Bajet 2018 : Mengapa PAS BERKECUALI?


Beberapa pemimpin PAS mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak membantah Bajet 2018 yang dibentangkan perdana menteri bulan lalu, dengan berkata pembangkang yang minoriti tidak mampu menghalang bajet tersebut melainkan “suatu keajaiban pelik berlaku”.

“Kita tahu BN memiliki majoriti dalam Parlimen. Semua ahli parlimen BN wajib akan undi sokong untuk Bajet 2018 diluluskan,” kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Azman Ibrahim dipetik laman berita parti, Harakahdaily.

TERSONTOT: Kronologi Penipuan Kopi Pak Belalang, Apa Sebenarnya?


Mari kita baca fakta dari Pseudoscience Watch (FB)
1. July 2016 ARBA dah mula pamerkan simptom tersontot, pulangan bulanan lambat dibayar.
2. September 2016, peserta ARBA 1.0 diarah untuk tukar polisi kepada ARBA 2.0 yang tidak lagi menjanjikan pulangan bulanan, tapi majoriti peserta tidak setuju.
3. Sebagai gula-gula untuk pujuk peserta tukar, peserta dijanjikan rebate 20% dari modal apabila tukar polisi ARBA 1.0 kepada ARBA 2.0 dan bayaran akan dibuat pada 22 December 2016.
4. Pulangan bulanan untuk December 2016 tidak dibayar, alasan yang Rozaini bagi ialah update system.

Wow!!! Kerajaan Kedah Umumkan Pemberian Khas RM2,000 Kepada Kakitangan Awam



ALOR SETAR: Kerajaan negeri mengumumkan pemberian khas RM2,000 kepada kakitangan awam di Kedah, membabitkan peruntukan keseluruhan RM14 juta sebagai menghargai usaha dan tugas mereka.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, mengumumkan perkhabaran itu ketika membentangkan Bajet Kedah 2018 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

Tular : (PANAS) Tujuh Pemain Skuad Lang Merah Disogok RM200,000 Perlawanan Akhir Piala Malaysia



ALOR SETAR: Beberapa pemain pasukan Kedah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah, menjual permainan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia, bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam pada 4 Nov lepas.

Tanpa memberitahu secara terperinci, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata beliau menyambut baik tindakan yang diambil suruhanjaya berkenaan yang dilihat dapat mempercepatkan siasatan terhadap isu itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.