Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Pengarah Jais Cetek Ilmu Agama, Nasihat Rujuk Kepada Fatwa - Isu MP Serdang

Oleh Faizal Ezzany

SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang beliau anggap mempunyai pengetahuan agama yang cetek supaya merujuk kepada fatwa berhubung isu orang bukan Islam memasuki masjid atau surau yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan 1 Mac lalu sebelum membuka mulut mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam.

Khalid juga menganjurkan supaya Mohammed Khusrin meneliti fakta sesuati isu bersangkutan agama sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan jika beliau tidak pasti samada apa yang dikatakan berlandaskan fajta atau sebaliknya.

"Nampak pengetahuan yang ada pada Khusrin terlalu cetek, sepatutnya beliau merujuk terlebih dahulu kepada fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membincangkan hukum pelancong bukan Islam memasuki masjid dan ruang solat utama.

"Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walau bagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang," kata beliau pada sidang media di pejabatnya di sini Selasa lalu.

Menyentuh mengenai kenyataan Mohammed Khusrin dan tindakan Umno yang mempolitikkan kehadiran Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Surau Al Huda di Kajang Sentral 22 Ogos lalu, Khalid membidas ia adalah satu fitnah besar serta menyifatkan Umno telah membina tembok penghalang yang besar dalam perpaduan kaum di negara ini.

"Banyak fitnah yang telah dimainkan oleh Umno di dalam bulan Ramadhan ini, daripada isu doa ketika khutbah Jumaat yang menyebut nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehinggalah kepada kes terbaru yang membabitkan Ahli Parliman Serdang. Umno memfitnah tanpa meneliti terlebih dahulu apa sebenarnya yang berlaku.

"Malah dalam kes Teo saya melihat, Pengarah Jais telah mengeluarkan pelbagai kenyataan di media tanpa merujuk kepada Mufti terlebih dahulu. Kenapa beliau tidak melihat fatwa yang telah dikeluarkan berkenaan isu orang bukan Islam memasuki surau atau masjid, kalau ilmu pengetahuan masih lagi cetek beliau perlu membuat rujukan terlebih dahulu barulah mengeluarkan kenyataan ini tidak hanya mengikuti telunjuk Umno yang sudah tentu jahil dalam bab-bab sedemikian.

"Bagi saya tidak menjadi masalah kalau orang bukan Islam ini memasuki surau ataupun masjid kerana tidak pernah timbul masalah kepada penduduk setempat, begitu juga dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang memasuki gereja ataupun kuil tidak pernah timbul ketidak selesaan mereka yang berada di dalam tempat tersebut.Malah mereka menyambut pemimpin Islam daripada Pakatan Rakyat dengan baik dan mesra dan begitu juga sebaliknya orang Islam menyambut dengan rasa hormat ke masjid dan surau.

"Tindakan Umno ini telah mencemarkan imej Islam di mata mereka yang bukan Islam, kita dari Pakatan Rakyat sentiasa berusaha membentuk silaturahim di dalam perhubungan sesama kaum dan juga agama di negara ini tetapi Umno mengambil pendekatan yang terpesong cuba menakutkan orang bukan Islam dengan pelbagai kecaman," tegasnya.

Ketika ditanya berkenaan dengan kewibawaan Khusrin sebagai Pengarah Jais yang dilihat telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang lebih mirip kepada politik serta membuat kecaman tanpa merujuk kepada mufti mahupun fatwa, beliau akan meminta kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan Khusrin di jabatan itu.
"Saya akan menulis surat kepada kerajaan negeri bagi menilai semula kedudukan Khusrin di Jais, mungkin langkah terbaik kita kemukakan cadangan pindahkan beliau ke tempat lain agar tiada lagi jawatan beliau digunakan untuk kepentingan politik Umno.

"Bila melihat Umno ini terlalu membentuk benteng perpaduan antara kaum mungkin paling layak Umno ditukar kepada 'Unfriendly Malay Nation Organization', sebab terlalu banyak kenyataan fitnah dikeluarkan Umno dalam soal isu bukan Islam," kata Khalid lagi.

Keadilan Cadang Kerajaan PR Selangor Jadikan Jumaat Cuti Mingguan

SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor agar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan menggantikan hari Ahad.

Badrul atau CheGuBard berkata ini selaras dengan fatwa Mufti Perlis yang mengatakan Islam menggalakkan umat Islam mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti mereka.

