Fasha Shanda Marahkan Nora Danish.. Hubungannya Dengan Jejai Anak Bekas MB Perak Ternoktah Pada 18 Januari 2011

Di laman Twitter semalam, Fasha Sandha ada menghantar beberapa tweet yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Nora Danish di akhbar Hmetro yang dipaparkan semalam. Bunyinya agak keras, Fasha Sandha sememangnya sudah pecah tahap sabarnya apabila menyedari yang dia semakin ditindas apabila mendiamkan diri. Antara tweetnya yang pertama berbunyi, “Don’t test my patience dear. Wait for my turn, beserta bukti tomorrow. Nxt time pls think wisely before u make any statement. Thanks.

Bukan sahaja kami terkejut, malahan followers Fasha Sandha yang berjumlah 54000 orang tertanya-tanya akan kenyataan dia semalam. Selang beberapa minit, Fasha Sandha sekali lagi menghantar tweet yang memberikan gambaran yang jelas terhadap situasinya. “Ditindas selalu, bukan bererti akan ditindas buat selama lamanya. Hari ni kau memalukan orang lain tanpa mengunakan akal fikiran kanak2 kau. Esok tuhan menjadikan balasan berkali ganda. Sekiranya kau di pihak benar, kau tak perlu melatah, tindakan kau kurang bijak. Syukur alhamdulillah, segala bukti bersama aku, aku akan lampirkan semua.

Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari.

Kenyataan berpisah 2 bulan itu benar-benar mencabar kesabaran Fasha Sandha, lantas dia bertindak untuk mengemukakan butik kepada akhbar Hmetro sebagai tindak balas terhadap kenyataan aktres Nora Danish, hari ini. Satu mesej yang jelas ditujukan kepada aktres Nora Danish berbunyi, “Kesian kau… Apa lagi yang kau nak sebenarnya. Move on la, mind our own business la. Byk bercakap perkara yg kau tak pasti kebenaran, menampakkan kau ni kurang bijak. Kau nak cuba malukan aku? Utk apa? Kau dah dapat apa yg kau nak dan harapkan, so just diam n bersyukur. Kau lupa, Aku ada bukti.

Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.

“Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,” kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.

Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar.

Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.

“Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. “Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. “Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,” katanya.

Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.

Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish.

1 comments:

  1. buat apalah nak berebutkan si jejai,duda beranak satu tu..pikir la cik fasha...fikir baik2..sekarang jejai bukan sahaja mencari isteri sahaja mcm dgn nora danish dulu (btw dia ilih nora danish dulu untuk di jadikan isteri-awak setakat GF saja pun dah kantoi!)sekarang dia sedang cari calun ibu untuk anaknya...lainlah kalau fasha tak terfikir hal itu - bodohnya- jejai datang dgn pakej! anak lelaki! anak nora danish pulak tu..jadi awak ingat di amahukan calun ibu untuk anaknya perempuan yg pakai bikini? maukah keluarga jejai terima menantu tu yg tubuh badannya dah jadi tontonan satu Malaysia kkalau tak pun satu dunia?

    Mgkin saja jejai bohong dgn nora pasai putus dgn fasha dan tak mustahil jugak dia bohong dgn fasha semasa cakap nak kawin dgn fasha..tp nampaknya bab jejai tak mau kawin dgn Fasha dah jadi kenyataan.....tweet la banyak mana pun Fasha-sekurang2nya jagalah maruah diri...nora sekuragn2nya boleh bangga dia bekas isteri, dah ada perbuhingan yg sah dan ada anak juga dgn si jejai..awak yg kecoh macam murai ni apa ada?? sekarang jejeai dah bebas ,pi la ligan dia kut la dia mau kata metro salah tafsir berita muka depannya tu! awak ni buat malu kaum perempuan je...lebih malu Mak Bapak awak la fasha!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.