Himpunan Bantah Judi Di Masjid Negeri di Ipoh Mendapat Sambutan Ramai



Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.

Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..

Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.

Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir biarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.

Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.

SPRM akan ambil Keterangan Bala di London Julai Ini... Kita Tungg Nanti

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengambil keterangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Jurucakap Bahagian Komunikasi Korporat SPRM, berkata perkara itu dijangka dibuat di London pada Julai ini seperti yang disyaratkan Balasubramaniam.

innity_country = "MY"; innity_client = "17"; innity_zone = "761"; innity_channel = ""; innity_keyword = "";
"SPRM akan menghubungi peguam beliau untuk perbincangan lanjut mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
GA_googleFillSlot("bh_island2");

Beliau diminta mengulas lanjut kenyataan akhbar, SPRM hari ini yang berkata, suruhanjaya itu menyambut baik kesediaan Balasubramaniam untuk dirakamkan percakapannya berhubung kes itu.

SPRM mengulas kenyataan yang dibuat peguam Balasubramaniam, Manjeet Singh Dhillon dan Americk Sidhu menerusi portal berita Malaysiakinibahawa penyiasat persendirian itu sedang menunggu SPRM untuk diambil keterangan.

Peguamnya juga dilapor berkata, Balasubramaniam belum menerima surat rasmi daripada SPRM sekali pun pada 19 April lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya, Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan kesediaan untuk bertemu penyiasat persendirian itu di mana saja yang dirasakan sesuai.

Sebelum ini, usaha SPRM untuk mengambil keterangan Balasubramaniam menemui jalan buntu kerana tidak mengetahui lokasi penyiasat persendirian itu berada selepas menghilangkan diri bersama keluarga pada Julai 2008.

Balasubramaniam sebelum itu mencetuskan kontroversi apabila mengumumkan akuan bersumpah berkenaan pembunuhan Altantuya tetapi menarik balik pernyataan itu menerusi akuan bersumpah kedua pada keesokannya.

- Bernama

Kalau Nak Keluar Parti Bagi Notis sebulan : Fuziah Salleh

KUALA LUMPUR, 21 Mei — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat pendekatan Pengarah Pilihan Rayanya memberi notis satu bulan kepada ahli-ahli yang kecewa agar meninggalkan parti itu membuktikan ia semakin serius dalam usaha melakukan perubahan besar.



Menurut Ketua Penerangannya, Latheefa Koya, PKR kini lebih serius untuk memperjuangkan keadilan rakyat.



“Saya bersetuju dengan nasihat (Fuziah Salleh) itu memandangkan kini PKR merupakan sebuah parti yang semakin diterima rakyat dan kita tidak mahu ahli yang bermasalah dalam parti.



“Parti ingin melakukan perubahan besar terutamanya dalam kepimpinan dan bagi ahli yang bermasalah dan tidak boleh menerima dasar dan perjuangan parti dialu-alukan untuk keluar kerana parti tidak memerlukan mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.



Beliau berkata isu ahli ataupun pemimpin PKR keluar parti hanya isu kecil cuma ia diperbesarkan dalam media.


“Media kata ramai ahli PKR keluar tetapi ramai lagi ahli baru yang menyertai kita cuma ia tidak diperbesarkan,” katanya.



Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Mohd Akin melihat nasihat itu sebenarnya menunjukkan satu ketegasan parti kepada pemimpin-pemimpin yang telah keluar sebelum ini dan berharap tiada lagi yang bertindak sedemikian.

“Kenyataan yang dikeluarkan untuk menunjukkan satu ketegasan parti kepada pemimpin-pemimpin parti yang telah keluar sebelum ini demi untuk memantapkan parti.



“Selain itu, sempena Kongres Nasional PKR tidak lama lagi kita mahukan satu perubahan dan semangat baru dalam kalangan ahli.



“Ini kerana kita mahukan jadikan kongres itu sebagai satu platform untuk melakukan perubahan,” katanya.



Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi PKR Melaka memberitahu sebenarnya tiada sebarang kesan kepada parti sekiranya ahli ataupun pemimpin yang bermasalah keluar parti.



“Sebenarnya tiada sebarang kesan kerana kita hanya mahukan ahli yang benar-benar komited kepada perjuangan parti.


“Ia juga merupakan satu langkah penjenamaan semula parti memandangkan kini PKR semakin diterima rakyat,” katanya.


