TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

JOM SAMA2...

JOM SAMA2...

ESOK: 1Malaysia One Israel - Usul rujuk Anwar ke JK parlimen Dibentang

BN bentang usul rujuk Anwar ke JK parlimen esok
BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Lapan orang ahli parlimen - masing-masing empat dari BN dan Pakatan Rakyat - akan membahaskan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz berkata beliau akan membentangkan usul tersebut dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, wakil BN itu berkemungkinan terdiri daripada Khairy, Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud), Datuk Nur Jazlan Mohamad (Umno-Pulau) atau Chua Tee Yong (MCA-Labis).

Manakala wakil Pakatan pula dijangka Azmin Ali (PKR-Gombak), Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) atau Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

azlan

BN akan membentangkan usul tersebut ekoran dakwaan Anwar yang mendakwa '1Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ditiru daripada konsep 'One Israel'.

Ia dibawa mengikut perintah tetap 36(12) kerana didakwa mengelirukan Parlimen. Ketua pembangkang itu boleh digantung daripada menghadiri sidang parlimen jika beliau didapati bersalah.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh sebelum ini dipanggil untuk memberi penjelasan di Parlimen mengenai perkara itu, tetapi ianya ditolak oleh ahli parlimen kerajaan.

Ketua umum PKR itu juga mendakwa bahawa perkhidmatan Apco Worldwide - firma perunding beribupejabat di Washington - yang digunakan oleh pentadbiran Najib untuk 'komunikasi strategik' adalah di sebalik slogan '1Malaysia' dan 'One-Israel'.

Apco bagaimanapun, menafikan dakwaan Anwar itu, walaupun kerajaan mengesahkan telah membayar RM77 juta kepada firma berkenaan untuk kontrak perkhidmatan selama setahun.

Baguih La Kerajaan Nie... Jom Pakat Pindah ke Rumah Pangsa: Mulai Jun 2010 Depa Pakat Dapat Kupon Air Percuma...

Air percuma untuk rumah pangsa Selangor

Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan kupon air percuma bagi 20 meter padu kepada penduduk di semua pangsapuri kos rendah di negeri ini yang masih menggunakan meter pukal, mulai Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Iskandar Abdul Samad berkata kupon itu akan diedarkan melalui Pesuruhjaya Bangunan (COB) di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Pihak COB akan mengedarkannya kepada ejen pengurusan perumahan untuk diserahkan kepada penduduk di pangsapuri kos rendah yang masih menggunakan meter pukal sebelum ia ditukar kepada meter individu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.

Beliau meminta semua penduduk di kediaman bertingkat yang masih menggunakan meter pukal supaya segera menukarnya kepada meter indvidu bagi menikmati bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.

Mengulas lanju
t mengenai skim kupon itu, Iskandar berkata ia akan dilaksanakan bermula Jun ini membabitkan 620 pangsapuri kos rendah membabitkan 168,479 unit kediaman yang masih menggunakan meter pukal.

Beliau berkata kos pemberian kupon percuma itu dianggarkan berjumlah RM24.4 juta.

Lesen buru lima haiwan dibekukan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Negeri Elizabeth Wong berkata kerajaan negeri memutuskan untuk membekukan pengeluaran lesen memburu lima haiwan berkuat kuasa hari ini, sebagai langkah memelihara spesies yang semakin terancam.

Beliau berkata haiwan terbabit ialah Rusa Sambar atau nama saintifiknya Cervus Unicolor, Kijang (Muntiacus Muntjac), Babi Bodoh (Sus Barbatus), Kluang (Pteropus Uampyrus) dan Kluang Kecil (Pteropus Hypomelanus).

Katanya, sejak 2005 sehingga kini, sebanyak 2,013 lesen memburu haiwan-haiwan berkenaan telah dikeluarkan.

Wong berkata sebelum ini, lesen memburu haiwan berkenaan dikeluarkan sepanjang tahun kecuali bagi Rusa Sambar dan Kijang yang hanya dikeluarkan pada November setiap tahun.

Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri juga membatalkan semua lesen perniagaan menjual haiwan dilindungi yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu berkuatkuasa hari ini.

Wong berkata antara premis yang terlibat dengan arahan itu ialah kedai ubat, kedai haiwan peliharaan dan restoran.

"Kerajaan negeri akan menyenarai hitam syarikat dan peniaga hidupan liar yang melakukan kesalahan mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta 1976) Negeri Selangor," katanya.

- Bernama

Adakah Kerana Gambar Ini Khairy Tidak Dilantik Menjadi Menteri??..



Khairy: Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.

Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.

Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Sasaran utama Lim adalah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Apabila ditanya oleh wartawan di lobi parlimen, hari ini, mengenai sekeping gambar di Internet, Khairy cuba mengelak menjawab secara langsung. Gambar berkenaan menunjukkan rakaman seorang lelaki yang tidak dikenali dengan dua wanita dengan beberapa gelas minuman beralkohol di meja mereka. Berikut wawancara berkenaan.

Wartawan: Adakah Pakatan hiprokit kerana menyerang BN berhubung kontroversi arak itu? Khairy: Jika saya melayan soalan ini, ia akan berlarutansepanjang kempen Hulu Selangor. Anda juga sepatutnya dipersalahkan kerana bertanyakan mereka soalan berkenaan dan kemudiannya mengajukannya kepada saya. Cukupla. Saya saya jawap ia akan berlarutan.


Adakah anda menyalahkan media? Anda cuba memaksa saya berkata-kata demikian. Saya tidak kata saya menyalahkan media. Anda cuba membuat saya berkata-kata demikian.

Jadi, apabila merujuk kepada 'anda juga' siapa mereka sebenarnya? Semua pihak - politik dan juga media. Perkara ini semakin tidak terkawal. Jika anda ingin menghentikannya dan media mengambil berat terhadap isu itu, anda sepatutnya berhenti daripada membuat laporan daripada kedua-dua pihak.
Hentikan kempen propaganda berdasarkan serangan peribadi di kedua-dua pihak dan hentikan heret ahli politik dengan menbdapatkan ulasan mereka. Saya berminat untuk melihat bagaimana anda akan menulis. (Ketika meninggalkan parlimen, Khairy sekali lagi 'diserbu' oleh sekupulan wartawan lain dan ditanya isu yang sama).

Wartawan: YB, Saya berharap anda tak keberatan menjawap soalan...

Khairy: Saya mesti pergi, saya mesti pergi. Pembangkang menyerang anda dan mendakwa anda juga seorang kaki botol... Siapa? Saya mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang? Boleh komen mengenainya? Apa yang perlu diserang? Mereka menggunakan foto yang kontroversial... Foto kontroversial apa itu? ...menunjukkan seorang lelaki sedang minum... Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Ya, saya sudah melihat gambar itu. Adakah saya sedang minum dalam gambar itu? Adakah saya sedang minum dalam gambar itu?

Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda... Saya tidak minum.

"I don't remember" - Gambar Minum Arak Menteri KDN Jawab Begitu... Kenapa Yer???


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember).

Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka. Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu. Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak? (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik. Bagi saya, itu asam garam. Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut. Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi. Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat.

Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini. Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat. Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak. -merdekareview

Hebat MB Kedah : Nak Bagi Hak Milik Tanah Kepada Peserta Tanah Rancangan Felda & Felcra... Seronok Tak Sangga La Depa Tue...

Peserta Felda, Felcra bakal terima hak milik tanah

Peserta di sembilan tanah rancangan Felcra dan tujuh rancangan Felda di seluruh Kedah yang mengusahakan tanah lebih 20 tahun akan diberikan hak milik masing-masing tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat mingguan Exco yang dipengerusikannya di Wisma Darul Aman di Alor Star hari ini.

"Saya akan arahkan Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) membuat bancian serta menyemak semula rekod bagi membolehkan hak milik tersebut dikeluarkan segera,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Azizan bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah peserta dan keluasan tanah terbabit tetapi berkata mereka telah mengusahakannya lebih 20 tahun.

Rancangan Fel
cra terbabit ialah Weng, Iboi dan Tiak (Baling); Belantik (Sik); Belimbing, Tolak dan Bukit Tampoi (Padang Terap) serta Bukit Selambau I dan II (Kuala Muda).

Rancangan Risda pula ialah Laka Selatan, Bukit Tangga (Kubang Pasu), Bukit Tembaga, Lubok Merbau (Padang Terap), Gunung Pongsu (Kulim) serta Teloi Timor dan Teloi Kanan (Sik).

- Bernama

Akta Pengangkutan ditarik Balik, Kalau Tak Tarik Menjejaskan Undi Di Hulu Selangor... Ada Betul Ka.. Rakyat Marah Sangat La Nie..

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan ditarik balik

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz hari ini mengesahkan bahawa rang undang-undang cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan - termasuk mengenakan denda maksimum RM1,000 - akan ditarik balik.

gobind suspended from parliament 160309 nazriRang undang-undang tersebut dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Bercakap dalam satu sidang media di lobi Parlimen, Nazri berkata, beliau meneima surat dari kelab penyokong BN (BNBBC) mengenai perkara itu.

