Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

YB Khalil Idham Lim Bakal Digantung Hadiri Sidang DUN Perak Oleh Speaker Ganeson Esok....


YB Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong telah menerima surat rasmi daripada Setiausaha Dun Perak bertarikh 7 Februari lalu dan telah diminta hadir untuk memberi keterangan dalam sesi soal jawab kepada Jawatakuasa Hak dan Kebebasan Dewan pada 25 Februari, jam 10.30 pagi di bilik mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri Perak aras 2, Bangunan SUK Ipoh.

Namun begitu YB Khalil Idham Lim tidak hadir kerana YB Khalil Idham Lim tetap berkeyakinan Dewan Undang Negeri Perak telah dimasuki bomoh.Beliau tetap mempertahankan kenyataan beliau berkenaan bomoh itu.Bagi YB Khalil beliau tidak bersalah.


Kita diberitahu oleh YB Khalil Idham Lim,ADUN Titi Serong yang juga Ketua Penerangan Pas ,esok Speaker Ganaesan dijangka membuat keputusan berkaitan kenyataan beliau,DUN Perak dimasuki bomoh

Selebriti Fahrin Ahmad Adalah Bekas Pelajar SM(A) Maahad Segamat Mencari Petunjuk Jodoh Di Makkah, Terlalu Ramai Sangat Peminat Yang Mahukannya....

pix_gal0
Fahrin elak cari teman wanita di laman sosial

PADA usia 32 tahun, pelakon Fahrin Ahmad menganggap pelbagai peluang yang diterimanya ketika ini dalam dunia lakonan dan pengacaraan sebagai waktu terbaik untuk mengumpulkan rezeki demi masa depan. Menyedari tidak selamanya nama menjadi rebutan produser ataupun penganjur acara, maka ketika inilah dia harus bekerja keras demi mencari sesuap nasi buat bekalan pada hari muka.

Pada ketika jejaka lain seusianya mungkin sudah mendirikan rumah tangga, namun Fahrin nyata masih bersendirian. Bukan enggan mempunyai keluarganya sendiri, tetapi empunya diri seakan lebih selesa memikirkan soal karier yang semakin berkembang. Lalu, tiada perancangan untuk menaiki pelamin buat pemuda ini, dalam masa terdekat.


Malah dia melihat segala gosip mengaitkan dirinya dengan beberapa selebriti sebelum ini sebagai rencah ratus dunia hiburan yang sukar dielakkan. Tidak kurang pihak yang mengambil kesempatan untuk mencari sedikit publisiti. Baginya kini, tumpuan lebih terarah kepada usaha memajukan diri dalam bidang yang diceburi kini dan meneroka peluang baru bagi mempelbagai kebolehan yang ada.

“Buat masa sekarang saya masih lagi solo dan belum berpunya. Ada khabar angin yang mengatakan saya dengan orang itu, dengan orang ini, padahal semua itu cerita tidak benar sama sekali.

“Bagi saya, kalau ada jodoh nanti, ia tak ke mana. Tetapi saat dan ketikanya masih belum diketahui. Kita cuma mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan,” katanya sebaik saja selesai menghadiri sidang akhbar olok-olok bersama wartawan pelatih Harian Metro di Balai Berita, di sini, baru-baru ini.


Diusik pertanyaan apakah dia tidak berkenan dengan mana-mana rakan Facebook (FB) wanitanya yang dikatakan mencecah 700,000 orang, sambil ketawa Fahrin berkata, dia tidak pernah menjadikan laman terbabit sebagai tempat mencari jodoh walaupun 80 peratus kenalannya itu ialah wanita.


Baginya, laman sosial berkenaan hanya sekadar tempat untuk berkongsi pendapat dan cerita dengan teman-teman, serta tempat untuk beramah-mesra bersama peminat.

“FB tempat untuk berhubung rapat dengan peminat, malah setiap kali saya kemas kini status di FB, mereka akan beri komen. Itu tandanya peminat ambil berat mengenai kita dan nak berkongsi pandangan.


“Kalau betul nak kenal lebih rapat dengan saya, lebih baik kenal secara bersemuka daripada di Internet,” katanya berseloroh.


