Gambar2 Terkini!! Dengan 2 Kali Lafaz Ally Iskandar (Selebriti TV) Sah Suami Kepada Farah Lee... Tahniah!!!

Ally Iskandar Mohd Mardzi (Ally Iskandar) telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli (Farah Lee) pada jam 10.00 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.
Kredit gambar Portal Gua & Twitter @MiliMilo

Gempar!!! Al Fatihah: Penyanyi Izwan Pilus Kembali Ke Rahmatullah Petang Tadi Di Hospital Ampang




Perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana  penyanyi Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 32, telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di wad ICU hospital Ampang. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya.  Izwan Pilus meninggal dunia kerana mendapat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.



Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
izwan pilus meninggal dunia
Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.

Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
izwan pilus meninggal dunia
Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.
izwan pilus meninggal dunia
Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.