Video Dari Mesir - Perkembangan Terkini Pelajar Kita Di Sana







Saya dapat message dari @DyyaDizarch salah seorang pelajar perubatan di Mesir yang sedang berusaha memohon bantuan dan perhatian Kerajaan Malaysia tentang situasi sebenar di Mesir.



Menurut laporan Bernama 30 Jan 2011 – Belum Ada Keperluan Bawa Pulang Penuntut Dari Mesir – Muhyiddin



Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu



Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.



Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.



Kenyataan itu telah menimbulkan rasa tidak puashati ibubapa penuntut Malaysia yang terperangkap di sana kerana situasi mereka sangat terdesak , tidak seperti yang diberitahu oleh kerajaan.



Bekalan elektrik dan internet juga telah dipotong. Rompakan dan pecah rumah, kecurian dan bekalana makanan yang meruncing. Bank juga tidak berfungsi malah perlindungan keselamatan juga terhakis.



gambar rusuhan di mesir Tolong Ingatkan @NajibRazak Nasib Rakyat Malaysia di Mesir


Mengikut blog krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com



ok.. yang kat comment tu update dari kawan pompuan.. wallat die kene curi.. hilang 1000.. dan die yang cakap airport kat Alexandria dah kene bakar
ni update dari adik saya..



keadaan semakin teruk.. polis kat Alexandria sume dah tak ada.. dan memang tak ade rulez… post balai polis sume dah kene bakar.. n senjata sume orang awam dah curi..dan banduan sume dah kene lepas



pagi tadi adik tetibe call.. suruh call balik.. emergency… die cakap internet sume dah down.. message pun tak boleh… n time tu battery die low… suruh die charge.. worse.. die cakap tak boleh charge sbb power tak ada… skarg xsure la ade ke xde…tp kalau xde.. it’s a big problem… sbb satu2 cara nak contact diorg ialah call.. kalau phone tak ada battery dan tak boleh charge or no kredit so dah tak boleh call..



dan gov egypt plan nak cut bekalan air.. tp sampai skarg boleh pakai lagi .. tak tau bile diorg nak cut..
so dia orang hidup dalam kegelapan…



then ATM semua tak boleh pakai .. kedai sume xleh ttp… n ni satu masalah.. ssh diorg nak balik.. airport terdekat kat Alexandria dah kene bakar.. thne tak ada duit sbb ATM sume down… n brg adik cakap harga sume melambung… of course bg sy at-salat mengambik lesempatan.. call 5 saan utk 4 5 genih tu sangat melampau… xsampai seminit pn.. n harga top up pn mahal skarg.. taxi even worst.. super mahal gle…



makanan dh kurang.. n duit xleh kuar n harga melambung..



* saya cuba edit sms ini supaya mudah dibaca

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam. Ramai pelajar yang terkandas di lapanganterbang akibat rusuhan dan jadual penerbangan ditunda.



Saya rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu keadaan yang sebenar yang berlaku di sana dan supaya kerajaan kita secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.



Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.



Semoga pelajar dan rakyat Malaysia di sana dilindungi Allah dan dipelihara dari segala musibah.



Boleh ikuti perkembangan terkini melalui facebook Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir atau blog ariffshah.com Krisis Di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @NajibRazak



Tunjuk perasaan besar besaran di Mesir memasuki hari ke 6



Berita dari Teluk melaporkan tentera Mesir bersama rakyatnya telah membakar beberapa buah kereta kebal.



Tindakan itu adalah tanda protes dari tentera Mesir kepada Presiden diktator Hosni Mubarak.



Terkini dari Mesir, semua maklumat dan hubungan telefon serta internet termasuk perkhidmatan blackberry diputuskan dari dalam negeri. Walaubagaimana pun ada beberapa sumber lain yang membawa maklumat dari Mesir.



Angka korban setakat ini 150 orang dan lebih 2,000 orang cedera. Bangunan parti pemerintah (umno Mesir) telah dibakar oleh rakyat marhaen. Bursa saham jatuh menjunam.


Diana Danielle Putus Cinta Lagi.... Anda Dinasihat Jangan Cuba Jatuh Cinta Dengannya Nanti Merana...


Diana Danielle


FARID KAMIL putuskan hubungan dengan kekasihnya Diana Danielle? Alamak, apa dah jadi ni? Musim artis putus cinta ke? Joyah baru berangan nak makan nasi minyak mereka.



Ye lah sebelum ini Joyah dengar mereka berdua ni dengar-dengarnya sudah bersepakat nak menuju ke fasa pernikahan.



Tup tup sekarang ni, sudah lain pula ceritanya ya. Apa pasal ni?



Khabarnya, Farid memutuskan hubungannya dengan Diana disebabkan sikap gadis itu sendiri yang macam budak-budak. Suka sangat cari pasal dan nak bertekak walau hal remeh-temeh.



