TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali

.
Ambilan dari MalaysiaKini


Usaha mengangkat perjuangan Melayu melalui Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) bukanlah satu usaha perkauman, malah perlu, untuk memastikan pembahagian ekonomi negara yang setara, kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim berkata demikian bagi mempertahankan pendiriannya sebelum ini yang menyeret beliau ke kancah konflik kerana mengambil sisi perkauman.

Becakap dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, beliau membidas kerajaan yang memberikan perlindungan yang besar kepada kaum pemodal bukan Melayu dan pada masa sama menarik bantuan dan subsidi kepada kaum Melayu dan Bumiputera.

Ahli parlimen bebas Pasir Mas itu juga berkata usaha ini akan dibawa melalui Majlis Perundingan NGO Melayu (MPM) yang dianjurkan pertubuhan ini - meliputi 76 buah pertubuhan Melayu dan Islam dalam negara, katanya lagi.

Tambahnya, usaha ini perlu digembleng memandangkan negara dilihat semakin cenderung mengamalkan dasar pasaran terbuka yang dikhuatiri akan menjejaskan persaingan di kalangan golongan itu.

Ibrahim berkata, beliau khuatir konflik antara kaum mungkin tercetus sekiranya negara terus memberi perlindungan kepada golongan pemodal yang terdiri daripada kaum minoriti, sedangkan bantuan kepada golongan majoriti dinafikan.

Apakah pendirian PERKASA dalam cadangan Model Ekonomi Baru yang akan diumumkan perdana menteri?

Pada kita ia tidak mempunyai apa-apa makna dan dan ia amat bahaya sebab kalau semata-mata 'market driven', (sekiranya) semua (modal) berada di kalangan syarikat-syarikat besar yang gagah dan dominan.

Sebab itu PERKASA kita mencadangkan 'market driven with affirmative action'. Maksudnya pasaran terbuka tetapi diikat dengan tindakan kesungguhan.

Adakah ini melalui pengenalan semula Dasar Ekonomi Baru?

Ini bukan pengenalan semula DEB, ini kita kira paling penting kerana perlu ada affirmative action dan equitable distribution. Maknanya pembahagian kekayaan yang adil di kalangan rakyat.

Bagaimana pasaran bebas ini akan membahayakan kepentingan Melayu?

Memang, dia bukan sahaja membahayakan Orang Melayu (malah) membahayakan golongan-golongan yang tidak berada, akan ditindas.

Saya nak berkongsi pendapat, cuba rujuk buku Prof Amy Chua, seorang profesor di Universiti Yale, Amerika Syarikat. Beliau seorang perempuan Cina dan agak terkemuka.

Dia menulis buku 'World In Fire'. Dia mengatakan kalau ekonomi ini didominasi oleh pasaran bebas, di mana golongan kecil mendominasi golongan yang lebih besar, ini amat bahaya kepada sesebuah negara.

Ia akan menimbulkan kesan ketidakstabilan politik dan huru-hara kepada sesebuah negara. Beliau memberi contoh apa yang berlaku di negara-negara Asia tenggara.

Kita tengok bagaimana orang Filipina membakar kedai milik orang Cina di Filipina. Kita tengok bagaimana orang Afrika Selatan membakar kedai orang India di negara itu. Begitu juga di Indonesia.

Apakah yang dicadangkan oleh PERKASA bagi mengatasi keadaan ini?

Golongan minoriti ini mendominasi golongan yang lebih besar melalui pasaran terbuka. Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, ia juga perlu disusuli dengan affirmative action.

Dulu kita ada tindakan ini melalui Dasar Ekonomi Baru. Ini pada PERKASA, mesti diteruskan selagi mana berlaku ketidakadilan dari segi pembahagian kekayaan negara.

Kita tengok kekayaan negara sekarang ini dikuasai 60 peratus lebih oleh golongan Cina manakala Bumiputera masih lagi ketinggalan jauh, tak sampai pun 20 peratus, malah makin menurun.

Sebab itu kita katakan 'affirmative action' ini perlu diteruskan cuma perlu dikenal pasti instrumen-instrumen berbeza daripada dulu.

Ini akan dibincangkan oleh pakar-pakar ekonomi dalam sidang meja bulat nanti. Yang akan diumumkan perdana menteri dan Model Ekonomi Baru itu cuma kenyataan dasar sahaja dahulu, belum lagi pelaksanaannya yang terperinci yang akan diumumkan pada Oktober.

