Gambar2 Perkahwinan Angkasawan Negara Dan Isteri Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Pasangan pengantin baru ini akan berbulan madu di Mekah sambil mengerjakan umrah FOTO The Star Oleh AZMAN GHANI

PUTRAJAYA: Dengan sekali lafaz, Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Yunos Mohd Ali dengan bersaksikan Ketua Pendaftar Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali kira-kira kira-kira pada pukul 11.45 pagi dengan dihadapan, keluarga dan sahabat-handai kedua-dua mempelai.

Pasangan yang bertunang pada 1 Januari lalu menzahirkan rasa syukur kerana majlis itu berjalan dengan lancar.

"Alhamdulilah semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dan masyarakat yang datang meraikan majlis ini.

"Perancangan saya selepas ini adalah untuk meneruskan tugas yang diamanatkan di samping tanggungjawab sebagai seorang suami," kata Sheikh Muszaphar.

Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor lega selepas selesai upacara akad nikah

Manakala Dr Halina turut mengakui perasaan gemuruh dan gembira bercampur baur ketika melalui upacara akad nikah sebentar tadi.

"Syukur semua sudah selesai, perasaan saya ketika ini bercampur baur sama ada gembira sedih dan terharu kerana melangkah setapak lagi ke fasa hidup berumah tangga," ujarnya.

Ketika ditanya tentang harapan menimang cahaya mata, pasangan ini memberitahu menyerahkan segalanya kepada Allah. Mereka juga dijangka akan menunaikan umrah sambil berbulan madu.

Dr Halina anggun mengayakan pakaian dari butik Cosry

Pada majlis tersebut Dr Halina tampil anggun sementara suaminya tampak kacak apabila mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Cosry.

Sheikh Muszaphar menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 bertemakan rona putih gading dan perak. Hiasan hantaran turut diserikan dengan warna biru muda. Bagaimanapun wang hantaran tidak dimaklumkan atas keputusan kedua-dua belah pihak.

Majlis persandingan akan diadakan malam ini dengan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) dengan bertemakan pahlawan Melayu di istana kayangan.

Lebih 1,000 jemputan akan hadir yang terdiri daripada golongan diraja, orang kenamaan, ahli keluarga, rakan rapat termasuk 100 angkasawan dari 35 negara dan 20 media antarabangsa.

PESERTA DEMONSTRASI 'TERKEJUT' KENAIKAN AIR CUMA SEDIKIT


ALOR SETAR, 10 Oktober: Kira-kira sepuluh orang yang mengaku Jawatankuasa Bertindak Membantah Kebaikan Tarif Air Negeri Kedah menyerahkan memorandum bantahan mengenai kenaikan harga air oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Memorandum itu diserahkan oleh Pengerusinya, Abdullah Hashim (Mesra dengan panggilan Lah 46) kepada petugas pejabat Menteri Besar Kedah, Zulkifli Osman di Pekarangan Wisma Darul Aman, di sini.

Memorandum mendesak supaya Kerajaan Negeri Kedah menarik balik keputusan menaikkan tarif air di Negeri Kedah seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar kerana membebankan rakyat di mana kenaikan adalah jumlah yang besar dan memberikan kesan terhadap ekonomi isi rumah terutama golongan yang miskin.

Memorandum itu turut mendesak Menteri Besar Kedah supaya mendedahkan isi perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan telah dipersetujui dan ditandatangani oleh Menteri Besar.

Bagaimanapun kumpulan tersebut 'tidak terkata apa-apa' apabila diedarkan risalah yang dikeluarkan SADA menjelaskan bahawa, kenaikan untuk untuk 1 barel (tong drum) air hanya 2 sen. Harga air sebelum kenaikan hanya 8 sen satu barel menjadi 10 sen untuk satu barel (200 liter).

Tengok Mana Negeri Yang Paling Mahal...... Negeri Yang UMNO paling Kuat

DUN Galas : 2 Agensi Kerajaan Pusat Akan Kembali Mengganas? Tunggu..

Umno tidak boleh berhujah menggunakan mulut dan lidah di Galas, tokoh tempatan umno semuanya HAPRAK, berimage samseng dan mafia, memenangi jawatan parti melalui pintu belakang dan Rasuah.

Ku Li sakit kepala untuk melayani kerenah mafia2 yang ada nih, mereka berjuang bukan untuk rakyat selama ini pun, mereka lebih pentingkan projek2 kurniaan umno apco.