Bukan hanya paras rupa yang sedap dipandang mata, malah Fahrin mengaku, gadis yang sederhana dan solehah menjadi pilihan hatinya. Paling penting perhubungan itu mendapat restu ibu bapa.


Sementara itu, Fahrin yang berangkat ke Makkah pada 28 Mac lalu bagi menjalani penggambaran drama Dia Bukan Maryam berkata, peluang ke tanah suci untuk kali kelima itu tidak akan dilepaskan bagi menunaikan ibadat umrah.


Malah, kesempatan itu juga diambilnya bagi memohon petunjuk dan doa semoga ditemukan jodoh serta dimurahkan rezeki.


Siapa juga pilihan Fahrin, baginya restu ibu bapa sangat penting dalam mencari kebahagiaan rumah tangganya.


Tiada tawaran daripada Imam Muda 2


MUNGKIN kerana perwatakan dan ciri ketimuran yang ada pada dirinya, membuatkan pelakon ini dipilih sebagai pengacara program keagamaan. Biarpun hanya tampil sekali dalam sebulan dalam program Forum Perdana Ehwal Islam, nampaknya kemunculannya mengendalikan rancangan itu menarik minat beberapa pihak.


Tidak lama dulu, timbul khabar angin mengatakan Fahrin antara nama yang diintai produser Imam Muda musim kedua sebagai hos barunya. Peluang bertemu dengannya itu turut digunakan untuk bertanyakan hal berkenaan.


Namun kata Fahrin, sehingga kini dia tidak menerima sebarang tawaran daripada pihak terbabit.


Sebelum ini jejaka itu pernah menerima panggilan telefon daripada pihak berkenaan, tetapi tidak dinyatakan tujuan dan sebab sebenar mahupun mengemukakan sebarang tawaran kepadanya.


Apa pun tawaran yang datang, Fahrin tidak pernah mensia-siakannya, bahkan menganggap ia satu penghormatan dan cabaran buat dirinya yang sudah bergiat hampir sedekad dalam bidang seni.


“Saya ada menerima panggilan telefon daripada pihak berkenaan tetapi tidak dimaklumkan sebarang tawaran, tetapi hanya bertanyakan saya sama ada saya sibuk atau tidak hujung bulan ini (Mac).


“Saya ada dengar ura-ura mengenai perkara ini tetapi saya tidak dapat memberikan sebarang komen kerana saya tak terima apa-apa tawaran lagi daripada pihak terbabit,” katanya.


Meskipun begitu, Fahrin bersedia menggalas tanggungjawab mengendalikan rancangan terbabit jika benar dirinya dipilih menjayakan program itu. Baginya ia peluang untuk dirinya terus mengasah bakat dalam bidang pengacaraan program sedemikian.


“Stigma masyarakat kini sering memandang pelakon hanya sekadar mampu berlakon saja tetapi sebaliknya pelakon juga mampu menceburi pelbagai bidang termasuk pengacaraan.


“Bukan bermaksud sudah tidak laku, tetapi pengacaraan juga satu cabang dalam industri seni,” kata bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Ma’ahad Segamat, Johor ini.


Keluarga Ahmad Sarbini Tertekan - Kematiannya dikatakan "Membunuh Diri", Kami Mahu Nama Keluarga Kami Dibersihkan....

http://1.bp.blogspot.com/-NtP_n4kFxGI/TZ-jxhuhErI/AAAAAAAAacc/UliD4sWDKDA/s200/sarbini.jpg

KUALA LUMPUR, 12 April — Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed masih percaya penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu, yang ditemui mati di premis SPRM Rabu lalu, bukannya membunuh diri dan oleh itu, mahu individu menyebabkan kematian bapa kepada lima anak itu dibawa ke muka pengadilan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, pihaknya masih percaya tidak mungkin pegawai kastam itu sanggup “membunuh diri” seperti yang didakwa pihak tertentu termasuk media.

“Kami cukup tertekan, kenapa boleh kata macam itu? Saya nak pegawai yang bunuh abang saya didakwa, siapa yang panggil dia (ke pejabat SPRM)? Siapa yang buat mesti bertanggungjawab dan mengaku, biar mahkamah yang buat keputusan nanti.

“Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di aras satu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Wilayah Persekutuan di sini, Rabu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain.

Ia kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam. yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009, masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini “membunuh diri” telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya.

Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah “membunuh diri”.

“Saya nak beritahu, keluarga tertekan bila kata dia bunuh diri, saya nafikan dia bunuh diri, malah sehingga hari ini keluarga masih tidak boleh terima dakwaan yang mengatakan dia bunuh diri . . . keluarga kami tidak boleh terima.

“Jadi jangan buat andaian yang bukan-bukan, jangan buat tuduhan tidak berasas . . . tuduhan kata bunuh diri itu saya dan keluarga tidak boleh terima, saya rasa macam nak pukul siapa yang buat,” katanya.

Seolah-olah kesal dengan cara siasatan SPRM, Ismail membangkitkan pelbagai persoalan berhubung tragedi itu.

“Saya nak tanya, abang saya jumpa dengan siapa di sana? Dia pergi ke sana awal pagi, jadi siapa yang dia jumpa? Siapa yang bawa dia masuk (dalam pejabat SPRM)? Siapa yang sahkan kematian dia?

“Bila sudah mati, siapa yang ambil pakaian dia? Polis atau pegawai SPRM? Ini satu kemusykilan, siapa yang ambil? Siapa yang sampai di sana dulu? Polis atau ambulans? Kami mahu semua ini diperjelaskan, kami mahu nama keluarga kami dibersihkan . . . kami mahu siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini didakwa.

“Kami mahu individu yang sebabkan kematian Ahmad Sarbaini didakwa, siasatan perlu diadakan segera. Saya juga tidak bersetuju dengan cara siasatan SPRM, kami tidak boleh terima semua ini,” katanya.

Ahmad Sarbaini meninggalkan balu Maziah Manap, 50 dan lima orang anak.

The Malaysian Insider yang turut mengunjungi rumah Ahmad Sarbaini di kawasan kuarters Kastam, Kelana Jaya juga mendapati ramai ahli keluarga masih menemani keluarga Allahyarham.

Bagaimanapun, Maziah enggan memberikan sebarang komen berhubung tragedi yang menimpa suaminya.

Penyanyi Kumpulan Spring Dijatuhi Hukuman 10 Sebatan dan Penjara 8 Tahun - Kes Dadah

http://1.bp.blogspot.com/-PvOBgYGGvBA/TVlHsJB1bpI/AAAAAAAAG7o/6V3jq6YdtH8/s320/Ameng_Gari.jpg

MELAKA 12 April – penyanyi Ameng Spring dijatuhi hukuman 8 tahun penjara, 10 sebatan dan dua tahun pengawasan polis setelah mengaku bersalah atas tiga kesalahan dadah termasuk satu pertuduhan tambahan di mahkamah sesyen di sini hari ini

Peruntukkan RMK-9 Untuk Sarawak Gagal Dinikmati Rakyat?? Apakah RMK-10, Rakyat Hanya Tengok Sahaja....

Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat sehingga pemimpin BN tidak boleh tidur lena.

NONE“Insya Allah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April ini, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat,” kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (dua dari kanan).

Dalam satu kenyataan akhbarnya, beliau berkata hanya setelah ditolak rakyat baru pemimpin BN akan sudi turun meninjau kesempitan rakyat sedangkan sewaktu berkuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Justeru, katanya, apa yang berlaku di Sarawak hari ini adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya Sarawak. BN kini diberi tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon pada 6 April lalu.

NONEMenurutnya, menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan menang beberapa kerusi tanpa bertanding, tetapi pilihan raya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

“Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak.

Kemiskinan dirancang

“Kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi,” katanya.

Justeru, kata Idris, peruntukkan jarang sekali sampai ke sasaran agar ia dapat dijadikan modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

“PAS merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan elektrik.

NONE“Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk tempoh lima tahun.

“Daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah,” katanya.

Menurut Idris dalam pembentangan RMK-10, perdana menteri juga mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

sarawak poll sungai pinang 100411 houses by the river big image“Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu daif.

“Persoalannya kenapa jadi begini?

“Ke mana hasil bumi Sarawak sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat,” soalnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.