Fuziah (gambar) memberikan “nasihat mesra” dengan mengatakan pemimpin dan ahli yang berhasrat mahu meninggalkan parti boleh berbuat demikian dalam tempoh sebulan ini.



Nasihat itu diberikan Fuziah ekoran siri tindakan keluar parti kebelakangan ini dan mahu mahu memulihkan imej parti yang dilihat tercalar dengan serangan bertubi-tubi termasuk laporan tindakan keluar parti segelintir wakil rakyat dan pemimpin cabang dan negeri.



“Selaku pengarah pilihan raya, saya berpendapat mereka yang merasakan tidak lagi dapat memenuhi kepentingan peribadi mereka... mungkin mereka ini menyertai PKR (dulu dikenali sebagai Keadilan) atas alasan boleh mendapat manfaat peribadi, tetapi sekarang merasakan sebaliknya, wajar meninggalkan parti,” kata beliau.


“Saya beri notis kepada semua yang hendak melompat dari PKR untuk berbuat demikian dalam tempoh satu bulan. PKR akan membuat ‘rebranding’ (penjenamaan semula) selepas ini.



“Saya juga memaklumkan bahawa ‘we mean business’ dalam parti. Kita mahu PKR seiring dalam Pakatan Rakyat dan sesiapa yang hendak main-main (tidak serius) dalam PKR tidak diperlukan,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu.

Pendapat itu turut disokong Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abd Rahman yang menyifatkan tindakan keluar parti mungkin disedari Fuziah dan ia turut menjejaskan imej dan krediabiliti PKR sebagai sebuah parti yang memperjuangkan keadilan rakyat.



“Itu adalah pandangan peribadinya, mungkin beliau nampak setiap kali pilihan raya pasti ada ahli yang keluar sebab itu beliau memberi nasihat sedemikian.



“Tindakan keluar parti ini sedikit-sebanyak menjejaskan imej dan krediabiliti parti,” katanya.



Beliau berkata tindakan ahli dan pemimpin yang keluar parti merupakan satu pengkhianatan kepada parti dan juga rakyat.



“Apa yang dilakukan ahli tersebut merupakan satu pengkhianatan kepada parti dan juga rakyat kerana mereka membalas kepercayaan yang diberikan rakyat dengan mengkhianatinya.



“Fuziah telah bekerja keras selama ini dan beliau pasti tidak mahu parti dikhianati sebegitu jadi lebih baik jika ada ahli dan pemimpin yang berkepentingan sendiri keluar daripada PKR.


“Kalau nak keluar, keluar senyap-senyap. Buat apa nak hebohkan,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah Strategi, Chua Tian Chang berkata parti tidak akan menghalang sekiranya ada ahli dan pemimpin bermasalah yang mahu meninggalkan parti.

“PKR adalah parti untuk semua bukan bersendirian dan bagi mereka yang ada motif dialu-alukan untuk keluar.


“Jadi bagi saya kenyataan Fuziah itu lebih kepada untuk memperkukuhkan dan penjenamaan semula parti, itu sahaja,” katanya.


Namun, Timbalan Presiden, Senator Dr. Syed Husin Ali dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.



“Tiada komen, cukuplah dengan kenyataan yang dikeluarkan Fuziah,” kata Syed Husin.



“Itu pendapat beliau dan saya tidak mahu komen,” kata Zuraida pula.



Bang Mat Sabu Cukup Hebat... Linangan Airmata Pengundi Sibu Mendengar Ceramahnya...

"Kami orang PAS menghormati anutan agama lain. Kami tak boleh paksa orang mengikut adat kami. Kalau kamu (bukan Islam) nak minum arak, minumlah! Kamu nak makan babi, makanlah! Saya tak boleh halang..."



Demikianlah kata-kata pemimpin PAS Mohamad Sabu (gambar kanan), yang mungkin tidak asing untuk komuniti Cina di Semenanjung Malaysia yang pernah mengikuti ceramahnya, tetapi sesuatu yang bukan sahaja baru, tetapi terharu buat penduduk Cina di Sibu, Sarawak.



Semasa Mohamad Sabu berucap di Sungai Merah, berkempen untuk DAP dalam PRK Sibu, seorang wanita Cina didapati berlinangan air matanya mendengar kata-kata ini. Wong Shu Qi, wartawan MerdekaReview menceritakan pemerhatian seorang jurugambar, ketika berkongsi pengalamannya dalam satu forum bertemakan PRK Sibu, semalam.



