KUIN Di Sebalik Hakikat Yang Tersurat... Mengapa Kekalutan Terus Menerus Berlaku??


Masalah yang berlaku di kuin sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.
Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi kuin. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus,
perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut.

Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. 

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar.

​ Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :
1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. 

Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka..kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. -

Terima kasih atas semua pihak yang membantu mencerahkan isu ini khususnya mantan Presiden MPMKUIN yang membantu menyediakan laporan ini.

Trend IPT Gantung Pelajar Amat Dikesali - SUHAKAM

SHAH ALAM -  Suhakam memandang berat keputusan sesetengah universiti baru-baru ini yang menggantung penuntut yang menyuarakan pendapat dan mendakwa bahawa mereka telah memburukkan nama institusi pengajian tinggi masing-masing dan mengganggu ketenteraman awam.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, pihak kesan tindakan yang diambil oleh beberapa universiti tersebut bukan sahaja menyekat hak asasi para pelajar, malah bertentangan dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), yang membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun dan ke atas menggunakan hak mereka berhubung kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan, yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Hasmy berkata, kesedaran terhadap hak ekonomi, sivil dan politik di kalangan pelajar universiti dan penglibatan mereka dalam perbincangan mengenai isu-isu berkaitan kepentingan nasional perlu dilihat secara positif bagi melengkap dan menambah pendidikan dan latihan formal yang diterima di universiti.
"Sebarang sekatan yang tidak munasabah ke atas penggunaan hak dan pengalaman berkenaan akan menidakkan pendidikan dan pengalaman yang amat penting dalam perkembangan mereka sebagai pemimpin masa depan negara," katanya.
Oleh itu kata beliau, Suhakam mengalu-alukan rundingan awal yang diadakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama suruhanjaya, wakil-wakil pelajar dan pihak berkepentingan yang lain mengenai peruntukan yang kontroversi dalam Auku dan berharap agar rundingan awam serta dialog terbuka selanjutnya dapat diadakan agar ia akan membolehkan pelajar-pelajar mencapai lebih banyak hak dan kebebasan.
Dalam kejadian terbaru awal bulan ini, aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi).
Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuat kuasa serta-merta.
Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik,17 Disember lalu.

Khazali Din Pencetus Demontrasi Di Stadium Darul Aman... Dosa Beliau Terhadap Pasukan Bolasepak Kenari Adalah Puncanya.. Benarkah???

Kedah Hijau Kuning


Salam 2 all,

Rata-rata peminat pasukan bolasepak negeri Jelapang Padi , Kedah Darulaman merasa amat kecewa dengan prestasi hambar yang dipersembahkan oleh pasukan di dalam saingan Liga-M dan Piala FA untuk musim ini.

Di bawah ini adalah satu petikan dari sebuah email yang aku terima mengenai punca kemerosotan prestasi skuad Hijau Kuning. Sama-samalah kita renung-renungkan apa maksud yang mungkin tersirat di sebalik mesej yang disampaikan oleh penulis ini.



Masalah utama kemerosotan pasukan Kedah tahun ini  adalah berpunca daripada krisis dalaman pihak pengurusan yang melibatkan pengurus dan barisan kejurulatihan iaitu khazali din, ahmad yusof, radhi mat din dan ahmad sobri.

1) khazali din- dia ni punca utama kemerosotan kedah.
Dato' Khazali Din
segala galanya berpunca dari dia. dia punya target musim ni mau 3 piala tapi dia kedekut nak sediakan bajet lebih untuk dapatkan playmaker yang bagus. mat yusop dah bagi list playmaker yang ingin dipancing tetapi khazali din menolak dgn alasan mahal dan pakai saja apa yg ada. kalau nak hasil yang lumayan, modal yang perlu dikeluarkan mestilahlah tinggi. baru la kita dapat hasil yang diinginkan. dia pun tau masalah utama kedah ialah ketiadaan pemain yg benar2 mampu mengisi posisi playmaker. 

so mengapa beliau menolak request dari jurulatih untuk dapatkan pemain yang amat2 diperlukan bagi menampung kelemahan utama kedah.

 
yang kedua khazali din ni suka campur tangan dalam soal tektikal pasukan dan pemilihan line up pasukan. adalah tidak wajar untuk beliau mencampuri urusan jurulatih dan ini pasti akan merencatkan perancangan jurulatih. sudah la mat yusop ni kurang mahir dari segi tektikal, si pengurus pula duk buat pandai atur sana sini. maka hancur berkecai la tektikal pasukan. mana boleh satu kapal ada 2 kapten.


yang ketiga khazali din ni tak berapa friendly dgn para pemain. selaku pengurus beliau seharusnya bertindak sebagai bapa dalam mendidik anak. beri perhatian yang sewajarnya kepada pemain dan kena selalu ambil berat pasal pemain, baru la pemain rasa dihargai dan main dgn semangat. contohilah apa yang arwah DATO AHMAD BASRI terapkan, sentiasa mendampingi pemain dan selalu bertanyakan masalah pemain.