Jadi kita masih ada masa untuk mengenal pasti instrumen yang kita boleh cadang, apa instrumen yang boleh dilakukan kerajaan.

Apa perlunya tindakan seperti ini diambil sekarang?

Ini penting kerana akhir-akhir ini kita memang ada perbezaan pendapat dengan beberapa pihak.

Saya telah diserang oleh MCA, yang disiarkan oleh Malaysiakini mengenai kenyataan saya di Kluang. Saya mengatakan kerajan harus berhati-hati (dalam) memberi projek-projek besar kepada tokoh-tokoh korporat Cina.

Saya mengatakan demikian sebab saya nak rujuk seminar model ekonomi baru anjuran Dewan Perniagaan Cina Malaysia yang disiarkan (akhbar) The New Straits Times pada 9 Februari 2010.

Pengarah urusan YTL Group Tan Sri Francis Yeoh berkata, 'there should be brutal competition for Malaysian business environment to thrive. The country could no longer have a little brother mentality where businesses are protected by the government. It has lured us into an economic model that could not be sustained.'

Maknanya dia menganjurkan satu bentuk persaingan brutal iaitu, siapa kuat dia menang. Ini cadangan Francis Yeoh. Maknanya pada dia, kerajaan kena mengenepikan segala bentuk pertolongan dan mengenepikan apa jua bentuk subsidi.

Jadi saya berpendapat ini kenyataan yang tidak betul dan amat tidak insaf, kenyataan sombong dan bongkak sebab pada saya Francis Yeoh dan Kumpulan YTL itu sendiri berjaya kerana apa?

Bukankah dia sendiri mendapat faedah yang besar daripada kerajaan? Contohnya beliau telah menjual (elektrik daripada) penjana tenaga bebas (IPP) kepada TNB (Tenaga Nasional Berhad) dengan harga yang penuh kontroversi.

Kemudian dia dapat lagi berbagai kemudahan dengan kerajaan. Bukankah ini yang dinamakan pertolongan, ini lebih daripada subsidi.

Bagaimana keadaan ini membentuk ketidaksamarataan ekonomi?

Ini juga satu 'affirmative action' tetapi kepada tauke-tauke besar sahaja. Sebab itu kita tengok bagaimana Robert Kuok boleh jadi billionaire sebab dia monopoli gula. Kita tengok Vincent Tan bagaiamana dia boleh berjaya, sebab dia ambil alih penswastaan Berjaya Sports Toto. Kumpulan Genting berjaya keranan monopoli lesen judi.

Kita tengok Ananda Krishnan berjaya kerana monopoli (melalui) Astro dan mendapat hak Maxis.

Kalau kita tengok apa yang mereka dapat bukankah ini satu pertolongan dan ini juga satu affirmative action tapi untuk tauke-tauke Cina.

Yang saya katakan, apa yang mereka dapat, jika dibandingkan dengan orang Melayu? Kontrak yang diagihkan kepada orang Melayu ini (bernilai) berapa sen sahaja (jika) dibandingkan dengan apa yang mereka dapat?

Esok: Saya bukan rasis

Ada 'SMS' jamin Mohsin tak sokong BN.. Biar Betull...



Satu SMS yang mendakwa bahawa ahli parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri - yang keluar PKR dan menjadi wakil rakyat bebas - memberi jaminan tidak akan menyokong BN, kini disebar di kalangan pemimpin akar umbi Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang berkata, SMS tersebut juga menjelaskan sebab Mohsin keluar parti pada Rabu minggu lalu.

“Beliau ada hantar mesej pada beberapa orang yang dekat dengannya (di Bagan Serai). Beliau cuba beri perjelaskan sebab beliau mengambil tindakan (keluar parti) itu.

“Kononnya, walaupun sudah keluar parti, beliau memberi jaminan tidak akan menyebelahi BN (di parlimen),” kata Ahmad yang juga bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Perak.

Minggu lalu, selepas mengisytiharkan keluar parti, Ahmad memberikan tempoh tujuh hari kepada Mohsin - sehingga 10 Mac ini - untuk kembali kepada PKR atau mengosongkan kerusi parlimennya.