Sebagai permulaaan beliau mencadangkan cuti mingguan pada hari Jumaat boleh dilaksanakan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dahulu.

"Hasilnya sokongan orang Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai pelbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan negeri.

"Ini akan membuktikan kepada rakyat tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.

"Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus dilihat dari aspek menggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga.

"Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan," ujarnya lagi.

CheGuBard berkata beliau amat yakin pengumuman cuti dari Ahad kepada Jumaat akan diterjemahkan dalam lonjakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.

Beliau mencadangkan supaya menjadikan Kelantan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti sebagai contoh yang baik diteladani.

"Islam tidak menetapkan cuti harus pada mana- mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut di mana pada hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus malah Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.

"Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: 'Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula'. (Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat).

"Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus solat sunat Jumaat dengan penuh rohnya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menjelaskan roh semangat solat Jumaat seharusnya dijiwai oleh jemaah sesebuah kariah yang berkumpul bagi membincangkan masalah setempat sementara khatib pula menggulungkan khutbah dalam bentuk nasihat dan panduan.

"Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar-kejar keluar pejabat berebut waktu makan kemudian berkejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur.

"Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat yang sepatutunya memberikan ruang bertemu sesama anak kariah," CheGuBard berhujah.

Malah tambah beliau, solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya.

Ini seharusnya dijadikan tradisi dari awal iaitu makan tengahari bersama keluarga sebelum solat Jumaat dan kemudian ke masjid bersama anak serta ayah.

CheGuBard berkata suasana sebegini sudah hampir tidak wujud lagi dalam institusi kekeluargaan Islam kini.

"Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar-kejar pada hari Jumaat.

"Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika pada hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.

"Bukan satu rahsia bahawa ramai yang keluar awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit atas pelbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat diberikan sebagai cuti dan hari Ahad pula boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan. Cuti hari Jumaat juga menggalakkan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.

Beliau menegaskan cuti pada hari Ahad di negeri yang berjiran dengan Selangor akan memberi sumbangan ekonomi dan sosial kepada Selangor yang bekerja pada hari Ahad.

Mereka yang tinggal di negeri berjiran dijangka akan membanjiri Selangor untuk pelbagai urusan kerana negeri tersebut menjadikan Ahad sebagai hari bekerja.

"Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.

"Dengan perubahan cuti pada hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya.

"Jumaat adalah untuk ibadat dan Sabtu pula hari keluarga. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas daripada tekanan kerja," ujar beliau.

CheGuBard juga berkata waktu kerja boleh dibuat sedikit perubahan di segi waktu masuk dan keluar.

Bumi Barakah : Sumber Air Mineral Ditemui di Kelantan




JELI, 2 Sept: Biar pun kerajaan pusat menafikan hak Kelantan ke atas royalti minyak, namun kekayaan hasil buminya masih mampu memberi pulangan hasil kepada kerajaan negeri.

Buktinya, penemuan emas di perut bumi Kelantan di Sokor, Tanah Merah kini sedang dimajukan syarikat dari China, CNMC Goldmine Limited dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Dan baru-baru ini pula sumber air air semula jadi (mineral) ditemui di Batu Melintang, Jeli.

Ekoran penemuan tersebut syarikat Sihhat–Afiat Sdn Bhd (Sihhat) dengan usahasama Tabb Global Sdn Bhd dan Kelantan Utilities Mubarakan Holding Sdn Bhd akan membina kilang bagi mengeluarkan minuman tersebut.

Kilang terbabit akan mencatat satu lagi sejarah kerana ia merupakan industri pertama mengeluar, membotol dan membungkus air mineral semula jadi di Kelantan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Sihhat, Datuk Husam Musa berkata, pemilihan tapak kilang air mineral semulajadi itu dibuat setelah mendapat nasihat pakar dari Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan dan pakar geologi dari Sihhat

'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji? - Editor akhbar New Sarawak Tribune Digantung Tugas

Arahan 'tutup mulut' telah dikeluarkan kepada kakitangan akhbarNew Sarawak Tribune berikutan penggantungan tugas editor eksekutifnya, Paul Si berhubung sebuah artikel pada 30 Ogos lalu yang dikatakan tidak disenangi oleh Ketua Menteri sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

azlanMenurut sumber, kakitangan berkenaan diarahkan supaya 'tutup mulut' berhubung penggantung ke atas Si itu dan ia dipercayai adalah atas arahan anak perempuan bongsu Taib - Hanifah.

