia. Hanya masa yang akan menentukan.

Seperti di Greece kita sedang melihat beberapa suara mencadangkan ajenda 'berjimat cermat' dan 'mengikat perut'. 'Menteri Telur dan Gula' - Datuk Seri Sabri Yacob telah beberapa kali menyatakan bahawa subsidi akan ditarik balik. Najib juga telah berkata bahawa berbilion ringgit yang digunakan untuk subsidi tidak baik untuk ekonomi negara.

S
uara suara sumbang menyokong langkah 'berjimat cermat' ini telah mula kedengaran. Berkali-kali rakyat seluruh Malaysia dingatkan bahawa subsidi bahan bakar minyak akan menempangkan ekonomi negara.

Austerity atau dasar berjimat cermat adalah agenda IMF dan Bank Dunia. Dasar ini diajukan - atau dipaksakan - kepada kerajaan. Kerajaan akan dipaksa untuk mengurangkan perbelanjaan negara.

Mengikut sifir IMF dan Bank Dunia perbelanjaan kerajaan memberi subsisdi kepada rakyat ini tidak sihat untuk perkembangan ekonomi. Dalam sistem ekonomi kapitalis tidak harus ada subsidi – subsidi merosakan pasaran.

Mengikut IMF pasaran akan mencari harga dan memberi penilaian terhadap barang-barang – inilah apa yang dikenali sebagai perdagangan bebas atau 'free trade'.

Idris
Jala pasti telah melihat data, angka dan statistik ekonomi negara dengan lebih teperinci. Angka dan statistik negara yang sulit-sulit juga pasti telah berada di atas mejanya.

Dia juga pasti telah menghitung hutang negara, bon yang telah sampai masa untuk dibayar, duit simpanan negara dan emas negara. Setelah meneliti semua ini maka adalah tidak silap apabila Idris Jala membawa berita bahawa Malaysia boleh jadi macam Greece dalam masa beberapa tahun lagi.

Sayangnya politikus akan menembak mati si pembawa berita – jika berita itu tidak sedap didengar. Atau jika berita itu menganggu keseronokan politikus yang sedang berpesta memperdayakan orang ramai.

Gagal Tangkap RPK - KPN: “Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu"

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi segera kepada komen Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkaitan Raja Petra menegaskan, pihak berkuasa tidak boleh meredah negara orang dan menangkap blogger itu tanpa dokumentasi yang sempurna dan kebenaran.

Katanya, bukan pihak polis tidak sedar di mana Raja Petra berada atau di mana beliau akan muncul dalam sesuatu majlis umum di kota London tetapi permintaan PDRM untuk mendapatkan kerjasama Interpol untuk menahan pengendali laman web Malaysia Today itu telah ditolak Januari lalu.

“Permintaan PDRM telah ditolak Januari lalu. Jadi kita tidak boleh sesuka hati masuk negara orang dan menahan orang yang kita kehendaki itu,’’ jelas Musa.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan Khairy yang mempersoalkan kenapa PDRM sukar menahan Raja Petra sedangkan dia telah muncul di khalayak ramai beberapa kali dan yang terbaru hujung minggu lalu.

Dua waran tangkap telah dikeluarkan ke atas Raja Petra kerana gagal menghadirkan diri dalam kes perbicaraannya. Beliau didakwa di bawah Akta Hasutan.

Sementara itu kepada satu soalan lain, Musa menjelaskan, Pejabat Paguam Negara adalah jabatan yang bertanggungjawab mengendalikan hal ehwal ekstradisi dan ia perlu ditentukan oleh mahkamah dan bukannya pihak polis.

KDN akan serbu pejabat Suara Keadilan?

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan edisi terbaru hari ini tetap diterbitkan biarpun permit penerbitannya tamat Jun lalu.

Edisi terbaru hari ini meletakkan tajuk "KDN Ada Niat Jahat" di muka hadapannya dipercayai berhubung tindakan kementerian menggantung tidak bertali permit penerbitan akhbar itu.

