Perkhabaran yang sangat mengejutkan di mana penyanyi Izwan Pilus atau nama sebenarnya Khairil Izwan Pilus, 32, telah pun meninggal dunia pada jam 6.15 petang tadi (20 Januari 2012) di wad ICU hospital Ampang. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Perkhabaran ini juga telah dikhabarkan oleh adik allahyarham Aril AF di twitter miliknya. Izwan Pilus meninggal dunia kerana mendapat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.
Berita ini telah disampaikan oleh adiknya Aril AF menerusi Twitter sebentar tadi.
Izwan Pilus dilahirkan pada 24 November 1979. Punca pemergian masih tidak dapat dikenalpasti. Semoga roh Izwan Pilus ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepadanya. Al-Fatihah.
Update 1: Di bawah ialah tweet terakhir daripada Allahyarham.
Update 2: Daripada beberapa sumber, punca kematian Allahyarham ialah jangkitan kuman pada paru-paru atau jangkitan kuman pada darah (salah satu daripadanya). Nanti akan diupdate lagi untuk kesahihan sepenuhnya.
Update 3: Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang.
Update 4: Jenazah Allahyarham dijangka di bawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan.
Update 5: Pada awal Disember lalu, Allahyarham dan adiknya (Aril AF) pernah dimasukkan ke hospital kerana demam panas berpanjangan
Update 6: Gambar di bawah dikatakan gambar terakhir Allahyarham. Sejuk mata memandang.
Apa-apa pun, sedekahkan Al-Fatihah dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin~~
0 comments:
Post a Comment