Ahmad dilaporkan berkata, jika Mohsin enggan memenuhi tuntutan tersebut, pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ahmad berkata, beliau telah melihat SMS tersebut dan akan memeriksa ketulenannya dahulu, sama ada benar-benar dihantar daripada Mohsin.

Bagaimanapun, tambahnya, sekiranya SMS itu tulen, Mohsin masih perlu mengumumkan perkara tersebut kepada orang awam, termasuk menyatakan sokongannya kepada Pakatan, walaupun bukan lagi sebagai ahli parti.

“Beliau kena umumkan di Bagan Serai, kena panggil pihak media. Saya boleh jadi pengendali majlis itu,” kata Ahmad yang memberikan laluan kepada Mohsin di Bagan Serai setelah dua penggal menjadi calon pembangkang.

Nurul Izzah: Perutusan Sempena Hari Wanita Sedunia




SABAN tahun, masyarakat antarabangsa meraikan Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac. Pada tahun ini, tema yang digagaskan adalah “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Dalam laporan terbaru yang dikeluarkan, didapati kebanyakan negara masih mengamalkan dasar atau undang-undang yang mendiskriminasi wanita. Tidak hairanlah jika tema Hari Wanita Sedunia tahun ini meminta kita semua merefleksi samada wanita diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan.

Selaku ahli Parlimen, tugasan di kawasan mendedahkan saya kepada wanita-wanita yang saban hari menempuh pelbagai cabaran besar. Wanita yang bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah. Di Lembah Pantai, saya mendapati kehidupan di tengah kota yang sarat dengan cabaran sementara taraf hidup yang meningkat turut menyebabkan wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian sehinggakan ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.

Kes penderaan serta kehilangan anak di pusat jagaan pastinya menambah kegusaran para ibu yang bekerja tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat sedemikian. Pada masa yang sama, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Hal ini menyebabkan kaum wanita bukan sahaja berdepan dengan cabaran sedia ada di tempat kerja dan rumah, bahkan dalam membuat keputusan terbaik untuk anak mereka.

Oleh kerana itulah, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan sesuai dengan kemampuan keluarga merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. Keperluan ini lebih-lebih lagi meruncing apabila mengingatkan kepada penderaan yang meragut nyawa adik-adik Syafia dan Haresvarra baru-baru ini.

Penyediaan pusat jagaan atau pendidikan awal kanak-kanak merupakan prasyarat ke arah memaksimakan bakat dan kemahiran wanita yang menyumbang kepada sektor ekonomi negara. Pelan tindakan mungkin ada – hanya pelaksanaanya belum meluas sehingga ke akar umbi lagi.

Justeru, sempena Hari Wanita 2010, marilah kita, tidak kira wanita ataupun lelaki membantu mereleasasikan pelaksanaan langkah-langkah yang membantu para ibu yang bekerjaya. Kerana dedikasi serta semangat jatidiri yang ditonjolkan bukan sahaja sebagai seorang ibu dan isteri, tetapi selaku pendukung aspirasi politik dan ekonomi negara.

Saya turut berasa bangga dan meyokong penuh usaha serta hasrat gerakan wanita di Malaysia yang tidak pernah gentar dan mengalah dalam memperjuangkan kesaksamaan gender dan hak wanita di Malaysia. Saya berharap agar kita dapat bekerjasama dalam merangka strategi ke arah mewujudkan dasar atau program yang dapat membantu wanita terutamanya ibu-ibu yang bekerja samada di kawasan saya mahupun seluruh negara.

Salam Hari Wanita!
Nurul Izzah Anwar & Raja Shahrir, Nur Safiyah dan Ahmad Harith

Polis Halang Majlis Ulangtahun Ke 2 - PR





Pemecatan 1998: Keputusan Mahkamah Dikesalkan


Keputusan Mahkamah Persekutuan dikesalkan.

Hakim membaca berjela isu yang tidak berkaitan mengenai kuasa Perdana Menteri melantik dan menyingkir menteri; Raja Berperlembagaan bertindak “atas nasihat”. Perkara tersebut tidak pun dipertikai.

Yang dibangkitkan ialah berkaitan Perkara 43(5) bahawa perlantikan dan penyingkaran sah hanya dengan perkenan SPB YDP Agong. Dalam kes saya, ini tidak berlaku!

