Terkini!!! Benarkah Bekas Ahli Kumpulan Ruffage Sertai PAS



Amer Munawer, atau lebih dikenali dengan panggilan Amer Ruffage. Bekas ahli kumpulan Ruffage yang terkenal dengan lagu 'Khalayan' dikatakan sudah meninggalkan dunia hiburan sebagai artis yang penuh glamor. Amer juga dikatakan menganggotai kumpulan tabligh di Alor Setar untuk mendalamkan lagi ilmu agama.

Amer juga dikatakan sibuk dengan perniagaan baru dalam bidang daging segar, dan lebih menumpukan diri dalam bidang keagamaan. Sertai menyertai kumpulan nasyid untuk membuat album baru.

Aku ada berjumpa dengan salah seorang ahli keluarga Amer, dan berbual agak panjang mengenainya. Keluarga Amer ni keluarga yang agak berada, mempunyai perniagaan yang agak besar di dan Kuala Lumpur.

Abangnya seorang ahli perniagaan, yang seorang lagi masih lagi dibidang muzik (pengiat muzik undergroud) dan juga seorang kakak yang bekerja di luar negara.

Amer kini lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan mendalamkan ilmu agama. Cuma keluarga Amer ni lebih berat kearah pembangkang. Salah seorang dari pakciknya juga diantara kroni Anwar Ibrahim dan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar di Kuala Lumpur.

Bapanya yang lebih dikenali sebagai Haji Yusof dikatakan seorang ahli Pas dan aktif di dalam parti.

Ada yang kata Amer perjuangannya berat kearah pihak Pas dan menyokong Pakatan Rakyat. Samaada tuduhan ini benar atau tidak, hanya tuan punya badan yang tahu.

Mungkin dia baru masuk, dan masih belum menunjukkan taringnya..siasahkini

Terkini!!! Fitnah Liwat II :Tiada Bukti "Lelaki Y" Adalah Anwar.. Adegan Seterusnya...

KUALA LUMPUR 19 SEPT: Pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald menyatakan bahawa tiada bukti menunjukkan profil DNA yang diperolehi daripada "Lelaki Y" datang dari sel sperma.

Beliau menambah pihak pendakwaan umumnya gagal mempamerkan maklumat dalam laporan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) mengenai identiti DNA yang disepadankan dengan sampel dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan.


Peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menimbulkan keraguan dalam kes fitnah liwat kedua hari ini apabila menyatakan bahawa pakar kimia Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan garis panduan ujian DNA yang ditetapkan makmal.

Malah peguam Ram Karpal Singh sekali lagi mencadangkan bahawa mungkin berlaku pencemaran pada sampel yang diujikaji setelah prosedur-prosedur penting tidak diambil kira.

"Tidak ada bukti yang dibentangkan yang membolehkan pihak pendakwaan untuk membuat kesimpulan ini. Kita tidak tahu sampel tersebut diambil dari sel mana," katanya di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah.

Ram yang menyoal Konsultan Molekular Genetesis itu sebentar tadi memberi tumpuan terhadap sampel DNA yang diambil di bahagian rektum atas Saiful dan DNA yang diperolehi daripada tuala muka 'Good Morning' ketika Anwar ditahan semalaman di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan Seah dan Nor Aidora, DNA pada rektum atas Saiful menunjukkan terdapat tiga profil iaitu pra-dominan "lelaki Y" dan pra-dominan Saiful.

Manakala profil terakhir yang diperolehi daripada rektum bawah Saiful menunjukkan bacaan tidak meyakinkan.

Justeru pakar dari Australia itu mendakwa Seah dan Nor Aidora telah diabaikan penemuan yang mencadangkan kehadiran sampel DNA ketiga pada ujian tersebut.

Nor Aidora sebelum ini memberi keterangan kepada mahkamah bahawa DNA "lelaki Y" adalah sepadan dengan profil DNA yang ditemui pada tuala muka tersebut.

"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan tentang mengapa ujian lanjut tidak dilakukan. Bukti itu tidak memberitahu kita ia datang dari sperma atau air liur," ujar Brian lagi.

Mahkamah bersambung jam 9 pagi esok.