Dan dalam hal ini, Joyah teringat pula dengan kata-kata bekas teman lelaki si Diana yang sebelum ini. Luah jejaka tampan itu pada Joyah satu ketika dulu, punca mereka putus pun disebabkan perangai Diana. Mula-mula bolehlah tahan.



Tapi, kalau dah bercinta dengan budak sekolah, kenalah banyak bersabar tau, jangan nak fikirkan emosi diri sendiri saja, kenalah faham tahap budak-budak berfikir. Dan ini juga mungkin siren kecemasan untuk Diana supaya ubah sikap dan jadi lebih baik. Tak gitu?


Memang Sudah Dijangka - Rakyat Ditekan Lagi : Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen (Dah Jadi RM2.50 Seliter)

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri.

Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).

Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan.

Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter.

Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) sejak awal tahun lalu.

Badan berkenaan ditubuhkan bagi mengurangkan beban subsidi negara.

Hanya 35% Kaum Cina Memilih BN Dalam Pilihanraya DUN Tenang Semalam


Walaupun pedih dengan kekalaham calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

Video Seks: Ariel Peterpan Dipenjara 3 tahun 6 bulan & Didenda RP250 juta

Sidang Pengadilan Negeri Bandung, Jawa Barat akhirnya menjatuhkan hukuman penjara terhadap Ariel Peterpan selama 3 tahun 6 bulan, denda RP250 juta. Ketua hakim, Singgih Budi Prakoso menjatuhkan hukuman tersebut setelah membaca fakta-fakta yang menyokong pendakwaan terhadap Ariel Peterpan, dan dia terbukti bersalah.

Di saat Ketua Majlis Hakim menjatuhkan hukuman tersebut, Ariel berdiam diri dan tertunduk menerima hukuman tersebut. Hukuman tersebut adalah lebih ringan daripada apa yang disarankan oleh pihak pendakwa raya, iaitu 5 tahun 6 bulan.


Sementara itu, Luna Maya & Cut Tari tidak didakwa kerana mereka dianggap sebagai saksi penting ketika sidang perbicaraan dijalankan.

Dramatis Kahwin Lelaki Muda (Abang Ana Raffali) Di Masjid Rafeah, Taman Uda Alor Setar

Shahriza dan Saddiq akan bernikah pada 5 Februari ini di Alor Setar.


PETALING JAYA: Dramatis Shahriza Mahmud, 40-an, bakal bernikah dengan abang penyanyi Ana Raffali, Saddiq Raffali, 30, pada 5 Februari ini, pukul 11 pagi di Masjid Rafeah, Taman Uda, Alor Setar, Kedah.



Sementara majlis resepsi akan berlangsung pada hari yang sama bermula pukul 12 tengah hari di rumah pengantin perempuan di Taman Muhibbah, Lebuhraya Sultanah Bahiyyah, Alor Setar.

Pelakon Semanis Janji dan Antara Maruah dan Pengorbanan itu bakal menerima tujuh dulang berbalas sembilan dulang kepada pengantin lelaki termasuk wang hantaran RM1,888.89 dan mas kahwin RM1,111.11.



Menyentuh tentang angka wang hantaran dan mas kahwin itu, Shahriza akui kedua-duanya mempunyai makna simbolik untuk mencapai kebahagiaan dan kemakmuran dalam menempuhi alam rumah tangga.



“Majlis perkahwinan kami dilakukan secara kecil-kecilan sahaja tetapi sangat bermakna. Sebelum majlis nikah, keluarga saya akan mengadakan majlis Burdah pada pukul 9 pagi di rumah kami.

“Kami merancang untuk membuat satu kenduri sahaja untuk kedua-dua belah pihak setelah memikirkan tentang kos. Tetapi jika ada rezeki, kami merancang untuk membuat majlis doa selamat di Kuala Lumpur nanti,” ujarnya yang turut bergelar penulis skrip dan pengarah drama.



Shahriza juga pernah menjadi penolong pengarah di samping Saddiq untuk klip video lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur nyanyian Ana Raffali. Saddiq terlibat dalam kerja di belakang tabir dan bergelar pelakon.



Kedua-duanya akan mengenakan dua persalinan tajaan Zeellion Bridal Gallery & Beauty untuk majlis akad nikah dan persandingan bertemakan warna hijau.

Pasangan yang bercinta selama lima tahun ini telah lama merancang untuk berkahwin bagaimanapun mereka mula serius tentang perkahwinan setelah keluarga Saddiq menghantar rombongan merisik ke rumah Shahriza pada Disember lalu.



“Ikutkan, sejak tahun pertama kami bercinta lagi Saddiq dah ajak saya berkahwin tetapi waktu itu keadaan tidak mengizinkan tambahan pula sibuk dengan kerja masing-masing.



“Setelah lama tertangguh, akhirnya ibu dan bapa saya bersuara dan meminta kami memikirkan tentang perkahwinan sebelum mereka mengerjakan haji di Mekah pada November tahun lalu.