Forum yang dianjurkan bersama oleh MerdekaReview, Jawatankuasa Sosial-Ekonomi Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor semalam menarik kira-kira 100 orang hadirin. Selain Wong Shu Qi, barisan ahli panel termasuklah ahli parlimen Batu-PKR Tian Chua, ADUN Teratai-DAP Jenice Lee, dan Penyelaras Sibu Election Watch (SEW) Ong Boon Keong.



Perubahan suasana politik


Suasana politik yang berbeza antara Malaysia Timur dan Barat mungkin antara faktornya SUPP memainkan semula isu "Negara Islam" di kalangan komuniti Cina-bukan Islam, biarpun isu ini terbukti hilang mujarabnya setelah dicuba MCA di Semenanjung, semasa dan selepas PRU ke-12.



Untuk beberapa hari SUPP cuba mengasak isu ini kepada DAP, namun serangan ini berjaya dipatahkan apabila pemimpin PAS seperti bekas Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin, Mohamad Sabu dan lain-lain tampil untuk meredakan keresahan dan keraguan komuniti Cina-bukan Islam.



Sesungguhnya, suasana politik Sibu diselubungi ketakutan, lantaran kawalan sosialnya yang begitu ketat, bukan sahaja perisik di merata tempat, tetapi jalinan hubungan yang rapat dalam komuniti tersebut sehingga hilang kerahsiaan peribadi. Penduduk didapati masih bersikap dingin terhadap politik, takut diambil gambar dan menyatakan pendirian secara terbuka, kata Wong Shu Qi (gambar atas).



Namun demikian, keadaan berubah sedikit demi sedikit sebagaimana yang diperhatikan dalam PRK Sibu ini. Jenise Lee berkata, biarpun ramai pengundi yang menunjukkan sokongan terbuka mereka kepada SUPP, tetapi mereka sebenarnya menyokong DAP-PR secara senyap-senyap ketika memangkah undi. Malah, Lim Kit Siang yang 10 tahun lalu perlu disorok di hotel sebelum dan selepas ceramah, kini lebih disenangi dan disambut mesra oleh penduduk tempatan.



"10 tahun yang lalu, suasana begitu janggal, di mana komuniti tempatan bimbang ancaman 'pengaruh luar', iaitu dari semenanjung, tapi kali ini mereka mengalu-galukan kedatangan kami, malah mengundang kami supaya lebih kerap melawat tempat mereka," kata Jenise Lee.



Strategi SUPP berkecamuk



Langkah SUPP nyata berkecamuk apabila berdepan dengan serangan DAP-PR. Dalam beberapa hari yang terakhir, SUPP dikatakan mengupah wartawan senior dari Kuching untuk menyediakan bahan kempen, malah mengupah syarikat pengiklanan untuk mereka iklan SUPP-BN, kata Wong Shu Qi.

Pemilikan media cetak mungkin antara faktornya SUPP merasakan dirinya tidak memerlukan media internet, lantas bersikap kurang mesra kepada wartawan media internet yang datang dari Semenanjung Malaysia. Jika dibandingkan dengan perang media yang dilancarkan oleh DAP, yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan sms, email dan sebagainya, SUPP jelas masih belum menyesuaikan diri dengan pengunaan media baru.


"Wartawan (khususnya media internet) mengadu kerana gagal menemui calon SUPP-BN. Kain rentang mereka masih ditulis dengan tangan. Mereka hanya menyediakan kenyataan media mereka dalam hard copy, meminta pendrivedaripada wartawan pula apabila diminta soft copy-nya, seolah-olah tiada konsep 'email' untuk mereka," kata Wong Shu Qi.

Sebaliknya, DAP lebih tersusun dalam mengatur serangan kempennya. Menyedari bahawa calonnya, Richard Wong Ho Leng yang dianggap "kurang mesra", menurut hasil soal selidik sebelum bermula PRK Sibu, maka DAP menampilkannya imejnya yang mesra dalam bahan kempen pusingan pertama.


Malah, Wong Shu Qi mendapati bahan kempen DAP-PR sebenarnya menyentuh hati pengundi, apabila isu yang dibangkitkan mengusik apa yang terpendam dalam hati pengundi. Misalnya, masalah generasi muda berpindah ke luar negeri untuk mencari nafkah, berikutan pembangunan Sibu yang semakin menjunam, ditampilkan dengan poster orang tua menunggu kepulangan anak setahun sekali.