Dua agensi KERAjaan Tengah yang sengaja ditubuhkan untuk menjaga BARUA2 umno, kalau tidak ada 2 agensi ini umno sudah lama berkubur di Kelantan, 2 agensi ini bukan untuk menjaga kepentingan rakyat sangat, sentiasa TIRIS, serta melakukan projek2 membazir dan tidak mengikut spec, kalau bina jalan, tak dan setahun jalan sudah hancur, kalau bina jambatan kos berlipat2 ganda, aku ada bukti dan gambar2 mana projek yang membazir, semuanya ini menyusahkan rakyat menyenangkan puak2 umno jah.

image_gallery4 arshad pengurus besar KESEDAR

Kalau sebelum menyertai umno kaki sepak KERTAS, dah sertai umno dan berjawatan dalam AJK bahagian dah hidung dongak ke langit, belum lagi taraf akedemik, lepasan darjah 6 tahun 70an pun ada berlambak dalam jawatan kuasa bahagian, pak2 LEBAI jangan harap ada dalam AJK, pak lebai awal2 lagi di KERAT pada peringkat cawangan, tak ada tempat yang gheti sikit hal2 agama dalam umno ni…, itu pasal lah bila dapat jah ABDULLAH SAMAH, di usung ke hulu ke kilir, siang malam yak kira masa, kunun nya ni lah tokguru tersohor, pppperghh !, tersohor TAIK kucing takat tafsir buku sejarah melayu tingkatan 5, anak tergelak sampai guling2, dia kata “ada orang tua study nak ambil SPM ?”, kah kah kah……., puak2 umno jarang dengar KULIAH2 ni, diorang anjur tahu tapi dengar tidak, lalu tak dapat nak beza mana yang mursyid dengan yang tak, itu pasal tokguru “GILO” sampai meroyan dalam ceramah ntah hape2 di sebut, ntah dari mana rujukan nya pun tak tahu, main ikut sedap mulut jah, kerana ape ?, kerana tokguru “GILO” tu tak cukup tidor dan rehat, otak jadi buntu.

jppmakhtar pengarah JPP Kelantan

Tempoh PRK galas ni korang boleh tengok lah projek2 MEE segera, peruntukan mencurah, mengugut pengundi, kalau tak undi BN, itu dan ini tak dibagi, DAJJAL sungguh, banyak projek2 yang di janjikan masa PRK di Manik Urai dulu sampai hari ini pun tak tertunai, antara nya…..Jambatan manik urai, bandar agropolitan, nak jadi manik urai anak emas, pusat sukan Kg. Manjor, lapangan terbang dan Masjid di Kg. Temalir, tak tertunai dan tak dapat nak tutup malu dah …., boleh ke UMNOAPCO siap janji2 itu dalam tempoh PRK Galas, harapkan papan2 tanda adalah di cacak di manik urai dan manjor 2 3 hari lepas, nak kelentong la tu, nak suruh orang kata dia dah buat, dasar di nasihat oleh APCO yahudi memang begitu.

10/10/10 - Hari Bersejarah, Jom Tengok Celebriti Yang Berkahwin Hari Ini

gambar perkahwinan angkasawan negara

Hari ini merupakan tarikh keramat bagi beribu-ribu pasangan di Malaysia. 10.10.10. Rasanya ramai sungguh pasangan yang bakal bergelar pengantin pada hari ini. Paling gah sudah semestinya perkahwinan angkasawan negara kita, Sheikh Muzaffar dan Dr. Halina. Rasanya wedding mereka berdua bakal menjadi wedding of the year.

Untuk makluman, Aqasha jugak bakal bergelar seorang suami hari ini. Kami dulu pernah berkongsi gambar pertunangan Aqasha suatu ketika dahulu. Nanti kalau ada gambar perkahwinan /pernikahan / persandingan Aqasha akan kami kongsikan di sini.

Sambung Baca Di sini

Program Jamuan Raya PKR Johor Diganggu Polis



KENYATAAN MEDIA
oleh Ahmad Anwar Asyraf

SERANGAN KE ATAS MAJLIS JAMUAN HARI RAYA KEADILAN JOHOR - BUKTI UMNO-BN BAKAL TERSUNGKUR DI TANAH KELAHIRANNYA

Angkatan Muda Keadilan Johor (AMKJ) mengecam keras tindakan polis yang melakukan intimidasi melampau ke atas program Jamuan Hari Raya Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kg. Air Manis, Kulaijaya pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010.

Majlis jamuan yang sepatutnya disambut dengan gembira dan penuh semangat perpaduan telah bertukar menjadi medan provokasi pihak Polis apabila mereka merempuh masuk ke dalam premis persendirian dan program yang telah dianjurkan.

Majlis turut dicemari oleh insiden mematahkan mikrofon, merampas "banner" dan peralatan audio oleh pihak Polis.

Tindakan kali kedua pihak Polis menggangu program Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor di Kulaijaya semakin mengesahkan telahan umum kemungkinan pasukan Polis Johor telah dijadikan alat tunggangan pemimpin UMNO-BN Johor.

Tindakan tidak professional dan beretika ini amat mendukacitakan dan semakin memberikan persepsi buruk terhadap pasukan PDRM sendiri.