“Jadi, sejak dari itu kami mula berbincang dan merasakan sudah tiba masanya untuk berkahwin. Pada mulanya kami memilih bulan Disember lalu tetapi terpaksa tangguh kerana bertembung dengan majlis pertunangan adik saya. Selepas itu kami memilih tarikh 1 Januari lalu tapi tidak menjadi juga kerana persekolahan baru bermula,” kata Shahriza kepada mStar Online.



Shahriza yang pernah berkahwin sebelum ini akui Saddiq merupakan lelaki yang mudah serasi dan mempunyai banyak persamaan dengannya.

“Hubungan kami sangat unik. Mengenali Saddiq, dia merupakan seorang yang ego dan keras kepala seperti saya. Tetapi yang peliknya apabila kami bergaduh, kami cepat berbaik semula dan melupakan pergaduhan itu.



“Yang membuatkan saya terharu apabila dia berani melamar saya selepas dua minggu kami berkenalan,” ceritanya lagi.



Seramai 600 tetamu yang dijangka akan menghadiri majlis perkahwinan Shahriza dan Saddiq termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, kawan-kawan dan rakan artis.

Bagaimanapun, Shahriza turut memberikan peluang kepada para peminat untuk menghadiri majlis pernikahan mereka itu.



Selepas berkahwin, Shahriza masih meneruskan kariernya sebagai pelakon, penulis skrip dan pengarah selain mengusahakan syarikatnya, Master Shot Event yang ditubuhkan sejak lima tahun lalu.



“Saya masih lagi membuat kerja yang sama cuma tidak seaktif dulu kerana banyak menumpukan kepada syarikat saya yang mengendalikan acara seperti bengkel penulisan skrip, motivasi, majlis makan malam, percutian secara kecil-kecilan,” katanya.



Bercerita tentang bulan madu, pasangan ini dijangka akan ke Cameron Highlands pada dua hari selepas majlis pernikahan dan seterusnya ke Pulau Redang pada waktu yang sesuai.


Sejauhmanakah Ketelusan Undi Pos??? PRK Tenang - PAS Cuma Dapat 3 Undi

http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/hs719.ash1/162018_110258045707492_7320287_n.jpg


LABIS: Barisan Nasional mendahului PAS dalam saingan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada perkiraan undi pos apabila mendapat 115 undi berbanding 3 undi bagi parti lawan dan satu undi rosak.

Keputusan undi pos mula diumumkan di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis sebentar tadi.

Peti-peti undi dari pusat pengundian telah mula tiba di pusat penjumlahan undi.

Keputusan dijangka akan diumumkan lewat berikutan banjir buruk yang melanda Labis hingga menyebabkan jalan-jalan utama di kawasan rendah tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan.

BN menang, tambah majoriti di Tenang - Cikgu Mala Redha

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi manakala calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala memperolehi 2,992 undi di mana majoriti 3,707 undi.



Keputusan PRK Tenang diumumkan jam 10.03 malam ini oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.



Sebanyak 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih berdaftar atau 71.8 peratus bagi PRK Dun Tenang keluar menunaikan tanggungjawab sehingga proses pengundian ditutup 5 petang dalam keadaan hujan.




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)menyifatkan jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.



azlan

Semua Pusat Pengundian Telah DiTutup... PRK Tenang Berakhir.. Jumlah Keluar Mengundi Meningkat... Ajaib Walaupun Banjir

LABIS: Sehingga pukul 4 petang peratusan keluar megundi di N.05 Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ialah 68.68 peratus atau 10,133 orang.

5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.

4.29pm:
Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

4.00pm:
Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.

4.02pm:
Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.

Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita theSun.

3.40pm:
Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.

NONE 2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.

Sekolah berkenaan hanya di sebelah SMK Kamarul Ariffin.

Petugas BN cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.

2.45pm
Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.

Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.

2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

NONE2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

Walaupun Banjir Pengundi Bersemangat Meredah Air Bagi Memenangkan Cikgu Mala

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

azlanSebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.


LAPORAN LANGSUNG


2.37pm
Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.

2.26pm:
DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.

2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".

NONE2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.

Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.

Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

1.42pm:
Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.

NONE1.20pm Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha, menyebabkan kenderaan ringan tidak dapat memasuki.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pacuan roda dan lori yang berjaya mengangkut pengundi masuk dan keluar pusat pengundian.

Hujan sudah berhenti di sekitar sekolah itu tetapi langit masih mendung.

1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”

12.48pm:
Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.

NONE12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.

12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.

12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.

"Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter.

NONE12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.

"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.

11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.

NONEDi Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.

11.36am
: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.

Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.

NONE11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.

"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.

NONENormala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.

Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".

Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.

11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.

11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

NONESPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.

11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.

10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.

NONEAnggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.

10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi.

10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.

NONEKawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.

10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.

"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.

Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".

10.05am
Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.

Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.

NONETimbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.

9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.

NONE8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.

8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.

9.40am:
Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.

NONE9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.

Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.

9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.

8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.

NONEDengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.

8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.

8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.

Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.

8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.

Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.

8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

NONEDi Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.

"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.

Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

8.00am Peti undi dibuka.

Terima Kasih Gobala - MP Padang Serai Akan Tinggalkan PKR Hari Ini

Hari Ini Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan akan mengadakan sidang akhbar bagi mengumumkan untuk meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jadi Kita tunggu sidang tersebut pada jam 10.30 pagi ini

First lady of Malaya (FLOM) Terus Misteri - PM Najib Didakwa Berbohong Di Parlimen

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.

Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.
Tiada jawapan diberikan

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".

Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.

Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Menipu rakyat

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.

Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.

Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam laman direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.

"Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.

Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

SPR Pilih Hari Cuti Untuk Penamaan Calon Dan Mengundi Di Merlimau... Kenapa???

24 Safar 1432H.
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

LABIS: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau telah ditetapkan pada 6 Mac sementara penamaan calon pada 26 Februari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas mengenainya pada malam ini dan menetapkan bahawa satu pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

"SPR telah bersetuju melantik seorang Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan tiga orang Penolong Pegawai Pengurus bagi menjalankan pilihan raya kecil berkenaan," katanya.

Menurutnya, SPR juga telah bersetuju untuk menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang diketuai oleh seorang Pegawai Penguat Kuasa bagi setiap pasukan.

Bagi menjalankan pilihan raya kecil Merlimau, SPR akan menggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau sebagai Pusat Penamaan Calon dan Pusat Penjumlahan Undi Rasmi.

"Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan dengan 21 saluran mengundi.

"Seramai 248 orang petugas pilihan raya akan dilantik untuk mengendalikan proses pilihan raya ini dengan anggaran belanjawan sebanyak RM830,000," katanya.

Abdul Aziz berkata, Daftar Pemilih Induk Pilihan (DPI) 2009 bagi pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010.

Seramai 10, 679 pemilih berdaftatr yang terdiri daripada 10, 643 pemilih biasa dan 36 pengundi pos.

Daftar pemilih pilihan raya bagi pilihan kecil berkenaan akan mula dijual pada 11 Februari 2011.

"Semakan Daftar Pemilih untuk mengetahui maklumat pusat mengundi dan saluran mengndi boleh dibuat melalui laman web SPR, www.spr.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas.

"Selain itu pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya dan pejabat pilihan raya negeri Melaka untuk membuat semakan tersebut, " katanya.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Mstar/-

Buku Jingga 100 Hari PR Memerintah Menjadi "Buku Berhantu" Buat PM Najib

PETALING JAYA, 28 JAN: Pengumuman Datuk Seri Najib Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan, kata Azmin Ali dalam satu kenyataan media.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR menjelaskan selepas janji Buku Jingga mengariskan untuk menghapuskan tol, barulah kerajaan melaksanakannya sekarang.

"Adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan," katanya.

Beliau bagaimanapun mengalu-alukan keputusan Perdana Menteri itu tetapi mahukan Najib berterus-terang dan mengesahkan bahawa kerajaan pusat tidak akan membayar pampasan kepada syarikat konsesi.

"Sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Tindakan ini katanya, bukti penerimaan Perdana Menteri terhadap janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi.

"Mungkin ini adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah," tegasnya.

PKR akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.
-tvsnews-

Video: Cuti Sakit 14 Hari Suami Calon Angkara Arahan Pertukaran 24 Jam - Minta TPM Bertemu Doktor


LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.



Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.



“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.



“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.



Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.



Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.



Ia diikuti dengan cuti sakit selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.



Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.



Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.



“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.



“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.



Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.



“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya.


Kerajaan Kedah Mantap - Kalau Kerajaan Pusat Tak Bagi Kita Tetap Boleh Buat : MB Kedah


Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Lagi catatan rekod Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah iaitu berjaya melangkau paras defisit bagi tahun ini sebanyak RM19 juta. Maknanya, bila tengok dalam akaun pada hujung tahun masih ada lebihan wang.


Kerajaan negeri tidak perlu menadah tempurung pada kerajaan Pusat untuk membayar gaji atau membiayai pembayaran menampung defisit. Cerita tadah tempurung ini pernah berlaku semasa kerajaan negeri di bawah pentadbiran BN dulu. Sekarang pun masih berlaku, cuma bukan Kedah sebaliknya kerajaan negeri yang dibawah pentadbiran BN.



“Ini juga adalah hasil usaha kerajaan negeri yang mengawal ketat pengaliran wang keluar, belanja berhemah dan hasil cukai pendapatan.