TVS News

Sedutan Video: Filem Hantu Bonceng - Pelakon Zizan Didakwa Hina Rasulullah

Adegan yang didakwa hina Rasullulah



"Saya faham, apa yang salah... salah jugak. Tapi pasal hina Islam memang jauh dari otak fikiran saya la.. takde langsung terniat. Ini adalah Agama dan Rasul saya.. Maaf sekiranya saya silap," demikian tulis Zizan dalam Twitternya berhubung kontroversi yang mendakwa dia menghina Rasullullah di dalam satu adegan filem Hantu Bonceng.

Dalam kenyataan laman blog Milo Suam, Zizan dikatakan dengan sengaja jelas menghina Rasulullah apabila dalam satu babak yang dilakonkannya menyebut "Ashaduanna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Tambah blog tersebut, Sama ada terlepas pandang, tidak faham, atau sengaja cetuskan kontroversi untuk melariskan filem tidak dapat dipastikan. Apa yang jelas, kita bimbang jika ia menjadi ikutan anak-anak muda.

Bagaimanapun, dalam hal ini Zizan sebenarnya tidak boleh dipersalahkan 100 peratus kerana pihak penyuntingan seharusnya lebih peka bagi memastikan adegan itu tidak terlepas. Selain itu, pihak penapis filem juga harus memainkan peranan penting dan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

Bak kata pepatah, jangan dah terantuk baru nak terngadah..!!

Alhamdulillah, Dato' Dr Hassan Ali Masih Lagi Ahli PAS


Alhamdulillah, Dato' Dr Hassan Ali masih lagi ahli PAS dan masih dalam perjuangan yang sama. Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mohamed Hasan Ali menafikan dakwaan beliau akan lompat parti dan menyertai Umno dalam masa terdekat.

Katanya, spekulasi yang tersebar di Internet itu tidak berasas dan sengaja ditimbulkan pihak tertentu bertujuan menjejaskan imejnya dan parti Pas.


“Saya ada terima kiriman sms termasuk pesanan di dalam blog saya beberapa hari kebelakangan ini yang mengatakan saya akan buat pengumuman untuk masuk Umno hari ini (semalam) tetapi perkara itu tidak benar dan kerana saya masih berada di dalam Pas dan tidak pernah berniat untuk letak jawatan dalam Pas seperti yang didakwa,” katanya pada sidang media di kediamannya, semalam

Hasan berkata, beliau tidak pernah terlibat dengan Umno dan tidak pernah berniat untuk menyertai parti pemerintah itu. “Saya tidak mengganggap spekulasi tersebut berniat jahat atau menimbulkan ketegangan di mana-mana pihak namun dengan penjelasan yang diberikan hari ini (semalam) ianya dapat menjawab segala khabar angin tersebut.

“Saya masih yakin dengan perjuangan Pas kerana saya masuk parti ini atas dua sebab iaitu kerana kepimpinan ulama hendak menegakkan negara Islam berlandaskan al-Quran, Sunnah, Ijmah dan Qias, jika itu tidak dijunjung lagi saya akan melihat semula perkara ini tetapi bukan hendak lompat dalam Umno,”katanya.

Beliau yang juga Exco Selangor menafikan dakwaan ada menerima tawaran untuk masuk ke dalam Umno serta pernah bertemu dengan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
“Saya tidak pernah bertemu dia (Hishammuddin) dan tidak ada lantik mana-mana pihak mewakili diri saya untuk terima tawaran daripada Umno kerana sesiapapun boleh buat dakwaan ini,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keputusan Pas Selangor mahu melantiknya semula sebagai ahli badan perhubungan negeri, Hasan berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

“Setakat ini saya tidak pernah terima sebarang surat tawaran daripada badan perhubungan Pas (Negeri), saya hanya diberitahu oleh kawan mengenainya (pelantikan semula) kerana ada dilaporkan di media. Saya profesional, kalau perlukan khidmat saya, buatlah secara rasmi,” katanya.

“Ramai tak setuju najib mansuh ISA sebab ini bukan perjuangan Umno tapi tuntutan pembangkang.” Penulis Buku Najib PM Terakhir

19 Sept — Walaupun empat hari sudah berlalu, persoalan-persoalan yang terus diketengahkan kebanyakan pihak - mengapa Datuk Seri Najib Razak mengumumkan inisiatif, yang disifatkan pemimpin BN sebagai berani - mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dua tahun lalu dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri beliau meminta agar undang-undang itu dikaji semula.

