"I don't remember" - Gambar Minum Arak Menteri KDN Jawab Begitu... Kenapa Yer???


Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein "tidak ingat" sama ada dirinya lelaki yang minum arak dalam satu gambar yang tersebar dalam internet atau tidak. Ketika soalan ini diajukan oleh MerdekaReview kepada Naib Presiden UMNO ini, beliau menjawab, "Saya tak ingatlah..." (I don't remember).

Beliau bertanya, "Apa yang mereka lakukan? Ada juga gambar isteri saya. Anda boleh lihat itu superimpose (diubahsuai). Gambar yang mengaitkan anak perempuan saya itu jelas bukannya! Untuk saya, saya telah membuat keputusan...(gambar yang) dalam web ini saya takkan jawab. Benda-benda begini."

"...Dan mereka melatah dalam konteks ini, itu terserlah kepada mereka. Tapi kalau nak cari tuduhan, dakwaan, gambar... gambar saya dengan student, gambar saya dengan perempuan, semua ada dekat dalam tu. Kalau nak tanya gambar ini dan itu...saya ke tidak? (Saya ada lagi) Banyak kerja lain, kalau kita nak buat ikut tanggungjawab dan amanah," sambungnya.

Hishammuddin menambah, "Itu realiti politik. Bagi saya, itu asam garam. Tetapi bila dia menyentuh isteri, anak-anak saya yang tak berdosa, itu maknanya mereka dah agak daif dan ketandusan nak berkempen dan nak memperjuangkan kedudukan mereka sebagai parti politik untuk rakyat Malaysia."

Dalam satu lawatan ke ladang Nigel Gardner kawasan Hulu Selangor pada hari ini, Hishammuddin Hussein diminta untuk respon kepada isu gambar yang tersebar di internet, di mana seorang lelaki yang menyerupai wajahnya sedang memegang tin arak.

Selepas tamatnya aktiviti di sebuah sekolah tamil, wartawan MerdekaReview meminta agar Hishammudin respon kepada isu gambar tersebut. Pada mulanya, beliau berkata beliau telah respon kepada isu ini pada waktu pagi. Wartawan kemudiannya bertanya sama ada beliaulah orang yang berada dalam gambar tersebut, lantas Hishammuddin mendakwa bahawa dirinya tidak ingat.

Menurut laporan Bernama pada pagi ini, Hishammuddin Hussein berkata beliau sedar akan wujudnya gambar ini di internet sejak lapan tahun yang lalu. Beliau mempertikaikan mengapa isu gambar ini dibangkitkan selepas lapan tahun, malah menyifatkannya sebagai permainan kotor yang biasa berlaku dalam arena politik.

Zaid Ibrahim, calon PKR untuk PRK Hulu Selangor, berdepan dengan tuduhan "kaki botol" sebermulanya kempen PRK ini. Beliau telah mengakui kesilapannya dan mendakwa dirinya telah bertaubat. Bagaimanapun, serangan ini tidak terhenti dan Pakatan Rakyat kini membalas dengan mendedahkan lebih ramai pemimpin UMNO yang juga meminum arak, dan memiliki syarikat arak. -merdekareview

1 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.