Dua isu timbul iaitu:

i) Keputusan Hakim sekadar memperkukuh kedudukan Perdana Menteri kerana keputusan hanyalah “mere formality”. Ini bercanggah dgn Perkara 43(5) dan meletakkan Perdana Menteri berkuasa mutlak mengenepikan YDP Agong.

ii) Tatkala saya dirawat di Munich, Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Najihah berkenan menziarahi saya. Ketika itu, Almarhum memaklumkan saya dengan disaksikan oleh Tuanku Najihah dan Azizah bahawa Baginda tidak dimaklumkan mengenai pemecatan saya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan hanya memberi perkenan pada minggu berikutnya!

Aneh sekali keputusan Hakim, berbeda pula dengan kes Perak – di mana Raja diberi kuasa mutlak.

ANWAR IBRAHIM

PERJUANGAN UMNO SESAT -TG NIK AZIZ


Berita dan gambar Harakahdaily;

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan PAS menolak perpaduan dengan Umno kerana perjuangan parti Melayu itu sebenarnya amat sesat (dhalalah) disebabkan menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama yang menyebabkan banyak pihak tidak faham Islam termasuk bukan Islam.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Dalam perutusan sempena dua tahun Pakatan Rakyat hari ini, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menambah, meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam.

Berikut ialah perutusan penuh beliau

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya:

1. Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2. Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4. Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5. Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya, maksudnya, "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).[al-Hujuraat, 49: 13]

Semoga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

JOM SERBU.... MAKAN BOLEH, DENGAR FREE

.
Jom Pakat Pi Makan & Dengar Ceramah Di Dewan Serbaguna Guar.
Dapatkan Kupon Jamuan Makam Malam
Sempena Mengisi Tabung Pendidikan PAS Kawasan Jerai.



Sila dapatkan kupon di bawah melalui AJK PAS Kawasan Jerai

Kecoh- Polis Arah Hentikan Ceramah PR di KSS







KUALA LUMPUR: Kekecohan meletus di ceramah Pakatan Rakyat (PR) malam Ahad apabila pihak polis menyerbu ke pentas utama dan menghalang ceramah daripada dilangsungkan.

Ceramah yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman dekat Kampung Baru itu adalah untuk memperingati ulang tahun kedua kejayaan PR dalam pilihan raya umum 2008.

Pada pilihan raya yang lalu, PR telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor di samping memenangi 82 buah kerusi parlimen - iaitu yang paling besar dalam sejarah pilihan raya Malaysia sejak pilihan raya umum 1969.

Majlis malam tadi dihadiri oleh Timbalan Presiden PKR, Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali,Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Kekecohan mula timbul apabila sepasukan anggota polis daripada Unit Simpanan Persekutuan menuju ke arah Azmin Ali yang sedang berucap dan meminta beliau menghentikan ucapannya.

Ini kerana menurut polis, perhimpunan malam ini tidak mempunyai permit.

Situasi menjadi kecoh kerana Azmin yang tetap meneruskan ucapannya dengan menyeru pihak polis supaya menyokong perjuangan pembangkang dengan berjanji jika pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya mereka akan menjaga kebajikan pihak polis.

Bagaimanapun seruannya itu tidak diendahkan dan pihak polis tetap menjalankan tanggungjawab mereka dengan meminta Azmin menghentikan ucapannya itu.

Azmin bagaimanapun enggan berbuat demikian dan berkata Kelab Sultan Sulaiman bukanlah milik UMNO tetapi hak milik Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Polis kemudian tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menghantar trak FRU dengan pancutan air ke arah orang-ramai.

Tetapi Tian Chua yang terkenal dengan reputasi sering menghalang trak polis dengan menjadikan dirinya sebagai 'perisai' kali ini menyeru orang-ramai supaya mengikuti arahan polis dengan memasuki premis Kelab Sultan Sulaiman.

Polis tidak membenarkan orang-ramai memenuhi padang kelab berkenaan.
Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.

Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai "Lan Mamak" ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

"Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

"Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada," jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.

Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

"Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik.

Ini adalah insiden kedua polis menghentikan ceramah PR kerana tidak memiliki permit berhimpun.

Semalam satu majlis anjuran DAP di Kepong, telah dihentikan atas sebab yang sama.

Ceramah di Kelab Sultan Sulaiman ini juga dilihat sebagai satu usaha untuk menaikkan moral PR selepas tiga ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti manakala seorang lagi dipecat sebagai ahli semalam.