Selain daripada itu, Jenice Lee juga menceritakan bagaimana DAP-PR menangkis serangan SUPP-BN, yang menaikkan papan dengan mesej "undi kepada DAP adalah undi kepada PAS, yang akan berakhir dengan ketidakaslian mee kampua. Mee Kampua ialah makanan tempatan kesukaan penduduk Sibu, yang dimasak dengan daging dan minyak khinzir. Mesej tersirat dalam iklan ini adalah, negara Islam yang ditubuhkan PAS akan mengharamkan daging khinzir.


DAP-PR lantas membalas dengan iklan "rambut putih dalam Mee Kampua lebih dahsyat", menyasarkan serangan kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang sudah 29 tahun menguasai bumi kenyalang itu, yang semestinya mencungkil rasa tidak puas hati orang ramai, kata Jenise Lee.


Apa yang lebih menarik, ketika menangkis serangan slogan "gai bian" (Jom Ubah) daripada DAP, SUPP menggunakan slogan "gai ge" (reformasi), satu slogan yang sekian lama dilaungkan oleh pembangkang sekiranya diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

"Revolusi warga emas"

Berbeza dengan pola pengundian PRU ke-12 dan PRK selepasnya, di mana pengundi muda lebih memihak kepada PR, PRK Sibu ini menyaksikan bagaimana warga tua turut menyumbang kepada kemenangan DAP-PR. Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan oleh Ong Boon Keong, kebanyakan pemuda bekerja di luar negeri, yang dijangka mencakupi 10%-15% jumlah pengundi, atau 6,000 hingga 9,000 orang.

Malah, pengundi yang berada dalam lingkungan usia antara 21 hingga 29 tahun adalah 9%, dan 30 hingga 39 tahun ialah 25%. Ong Boon Keong (gambar kiri) menyifatkan kemenangan DAP-PR dalam PRK Sibu sebagai revolusi warga emas!

Ini krisis kepada SUPP-BN, apabila orang tua yang pada asalnya penyokong BN, kini juga berpaling untuk menyokong PR, kata Tian Chua. Jenice Lee pula berkata, masalah geran tanah dengan hak milik pajakan 66 tahun menjadi pukulan maut kepada SUPP-BN, biarpun Ketua Menteri mengumumkan pengurangan bayaran pada saat-saat akhir.

Keadaan ini berlaku kerana seandainya seseorang membeli rumah pada sekitar umur 30 tahun, beliau terpaksa merunsing dengan masalah tanah kerana kemungkinan besar tanah yang dibelinya akan digaris merah (untuk kegunaan pembangunan kerajaan), pada akhir tempoh luput gerannya. Seandainya ia berlaku, ia membawa makna pelaburan seseorang akan menjadi tidak terjamin.


"Mungkin sebab ini orang tua bangkit menuntut perubahan," seloroh Jenice Lee (gambar kanan).

Sengketa Samy Vellu Terserlah : Lumrah, Selagi Berkuasa Apa Sahaja Dilakukan

Apapun alasan Datuk Seri S Samy Vellu bagi memecat timbalan ketua pemuda parti itu, V Mugilan, pasti ramai tahu apa cerita disebalik tindakan tersebut.

Semuanya bermula bila nama Mugilan tiba-tiba panas dan meletup untuk jadi calon bertanding pada pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor April lalu.


Difahamkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah setuju dengan nama Mugilan setelah pengundi-pengundi di Hulu Selangor menolak timbalan presiden MIC Datuk G. Palanivel bertanding semula.

Palanivel didakwa gagal memberikan khidmat terbaik kepada penduduk Hulu Selangor tetapi Samy Vellu tetap berkeras mahu bekas wakil rakyat lima penggal itu bertanding atas alasan Palanivel bakal jadi presiden MIC.

Ketika inilah ujud pertembungan Samy Vellu dengan Mugilan hingga presiden MIC itu mengancam mahu mengambil tindakan terhadap timbalan ketua pemuda tersebut jika dicalonkan menentang Datuk Zaid Ibrahim dari PKR.

Akhirnya jentera BN terpaksa akur dengan pencalonan Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan untuk bertanding yang diputuskan beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon.