Jurulatih Kedah: Ahmad Yusuf

2) mat yusop - sekarang ni majoriti penyokong kedah menyalahkan beliau atas kegagalan pasukan kedah...


memang tak dinafikan mat yusop patut disalahkan. jelas tektikal beliau ternyata tidak berkesan. alasan mat yusop ketika bermula saingan liga ialah masalah kecederaan tonggak utama dan kurang keserasian antara pemain. 2 game terakhir ni beliau dah berpeluang menurunkan barisan idamannya dan hasilnya tetap sama. kedah masih lagi tumpul. ternyata mat yusop gagal dan mengecewakan kita semua.


tak wajar mat yusop bagi alasan kecederaan kerana jika pemain tonggak cedera atau berdepan penggantungan, maknanya kedah akan gagal.. apa fungsi pemain lain?? apakah mat yusop hanya mengharapkan kepada pemain tonggak sahaja???


sebenarnya mat yusop dinilai dari musim lepas, bagi saya beliau tak mampu menggalas tugas selaku ketua jurulatih.


tiada peningkatan yang ditunjukkan dari musim lepas.
ini juga berpunca daripada sikap khazali din yang suka mencampuri urusan mat yusop dalam bab tektikal dan line up pasukan. maka bertambah serabut lagi la mat yusop.


mat yusop (lemah tektikal, suka jadi pak turut) + khazali din (kedekut, suka memandai) = lingkup team kedah


3) radhi mat din dan ahmad sobri - depa 2 orang ini adalah orang yang amat penting kepada mat yusop kerana 2 orang ni dah bersama dgn pasukan sejak dari tahun 2004 lagi. depa lebih mengenali dan memahami peribadi para pemain berbanding mat yusop. selaku pembantu kepada mat yusop (ada yg kata mat yusop sebenarnya pembantu radhi), 2 orang ni juga patut dipertanggungjawabkan atas kegagalan merencanakan tektikal yang berkesan kepada pasukan.


ramai yang tahu radhi juga banyak terlibat dengan tektikal pasukan dan pemilihan pemain.


radhi jelas bersembunyi dibelakang mat yusop dan menjadikan mat yusop sebagai kambing hitam. sebenarnya urusan tektikal pasukan banyak dibuat oleh radhi. perlantikan mat yusop pada 2010 juga atas nasihat dan rancangan radhi. ini semua dah dirancangkan dgn alasan radhi tiada lesen kelas A. Sebenarnya radhi sudah banyak kali membatalkan urusan kursus kejurulatihan lesen kelas A di FAM kerana dia tidak mahu dilantik sebagai ketua jurulatih kedah. radhi sebenarnya tidak mahu menggalas tanggungjawab kerana bimbang jika kedah gagal, namanya akan busuk.


perlantikan mat yusop ibarat sebagai pelengkap sahaja dan dibuat atas dasar mat yusop adalah rakan baik kepada radhi dan ahmad sobri.
masing2 ada kepentingan sendiri (politik dalaman).

akibat dari ketidakpuasan hati pemain kepada sikap angkuh khazali din, ada segelintir pemain bertindak melakukan silent protes ketika beraksi. 


mereka sengaja bermain di bawah kemampuan sebenar sebagai tanda tidak suka kepada khazali din dgn harapan agar khazali din dipecat.


sebab tu la kita tengok ada pemain yang seolah olah bermain sambil lewa, hantaran kerap sangkut, malas nak ligan bola dll.


ternyata tindakan pemain ini adalah tidak wajar sama sekali. mereka seharusnya menyuarakan rasa tidak puas hati dgn cara yang betul.
bukan dgn cara mengkhianati penyokong.


tak dinafikan pemain juga hak untuk menyatakan sesuatu tetapi bukan dengan cara sebegini, sepatutnya guna landasan yang betul.


bagi penyokong kedah, semua pihak harus bertanggungjawab termasuklah pemimpin kfa sendiri. 


bila dah tau team ada masalah sepatutnya kfa kena ambil tindakan yang segera supaya team tidak terus hanyut.


buat post mortem secara terperinci, cari punca sebenar masalah dan cara mengatasi. 


bukannya duk tuding jari satu sama lain.


secara peribadi la berdasarkan situasi pasukan sekarang ni, kalau nak pecat mat yusop lebih baik pecat sekali dengan pengurus dan penolong jurulatih.
amat berharap agar pemimpin kfa mengambil tindakan yang sewajarnya demi mengembalikan semula maruah pasukan kedah.


12 mac 2010, penyokong kedah akan sekali lagi mengadakan demontrasi di perkarangan stadium darulaman selepas perlwanan kedah vs terengganu untuk meminta kfa supaya memecat pengurus pasukan, jurulatih dan penolong jurulatih.


Wallahualam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.