Budaya Cerita Bohong Makin Menjadi2 Di Negeri Kedah.. Kenapa Dendam Tak Pernah Padam...

Ada kemahiran menulis bukanlah lesen untuk menulis apa saja, lebih-lebih lagi menulis berita palsu untuk meransang kebencian, menghakis maruah dan memfitnah orang lain. Bertambah salahnya bila tulisannya dipercayai orang dan orang yang difitnah menjadi mangsa buruk sangka dari maklumat palsunya. Diakhirat nanti, orang ini akan dibicarakan secara terperinci dan dia akan terima akibatnya. Sila mohon maaf dan buat pengakuan terbuka tentang fitnah anda sebelum anda mati... kalau tidak dimaafkan oleh orang yang difitnah, iina azabi la shadid...

Ada satu penerbitan berjudul 'Mai kedah' diedarkan Jumaat lalu yang sangat padat dengan cerita palsu, bohong, rekaan dan cubaan menimbulkan persepsi buruk terhadap tokoh-tokoh dalam kerajaan negeri.

Saya telah meminta pihak-pihak yang difitnah oleh penerbitan itu membuat laporan polis dan mengadu kepada Allah untuk diberikan balasan setimpal kepada penulis jahat itu. Saya mengesyaki seseorang, dan syak saya ini akan saya buktikan benar. Ciri-ciri, gaya penulisan, maklumat, telahan dan persepsi yang terkandung dalam penerbitan itu pernah menerjah telinga saya lama dulu. Saya hanya diam dan senyum dengan telahan dan tuduhan mereka yang sedang berbual di depan saya.

Ada Orang Tak Dak Khejaaa


Untuk membantu 'meringankan' sikit dosa depa yang terbabit dalam kerja karut tu, supaya tak ramai yang percaya dengan cerita bohong itu, dan supaya tak ada orang terpengaruh, saya ingin menuntut bukti terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan dalam 'Mai Kedah'. Dalam hal tuduhan seperti ini, beban mengemukakan bukti terletak kepada orang yang menuduh dan mereka cerita. Silalah kemukakan, kalau ada! Orang ramai yang membaca tolong jangan percaya kalau tak ada bukti dikemukakan. kalau tidak, si penulis, pencetak, pengedar termasuk pemberi maklumat berdosa besar dengan yang dituduh. Kesian pula kat depa esok!

Saya kenal gaya bahasa penulis. Dua tulisannya di akhbar dan memorandum yang dihantar kepada saya seakan-akan sama. Cara dia menghentam semberono tanpa bukti dan fakta, cara dia meluahkan emosi mabuknya, cara dia menggunakan maklumat dari sumbernya, semuanya menyerlahkan susuk tubuh orang itu.

SAH! Dia tak dak KHEEJAA......

1 comments:

  1. ini lah sebab nya mengapa kerajaan larang terbitan katon zunir,kalau umno pas melenting membela,kena batang hidup sendiri baru tahu ugama amat2 menegah dan melarang nya,ingat lah tiada pilihan dari ALLAH walau pun sesiapa pun mengfitnah dia tetap menerima balasan darinya, tepok dada tanya selara.sama2 muhasabah diri,apa kah kita betul selama ini,dosa pas amat banyak dengan isu kafir mengkafir dulu2,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.