Difaham ia antara lain, membantah cadangan untuk menaikkan denda kesalahan lalulintas kepada RM1,000.

Menurutnya, selepas membacanya, beliau turut bersetuju dan mengesyorkan supaya rang undang-undang itu ditarik balik daripada perbahasan dan dibuat perubahan.

Katanya, beliau akan mengesyorkan supaya kabinet menggugurkan sesetengah pindaan yang pada pandangannya tidak munasabah.

jabatan pengangkutan jalanMenurutnya, rang undang-undang itu akan dibentangkan semula dalam sesi akan datang, selepas kajian terhadapnya selesai dilakukan.

Manakala pegawai Parlimen berkata, kerajaan BN mempunyai tempoh hingga esok untuk menarik balik rang undang-undang tersebut.

DILEMA: Dr Zambry Haru Biru Dengan 3 Ekor Katak, Depa Buat Hal La Pulak...


Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kini berada dalam dilema dan tertekan dengan sikap tiga calon bebas di negeri itu yang sedang menunggu peluang untuk mengaut pelbagai keuntungan dari tindakan mereka keluar dari Pakatan Rakyat.

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin ketika mendedahkan perkara itu menegaskan, perkara itu diketahuinya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Menurut beliau, perkara itu juga bukanlah sesuatu yang mustahil kerana beliau sendiri cukup kenal dengan tiga wakil rakyat terbabit yang sebelum ini bertanding atas tiket PKR dan DAP yang bergabung dalam Pakatan Rakyat, tetapi sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat demi kepentingan diri.

Tiga wakil rakyat bebas yang dimaksudkan oleh beliau itu terdiri daripada Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Cangkat Jering), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Hee Yit Fong (Jelapang).

“Tindakan 3 katak itu keluar dari Pakatan Rakyat melambangkan mereka manusia yang tidak bertanggungjawab, mengkhianati pengundi-pengundi yang menyokong mereka, sehingga menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengalami kesusahan dan dirampas oleh Umno-BN.

“Setelah menyusahkan Kerajaan Pakatan Rakyat, kini 3 katak itu sedang mengugut Zambry pula untuk mendapatkan apa saja. Zambry pula terpaksa beri atau ikut apa sahaja kehendak mereka supaya mereka tidak melompat pula kepada parti lain.

“Tindakan mereka itu ternyata menyusahkan rakyat Perak kerana ia akan melibatkan hak atau harta benda rakyat Perak. Tetapi mereka tetap tidak menghiraukan semua itu bagi menjaga kepentingan mereka sendiri.

“Perkara itu samalah juga dengan apa yang dilakukan oleh Umno terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, sehingga mereka sanggup merampas hak rakyat Perak yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri Perak.

“Demi kepentingan mereka, para pemimpin Umno-BN sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengkianati rakyat, merampas hak rakyat Perak. Semua itu perlu disedari oleh orang ramai demi kepentingan mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ceramah di persekitaran Pejabat PAS Bukit Sentosa 2 di Hulu Selangor, malam semalam.

Baru-baru ini, Hi Yit Fong yang juga timbalan Speaker Dun Perak diberikan gelaran 'datuk' oleh Sultan Perak. Tidak diketahui apakah ia ada kaitan dengan dakwaan Nizar ini.

Ketika merampas Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, kata Nizar, Umno mengatakan kepada beliau dengan berbagai-bagai dakwaan yang bukan-bukan termasuk memberi tanah kepada kaum Cina, sehingga dikatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai ‘kerajaan Cina’.

“Pada hal apa yang kita lakukan itu amat kita fahami kerana ia sebenarnya bertolak dari prinsip-prinsip Islam dan keadilan. Rakyat Perak sendiri faham perkara itu. Sebab itulah rakyat Perak tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Umno-BN ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak,” katanya yang juga Adun Pasir Panjang.

Sehubungan itu, beliau berharap agar para pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor tidak akan tertipu dengan permainan politik kotor Umno-BN agar mereka tidak tersalah memilih pemimpin.

EGM Umno Bukit Bendera - Tertangguh Lagi, Kenapa Yer??...

Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Umno Bukit Bendera bagi membawa masuk kembali pemimpin kontroversi Datuk Ahmad Ismail tertangguh sedikit ekoran kelewatan Umno Pulau Pinang mengadakan mesyuarat mereka bulan ini.