“Awal tahun saja kita telah melangkaui defisit, jadi apa yang dirancangkan dalam Bajet 2011 dapat kita laksanakan, jika kerajaan persekutuan tak bagi pun kita boleh buat,” jelas Menteri Besar, Dato’ Seri Azizan Abdul Razak.



Ada lagi catatan menarik ialah hasil negeri Kedah tahun 2010 meningkat sebanyak 17.32 peratus, berbanding 2009. Hasil balak bagi tahun 2010 meningkat 562.5 peratus berbanding tahun 2007, walaupun diusahakan di atas keluasan yang sama. Peningkatan hasil bertambah dari tahun ke tahun sejak Pakatan mengambil alih.



Sultan Kedah dalam titah ucapan sempena Sambutan Hari Keputeraan baginda mengucap tahniah kepada Menteri Besar Kedah kerana berjaya menerajui pentadbiran dengan baik dan berjaya melaksanakan beberapa pembaharuan bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup rakyat negeri ini.

Suasana ini, menurut baginda, telah memberi keyakinan kepada pelabur dan masyarakat perniagaan dengan kemasukan pelaburan asing dan tempatan bagi memajukan sektor pembuatan. Selain itu Langkawi Permata Kedah turut menjadi pilihan pelabur untuk memajukan produk pelancongan bertaraf antarabangsa.



Sultan sebagai Payung Negeri turut mengakui kehandalan Menteri Besar.



Baru-baru ini satu kajiselidik telah dibuat oleh sebuah badan bebas menunjukkan bahawa majoriti pengundi di Kedah masih mahu mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Ertinya dari bawah hingga ke atas, semuanya menyenangi kerajaan yang ada. Itulah barangkali yang sangat memeningkan BN sehingga memaksa orang nombor satu parti itu turun ke Kedah melancarkan serangan.



Presiden Umno turun ke Sungai Petani melancarkan slogan ‘BN Menang, Kedah Senang’. Semua ahli Umno seluruh Kedah dikerah untuk hadir, malangnya kehadiran tidak sampai lima ribu orang. Apa yang dicanangkan Najib adalah bahan temberang lama yang diulang-ulang.

Agak melucukan apabila berkali-kali Najib bertanya hadirin, “Adakah kerajaan negeri (Pakatan) menunaikan janji yang dibuat dalam pilihanraya?” orang ramai buat tidak peduli. Mungkin kerana kasihan melihat dia bertanya soalan berulangkali, barulah soalannya dijawab dengan terpaksa oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri sendiri dengan perkataan “Tidak.” Lemah bunyinya, kerana BN sendiri sedar bahawa sebahagian besar janji-jani manifesto Pakatan Rakyat telah ditunaikan.



Seperti Dr. Mahathir, Najib juga mengakui bahawa BN sukar merampas Kedah jika mereka berpecah sesama sendiri. Pengerusi BN itu tidak akan menyebut isu perkelahian dalaman parti mereka jika ianya tidak wujud. Faktor perpecahan dalaman terbukti menjadi sebab penting BN kalah pada 2008. Perpecahan yang sedang dan bakal berlaku lebih sengit. Jangan harap pihak yang disabotaj dulu sehingga kalah, akan datang menyondol dengan tebal untuk menyokong seterunya dalam parti yang pernah mengkhianatinya dulu.

Harus diingat bahawa tahun 2008, PAS dan rakan Pakatan hanyalah pembangkang, modal cuma air liur. Sekarang PAS sudah boleh bersama rakyat di mana-mana kerana mempunyai rangkaian lengkap di semua peringkat, dari atas hingga ke akar umbi iaitu; exco, ahli majlis kerajaan tempatan dan Majlis Ketua Kampung. Rakyat sudah merasai air tangan kerajaan Pakatan Rakyat. Maka laluan untuk BN menjadi gelap, sempit dan berliku.



Najib turun ke Sungai Petani, kawasan di mana ahli-ahli Umno membaling kerusi dalam mesyuarat agung bahagian. Dia mengakui secara jujur bahawa semua pemimpin yang bertelagah itu adalah ‘orang-orangnya’. Itu baru cerita dalam satu kem iaitu kem Najib. Orang Muhyiddin Yasin atau lain-lain pemimpin Umno belum masuk campur. Kalau bertempur semua kem-kem dalam Umno, maka lagi hancur berkecailah Umno Kedah.



Isu yang berlegar dalam Umno sekarang ialah jika BN menang, Menteri Besarnya ialah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Pengerusi Perhubungan Umno kini. Ia sudah menjadi bahan persendaan sebahagian besar kakitangan kerajaan negeri kerana mereka kenal siapa Mat Bashah. Dalam Umno sendiri beliau telah dibelasah habis-habisan oleh penyokong BN dalam medan maya. Itulah untung ruginya revolusi informasi melalui media kedua, segala isu dalaman organisasi tidak boleh dibendung. Seantero dunia tahu bahawa Umno Kedah sedang berpecah dan Mat Bashah tidak dapat diterima secara solid oleh seluruh kepimpinan Umno negeri.