PKR selaku pemilik akhbar tersebut dijangka berdepan implikasi undang-undang di atas penerbitan tersebut.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Zaitun Ab Samad semalam mengeluarkan amaran bahawa PKR perlu menanggung risiko jika Suara Keadilan tetap diterbitkan.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Strategik PKR, Tian Chua kelmarin bahawa penerbitan Suara Keadilan tetap akan diterbitkan.

Sementara itu, kakitangan di pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13, Shah Alam hari ini berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran desas-desus pihak KDN akan menyerbu pejabat mereka hari ini.

Difahamkan beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) dipanggil berkawal di hadapan pejabat mereka sebagai persediaan berdepan sebarang kemungkinan.

Soalan SPRM tiba dengan teksi London...amat terhina SPRM dalam kes ni...!!



Senarai soalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dijawap oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam kini di tangan peguamnya di London.

Senarai soalan SPRM itu dimuatkan dalam satu sampul dihantar dengan sebuah teksi kepada peguam Balasubramaniam, Americk Sidhu di hotelnya di London.

Soalan berkenan dihantar untuk Balasubramaniam melalui perkhidmatan kurier selepas SPRM menarik balik janji mereka untuk menghantar pegawainya ke London untuk mencatatkan kenyataan penyiasat persendirian itu, yang dijadualkan semalam.

"Kami sahkan bahawa telah menerima soalan berkenaan dan sedang mengkajinya buat masa ini,” kata Americk, yang tidak mahu mengulas lanjut.

Balasubramaniam dijangka menjawap soalan itu dalam bentuk afidavit.

SPRM sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa tokoh mememaksannya menarik balik pengakuan bersumpah yang dibuatnya berhubung pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Antara mereka yang didakwa itu termasuk adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Nazim dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Selepas kejadian itu, Balasubramaniam melarikan diri ke luar negara tetapi mengeluarkan lebih banyak kenyataan yang mengejutkan terhadap Najib, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan juga menuduh bekas pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar berada di lokasi kejadian apabila Altantuya diberkas oleh polis.

Meskipun SPRM telah membatalkan wawancara yang dijadualkan itu, Balasubramaniam dan peguamnya menunggu di tempat yang di jadualkan iaitu di Leinster Gardens, Holiday Villa.

Peguamnya yang hadir termasuk Americk dan Manjit Singh Dhillon dan mereka ditemani oleh ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Zaid Ibrahim dan bloger Raja Petra Kamarudin.

"Kami tunggu dari jam 10 pagi dan beredar selepas 1 petang,” kata Americk.

Sementara menunggu, mereka menikmati ais kacang di sebuah restoran Malaysia di hotel berkenaan. Ketika itu, sampul yang membawa senarai soalan SPRM tiba melalui teksi.

Balasubramaniam akan mengadakan sidang media pada tempat yang sama pada 11 pagi Rabu ini (7petang waktu Malaysia) dan dijangka akan membuat lagi pendedahan.

PM Najib Sambung Kontrak APCO Untuk setahun Lagi... PR Tak Marah Ka???

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pentadbiran Najib memperbaharui kontrak khidmat Worldwide untuk tempoh setahun lagi bulan lalu meskipun pembangkang membantah kehadiran firma tersebut atas alasan mempunyai hubungan dengan Israel, rejim yang dikutuk umat Islam.

Difahamkan APCO mengambil konsultan-konsultan tempatan dalam kontrak terbaru dengan sumber Jabatan Perdana Menteri mengatakan, pakej kali ini tidak selumayan berbanding RM76.8 juta dibayar bagi tempoh 15 Julai 2009 dan 4 Jun 2010 untuk khidmat memperbaiki imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Pentadbiran Najib sudah memperbaharui kontrak dengan APCO Worldwide sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun lagi,” kata satu sumber kerajaan kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan kelulusan pada dasarnya itu diberikan seminggu lalu.

