Kalau Datuk Mohamad Fadzil (Presiden PKMM) Seorang Beriman, Maka Lebih Baik Beliau Meminta Maaf Dan Menarik Balik Fitnah Kepada Kerajaan Negeri.......

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kerajaan negeri Pulau Pinang mengeluarkan statistik hari ini untuk menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memperoleh lebih banyak projek di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sepanjang dua tahun lalu.

Tender yang telah diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Pengairan dan Saliran bagi tahun 2008 hingga 2010 menunjukkan kontraktor Bumiputera menerima kesemua 18 projek bernilai RM40,944,933.80.

Dalam pada itu, daripada 17 projek diluluskan oleh jawatankuasa tender Jabatan Kerja Raya antara 1 Januari 2008 dan 30 November 2010, 16 daripada yang bernilai RM20,407,640.94 diberikan kepada kontraktor Melayu.

Kontraktor Melayu hanya menerima satu projek bernilai RM407,000.

“Ini dengan sekali gus mematahkan fitnah jahat pemimpin Umno dan juga sekutu Umno seperti Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan. Datuk Mohamad Fadzil telah mendakwa kenyataan saya bahawa 70 peratus bidaan kontrak kerajaan negeri dimenangi kontraktor Bumiputera tidak benar dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengagihan projek secara adil.

“Datuk Mohamad Fadzill telah mencabar saya mendedahkan secara nilai tender yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera kerana nilainya mungkin jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan habuan kontrak yang diterima kontraktor bukan Bumiputera,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar)dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Lim, angka sedemikian dengan sendirinya membuktikan bahawa kontraktor Umno seperti Datuk Mohamad Fadzil hasad dengki dan marah terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat semata-mata kerana mereka tidak memenangi kontrak seperti yang dulu,” katanya.

Lim juga berkata atas kepentingan politik sempit Umno dan Barisan Nasional (BN), mereka sedia menabur fitnah kerana tidak dapat kontrak dulu sebagai kroni Umno.

“Kalau Datuk Mohamad Fadzil seorang beriman, maka lebih baik beliau meminta maaf dan menarik balik fitnah kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Menurut Lim, urus tadbir “CAT” yang cekap, bertanggungjawab dan telus telah berjaya memartabatkan kontraktor Melayu dengan sistem tender terbuka.

“Urus tadbir CAT dan sistem tender terbuka telah membuktikan bahawa kontraktor Melayu memang berdaya saing secara terbuka.

“Yang tak mampu saing hanya kontraktor Umno yang lembik, dayus dan bodoh sehingga terpaksa bergantung kepada kabel politik Umno dan hidup sebagai kontraktor kroni.

“Ini telah menyebabkan banyak projek kerajaan bermasalah sebelum ini,” katanya lagi.

Jelas beliau, demi mengelakkan projek kerajaan negeri bermasalah kerana terbabit dengan kontraktor kroni Umno, maka arahan telah dikeluarkan kepada semua jabatan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memantau dengan teliti dan rapi sekiranya kontraktor Umno ini membida projek.

“Saya ingin menasihatkan Datuk Mohamad Fadzil supaya janganlah berpura-pura sebagai kontraktor kalau lebih berminat jadi orang politik yang sentiasa serang kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Adalah lebih baik beliau letak jawatan sebagai Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang dan bertanding dalam pilihan raya besar kalau nak jadi orang politik,” katanya.

Kata Lim, jika Mohamad Fadzil tidak mahu letak jawatan, beliau harus mengakui salah dan meminta maaf kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kerana menabur fitnah yang tidak berasas.

“Macam mana kerajaan negeri boleh bekerjasama dengan persatuan sedemikian yang dipimpin oleh seorang kroni Umno yang begitu tebal sekali yang menabur fitnah melulu?

“Sebelum ini saya telah menyatakan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus yang menjadi amalan kerajaan negeri terbukti apabila kira 70 peratus bidaan kontrak di Pulau Pinang berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Utusan Malaysia dan pemimpin rasis BN sering menggambarkan beliau sebagai anti-Melayu sedangkan kerajaan negeri pimpinannya memartabatkan usahawan bumiputera yang berkebolehan dengan tawaran tender secara terbuka menerusi e-Perolehan,” katanya.