Hanifah dilaporkan mencaci editor kanan dan pengurusan akhbar berkenaan pada mesyuarat lewat petang Isnin lalu berhubung artikel berkenaan yang berlarutan sehingga keesokan hari.

Hari berikutnya, yang kebetulan Hari Kemerdekaan, Si digantung tugas. Dia enggan mengulas apabila dihubungi hari ini.

Semuanya gara-gara tindakan Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh
Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu.

Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang yang mesti diadakan sebelum Jun tahun depan.

NONEMenurut mereka yang diwawancaraBernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah memegang kuasa selama 29 tahun dan tawarannya itu dilihat cubaan untuk memancing sokongan daripada pemimpin tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli lembaga pengarah
Sarawak Tribune, James Ritchie menafikan laporan bahawa beliau telah dilucutkan daripada jawatannya sebagai 'penasihat editorial' berhubung penerbitan artikel itu.

Ritchie juga berkata beliau sangsi jika Abdul Taib secara langsung ataupun tidak - terbabit dengan keputusan menggantung Si.

“Ketua menenteri mempunyai dasar tidak campur tangan. Saya sangsi dia secara peribadi terlibat dengan keputusan memecat sesiapa di
the Tribune,” katanya, ketika dihubungi.

Khamis lalu sebuah portal berita melaporkan bahawa Ritchie telah dipecat berhubung penyiaran artikel berkenaan.

The Tribune dilancarkan semula dengan penjenamaan baru pada 19 Mei tahun ini dan dirasmikan oleh Abdul Taib.

siby by-election nomination day 080510 mahmud taibAkhbar berbahasa Inggeris paling tua di Sarawak itu pernah digantung pada 9 Februari 2006 kerana menerbitkan semula karikatur kontroversial yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Pihak pengurusan akhbar berusia 61 tahun itu kemudiannya mengambil keputusan untuk menutup akhbar berkenaan meskipun arahan penggantungan itu kemudiannya ditarik balik. Mereka sebaliknya menerbitkan
Eastern Times.

Edisi terakhir
Eastern Times diterbitkan pada 19 Mei, iaitu sehari selepas Sarawak Tribune berada di pasaran semula.

Akhbar itu dipercayai mempunyai kaitan dengan Abdul Taib. Ia adalah anak syarikat Naim Cendera Holdings Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Hamed Sapawi.

Abdul Hamed adalah sepupu Abdul Taib dan mengikut majalah
Forbes, beliau adalah dalam senarai 40 orang paling kaya di Malaysia.

Geng Bendera Demo Di Jakarta Sekat Kenderaan - Sepanduk “Diplomasi No, Perang Yes”

Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA), yang berdemonstrasi di Jakarta semalam, turut memaparkan sepanduk dengan anti-Malaysia yang turut memaparkan watak kartun Malaysia, Upin dan Ipin.

NONEWatak Upin dan Ipin telah menjadi idola banyak warga Indonesia sejak filem animasi buatan Malaysia ditayangkan di republik itu.

Kumpulan demonstrasi itu telahpun membawa sepanduk berbunyi “Diplomasi No, Perang Yes” serta peringatan pada pengguna jalan “Maaf perjalanan anda terganggu, ada sweeping warga Malaysia”.

Gerakan usir atau sweeping rakyat Malaysia dibuat di hadapan bangunan pejabatnya, di Jalan Diponegoro No 58 Jakarta namun ia dihalang oleh pasukan Polis Indonesia.

Kira-kira 20 anggota Bendera cuba menahan beberapa kereta yang melalui jalan itu untuk memeriksa identiti pemandu dan penumpang pada jam 4.30 petang, menjadikan lalu lintas di jalan itu sesak.

indonesian people protest in front of malaysia embassy in jakarta ambalat island issue 100609 03Tetapi belum sempat mereka menjalankan pemeriksaan, pasukan polis terus menghalang mereka dan membentuk barisan untuk memisahkan mereka dengan kereta.

Tindakan polis itu telah membuat penunjuk perasaan menjadi emosional dan mereka mula berdalih memberitahu polis bahawa tindakan mereka adalah untuk membela negara.