Muhyiddin dalam ucapan di majlis itu percaya Mugilan mempunyai peluang yang cerah untuk bertanding pada masa depan dan berharap pemimpin pemuda itu bersabar.
Barangkali perkara inilah yang menyekat halkum Samy Vellu untuk menelan kebenaran bahawa Mugilan bakal jadi bintang dalam MIC satu hari kelak sama seperti Cikgu K.Parthiban yang turut diuar-uarkan akan bertanding di Hulu Selangor
Jika tidak masakan beliau menghubungi bekas wakil rakyat Ijok itu marah-marah sebaik sahaja nama Parthiban dilaporkan turut jadi pilihan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Bagaimanapun, Samy Vellu hanya mencari masa yang sesuai untuk melepaskan amarahnya kepada Mugilan yang pernah mengkritiknya gara-gara pemilihan calon di Hulu Selangor.
Justeru itu, apabila timbalan ketua pemuda itu mengeluarkan kenyataan yang mahukan bekas menteri kerja raya itu melepaskan jawatan presiden MIC secepat mungkin, Samy Vellu tidak perlu berfikir panjang.

Dengan membelakangkan jawatankuasa disiplin parti, Samy Vellu hanya berunding dengan Palanivel untuk membuat keputusan memecat Mugilan, pada Khamis.
Mustahil bagi Palanivel menentang keputusan Samy Vell yang sudah berjanji menyerahkan jawatan Presiden MIC kepadanya tahun depan.

Bagi mereka yang sudah biasa melihat susur galur politik MIC, parti itu sejak diketuai Samy Vellu 31 tahun lalu penuh dengan insiden pemimpin yang dipecat dan ‘dimatikan’ karier politiknya.

Lihat saja apa yang menimpa bekas timbalan presiden Tan Sri M.G.Pandhitan dan Datuk Dr. S. Subramaniam.

Pemimpin-pemimpin yang cuba bersuara demi kebaikan parti akan ditunjuk ‘jalan keluar’ oleh presiden MIC itu demi kesinambungan dan suvival politiknya.

Walaupun Ketua Pemuda MIC, T.Mohan mendakwa wujud ‘Mastermind’ atau individu tertentu yang menjadi perancang di sebalik tindakan Mugilan mendesak Samy Vellu melepaskan jawatannya sebagai presiden parti berkenaan secepat mungkin, ianya sukar dipercayai.
Mustahil Mugilan mahu mengkhianati kepercayaan Najib dan Muhyiddin kepadanya yang pada awalnya sudah beliau bertanding di Hulu Selangor.

Mustahil juga bagi Mugilan membakar jambatan sedangkan jika ambil kira cakap Muhyiddin, jambatan cukup besar menanti Mugilan yang dilihat amat berpotensi sebagai pemimpin pelapis MIC.

Barangkali ini semua helah Samy Vellu untuk memastikan pemimpin-pemimpin MIC yang berada dalam parti apabila beliau melepaskan jawatan kelak adalah mereka yang boleh mendengar cakapnya.

Sebab itu juga, beliau umum akan menilai prestasi setiap ketua cawangan parti ke arah memantapkan lagi jentera parti di peringkat akar umbi sebelum melepaskan jawatan.
Jelaslah walaupun sudah 11 penggal menerajui MIC, Samy Vellu masih mahu menjadi legasi dalam parti kaum India di negara ini walaupun kebelakangan ini, sokongan terhadap parti itu terus dipertikaikan.

Pemecatan Mugilan hanya melengkapkan segala persepsi orang ramai terhadap kepimpinan Samy Vellu sebelum ini yang tidak boleh dikritik atau ditegur walaupun oleh pemimpin parti demi kebaikan MIC.

Mahkamah Membenarkan Isteri kedua Melawat Sultan Kelantan


KOTA BHARU, 20 Mei: Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah di sini membenarkan isteri kedua sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31 melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra.

Panel tiga hakim diketua Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit pihak Elia Suhana dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Hakim lain yang turut bersidang iaitu Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Wan Hassan Wan Muhamad.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu tidak sepatutnya berlaku kerana perintah itu dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Bagaimanapun Elia Suhana mendakwa dihalang Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya.

Dan pada 21 Februari lalu mahkamah mengarah ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab.

Sedangkan sebelum itu pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu membenarkan isteri kedua melawat Sultan Kelantan setiap Sabtu sehingga pagi Isnin.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Syariah menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal ke atas suaminya kepada 13 Jun depan.

Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei ini.

Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori pada 21 Mac lalu untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60.