Baru Pengsan, Isyarat Awal, Moga Cepat Sembuh



MB Johor jalani pemeriksaan selepas mengadu tidak selesa


Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman hari ini menjalani pemeriksaan kesihatan biasa di Hospital Pakar Johor selepas mengadu tidak selesa ketika bermain golf di Royal Johor Country Club.

Beliau memberitahu Abdul Ghani telah disuruh pegawai perubatan hospital untuk berehat dan dibenarkan keluar hospital pada 12.56 tengah hari.


Petang semalam Abdul Ghani merasmikan projek jalan raya Sengkang Batu 20-Kampung Teratai di Bukit Gambir, Ledang sebelum bergegas balik untuk bersama-sama penduduk Johor Baharu menyaksikan Perarakan Chingay di pusat bandar.


Abdul Ghani dan isterinya Datin Paduka Dr Jamilah Ariffin kelihatan ceria semasa menyaksikan perarakan tersebut yang berakhir kira-kira 12 tengah malam.


Jamilah yang sempat ditemui di hospital itu berkata, suaminya agak letih disebabkan jadual kerja yang padat sejak sebulan lalu.

"Beliau hanya letih kerana mempunyai jadual padat sejak sebulan lalu. Jangan bimbang. Beliau hanya perlu berehat," katanya. - Bernama

Semua Sokong, Tolak Yang Tak Bayaq Hutang Saja




Saya buat kerja, orang luar yang nilai – Azizan

BERBANDING pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, situasi di Kedah yang diterajui oleh Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilihat lebih aman.

Tiada terlalu banyak kontroversi berlaku, malahan Azizan dilihat sentiasa tenang dalam berhadapan dengan apa juga isu yang tercetus.

Situasi berkenaan menimbulkan persoalan apakah di Kedah, pentadbiran kerajaan negeri sudah benar-benar sempurna atau ‘bergelora’ dalam diam?

Untuk mendapatkan jawapannya, wartawan Utusan Malaysia ZAINUL AZHAR ASHAARI menemui Azizan bagi mendengar pandangan beliau.

UTUSAN: Terdapat rungutan bahawa kerajaan negeri ‘tidak berbuat apa-apa’ sepanjang dua tahun pemerintahan di Kedah? Apa komen Datuk Seri?

AZIZAN: Nak komen apa. Depa (rakyat) yang nilai saya. Saya buat kerja, orang luar yang perhati. Saya macam pemain bola sepak, depa perhati saya, tengok saya main bagus ke tak bagus? Ikut depalah, yang kata saya bagus pun ada, yang kata saya tak bagus pun ada. Tak ada apa-apa.

Sebabnya ialah tak nampak?

Nak nampak pergilah ke Kuala Ketil, perembang-perembang (intai-intai) apa yang ada di sana (ambil contoh projek pembinaan kampus baru Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil). Kalau dekat Alor Setar tak nampak apa.

Habis, Datuk Seri puas hati?

Tak puas hati apa, tak pening kepala. Saya seronok, berasa ceria. Yang berubah ialah Perak, jatuh kerajaan negeri yang itu berubahlah.

Apakah semua perancangan berjalan lancar setakat ini?

Ya, macam tanam pokok ada dua jenis, satu pokok durian, satu tanam sayur. Sayur enam bulan dah boleh ambil hasil, durian enam tahun baru boleh, kena tunggu buah luruh. Kena tunggulah.

Mungkin sejak kebelakangan ini ada isu timbul seperti gangguan bekalan air, biasalah kali pertama (pakatan pembangkang hadapi). Isu air sebenarnya dah lama, dah air tak ada, di Kedah setahun sekali akan datang kemarau, biasalah, cuma ia jadi isu sahaja.

Manifesto Pas pula macam mana? Dah laksanakan atau belum?

Kita (kerajaan negeri) dah buat lebih daripada manifesto. Ada yang praktikal, kita praktikkan, yang tak boleh buat tak bolehlah, nak buat macam mana? Kena buat berperingkat-peringkat dan ada yang sebelum ini kita tak tahu boleh ke tidak, bila dah jadi kerajaan baru kita tahu ia tak boleh buat, kita ubahlah buat yang boleh, ini biasalah.

Secara keseluruhannya Alhamdulillah tak siapa kacau saya, orang yang tunjuk perasaan tu mereka yang tak mau bayar hutang rumah, yang lain sokong saya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.