Perkembangan terbaru semua ceramah politik Pakatan Rakyat secara terbuka dilarang di Kedah. Sewaktu Najib berkempen di atas pentas BN di Sungai Petani, ratusan polis berkawal di Tualang, Pokok Sena untuk menghalang Datuk Mahfuz Omar dari berceramah. Ruang demokrasi makin disempitkan.



Pilihan yang ada sewaktu segala maklumat benar disekat dari sampai ke pemikiran rakyat, maka menyemarakkan perpecahan dalam Umno sepatutnya menjadi alternatif untuk meraih ‘undi tidak ikhlas’ (undi protes).



Soalnya bagaimana untuk mengekal dan menyemarakkan lagi perpecahan dalam Umno/BN? Ia perlukan perancangan.


Scha Percaya Awal Seorang Gay? Adakah Cinta Mereka Bakal Berakhir???

Awal tidak kisah dengan apa yang diperkatakan mengenai dirinya. Foto THE STAR Oleh UU BAN

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Awal Ashaari,30, menjelaskan kekasihnya Scha Al-Yahya lebih tahu siapa dirinya yang sebenar serta hubungan yang mereka jalinkan.



Awal berkata, Scha juga bukan jenis individu yang mudah memeprcayai kata-kata dan juga tuduhan yang dilemparkan terhadapnya selama ini.



"Scha lebih tahu siapa diri saya yang sebenar. Itu adalah kepercayaan yang amat paling penting.



"Kami telah berkawan selama satu tahun setengah dan saya pasti dia bukan bodoh untuk menilai tentang diri saya," ulas Awal mengenai gosip dalam sebuah portal yang mengatakan dia hanya berpura-pura bercinta dengan Scha untuk menutup dirinya seorang gay.


Scha

Kata Awal, penampilannya sebagai seorang lelaki yang bergaya ataupun lebih bercirikan metroseksual mungkin menyebabkan sesetengah pihak tersalah anggap dengan statusnya itu.



"Sebelum ini ramai lagi artis lelaki yang dilemparkan tuduhan kononnya mereka adalah gay kerana gaya dan penampilan mereka tetapi terbukti tuduhan itu tidak benar.



"Kebanyakan mereka semua sudah berkahwin dan mempunyai ramai anak. Hanya kerana mengamalkan gaya hidup metroseksual tidak bererti gay," katanya selepas ditemui pada majlis pandu uji kereta model Honda CR-V di sebuah restoran di sini, Khamis.



Dalam pada itu, ketika ditanya adakah dia dan Scha ada berbincang mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap dirinya itu, Awal mengakui pernah berbicara mengenainya.



"Kalau ada pihak yang termakan dengan apa yang orang cakap mungkin sekarang Scha telah meninggalkan saya tetapi percintaan kami masih kekal," katanya yang baru selesai menjalani penggambaran program Rentak Bolly di India.



Pernah berangan-angan untuk mengakhiri zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun, Awal berkata apabila saat itu tiba, keputusan untuk berkahwin bukan untuk menutup cakap-cakap masyarakat mengenai status seksualnya tetapi kerana kehendak diri sendiri.



"Saya tidak akan berkahwin hanya kerana ingin memberitahu kepada masyarakat bahawa saya lelaki tulen tetapi kerana kehendak diri saya sendiri.



"Saya tidak perlu buktikan bahawa saya bukan gay," katanya yang bakal mengacarakan program Fuhhh! musim terbaru di TV3.



Mengharapkan jodohnya dengan Scha panjang, Awal memberitahu apa yang diperkatakan oleh masyarakat mengenai status seksualnya adalah tidak penting kerana dia lebih mengetahui mengenai perkara itu.



"Saya tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berhenti bercakap mengenai diri saya.



"Cukup keluarga,teman rapat dan Scha mengetahui siapa diri saya. Itu sudah memadai," katanya mengakhiri perbualan.


Badrul Hisham Failkan Injuksi Di Mahkamah Tinggi Halang SPR

January 28, 2011
SHAH ALAM, 28 Jan — Badrul Hisham Abdullah memfailkan permohonan injunksi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bagi menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada membincangkan status kerusi DUN Pelabuhan Klang, yang kemungkinan membawa kepada pilihan raya kecil.

Kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Teng Chang Khim minggu lalu.

The Malaysian Insider difahamkan SPR mengadakan mesyuarat khas di Batu Pahat, Johor malam ini bagi membincangkan satu lagi kerusi yang sudah kosong iaitu Merlimau di Melaka.

SPR pagi ini mengadakan mesyuarat bulanan di bandar itu dan disusuli dengan mesyuarat khas pada sebelah malam.

Mesyuarat bulanan itu berlarutan sehingga tengah hari dan disusuli dengan mesyuarat tambahan pada sebelah petang.