Bagaimanapun keputusan itu dirahsiakan bagi mengelakkan bantahan berhubung kaitan Malaysia dengan firma itu yang didakwa ada kontak dengan ejen-ejen Israel.

Malah satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarat-syarat kali berlainan berbanding dengan perjanjian sebelum ini.

“Kali ini, perjanjian antara APCO dan Malaysia kini lebih bersifat terbuka. Di bawah perjanjian baru ini, kedua-dua pihak mempunyai opsyen untuk menamatkan perjanjian pada bila-bila masa sebelum kontrak berakhir dalam tempoh setahun ini,” kata sumber itu. The Malaysian Insider juga diberitahu, pegawai-pegawai APCO yang baru telah dilantik untuk menyelia terma dan syarat perjanjian terbaru ini.

“Juga wujud rasa tidak senang di kedua-dua pihak berhubung soal bagaimana (pertikaian) pelantikan APCO boleh tercetus dan ia tidak dapat dikawal ekoran liputan media dan cara isu ini ditangani.

“Kali ini, saya boleh mengatakan lima pegawai APCO yang baru dilantik untuk menyelia (kandungan) perjanjian baru ini, dan untuk memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar,” kata beliau.

Difahamkan, salah seorang pegawai utama merupakan bekas ketua komunikasi luaran pejabat ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat utiliti tempatan.

Pegawai-pegawai APCO yang berpejabat di Singapura enggan mengulas mengenai perjanjian baru antara pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma itu ketika dihubungi The Malaysian Insider menerusi emel dan panggilan telefon.

“Menjadi dasar APCO untuk tidak membincangkan kontrak secara terbuka,” kata jurucakap syarikat itu menerusi emel kepada The Malaysian Insider.

Firma itu yang berpejabat di Singapura, kini diketuai oleh bekas pengarah urusan Garry Walsh yang juga ketua akaun global bagi Microsoft, salah satu pelanggan utama APCO.

Isu APCO telah mendominasi sidang Parlimen yang lepas dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Sesi itu telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Anwar mendakwa beberapa pegawai tentera Israel utama berkhidmat dengan APCO.

Selain itu Anwar juga mengaitkan konsep 1Malaysia yang digerakkan oleh Najib sebagai idea mirip One Israel yang dibangunkan untuk kepimpinan bekas perdana menteri Israel Ehud Barak.

APCO telah menafikan adanya hubungan dengan One Israel dan menegaskan, inisiatif 1 Malaysia sudah pun diilhamkan sebelum pelantikan firma berkenaan.

DS Nazri: PRU-13 tergempar tindakan ‘bunuh diri buat BN’

KUALA LUMPUR, 6 Julai - Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) menolak spekulasi bahawa negara kini berada di ambang pilihan raya tergempar meskipun Umno dan rakan komponennya telah diminta supaya bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Pilihan raya umum ke-12 diadakan Mac 2008 dan oleh itu, mandat semasa lima tahun hanya sepatutnya berakhir Mei 2013.

Mengulas cakap-cakap pilihan raya tergempar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, agenda itu bukan dalam senarai BN buat masa sekarang kerana masih dalam proses pulih daripada prestasi buruk dialami ketika pilihan raya kecil Sibu Mei lalu.

“(Biasanya) anda tidak membuat persediaan untuk menghadapi pilihan raya dalam enam bulan akan datang, anda kena bersedia dalam dua, tiga tahun (lagi),” kata Nazri.

“Mengadakan pilihan raya esok ataupun dalam tempoh setahun mirip tindakan bunuh diri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Katanya, memanggil pilihan raya tergempar bukan satu idea yang bagus dengan mengambil kira keputusan pilihan raya kecil terbaru dihadapi BN.

“Isyarat daripada pilihan raya (kecil) lalu akan memberitahu anda bahawa kami belum pulih lagi. Kami belum menyelesaikan kesemua masalah sehingga kini... kami hanya memberi ubat, kami belum pulih sepenuhnya.