“TKI-TKI (tenaga kerja Indonesia) kita di Malaysia ditangkap, disiksa. Mengapa kita tidak boleh sweeping? Pak Polis ini Polis Indonesia atau Polis Malaysia?” jerit penunjuk perasaan di depan bekas pejabat Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu.

Sungguhpun mereka berjanji akan memeriksa identiti pengguna kenderaan dengan cara baik tanpa kekerasan, pasukan polis tetap tidak membenarkan mereka berbuat demikian.

NONEKoordinator BENDERA, Mustar Bonaventura berkata "sweeping" merupakan balasan ke atas sikap kerajaan Malaysia yang sampai sekarang belum meminta maaf dan tidak memberi respons dengan baik nota bantahan Indonesia, menunjukkan ia tidak mempunyai iktikad baik.

“Kalau sampai kita temukan warga Malaysia, kita akan pulangkan segera,” kata Mustar dalam pidatonya.

Demonstrasi itu dilakukan selama kira-kira sejam setelah gerimis di sebahagian ibu kota ini.

NONEPolis memberitahu bahawa mereka hanya mengizinkan BENDERA berdemonstrasi dan menyampaikan pendapat tanpa mengganggu ketenteraman awam.

Sementara itu, dua portal berita
Tempo dan Rakyat Merdeka memetik Ketua Polis Indonesia Jenderal Bambang Hendarso Danuri memberi peringatan kepada
masyarakat Indonesia agar tidak terpengaruh dengan ajakan "sweeping" warga Malaysia yang berlegar di laman sosial Facebook dan Twitter.

“Bagaimana kalau mereka juga di-sweeping kerana kita merazia (membuat operasi) warga Malaysia di sini? Jangan memikirkan diri sendiri,” katanya, dan menambah kata bahawa polis akan bertindak tegas terhadap sesiapa yang ikut serta melakukan "sweeping".

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap penunjuk perasaan yang membakar bendera atau merosakkan bangunan perwakilan asing, katanya.

Sekumpulan kecil pelajar turut mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada kira-kira pukul 5 petang ini.

NONEDemonstrasi berterusan dilakukan beberapa kumpulan masyarakat bagi membantah insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu.

Dalam insiden itu bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia telah menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian dari Indonesia.

Kedua-kedua belah pihak mendakwa penahanan itu dibuat kerana kesalahan menceroboh wilayah perairan negara masing-masing.

Semua tahanan itu telah dibebaskan oleh pihak berkuasa kedua-dua negara itu pada 17 Ogos.

- Bernama

Kemaskini- Al-Fatihah : Anak Kepada Exco Meninggal Dunia Terlibat Dalam Nahas Jalanraya Di Jeniang

Shubihi Muhamad Zain

SUNGAI PETANI, 3 Sept: Dua anak lelaki kepada Exco kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jeniang, petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kedua-dua beradik yang menaiki kereta Perodua Kelisa bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan pulang dari Sik ke rumah mereka di Sungai Petani.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beradik yang tidak sedarkan diri dan kritikal itu terpaksa dikejarkan ke HSAH dan dimasukkan ke ICU, manakala rakan-rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sik.

Anak kedua kepada Dr Hamdan (Adun Tg Dawai) yang terlibat dalam kemalangan jalan raya petang semalam telah meninggal dunia kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Solat jenazah pada pukul 11.00 pagi ini di Masjid Lama Merbok. Al-Fatihah

Dr Hamdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan ketika ditemui berkata, salah seorang dari anaknya itu masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani dua kali pembedahan.

Wajah2 KM PP Lim Guan Eng Tetap Cool Walaupun Serangan Bertubi2 UMNO

Biarpun serangan dari puak UMNO bertali arus terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang namun kehadiran beliau di dalam setiap majlis berbuka puasa tetap diterima dengan hati yang terbuka oleh Melayu Pulau Pinang…

Jadi.. jelaslah.. hanya Melayu Pulau Pinang yang menyokong UMNO tidak boleh menerima Guan Eng.. tapi dalam tak boleh menerima Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.. RM100 tu depa sapu jugak..

Berikut adalah gambar-gambar ketika Guan Eng menghadiri Majlis berbuka puasa dan dan pengagihan hamper di Bukit Panchor dan Masjid Kampung Gajah..








SUMBER : Anak Sungai Derhaka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.