Sejak itu, kebanyakan pendirian pengikut beliau khususnya pemimpin-pemimpin ialah agar undang-undang pencegahan itu dikekalkan. Ini dicerminkan menerusi satu perhimpunan menentang Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada Ogos 2009 — situasi yang sama disaksikan ketika Perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai apabila kumpulan Patriot pimpinan Pemuda Umno dan Perkasa menentang gabungan yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Dalam satu komen yang dikongsi oleh seorang penganalisis komunikasi politik berkata, “mengenai cadangan Najib mahu memansuhkan ISA, kumpulan masyarakat pertengahan dan bandar mengalu-alukan.”

“Mereka ini (kebanyakan) penyokong Pakatan. Dengan itu mereka akan dineutralkan atau akan menyokong pemansuhan ISA oleh BN. Umno tidak begitu gembira dengan langkah ini,” katanya.

Bagaimanapun pakar yang berpengalaman mengikuti perjalanan pilihan raya sejak empat perdana menteri yang lalu juga berkongsi pengalaman bahawa kumpulan pertengahan yang berpendidikan yang mengalu-alukan usaha ini tidak seharusnya akan dineutralkan.

“Mengambil kira latar belakang mereka ini golongan berpendidikan, mereka akan mengambil sikap tunggu dan lihat.

“Jika pemansuhan dilakukan dengan segera dan tahanan dibebaskan, mereka kemungkinan akan menyokong Najib. Tetapi jika proses itu lambat dan dilewatkan, mereka akan kehilangan sokongan sekali lagi,” katanya sambil mengemukakan persoalan siapa yang menasihat Najib dalam ini.

“Adakah ia juga idea kumpulan penasihat yang dikaitkan dengan APCO,” kata beliau yang hairan dengan keputusan ini seolah-olah tergesa-gesa selepas Perhimpunan Bersih 2.0 dan beberapa minggu selepas pengumuman kajian Merdeka Center menunjukkan populariti Najib, yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno merudum teruk sejak Mei 2010.

Bagaimana pula dengan sentimen orang Umno secara langsung. Blog-blog pro-Umno yang seringkali mencerminkan pendirian parti teras BN ini mempunyai pandangan sendiri yang berbelah bahagi, meskipun kebanyakan melahirkan pendirian negatif. Beberapa blog pro-Umno melahirkan pandangan tidak memihak kepada langkah diumumkan oleh kepimpinan Najib.

Misalnya blog gerakan-anti-pkr menyoal sama ada tindakan kerajaan menghapuskan ISA dan tiga undang-undang lain berlandaskan kepada fakta atau strategi politik meraih populariti undi.

“Lepas aku menilai hujahan dan cadangan pembentangan fakta jelas kelihatan tindakan yang dilakukan semalam (Khamis) tampak lebih cenderung menari dalam mencari populariti undi,” kata tulisan pada blog itu.

Malah katanya, selama 12 kali pilihan raya umum, dan yang terbaru pada Mac 2008 dasar kerajaan BN yang meneruskan undang-undang ISA sebenarnya telah dipersetujui oleh majoriti rakyat - sebut pengundi BN.

“Jika benarlah ISA dan tiga undang-undang itu dilihat zalim, aku berkeyakinan pensil yang digunakan oleh pengundi untuk menolak kekejaman ISA dan tiga undang-undang lain sudah lama berlaku.

“Jika ISA dan tiga itu zalim, BN sebenarnya boleh terlungkup awal terutamanya pada Ops Lalang 1987,” katanya sambil menambah, “Najib kata dia mendahulukan rakyat.

“Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, rakyat yang bagaimana yang wajar didahulukan oleh sebuah kerajaan yang mempunyi majoriti undi rakyat,” katanya.

Malah ia menulis, jelas pada pilihan raya umum 2008, rakyat tetap memilih BN walaupun pada saat itu dikandung badan BN masih aktif melaksanakan undang-undang ISA dan tiga yang lain.