“(Panggil pilihan raya tergempar) ini (seakan) tindakan bunuh diri. Pada pandangan saya, pilihan raya umum hanya harus berlangsung pada 2013,” katanya lagi.

Bagaimanapun Nazri menekankan BN masih mempunyai majoriti yang baik dan tidak perlu risau dengan kedudukan itu.

BN telah dinafikan majoriti dua pertiga di Parlimen dua tahun lalu manakala lima negeri pula jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz juga menafikan kemungkinan diadakan pilihan raya tergempar dalam waktu terdekat.

Kata beliau, BN sebenarnya telah membuat persiapan sejak selepas pilihan raya umum 2008.

“Persiapan (menghadapi pilihan raya) satu proses yang berterusan. Saya sendiri bercakap dengan akar umbi sejak pilihan raya umum lalu.

“Bukannya baru memulakan persiapan dan mahu diadakan pilihan raya dalam tiga bulan ini,” kata Rafidah.

Bagaimanapun bekas ketua Wanita Umno ini berkata, adalah normal bagi komponen BN untuk bergerak ke arah pilihan raya umum memandangkan sudah memasuki separuh penggal mandat semasa yang diperoleh Mac 2008.

“Itu sebabnya kami cuba untuk memotivasikan semua. Kami mengatakan dari dulu bahawa kita harus berada dalam suasana pilihan raya sebaik sahaja melepasi pilihan raya terdahulu,” katanya lagi.

“Adakah kita boleh menghadapi pilihan raya? Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti tetapi berdasarkan semangat kita menyedari kelemahan dan kesilapan masa-masa lalu, kita harus mampu untuk menghadapi pilihan raya dengan berjaya lalu mencapai kemenangan,” katanya lagi.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat menekankan bahawa sudah ada isyarat kukuh yang BN sedang bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya tergempar, kemungkinan dalam tempoh 12 bulan lagi.

Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemungkinan akan diadakan pilihan raya tergempar tidak boleh diketepikan dan oleh itu, mereka perlu bersiap sedia ke arah itu.

“Mereka telah memulakan tindakan terdesak dengan mengharamkan Suara Keadilan... menggunakan Utusan sebagai lidah mereka. Program televisysen setiap hari... mereka boleh berkata apa sahaja cerita yang mereka mahu.

“Berita stadium runtuh? Scorpene? Apco? Mengapa tidak mereka menjawab kesemua soalan ini,” kata beliau.

Penasihat DAP Lim Kit Siang juga berkata, kemungkinan pilihan raya tergempar tidak boleh ditolak sama sekali tetapi tidak akan diadakan dalam waktu terdekat, sebaliknya dalam tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara tiba-tiba muncul cakap-cakap mengenai pilihan raya. Ia tidak boleh ditolak sama sekali.

“Kemungkinan besar ia dikaitkan dengan senario ekonomi dunia dan sama ada dasar-dasar perdana menteri boleh bertahan dalam tempoh ini.

“Melainkan beliau serius, dasar-dasar beliau akan dilihat sebagai kosong dan cetek... khususnya konsep 1Malaysia, Model Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan,” katanya.

Selain itu kata beliau, perpecahan dalam BN juga mungkin memaksa perdana menteri memanggil pilihan raya awal.

“Apa jua keadaan, kita perlu bersedia,” katanya.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR Azmin Ali memberitahu, berdasarkan kenyataan perdana menteri dan beberapa pemimpin Umno baru-baru ini pilihan raya tergempar tidak dapat dielakkan sama sekali.

“Bagi PKR dan Pakatan, kami sudah bersedia. Kami telah turun ke akar umbi untuk menjelaskan (isu)... kami sudah bersedia.

“Saya merasakan mereka telah melihat prestasi kami di peringkat negeri... rakyat sudah bersedia untuk perubahan,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, jawatan yang diambil alih bulan lepas.

Azmin meramalkan pilihan raya akan dipanggil sebulan selepas Ramadan yang bermula Ogos ini.