Dan, badan pilihan raya itu dijangka akan menetapkan tarikh mesyuarat khas kerusi DUN Pelabuhan Klang pada pertemuan malam ini.

Peguam-peguam Badrul memfailkan permohonan agar perkara itu dibicarakan dengan segera.

Peguam memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka akan berusaha mendapatkan tarikh perbicaraan awal dan jika tidak, perintah sementara dikeluarkan untuk menggantung mesyuarat khas SPR sehingga kes itu selesai didengar di mahkamah.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan membincangkan perkara itu memandangkan notis makluman sudah pun dikeluarkan oleh Speaker DUN.

Kes itu mirip isu kerusi DUN Kota Seputeh, Kedah yang berakhir dengan pertikaian mahkamah dan sedang didengar di mahkamah.

Guru Wanita Rogol Remaja 16 Tahun Bebas Dengan Ikat Jamin RM152 Ribu

LOVELAND, Amerika Syarikat (AS) - Seorang guru, Courtney Bowles, 31, ditangkap pada minggu lepas kerana dia mengaku melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar sekolah tinggi berumur 16 tahun di sebuah taman, lapor agensi berita 7NEWS kelmarin.

Seorang pegawai polis Sharon Hopkins yang sedang meronda di Taman Tasik North pada Jumaat malam mendekati kereta Bowles di sebuah tempat letak kereta,

"Semasa saya menghampiri kereta itu, saya melihat seorang lelaki dan wanita berbogel di bahagian belakang kereta.

"Wanita yang berada di atas lelaki itu terus bangun apabila melihat lampu suluh yang dinyalakan ke arahnya dalam kereta itu," katanya.

Selepas berpakaian, Bowles mengaku telah melakukan seks.

Bowles diarahkan oleh mahkamah untuk tidak menghampiri sesiapa sahaja yang berumur di bawah 18 tahun termasuk dua anaknya selain tidak boleh berada hampir di sekolahnya serta menghubungi remaja lelaki itu.

Guru itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$50,000 (RM152,544) dan akan dihadapkan ke mahkamah pada minggu depan. - Agensi

Mengapa Datuk Ahmad Maslan Terus Menerus Takut Berdebat Isu Felda

KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman akan terus mendesak Pengerusi Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak), Datuk Ahmad Maslan untuk berdebat mengenai isu Felda.

Menurut Mazlan, surat pelawaan debat dihantar kepada Ahmad Maslan Isnin lalu, tetapi sehingga kini beliau masih tidak menerima sebarang jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Katanya, beliau hanya mengetahui keengganan Ahmad Maslan menerima pelawaan debat itu menerusi berita di media semalam.

“Saya masih menunggu jawapan daripada Maslan, tetapi sehingga kini beliau masih membisu dan hanya mengeluarkan kenyataannya di media sahaja. Mengenai pelawaan tersebut, saya akan tunggu sehingga esok samada beliau berani atau tidak untuk menyahut cabaran saya.

“Sekiranya beliau hanya terus membisu, saya pasti akan terus memberi tekanan dan desakan supaya isu di Felda dapat didengari rakyat,” katanya yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Selain itu, beliau turut menyifatkan tindakan membisu dan hanya menggunakan media sebagai penakut dan sekaligus Ahmad Maslan tidak layak bergelar pemimpin yang mewakili kepentingan peneroka Felda.

“Sebagai pemimpin, beliau sepatutnya menunjukkan sikap berani dan tampilkan diri untuk membela rakyat, bukannya lari daripada cabaran,” katanya.

Mazlan menjelaskan soalan yang bakal didebat olehnya hanya mengandungi 25 soalan dan semuanya berkaitan dengan masalah peneroka antaranya isu ekonomi, isu kadar perahan gred dan hak pemilikan tanah.

“Hanya 25 persoalan yang saya bangkitkan, beliau tidak perlu takut sekiranya perkara tersebut untuk kebaikan warga Felda dan mereka sememangnya akan tertunggu-tunggu untuk mendengar penjelasan daripada beliau.

“Lagipun saya memberi kelonggaran kepada beliau untuk tentukan di mana dan bila boleh beliau berdebat bersama saya, itu pun beliau tetap membisu lagi.

Ceramah Sulung TG Nik Aziz Di Tenang Mendapat Sambutan Hangat Walaupun Hujan

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam semalam ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

NONEDalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Mengakui tidak mengenali lebih dekat calon PAS itu, Nik Aziz bagaimanapun memberitahu, "kehebatan" bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat.

"Beliau nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," katanya.

Nik Aziz juga menyeru agar usaha berkempen oleh mana-mana parti politik tidak disekat pihak tertentu agar rakyat dapat menilai pendekatan yang relevan untuk menyesuaikan dengan kehendak semasa.

