Terkini!! Kita Doakan Moga2 MBku Cepat Sembuh... Kini Masih Dirawat Di IJN Sejak Jumaat Lalu, Kini Stabil....

azizan abdul razak

ALOR SETAR 1 Ogos – Kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Helmi berkata, doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata, Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini. – Bernama

Bekas Tunang Penjaga Gol Harimau Malaya Tetap Katakan Wujud Orang Ketiga Dalam Hubungan Mereka - “Saya Tak Tahu Dia Putuskan Pertunangan” – Elia

Semalam, penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan mengenai putusnya tali pertunangannya bersama Elia di akhbar Metro Ahad. Menyusul selepas ini adalah kenyataan Elia atau nama sebenarnya Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang menceritakan krisis hubungan mereka kepada Harian Metro (sumber asal).

Menurut Elia, kenyataan Khairul Fahmi kepada Metro Ahad semalam memang mengejutkan diri & keluarganya kerana mereka tidak tahu bahawa penjaga gol itu akan memutuskan tali pertunangan di dalam akhbar. Elia juga menafikan dakwaan Khairul Fahmi yang telah berbincang dengan dirinya terlebih dahulu mengenai perpisahan tersebut.

“Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” kata Elia kepada wartawan Harian Metro.

Elia menyatakan yang dia cuba berbincang dengan Khairul Fahmi mengenai krisis hubungan mereka sejak sebulan yang lalu, namun sering mendapat pelbagai alasan daripada bekas kekasihnya. Sikap tidak endah Khairul Fahmi terhadap dirinya menyebabkan situasi hubungan mereka makin retak.

Enggan berselindung lagi, Elia menegaskan bahawa dia mempunyai bukti kukuh mengenai hubungan Khairul Fahmi bersama orang ketiga dan percaya hubungan mereka retak kerana faktor itu. Apatah lagi selepas diselidik, Elia mendapati Khairul Fahmi sememangnya rapat dengan wanita itu sebelum mereka bertunang lagi. Ditakdirkan tuhan, tak lama selepas itu seorang wanita datang berjumpa dirinya dan mengakui mempunyai hubungan istimewa bersama Khairul Fahmi.

Walau bagaimanapun, Elia terkilan dengan sikap Khairul Fahmi yang membuat keputusan memutuskan tali pertunangan & menghebahkan di akhbar tanpa berbincang dengan dirinya terlebih dahulu. Sedangkan, banyak persiapan telah dilakukan untuk majlis perkahwinan yang dirancang berlangsung pada Oktober ini.

Pada masa yang sama, ibu Elia sedih dengan pertunangan mereka yang putus di tengah jalan. Namun, ibu Elia meminta Khairul Fahmi supaya memutuskan tali pertunangan bersama anak gadisnya secara baik.

PAS Akan Lancar Kempen Bantah Kenaikan Harga Barang Secara Besar-Basaran...

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Ekoran bebanan kos hidup yang tinggi yang terpaksa ditanggung rakyat, PAS mengajak seluruh warga negara ini bersama mereka dalam kempen membantah kenaikan harga barang.

Kempen tersebut yang dikendalikan Lajnah Pengguna PAS, akan dilancarkan 20 Ogos ini dengan pelancaran Kelab Protes Barang Naik atau singkatannya Protes BN sebagai permulaan.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, Protes BN adalah sebagai usaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berhubung peningkatan kos hidup khususnya kenaikan harga barangan keperluan.


"Kita mahu rakyat sedar punca berlakunya kenaikan harga barangan ini disebabkan kelemahan pengurusan ekonomi oleh kerajaan BN.

"Perkara ini boleh dielak jika tiada keborosan, tiada ketirisan dan tiada amalan rasuah dalam pentadbiran negara," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu, kempen tersebut juga akan diperluaskan ke seluruh negeri termasuk dengan mengadakan ekspo, road show dan penyebaran risalah.

Untuk tujuan itu juga, satu laman web khas akan diwujudkan.

"Kita akan memberitahu rakyat, kenapa mereka dibebankan dalam masa yang sama pemimpin negara boleh terus bermewah-mewah," tegasnya lagi.

Mengulas pengumuman Datuk Seri Najib Razak yang memasukan aspek Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Mahfuz secara sinis menyifatkan ianya sebagai janji "mulut manis" perdana menteri itu.

"Mereka sendiri sebenarnya yang menaikkan harga barang dengan menarik subsidi rakyat," katanya.