Lim juga berkata sudah sampai masanya jangan lihat daripada sudut perkauman tetapi profesionalisme dan kemampuan yang boleh “martabatkan kita semua.”

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JPS BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010

Kontraktor Bumiputera
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
40,944,933.80
0
40,944,933.80
% Dari Segi Nilai
100%
0
100%
Jumlah Bilangan
18
0
18
Jumlah Bilangan (%)
100%
0%
100%

TENDER YANG TELAH DILULUSKAN OLEH JAWATANKUASA TENDER JKR DARI 1 JANUARI 2008 HINGGA 30 NOVEMBER 2010 (KERAJAAN NEGERI)

Kontraktor Melayu
Kontraktor Bukan Melayu
Jumlah
Jumlah (RM)
20,407,640.94
407,000.00
20,814,640.94
% Dari Segi Nilai
98%
2%
100%
Jumlah Bilangan
16
1
17
% Bilangan
94%
6%
100%


Speaker Guna Kuasa Mutlak Gantung 3 MP Pakatan Rakyat... Terus Setuju Usul Menteri?

Dewan Rakyat sekali lagi gempar apabila tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat diusul untuk digantung selepas didakwa menghina dewan.

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat berkenaan atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Keputusan itu, bagaimanapun didakwa dilakukan tanpa mengemukakan notis tujuh hari.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Ia dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).

Azmin yang ditemui media di lobi parlimen berkata keputusan Speaker berubah dalam masa satu hari untuk menggantung ahli parlimen Pakatan Rakyat.

"Semalam mereka mahu menggantung ahli parlimen Permatang Pauh dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor). Tapi dalam masa satu hari keputusan diubah di mana saya, Sivarasa dan Karpal Singh akan digantung enam bulan bermula esok.

"Jadi saya mahu tanya Speaker peraturan mana yang digunakan ke atas kami kerana saya tidak diberikan notis," katanya.

NONEMenurut Azmin, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 27, dewan perlu memberi notis tujuh hari sebelum tindakan menggantung mana-mana ahli dewan.

"Ini tidak dilakukan kerana nama saya tidak ada di situ semalam.

"Kecuali Speaker setuju dengan usul menteri. Itu yang kita mahu tahu daripada Speaker atas dasar apa beliau setuju dengan menteri," katanya.

Azmin berkata ahli parlimen yang digantung, sekurang-kurangnya dibenarkan untuk merujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen untuk membenarkan beliau mempertahankan diri.

"Beliau (speaker) terus berkata saya telah membuat keputusan. Anda tidak ada hak menentang," katanya.

Azmin, pagi tadi diarahkan keluar dewan sehingga jam 2.30 petang.

Karpal Singh dan Sivarasa, adalah ahli Jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Mereka didakwa menghina dewan selepas membuat kenyataan di luar parlimen berhubung prosiding jawatankuasa itu pada 3 Disember lalu.

NONEKedua-dua mereka didakwa telah mendedahkan keterangan dan surat Apco semasa berlangsungnya mesyuarat jawatankuasa.

Tindakan itu dikatakan menyalahi Peraturan Mesyuarat 85, apabila menyatakan bahawa kenyataan dan surat yang diberikan kepada ahli jawatankuasa itu tidak boleh disiarkan kepada sesiapa sehingga notis itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Sementara Azmin pula, dalam notis bertarikh 6 Disember di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), didakwa telah menyentuh keterangan dan surat Apco yang telah diserahkan kepada jawatankuasa itu.

NONETindakan ketiga-tiga, mereka itu dikatakan melanggari hak keistimewaan mereka sebagai ahli parlimen dan menghina dewan, katanya.

Usul menghina dewan ke atas ketiga-tiga ahli parlimen tersebut dikatakan berkaitan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihadapkan ke jawatankuasa itu selepas mendakwa kempen 1Malaysia mempunyai persamaan dengan 'One Israel' melalui syarikat perundingnya, Apco Worldwide.

Jawatankuasa itu telah membentangkan keputusannya di Dewan Rakyat dan mencadangkan Anwar digantung daripada Parlimen selama enam bulan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.