Ditegur pagi tadi mungkin merajuk kerana tidak dapat jawatan menteri besar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini muncul di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengambil bahagian dalam perbahasan dan membidas ketua pembangkang yang mengkritik ketidakhadirannya.
Ahli DUN (Adun) Kajang itu berkata, beliau tidak dapat menghadiri persidangan sejak Isnin kerana sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan dan sudah memaklumkan perkara itu kepada Dewan.