Allahu Rabbi!!! (Gambar2) Memilukan Pasangan Suami Isteri Mati Dibunuh, Apa Motifnya? Jom Terjah!!!

KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil

BALING 25 Nov. – Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati dengan kesan tikaman pada bahagian leher di rumah mereka di Taman De­sa Bidara, Kuala Ketil, di sini hari ini.

Mayat, Zahari Yah­ya, 66, dan Salmah Husin, 61, masing-masing merupakan pesara gu­ru dan Jabatan Kesihatan Daerah Baling ditemui kira-kira pukul 12 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Nashir Ya berkata, kedua-dua mangsa ditemui tertiarap dan berlumuran darah di ruang tamu serta meja makan rumah berkenaan.

“Kedua-dua mangsa dipercayai mati akibat kecederaan parah. Semasa kejadian, hanya pasangan itu berada dalam rumah sementara anak-anak mereka keluar bekerja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mohd. Nashir, pemeriksaan di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang senjata.

Selain itu, katanya, tiada barangan berhar­ga dalam rumah hilang.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh oleh orang yang dikenali memandangkan tiada kesan pecah rumah atau samun,” katanya.

Tambah Mohd. Na­shir, berikutan itu, po­lis telah menahan seorang lelaki berusia 20-an bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling di talian 04-4708999 bagi membantu siasatan.

KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil

Difahamkan, mayat pasangan pesara Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Klinik Kesihatan Kuala Ketil terbabit ditemui dalam keadaan terlentang oleh anaknya yang pulang untuk makan tengah hari di rumahnya.
KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut disebabkan beberapa tetakan di belakang leher dengan menggunakan senjata tajam.
KEJAM, Pasangan Warga Emas Di Bunuh Di Kuala Ketil

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. 

"Polis menahan seorang anak angkat mangsa untuk membantu siasatan dan mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat," katanya. 

Al Fatihah...semoga pihak polis berjaya memburu dan menghukum pembunuh kejam ini.... 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.