Sehubungan itu rakyat ujarnya diseru untuk bersama dalam usaha menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan melalui kempen ini.

PM Najib Jalani Pembedahan Lutut Akibat Kecederaan Ketika Bermain Futsal.. Bercuti 3 Hari

http://din.huluselangor.net/wp-content/uploads/2011/07/Najib-Futsal.jpg

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak malam Ahad mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya Isnin.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam.

Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.

Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

- BERNAMA

Al Fatihah : Penyanyi Veteran Hasnah Haron Kembali Ke Rahmatullah Pagi Tadi




JOHOR BAHRU - Penyanyi popular lewat tahun 60-an, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser pangkal rahim di Hospital Sultan Ismail, di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Jenazah Hasnah yang popular dengan lagu-lagu seperti Bersedih, Sabar Menanti dan Siti Zubaidah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, di sini selepas Solat Asar.

Pemandu Teksi Akan Lebih Terbela Jika Pakatan Rakyat Memerintah

Pakatan Rakyat sedia meluluskan sepuluh tuntutan bagi memperbaiki taraf hidup pemandu teksi, termasuk menghentikan pemberian permit kepada syarikat, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, golongan pemandu teksi juga perlu berusaha bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan, kata Anwar yang diuar-uarkan sebagai “bakal perdana menteri” dalam pertemuan pemandu teksi dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE"Saya tidak boleh janji nak beri mahligai kepada setiap orang, tapi saya boleh janji kereta yang saudara pandu itu, saudara ada hak ke atasnya.

"Saya beri komitmen, saya akan laksanakan. Tapi saudara saudari juga perlu pastikan perubahan berlaku.

"Kena teguh bekerja, barulah agenda kita akan berjalan," katanya lagi kepada hampir 500 orang yang hadir di majlis perhimpunan pemandu teksi Kuala Lumpur dan Selangor.

Jelasnya, pemandu teksi perlu menjadi ejen Pakatan dengan menjelaskan dasar-dasar gagasan itu dan mengedarkan lidah parti Pakatan – Harakah, Suara Keadilan dan Roket – kepada pelanggan mereka.

Sepuluh resolusi yang diluluskan dalam pertemuan itu termasuk tuntutan supaya kerajaan meluaskan skim keselamatan sosial pekerja (Perkeso), meminda perjanjian sewa beli antara pemandu dan syarikat teksi.

Turut dinyatakan dalam resolusi berkenaan ialah tuntutan supaya kerajaan merangka skim insurans dan pencen serta skim pinjaman perumahan persendirian khas bagi golongan pemandu teksi.

'100 permit untuk bekas menteri'

Kumpulan pemandu teksi berkenaan turut menuntut supaya kadar premium insurans bagi kenderaan teksi juga disemak semula supaya sesuai dengan kemampuan pemandu teksi.

Anwar berjanji bahawa beliau akan menyemak semula perjanjian yang dibuat antara syarikat teksi dan pemandu supaya syarikat berkenaan tidak dapat lagi menyewakan teksi mereka kepada kira-kira 30,000 pemandu berkenaan.

NONE"Kita nak tengok datuk-datuk dan tan sri-tan sri ini pula kerja bawa teksi," kata bekas timbalan perdana menteri itu lagi yang menambah, isu berhubung permit teksi sememangnya menjadi masalah sejak beliau masih di dalam kerajaan.

Tanpa menamakan sesiapa, Anwar mendakwa seorang bekas menteri juga telah diberikan sebanyak 100 permit teksi walaupun individu berkenaan telahpun menerima saham dalam syarikat bumiputera.

Keadaan itu memeritkan golongan pemandu teksi yang terpaksa menyewa teksi daripada syarikat berkenaan.

"Tapi menteri suruh (pemandu teksi) senyum. Macam mana nak senyum, bini duduk gaduh barang makan tak cukup. Senyum hotak kamu," katanya lagi yang disahut dengan "laungan hidup datuk seri" daripada hadirin.

Turut berucap dalam majlis anjuran Persatuan Kebajikan Pemandu Teksi Kuala Lumpur dan Selangor itu ialah penasihat DAP Lim Kit Siang, exco kerajaan Selangor Ronnie Liu dan juga ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

Sepuluh tuntutan berkenaan dirangka oleh penasihat undang-undang bagi majlis berkenaan yang juga peguam bagi kumpulan pendesak Hindraf – R Kengadharan dan V Ganabatirao.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.