Bekas ketua bahagian itu Abdul Jalil Ariffin (kiri) berkata, Umno negeri sepatutnya bermesyuarat bagi membincangkang permintaan bahagian - yang mahukan pemilihan baru diadakan - pada minggu ketiga (minggu lalu) bulan ini.

Bagaimanapun, jelasnya, bagi menumpukan kepada kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 25 April ini, mesyuarat tersebut ditangguhkan sementara waktu.

"Ia dijangka diadakan selepas pilihan raya kecil (Hulu Selangor) Ahad ini," katanya yang masih belum pasti tarikh tepat bagi mesyuarat tersebut.

Pada 29 Mac lalu, Abdul Jalil dan kesemua 36 ahli jawatankuasa Umno Bukit Bendera melepaskan jawatan masing-masing bagi membolehkan Ahmad kembali menerajui bahagian berkenaan.

Ahmad (kanan) pada September 2008 digantung keahlian dan dilucutkan haknya dalam parti bermula September 2008, antaranya kerana didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di Malaysia.

Usaha membawa masuk kembali beliau mengetuai bahagian itu bermula Disember tahun lalu selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan menarik balik penggantungan terhadapnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Jalil bagaimanapun berkata, usaha bagi mengadakan EGM tersebut tidak akan tertangguh lama kerana ia "sepatutnya tiada sebarang masalah" dan mereka hanya perlu mengikuti beberapa prosedur biasa dalam parti.

Katanya, menurut prosedur, selepas dibincangkan dalam mesyuarat bulanan negeri, perkara tersebut akan dimajukan kepada MT supaya kebenaran mengadakan EGM tersebut dapat dikeluarkan.

"Dalam bulan 5 atau 6 insya-Allah semuanya akan selesai," katanya yang kini bertindak sebagai timbalan ketua penaja bahagian tersebut.

Barisan baru kepimpinan bahagian itu dijangka bakal mendapat sokongan penuh daripada 226 perwakilan daripada 26 cawangan di seluruh bahagian tersebut, kata Abdul Jalil.

Sementara itu, ditanya sama ada Ahmad akan turut berkempenbagi calon BN di Hulu Selangor seperti yang dilaporkan sebelum ini, Abdul Jalil berkata, Ahmad sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

"Pada 2 hari bulan (Mei) ini baru beliau pulang," katanya yang juga akan turut berkempen bersama jentera bahagiannya mulai Jumaat ini.

Program Baru: Integrasi Insan Diperkenal Kolej Universiti Insaniah (KUIN)


Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) memperkenalkan kursus baru bagi melahirkan graduan berkualiti dengan mengadakan pakej pengajian terkini termasuk program Integrasi Insan (al-Quran) yang akan bermula pada Julai ini.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Insaniah, Profesor Madya Zakaria Man memberitahu, program elit itu adalah program pertama yang diperkenalkan di Malaysia.

"Dalam program ini, bakal pelajar boleh mendapatkan dua Ijazah Sarjana Muda sekali gus selepas mengikuti tempoh pengajian selama enam tahun (9 semester).

"Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka akan dianugerah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz al-Quran dan satu lagi ijazah serupa dalam bidang lain berdasarkan pilihan masing-masing," katanya.

Zakariya berkata, keistimewaannya adalah penuntut berupaya menghabiskan hafazan al-Quran sebanyak 30 juzuk selain dapat menguasai pengajian dalam bidang profesional yang ditawarkan Insaniah seperti Kejuruteraan, Perbankan Islam, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan Teknologi Maklumat dan Sains Perubatan.

Kata beliau, program terbaru itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus mempunyai prospek cerah dalam pasaran kerja pada masa depan.

"Menolak Tuah" Jika Tidak Memilih Datuk Zaid : Kata Bang Mat Sabu

Pengundi Hulu Selangor dikatakan "menolak tuah" jika tidak memilih calon PKR sebagai wakil rakyat mereka pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

ijok campaign 250407 mat sabuAhli Jawatankuasa PAS pusat Mohamad Sabu berkata ini kerana calon yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah seorang yang terbukti prinsipnya dalam membela rakyat.

"Zaid Ibrahim manusia berprinsip. Beliau (adalah) menteri, bila ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) digunakan, beliau tidak bersetuju.

"Kalau kita tidak bersetuju dengan percakapan lawan dengan percakapan, kalau tulisan, lawan dengan penulisan, wartawan lawan dengan kewartawanan, bukan dengan ISA. Lainlah kalau angkat senjata.

"Oleh itu, Zaid ambil keputusan untuk meletak jawatan (sebagai menteri). Dalam dunia ini nak cari orang macam begini (memang) payah," kata Mohamad Sabu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Baru, malam semalam.