“Kerajaan pada masa ini dilihat lebih fokus pada gegak gempur minoriti penyangak dalam Malaysia. ISA zalim, itu dan ini, mereka menyalak pada laman-laman web, yang semestinya anti pada kerajaan.

“Sayang kehendak minoriti lebih menjadi intipati rakyat didahulukan,” katanya lagi yang menulis bahawa “elok benar rasanya KDN dibubarkan sejajar dengan penghapusan ISA.

“Tindakan semalam adalah mencari populariti undi sahaja, tak lebih dari itu. Kasihan majoriti rakyat yang sokong BN kerana pengimplementasian ISA,” kata tulisan itu lagi.

Dalam pada itu Datuk A Kadir Jasin menulis “kesimpulannya, adakah ini “ranting zaiton” Mohd Najib kepada pemilih muda dan liberal atau sekadar penerusan liberalisasi pseudo Abdullah Ahmad Badawi yang secara langsung menyumbang kepada penghakisan sokongan terhadap BN pada PRU lalu?”

Tulisan beliau merujuk kepada bekas perdana menteri. Oleh itu sama ada ahli-ahli Umno menyokong usaha ini, ramai ingin melihat reaksi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di mana Ops Lalang 1987 yang popular dilaksanakan.

Blog menggunakan kerisputera dalam entri bertajuk “Menteri Paling Gembira Bila ISA dimansuhkan” menulis, “bersediakah Malaysia Tanpa ISA?”

Sambil menyifatkan Menteri Dalam Negeri terlalu lemah, kata entri blog itu, “bayangkan apa terjadi mulai pagi nanti bila ISA dah takde, apakah (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hisham (Hishamuddin Hussein) makin berani?”

Hishammuddin juga salah seorang naib presiden Umno.

Pun begitu, blog ruangbicarafaisal.blogspot.com berkata, “sejak malam tadi (Khamis lalu) ramai penyokong kerajaan yang resah gelisah dengan pengumuman penghapusan ISA. Bermacam-macam reaksi yang diterima. Ada yang sedih, ada yang marah dan bermacam-macam reaksi lagi yang diterima.”

“Rileks.... bawa bertenang. Pepatah ada menyebut, untuk maju 10 langkah ke depan perlu undur selangkah ke belakang. Pegang saja kata pepatah tersebut dan Insy-Allah emosi anda akan terkawal.”

“Kenapa ISA akan dimansuhkan?” soal blog itu sambil memberikan jawapan bahawa ia terpaksa dimansuhkan setelah kajian yang dilakukan didapati ia sudah tidak sesuai dengan peredaran zaman. Akta yang sedia ada diwujudkan pada 1960. Contoh, mana mungkin polis masih boleh guna senjata Brengun lagi di zaman sekarang di saat penjenayah menggunakan pelbagai jenis senjata canggih. Maka sudah tentulah Brengun perlu digantikan dengan Mesingun, Sniper atau senjata-senjata lain yang lebih canggih.

“Masih sesuaikah kereta peronda polis jenis Alfa Romeo pada 1970 dan 1980-an digunakan di zaman sekarang di saat penjenayah, penjahat atau mereka yang melakukan kesalahan jalan raya menggunakan kereta-kereta yang jauh lebih hebat?” katanya.

Ia menambah, tidak timbul soal Najib tunduk kepada pembangkang atau sebagainya.

“Tak perlulah kita hendak merasa resah gelisah atau gundah gelana dengan penghapusan akta ISA 1960, kerana kehilangannya pasti akan berganti dengan yang lebih baik dan sesuai dengan peredaran zaman,” katanya.

Tulisan laman web Selangor Daily berkata diharapkan pihak kerajaan dapat menggubal rang undang-undang yang lebih komprehensif dan efektif dalam memastikan isu keselamatan negara tetap di puncak matlamatnya.

“Dan pelaksanaan akta tersebut haruslah secara konsisten dan penuh ketegasan. Tidak salah untuk terus menghargai sejarah, kerana sejarah tidak pernah menipu.

“Namun ambillah teladan dari sejarah, kerana ISA diwujudkan atas keperluan pada waktu itu, dan keperluan itu tidak sama dengan waktu sekarang,” katanya.