AMKJ menyelar keras tindakan menghalang mana - mana individu atau parti politik yang berdaftar untuk mengadakan majlis Sambutan Perayaan selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan - Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Malahan juga Seksyen 27, Akta Polis turut tidak terpakai dalam perkara ini. Majlis yang diadakan merupakan majlis persendirian di premis persendirian dan tetamu yang hadir adalah melalui jemputan (by invitation).

AMKJ melihat tindakan ini sebagai satu lagi siri ketakutan dan kegagalan UMNO-BN Johor. Melihat kebangkitan rakyat melaksanakan pembaharuan dan menyokong agenda Reformasi menolak pemerintahan kuno UMNO-BN, lalu menghalalkan cara menghalang, menakutkan dan membonsaikan fikrah rakyat Johor.

Tindakan menggunakan pihak Polis untuk menimbulkan provokasi dan kekacauan adalah satu tindakan yang mencemarkan maruah PDRM. Pasukan PDRM adalah sebuah pasukan yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan membanteras jenayah, bukannya untuk melakukan intimidasi ganas terhadap program - program Parti Oposisi dan menjaga jangka hayat UMNO-BN.

AMKJ menggesa agar Ketua Polis Negara yang baru dapat membersihkan institusi PDRM daripada kawalan politik UMNO-BN dan menginsafi tugas hakiki mereka iaitu berkhidmat untuk rakyat,mencegah jenayah, dan bersikap berkecuali bukan untuk menuruti pemimpin yang bersikap sombong dan bongkak.

AMKJ menyatakan komitmen untuk membawa perkara ini kepada SUHAKAM dan menyokong setiap langkah dan tindakan yang bakal diambil oleh KEADILAN NEGERI JOHOR dan KEADILAN CABANG KULAIJAYA berkaitan tragedi ini.

AMKJ akan terus melaksana tugas menjadi agen perubahan memberikan pendedahan kepada rakyat khasnya golongan anak muda mengenai penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, penindasan dan perbuatan - perbuatan ganas, sombong dan bongkak ini agar UMNO-BN akan ditumbangkan di dalam Pilihanraya Umum akan datang.

AMKJ juga turut menyatakan komitmen kami untuk membangkitkan sentimen perubahan ke arah memartabatkan rakyat Johor melalui sebuah kerajaan adil, telus dan prihatin Pakatan Rakyat melangkah megah ke Nusa Jaya

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Setiausaha

ANGKATAN MUDA KEADILAN JOHOR









PRK Parlimen Batu Sapi Akan Diadakan : MP Maut Terlibat Nahas

KOTA KINABALU: Pilihan raya kecil yang ke 13 akan diadakan di negara ini selepas 2008 apabila anggota Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, 54, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.

Beliau meninggal apabila motosikal Kawasaki 750 yang beliau tunggangi berlanggar dengan sebuah kereta Mercedes di jalan Sembulan-Tanjung Aru dekat Kota Kinabalu jam 11.40 pagi tadi.

Chong mula memenangi kawasan itu dalam pilihan raya umum 2004 tanpa bertanding dan menang lagi dalam pilihan raya umum 2008 selepas mengalahkan calon bebas, Chung Kwong Wing.

Chong mendapat 9,479 undi berbanding dengan Chung yang mendapat 5,771 undi.

Chong lahir di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal. Beliau meninggalkan isteri Linda Tsen Thau Lin dan empat anak.

Rahimi Osman Menjawab Kenyataan Peguam

SHAH ALAM 9 Okt. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman hari ini menjawab kenyataan peguam, Latheefa Koya menerusi portal propembangkang, Malaysiakini.com susulan dakwaan Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah termasuk berkaitan kes liwat bekas majikannya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa menafikan wujudnya unsur paksaan terhadap Muhamad Rahimi ketika menandatangani kedua-dua akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

Latheefa adalah salah seorang daripada dua peguam yang didakwa Muhammad Rahimi telah memaksanya menandatangani dua akuan bersumpah.

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatanganinya adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut kenyataan penuh Muhamad Rahimi yang dihantar kepada media di sini menerusi e-mel hari ini:

SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:

1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.

3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.

4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?

5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.

6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.

7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, majlis itu akan menunggu hasil siasatan berhubung salah laku seorang ahlinya yang dikatakan memaksa Muhamad Rahimi Osman menandatangani dua surat akuan bersumpah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Ragunath berkata, sekiranya hasil siasatan yang diperoleh membuktikan peguam berkenaan terlibat secara langsung dengan perbuatan itu, maka tindakan segera akan diambil terhadapnya.

"Laporan (polis) telah dibuat jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan kerana buat masa sekarang belum pasti sama ada peguam itu terlibat mengugut Muhamad Rahimi.

"Jika betul dia terlibat dan mempunyai bukti, maka kita akan bawa perkara ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.