SHAH ALAM 4 Sept - Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN Pusat, Badrul Hisham Shaharin mencadangkan kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor agar menjadikan hari Jumaat sebagai cuti mingguan menggantikan hari Ahad.
Badrul atau CheGuBard berkata ini selaras dengan fatwa Mufti Perlis yang mengatakan Islam menggalakkan umat Islam mengambil hari Jumaat sebagai hari cuti mereka.
Sebagai permulaaan beliau mencadangkan cuti mingguan pada hari Jumaat boleh dilaksanakan oleh agensi di bawah kerajaan negeri dahulu.
"Hasilnya sokongan orang Melayu dan Islam akan meningkat dan menempelak Barisan Nasional mengenai pelbagai tuduhan sonsang mereka terhadap kerajaan negeri.
"Ini akan membuktikan kepada rakyat tindakan penukaran cuti mingguan Jumaat ke Ahad yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional Johor di bawah Timbalan Perdana Menteri sekarang ketika beliau menjadi Menteri Besar Johor adalah salah.
"Dari sudut bukan Islam pula cuti hari Jumaat dan bekerja 5 hari seminggu ini harus dilihat dari aspek menggalak hubungan keluarga dan mewujudkan lebih masa bersama keluarga.
"Aspek produktiviti dan tumpuan kerja juga harus diperlihatkan," ujarnya lagi.
CheGuBard berkata beliau amat yakin pengumuman cuti dari Ahad kepada Jumaat akan diterjemahkan dalam lonjakan sokongan kepada kerajaan negeri Selangor.
Beliau mencadangkan supaya menjadikan Kelantan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti sebagai contoh yang baik diteladani.
"Islam tidak menetapkan cuti harus pada mana- mana hari tetapi seeloknya cuti pada Hari Jumaat kerana keistimewaan hari tersebut di mana pada hari Jumaatlah diperintahkan ibadat khusus malah Jumaat digelar penghulu segala hari dengan perbagai keistimewaan.
"Bersumber dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW mengatakan: 'Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam AS, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat pula'. (Riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i, Tirmidzi dan disahihkannya. Lihat Fiqhus Sunnah oleh Sayyid Sabiq bab Jumaat).
"Dengan memberikan cuti pada hari Jumaat maka memberikan ruang yang lebih untuk umat Islam melaksanakan ibadat khusus solat sunat Jumaat dengan penuh rohnya," kata CheGuBard dalam satu kenyataan semalam.
Beliau menjelaskan roh semangat solat Jumaat seharusnya dijiwai oleh jemaah sesebuah kariah yang berkumpul bagi membincangkan masalah setempat sementara khatib pula menggulungkan khutbah dalam bentuk nasihat dan panduan.
"Malangnya kini masyarakat melaksanakan hanya cukup syarat terkejar-kejar keluar pejabat berebut waktu makan kemudian berkejar untuk bersolat malah ada yang keletihan dan tidur.
"Sudah tentu yang bekerja tidak pulang ke kariahnya untuk mengerjakan ibadah Jumaat. Ini sudah meninggalkan roh solat Jumaat yang sepatutunya memberikan ruang bertemu sesama anak kariah," CheGuBard berhujah.
Malah tambah beliau, solat Jumaat juga seharusnya diberikan ruang untuk ayah menjalinkan hubungan rapat dengan anaknya.
Ini seharusnya dijadikan tradisi dari awal iaitu makan tengahari bersama keluarga sebelum solat Jumaat dan kemudian ke masjid bersama anak serta ayah.
CheGuBard berkata suasana sebegini sudah hampir tidak wujud lagi dalam institusi kekeluargaan Islam kini.
"Mana mungkin ini semua dilakukan jika kita semua terkejar-kejar pada hari Jumaat.
"Dari aspek produktiviti cuti hari Jumaat lebih menjamin produktiviti. Bayangkan jika pada hari Jumaat waktu rehat akan bermula 12.30 tengahari hingga 2.30 petang.
"Bukan satu rahsia bahawa ramai yang keluar awal dan pulang ke pejabat lewat sedikit atas pelbagai alasan. Bayangkan jika hari Jumaat diberikan sebagai cuti dan hari Ahad pula boleh bekerja sepanjang hari tanpa gangguan. Cuti hari Jumaat juga menggalakkan perbagai ibadah sunat malam Jumaat.
Beliau menegaskan cuti pada hari Ahad di negeri yang berjiran dengan Selangor akan memberi sumbangan ekonomi dan sosial kepada Selangor yang bekerja pada hari Ahad.