Sultan Kelantan didakwa menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lalu ketika menjalani rawatan di Singapura.

Peguam Fakhrul Azman Abu Hassan mewakili Elia Suhana, manakala Raja Perempuan Kelantan diwakili peguam Zainul Rijal Abu Bakar.

MIC Yang Reput Makin Bergolak Lagi... Presiden Pantang Dibidas!!



V Mu.. gi.. lan hari ini dipecat


Timbalan ketua pemuda MIC, V Mugilan hari ini dipecat daripada parti itu.
Menurut ketua pemuda MIC, T Mohan, pemecatan Mugilan dibuat oleh presiden parti, Datuk Seri S Samy Vellu setelah berunding dengan timbalannya, Datuk G Palanivel. Ketua jawatankuasa disiplin parti, Tan Sri KS Nijhar ketika dihubungiMalaysiakini memberitahu dia dimaklumkan berhubung pemecatan itu. Bagaimanapun, katanya, pemecatan itu tidak dilakukan oleh jawatankuasa yang diketuainya. Menurut perlembagaan MIC, keahlian anggota parti itu boleh ditamatkan oleh jawatankuasa disipilin dan juga melalui kuasa presiden setelah berunding dengan timbalannya. Menurut Mohan, pemecatan Mugilan bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sering kali membuat kenyataan yang membidas pemimpin MIC, khususnya Samy Vellu. Katanya, keputusan menyingkirkan Mugilan itu dibuat berdasarkan dua faktor.
"V Mugilan mendakwa bahawa Datuk Seri Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India. Kedua, tindakan Mugilan berkempen demi kepentingan dirinya yang bertentangan dengan hasrat parti sebelum pilihan raya kecil Hulu Selangor," kata Mohan ketika dihubungi. Katanya, jawatan timbalan ketua pemuda akan dikosongkan sehingga pemilihan parti itu yang dijadualkan pada tahun 2012. Desas-desus Mugilan akan disingkirkan bertiup kencang sejurus sebelum pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu. MIC pada mulanya mencalonkan Palanivel di kerusi berkenaan tetapi ia ditolak oleh ahli akar umbi Barisan Nasional, khususnya Umno yang mendakwa timbalan presiden kurang berupaya.
Sebaliknya nama, Mugilan dicadangkan tetapi timbalan ketua pemuda MIC itu ditolak oleh partinya dan sebagai kompromi ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dicalonkan. Sejak itu, Mugilan yang kecewa terus membidas presidennya dan mendesak pemimpin yang telah menguasai MIC hampir 31 tahun supaya berundur. Terbaru, pagi tadi, dia mencabar Samy Vellu presiden MIC itu untuk berdebat secara terbuka dengannya pada Ahad ini untuk membuktikan sepanjang 11 penggal menerajui parti India itu, Samy Vellu gagal menaikkan taraf hidup masyarakat India. Semalam, Mugilan pada satu sidang akhbar di Petaling Jaya, berkata bahawa beliau sanggup berhadapan dengan apa-apa tindakan parti setelah merujuk kepada peguamnya.

DUN Sarawak... ADUN Dinafikan Hak Untuk Ikuti Perbahasan Sidang

ADUN Pandungan dari PKR Dominique Ng - yang digantung dari menghadiri sidang DUN kelmarin - hari ini menggunakan bot untuk mengikuti perbahasan dalam sidang DUN.

Beliau berbuat demikian setelah dihalang oleh polis dalam satu sekatan jalan raya dalam hujan lebat kira-kira jam 9 pagi tadi, satu kilometer dari bangunan DUN.

Sehubungan itu, beliau menggunakan bot Penambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak tetapi kecewa lagi apabila mendapati pintu masuk ke bangunan itu berkunci.

"Saya mahu mengikuti perbahasan dari galeri awam sekalipun saya digantung selama setahun. Bagaimanapun, semua ini mengarut apabila polis membuat sekatan jalan raya bagi menyekat kami untuk memasuki bangunan itu kira-kira satu kilometer.

"Mereka tidak menahan saya kerana mereka adalah polis bantuan tetapi saya disekat dan basah kuyup dalam keadaan hujan yang lebat," katanya.

Selain Dominique Ng, seorang lagi rakan Pakatan Rakyat yang digantung Selasa lalu adalah Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching).

Semalam ADUN Maradong Ting Tze Fui (kanan) juga dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.

Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.

Ting berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.