Melayu Hilang Kuasa Politik Jika Terus Berpecah .. UMNO Makin Lemas

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan bahawa orang Melayu berhadapan dengan kemungkinan hilang kuasa politik jika mereka terus berpecah-belah sesama sendiri.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, kuasa politik yang diperolehi orang Melayu sejak negara merdeka adalah penting kerana ia telah membolehkan mereka maju dalam pelbagai bidang.

"Sebab itu, untuk menentukan keberkekalan kuasa politik yang kita miliki, kita kena bersatu. Kalau kita berpecah, kuasa politik yang menentukan kemajuan kita dalam bidang ekonomi, pelajaran akan hilang," katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika merasmikan sambutan Maulidur Rasul dan Israk Mikraj Umno bahagian Pagoh di Masjid Kampung Parit Raja, Gersik, di Muar semalam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di dunia walaupun umat Islam negara ini hanya separuh dari jumlah penduduknya.

"Kejayaan kita memajukan negara ini sehingga diiktiraf sebagai sebuah negara Islam contoh dikagumi di kalangan negara Islam di dunia," menurut beliau.

Malah, katanya, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan, satu usaha yang dituntut Islam sehingga kadar kemiskinan telah menurun dari 66 peratus suatu ketika dulu kepada hanya tiga peratus ketika ini.

Beliau yakin, matlamat kerajaan menghapuskan kemiskinan tegar pada hujung tahun ini akan tercapai sepenuhnya.

- Bernama

Bekas Juara Tinju Heavyweight Dunia Menangis di Raudah

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.
TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam.



Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya.

Selain Masjid Nabawi, Tyson turut meluangkan masa menziarahi Masjid Quba, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) dan Universiti Islam Madinah. Tyson memeluk Islam ketika di penjara selepas didapati bersalah mencabul kehormatan seorang model kulit hitam.

Ketika berada di Kazakhstan minggu lalu, bekas peninju itu berkata, dia amat takut kepada Allah. - Agensi

Sokonganku Beralih Kepada Jerman..Adakah Jerman Mampu Menjuarai Piala Dunia 2010?


LOEW (kanan) berjaya membentuk skuad yang mantap.





BERLIN - Franz Beckenbauer menggambarkan skuad Jerman sebagai 'pasukan sempurna' dan yakin mereka pasti menjadi pilihan untuk menewaskan Sepanyol pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2010 awal pagi Khamis ini.

"Pasukan kali ini adalah sentuhan Joachim Loew. Beliau telah menghasilkan sebuah pasukan yang sempurna.

"Saya jarang melihat pasukan Jerman dapat menerapkan corak serta menguasai sepenuhnya permainan. Mungkin hanya pada skuad 1970-an dan skuad yang muncul juara Piala Dunia 1990," kata Beckenbauer.

Pemain legenda Jerman itu berkata demikian selepas menyaksikan skuad Jerman mudah membelasah Argentina 4-0 pada aksi suku akhir Sabtu lalu.

Ia merupakan kali ketiga skuad Jerman meledak empat gol pada satu perlawanan pada kejohanan ini selepas mereka melakukannya ketika membelasah Australia 4-0 dan England 4-1.

"Pada masa lalu, kita mungkin berkata yang kita perlu meninggalkan permainan cantik di bilik persalinan saja. Bagaimanapun, pasukan ini telah menunjukkan yang mereka boleh bermain cantik dan mencatat kemenangan," jelas Beckenbauer.

Beliau turut menyatakan rasa yakinnya bahawa skuad Jerman kali ini akan berjaya menewaskan juara Euro 2008, Sepanyol sekali gus layak ke final bertemu sama ada Belanda atau Uruguay.

"Jerman memiliki kelebihan untuk mengatasi Sepanyol kerana pasukan lawan itu masih belum mampu mempamerkan aksi terbaik seperti ketika mereka memenangi Euro 2008.

"Mereka (Sepanyol) belum nampak cukup meyakinkan dan masih bergelut untuk mencipta kemenangan ke atas Paraguay pada aksi suku akhir," tegasnya. - AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.