Ia menambah, persoalannya sejauh mana rakyat Malaysia akan menggunakan kebebasan yang diberi tanpa menyalahgunakan atau memanipulasinya sedang sensitiviti terhadap isu-isu kenegaraan dan melibatkan pengorbanan.

“Belum sampai 24 jam, (Adun) Manoharan sudah mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar... di mana penghormatan terhadap negara yang katanya mereka cintai? Kejamkah kita seandainya mengenakan ISA kepada dia kerana “menghina” Panji Kebangsaan, yang sebenarnya “initiate” untuk menghasut?” katanya.

Blog parpukari, “isu ISA ni membuatkan aku terfikir sepanjang malam, apa sebenarnya yang PM nak buktikan. Aku tak dapat nak bagi jawapan, secara peribadi aku tak setuju ISA dimansuhkan, tapi melihat kepada keadaan sekarang ni, ada ke takde ke sama je.”

Ia juga membawa mesej “memerhati dari luar, saya sering berpendapat bahawa sebarang pembahruan dan keterbukaan yang ingin di bawa oleh seorang Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sering akan terganggu oleh ‘warlords’ di dalam Umno sendiri yang primitif dalam kesungguhan mahu mempertahankan kuasa.”

Penulis buku Najib Perdana Menteri Terakhir, Shahbudin Husin ketika ditanya mengenai reaksi ahli-ahli Umno berkata, “ramai tak setuju najib mansuh ISA sebab ini bukan perjuangan Umno tapi tuntutan pembangkang.”

“Ramai macam ‘frust’ sebab Najib tunduk kepada pembangkang sedangkan ahli Umno selama ni kuat pertahan ISA dan percaya ISA masih perlu,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, “secara keseluruhannya, segala usaha tersebut membuktikan kesungguhan, komitmen dan keseriusan kerajaan menterjemahkan makna dan hasrat perubahan dalam gagasan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.”

“Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan sahaja wira dan peneraju politik baru berasaskan penyelesaian masalah dan keperluan rakyat tetapi juga berani menakhoda zaman dalam aspek nilai-nilai demokrasi, ketelusan serta hak asasi rakyat,” katanya.

Namun demikian katanya, “segala perubahan ini juga menuntut kepada anjakan minda dan kesediaan semua untuk kita memacu agenda transformasi ini dengan tuntas dan deras.”

Sementara Najib dikatakan tidak mendapat sokongan menyeluruh dalam Umno sendiri termasuk ke atas gagasan 1 Malaysia sebelum ini ia akan menjadi ujian susulan terhadap populariti beliau dalam menerajui Umno. Parti itu akan mengadakan pemilihan tahun depan. Minggu lalu Dr Mahathir menasihatkan Najib agar melewatkan pilihan raya umum ke-13.

Kumpulan pendesak seperti Perkasa juga memberi sokongan bersyarat. Selepas ini Gabungan NGO Malaysia akan membuat pendirian mereka. Jadi, Najib berhadapan dengan sokongan dan bangkangan dari dalam dan luar Umno-BN sendiri.

TG Nik Aziz Selar Kenyataan PM Najib...

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuh bukan kerana tuntutan Pakatan Rakyat, sebaliknya bagi mendengar luahan hari rakyat.

NONE"Hairan saya, (angggota) Pakatan Rakyat bukan rakyatkah?" soalnya yang juga menteri besar Kelantan.

Najib semalam dilapor menegaskan, keputusan memansuhkan ISA dibuat kerajaan BN mendengar isi hati rakyat yang inginkan perubahan sedemikian.

Justeru, katanya, jangan ada pihak yang mahu mendapat nama bahawa pengumuman itu hasil perjuangan mereka.

Menulis di laman Facebook beliau hari ini, Nik Aziz berkata, baginya perkara baik tidak salah untuk ditiru.

"Bukankah Rasulullah SAW memerintahkan supaya mengambil apa jua hikmah (kebijaksanaan) di mana saja ia ditemui?" katanya.

Dalam perutusan Hari Malaysia beliau pada Khamis lepas, Najib mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan negara.

Najib menjelaskan keputusan itu selaras dengan hasratnya untuk mengkaji ISA ketika mengambil alih jawatan perdana menteri dua tahun lepas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.