"Walaupun beliau mempunyai banyak kelemahan sebagai manusia, tapi sebagai menteri yang berprinsip, beliau meletakkan jawatan sedangkan banyak kemudahan dan kelebihan disediakan oleh kerajaan.

"Kalau tak angkat Zaid Ibrahim sebagai wakil rakyat, memang orang Hulu Selangor menolak tuah. Jarang ada di dunia orang seperti Zaid Ibrahim apabila beliau tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, dia letak jawatan dan kemudiannya menyertai pembangkang," katanya yang juga bekas naib presiden PAS.

Kira-kira 500 orang hadir pada majlis ini walaupun cuaca begitu sejuk berikutan hujan lebat pada sebelah petang.

Dakwa Mohamad Sabu, selepas pilihan raya umum pada 2008, kerajaan BN cuba menimbulkan pelbagai isu perkauman yang sensitif, termasuk memfitnah exco Selangor Teresa Kok yang didakwa cuba menghalang azan daripada berkumandang dan menahan seorang wartawan smengikut ISA.

Hal berkenaan katanya, mendorong Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagain Kota Bharu membantah dan seterusnya meletakkan jawatan.

"(Inilah) Zaid (yang) saya hormat. Ada satu perkara yang orang lain tidak tidak boleh buat. Orang yang ada prinsip memang kita hormat," katanya.

Pada ceramah yang sama Mohamad Sabu turut membidas kerajaan BN kerana membuat perjanjian dengan firma-firma yang mempunyai kepentingan Yahudi.

"Unsur Yahudi amat bahaya. Politik Yahudi adalah menghapuskan orang yang tidak disukainya. Kita bimbang politik Yahudi masuk ke Malaysia," katanya.

Menurut Mohamad Sabu beliau kuathir berlakunya kebocoran maklumat negara ini yang tidak boleh dipandang kecil.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat memilih Zaid Ibrahim dalam pilihan raya kecil itu pada 25 April ini sebagai membantah tindakan kerajaan BN.

Kan lebih Sopan Kalau Bertudung.. Bung Teruskan Berdakwah...



Jangan sekadar menghadiri Kes Mahkamah Syariah sahaja... Menutup aurat adalah tuntutan agama.

Gambar puluhan ribu rakyat di sekitar ceramah PR Bukit Sentosa..(Ada Video)








Tempat: Bukit Sentosa
Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Penceramah: TG Haji Hadi, Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan Tian Chua

Gempa bumi mengorbankan 2064 orang & musnahkan dua pertiga jumlah sekolah

BEIJING 21 April - Gempa bumi yang berlaku di barat China minggu lalu memusnahkan atau menyebabkan lebih dua per tiga dari jumlah sekolah yang terletak di kawasan bencana musnah teruk, mengembalikan ketakutan selepas negara itu dilanda gempa bumi kuat dua tahun lalu yang mengakibatkan ribuan pelajar terkorban.

Kerajaan pada tahun lalu melancarkan projek besar bagi memeriksa dan mengukuhkan sekolah di negara itu dan kira-kira 70,000 daripadanya memerlukan kerja-kerja menahan gegaran gempa bumi, seorang pegawai pelajaran tertinggi, membayangkannya bulan lalu.

Namun, segelintir penduduk termasuk pelajar yang terselamat dalam gempa di daerah Yushu minggu lalu, dengan marah mempersoalkan mengapa sekolah di kawasan masyarakat terpencil Tibet tidak dibaiki dengan baik terlebih dahulu.

Jumlah kematian akibat gempa itu mencecah 2,064 orang sehingga semalam.

“Jika setiap tahun separuh daripada wang dibelanjakan untuk kereta, makan, minum dan melancong ke luar negara boleh dijimatkan dan dibelanjakan bagi mengukuhkan bangunan di kawasan luar bandar, dalam tempoh setahun, bangunan yang didiami jutaan penduduk boleh menjadi ‘tahan-gempa bumi’,” kata seorang bekas jurutera terkenal untuk Pentadbiran Gempa Bumi China, Wang Zifa di dalam laman blognya Sabtu lalu yang memerli gaya perbelanjaan pegawai di negara berkenaan.

Imej sekolah runtuh dan ungkapan ‘pembinaan tofu’ membakar kenangan dua tahun lalu masyarakat China apabila lebih daripada 5,000 pelajar terkorban dalam satu kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di wilayah selatan Sinchuan.

Kematian itu amat memberi kesan kepada penduduk China yang mempunyai hanya seorang anak kerana terpaksa mengikut polisi kerajaan. - AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.