Pilih yang selamat dunia, akhirat

Menurut beliau, PAS berpendirian mengetengahkan calon yang mampu membela nasib rakyat dan berpegang teguh kepada landasan syiar Islam.

"Begitu juga pilihanraya, kita ada kempen, jangan sekat dan jangan halang. Biar beri peluang kepada pengundi memilih. Satu pendirian yang PAS saya mahu sebut adalah pilih yang selamat di dunia dan selamat di akhirat," kata Nik Aziz.

NONEDalam ucapannya, Nik Aziz berkata agama dan politik harus diselarikan dalam aspek pentadbiran negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

Tambahnya, pembohongan berterusan yang dilakukan Umno-BN mengelirukan rakyat justeru memisahkan kefahaman berpolitik yang dituntut oleh negara yang majoritinya masyarakat beragama Islam.

"Ini dia cerita politik lain, agama lain. Ertinya dalam masjid cakap lain, di luar masjid cakap lain. Betul ke begitu?

“Ini pembohongan yang dibuat orang Melayu sekular. Yang penting agama dan politik mesti selari," kata Nik Aziz.

Menteri besar Kelantan itu juga membidas kerajaan pusat yang mengamalkan dasar pilih kasih terhadap negeri-negeri di bawah naungannnya.

NONEBeliau berkata, sikap Umno-BN yang kononnya ingin membela nasib Melayu tidak memperluaskan dasarnya secara menyeluruh.

"Perangai Umno mahu jaga Melayu, tapi Kelantan dia tidak peduli. Jalan raya dia tidak ambil kisah. Tuan-tuan pergi Kelantan sampai ke Bukit Yong, sempadan antara Besut dan Kelantan. Lihat jalan raya menghala ke Besut cantik.

"Pandang jalan ke Kelantan tidak ada. Jalan ini jalan pusat tapi Umno tidak buat kerana Kelantan," katanya kepada masyarakat yang hadir ke Dataran Ayer Panas.

Bukan calon tepi jalan

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

NONEKatanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh kerajaan pusat sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Mengintai dari jauh


Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru.

NONESebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.

Fasha Shanda Marahkan Nora Danish.. Hubungannya Dengan Jejai Anak Bekas MB Perak Ternoktah Pada 18 Januari 2011

Di laman Twitter semalam, Fasha Sandha ada menghantar beberapa tweet yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Nora Danish di akhbar Hmetro yang dipaparkan semalam. Bunyinya agak keras, Fasha Sandha sememangnya sudah pecah tahap sabarnya apabila menyedari yang dia semakin ditindas apabila mendiamkan diri. Antara tweetnya yang pertama berbunyi, “Don’t test my patience dear. Wait for my turn, beserta bukti tomorrow. Nxt time pls think wisely before u make any statement. Thanks.

Bukan sahaja kami terkejut, malahan followers Fasha Sandha yang berjumlah 54000 orang tertanya-tanya akan kenyataan dia semalam. Selang beberapa minit, Fasha Sandha sekali lagi menghantar tweet yang memberikan gambaran yang jelas terhadap situasinya. “Ditindas selalu, bukan bererti akan ditindas buat selama lamanya. Hari ni kau memalukan orang lain tanpa mengunakan akal fikiran kanak2 kau. Esok tuhan menjadikan balasan berkali ganda. Sekiranya kau di pihak benar, kau tak perlu melatah, tindakan kau kurang bijak. Syukur alhamdulillah, segala bukti bersama aku, aku akan lampirkan semua.

Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari.

Kenyataan berpisah 2 bulan itu benar-benar mencabar kesabaran Fasha Sandha, lantas dia bertindak untuk mengemukakan butik kepada akhbar Hmetro sebagai tindak balas terhadap kenyataan aktres Nora Danish, hari ini. Satu mesej yang jelas ditujukan kepada aktres Nora Danish berbunyi, “Kesian kau… Apa lagi yang kau nak sebenarnya. Move on la, mind our own business la. Byk bercakap perkara yg kau tak pasti kebenaran, menampakkan kau ni kurang bijak. Kau nak cuba malukan aku? Utk apa? Kau dah dapat apa yg kau nak dan harapkan, so just diam n bersyukur. Kau lupa, Aku ada bukti.

Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.

“Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,” kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.

Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar.

Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.

“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.

Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.

Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish.

Bukti Penipuan Oleh Calon BN....... Tiada Kewibawaan Tiada Sifat Siddiq Dan Amanah

LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.

Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.

Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

(Gambar: Dokumen saman Mansor terhadap Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Azhar adalah ADO yang bertanggungjawab terhadap kes kecuaian (negligent) ini. Mansor telah menang dalam kes ini)

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)

Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.

(Gambar: Dokumen saman yang difailkan Norhana binti Mohd Ali terhadap Azhar secara langsung)

Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai?

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?

Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

YB Salahuddin Ayub,

Pengarah PRK N05 Tenang

merangkap Naib Presiden PAS.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.