Mereka yang tinggal di negeri berjiran dijangka akan membanjiri Selangor untuk pelbagai urusan kerana negeri tersebut menjadikan Ahad sebagai hari bekerja.
"Ini sedikit sebanyak akan memberikan suntikan ekonomi dari perbagai segi.
"Dengan perubahan cuti pada hari Jumaat maka dicadangkan Jumaat dan Sabtu diumumkan cuti sepenuhnya.
"Jumaat adalah untuk ibadat dan Sabtu pula hari keluarga. Kerja 5 hari seminggu akan secara tidak langsung meningkatkan kualiti mutu hasil kerja kakitangan kerana lebih bebas daripada tekanan kerja," ujar beliau.
CheGuBard juga berkata waktu kerja boleh dibuat sedikit perubahan di segi waktu masuk dan keluar.
Search
Followers
Akhbar
Sahabat Setia 1
Sahabat Setia 2
Archives
- ► 2015 (238)
- ► 2014 (617)
- ► 2013 (1027)
- ► 2012 (1233)
- ► 2011 (1330)
-
▼
2010
(2607)
-
▼
September
(117)
-
▼
Sep 04
(7)
- Pengarah Jais Cetek Ilmu Agama, Nasihat Rujuk Kepa...
- Keadilan Cadang Kerajaan PR Selangor Jadikan Jumaa...
- Bumi Barakah : Sumber Air Mineral Ditemui di Kelantan
- 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji? - Editor...
- Geng Bendera Demo Di Jakarta Sekat Kenderaan - Sep...
- Kemaskini- Al-Fatihah : Anak Kepada Exco Meningg...
- Wajah2 KM PP Lim Guan Eng Tetap Cool Walaupun Sera...
-
▼
Sep 04
(7)
-
▼
September
(117)
Saturday, September 4, 2010
ReplyDeletePaneh Miang cadang Musa Hassan Menteri KDN?
1. Musa Hassan merupakan anak sulung kepada Tan Sri Dato' Hassan Azhari, seorang guru Al-Quran dan Qiraati yang terkenal di Malaysia, akan bersara sebagai Ketua Polis Negara (IGP) serta bakal digantikan oleh Timbalannya berkuatkuasa 13 September ini.
2. Beberapa sahabat dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang pernah berkhidmat di bawah Musa mengisahkan karektor Musa yang sangat disenangi oleh orang bawahannya.
3. Musa dikenali sebagai insan zuhud, yang sering ke hulu ke hilir memandu Kenari ketika berkhidmat di JSJ, sehinggakan orang bawahannya segan untuk memiliki kenderaan yang lebih canggih berbanding bos mereka.
4. Rentetan itulah, kebanyakan anggota Polis hanya ketawa apabila ada pihak cuba mengaitkan Musa dengan rasuah dan korupsi, mengenangkan corak kehidupannya yang serba sederhana.
5. Selain sikap beliau yang amat prihatin terhadap kebajikan anggota Polis terutama di peringkat grassroots, Musa juga dihormati kerana ketegasan serta sifat amanahnya dalam menegakkan undang-undang sehingga digeruni oleh penjenayah, termasuk puak pembangkang di Malaysia.
6. Justeru tidak hairanlah ada pihak yang tidak menggemari sikap Musa itu, kelihatan bersungguh memfitnah serta cuba mengaibkan beliau terutamanya si Bro Anwar Bin Ibrahim; rentetan dendam lama 1998 dahulu. Siapa yang tahu kisah...faham-faham sajalah.
7. Kepakaran serta pengalaman yang dimiliki Musa tidak seharusnya terhenti setakat bersara daripada PDRM, atau hanya diberi peranan mengetuai Akademi Latihan di Langkawi International Shooting Range (Lisram); BAHKAN lebih bermanfaat sekiranya Musa diserapkan ke Kementerian Dalam Negeri sebagai Senator.
8. Pasti penyokong Komplot Pembangkang akan lebih 'berasap juburnya' berbanding Al-Juburi sendiri, dan mereka yang cuba menodai Perlembagaan Persekutuan akan berasa gerun serta lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang onar di negara ini.
9. What say you...Musa Hassan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baru?
Petikan bersunting dari Paneh Miang
Entahlah Paneh Miang ... dengar2 akan jadi Duta tak lama lagi.
Posted by The Unspinners at 11:00 AM
Lari tajuk nampak!. orang dok cerita pasai cuti hari jumaat, dia kelencong kat lain pula. Elok lah tu kalau negeri perintah pr ikut jejak kedah, kelantan. dah ada kuasa BOLEH ubah, ubah saja, senang sikit orang-orang islam pi jumaat tak gadoh dok ligan masa kerja.
ReplyDelete