Ya Allah!! Isteri Disimbah Asid, Suami dicampak tepi jalan selepas disamun

ALOR SETAR: Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.
Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.
"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

"Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti.
Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu. - BERNAMA

Mengapa Rakyat Muak Provokasi Keterlaluan Isu Perkauman???

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dijadikan ‘kambing hitam’ di sebalik merudumnya sokongan rakyat Pulau Pinang terhadap BN.

Apabila semua media BN menyerang beliau dan apabila para pemimpin politik tulen dan upahan memberi ulasan menyalahkannya maka ia tidak berlaku secara kebetulan. Ia berlaku dengan perancangan atau restu pihak yang lebih atas. Sifat orang kalah dan tidak mengaku salah ialah suka mencari kambing hitam.


Pulau Pinang adalah negeri di mana kerusi bukan Melayu mengatasi jumlah kerusi Melayu.
Seantero dunia tahu bahawa BN kini sangat tenat dengan sokongan bukan Melayu terhadap mereka. Ia tidak berlaku di Pulau Pinang, atau mana-mana negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Di seluruh negara, setiap 10 orang Cina yang ditemui, lebih daripada enam orang akan menyampah dengan BN.

Orang Cina, kalaupun mereka marah pada Koh Tsu Koon atau Chua Soi Lek ia bermula daripada kebencian akan persengkokolan MCA dan Gerakan dengan Umno yang setiap hari menyemarakkan api perkauman.

Umno dan semua rangkaian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berwala kepadanya akan mengaitkan apa saja isu yang tercetus dalam negara sebagai ‘angkara DAP’. Ia jalan pintas untuk menggambarkan ‘ancaman’ bukan Melayu terhadap orang Melayu atau umat Islam.

Beratus-ratus sudah isu remeh temeh, putar belit, bohong dan fitnah diledakkan di Pulau Pinang. Larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara sebelum subuh di Pulau Pinang baru-baru ini dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri hasil keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Pulau Pinang. Ia bukan keputusan persatuan guru KAFA. Di dalam majlis fatwa yang diketuai oleh Mufti itu terdapat ulama daripada pelbagai latar belakang yang hebat-hebat belaka. Tiada seorang pun daripada mereka adalah ahli DAP. Tapi ia tetap dikaitkan kononnya sebagai kehendak DAP.

Isu yang dibahaskan lebih kepada menterjemahkan ilmu dan amalan Islam sebenar, bukannya amalan yang dirasakan Islamik hanya berlandaskan tempurung pemikiran budaya Melayu. Di Pulau Pinang, larangan tersebut baru menjadi arahan tetapi di Perlis, ia sudah lama dibuat. Tidak pernah kita mendengar pula sebelum ini dakwaan kononnya kerajaan Umno Perlis tunduk pada DAP.

Barangkali Ketua Menteri, Lim Guan Eng adalah antara orang yang terpinga-pinga dengan kecaman pemimpin Umno terhadap kerajaan negeri.

Beliau tidak tahu apa-apa mengenai butiran perbincangan Majlis Fatwa Negeri tetapi Ketua Menteri itu diserang seolah-olah dia pengerusi Majlis Fatwa.

Sebelum ini negara kecoh dengan serbuan Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) terhadap sebuah gereja di Selangor.

Ia juga dikaitkan dengan arahan DAP, walhal berapa kerat sangat ahli DAP yang beragama Kristian.

PAS tidak melenting dan tidak menyerang pihak gereja, itu pun arahan DAP. Pendek kata tercetuslah apa isu kontroversi pun sejak Pakatan Rakyat dibentuk, maka ia berpunca dari DAP.

Hebatnya dan berpengaruhnya DAP sehingga kenaikan harga barang pun dikaitkan dengan DAP. Kononnya para peniaga Cina diarahkan oleh DAP menaikkan harga. Kalau demikian hebatnya pengaruh DAP, maka jawapan loyar buruknya; elok benar negara ini diserahkan pada DAP kerana mereka berupaya mengarahkan peniaga menurunkan harga barang.

Tak perlu lagi ada kementerian mengawal harga barang. Dalam tempurung pemikiran Umno dan jentera propaganda mereka, setiap kali bangun tidur akan mencari apa isu yang boleh dikaitkan dengan DAP. Kalau dulu wirid harian mereka ialah Anwar, Anwar, Anwar kini menjadi DAP, DAP, DAP. Ketaksuban bukan hanya dalam bercinta tapi juga dalam membenci.

Kebencian keterlaluan juga boleh menyebabkan seseorang jadi gila. Menghadiah kepala lembu, coli dan mangkuk jamban adalah antara kerja gila yang perlakuan itu sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia yang waras.
Dalam dunia yang tidak bersempadan hari ini, maklumat yang disebar akan sampai kepada semua pihak. Jangan fikir bahawa orang Cina tidak tahu apa yang tersiar di Utusan Malaysia setiap hari. Jangan ingat orang Cina tidak tengok TV3. Semua manipulasi perkauman yang dibuat oleh media propaganda BN itu dinilai.
Orang Melayu hari ini juga tidaklah boleh dikongkong pemikiran macam zaman terdahulu. Generasi baru yang mudah meneroka alam maya sentiasa mencari penjelasan terhadap isu yang berbangkit.

Apabila mereka berpeluang mendengar penjelasan Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhubung isu memperkuatkan bacaan al-Quran, tanggapan buruk terhadap DAP lenyap begitu sahaja. Apabila Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang beri penjelasan isu gereja berdasarkan sirah, orang memahami sikap sebenar PAS berhubung isu tersebut.

Tidak semua orang Melayu cepat melatah dan termakan provokasi perkauman. Lebih ramai yang selesa dengan hidangan ilmu dan bersikap rasional dalam bertindak. Dunia akan kelam kabut jika semua isu ditangani dengan sikap bebal, marah dan gelojoh. Hikmah di sebalik beberapa insiden yang berlaku mutakhir ini, majoriti senyap Melayu bersama bukan Muslim nampak kebijaksanaan PAS menangani isu.

Terbaru, Perkasa mengumumkan secara rasmi mengambil alih sepenuhnya peranan PAS dalam memperjuangkan Islam. Pengumuman oleh ‘anak syarikat’ Umno itu agak mengejutkan kerana sejak berdekad PAS tidak pernah diiktiraf sebagai parti yang memperjuangkan Islam oleh Umno, tiba-tiba peranan besar itu mahu diambil alih pula oleh mereka.

Sebenarnya apa yang mahu diambil alih oleh Perkasa bukan peranannya dalam memperjuangkan Islam, tapi peranan sebagai parti pembangkang. Maka elok benarlah proksi Umno itu mengambil alihnya secara perlahan-lahan.

PAS boleh menoleh ke belakang untuk melihat beberapa wataknya yang pernah diamalkan dahulu kini diambil oleh Umno.

Oleh Haji Zulkifli Yahya

Benarkan Berita Perletakkan Jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Serai Disebabkan Terlibat Dengan Kes Liwat??? Jom Terjah...

SEKITAR dua bulan lalu (6 Jun 2011), heboh di laman sosial facebook tentang kisah atau boleh dikatakan sebagai khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ketua Umno dari utara terlibat dengan skandal liwat.

Berita kisah liwat Ketua Umno dari utara ini tersebar bagaikan api marak di laman sosial facebook.

Malah mereka mendakwa satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Umno ini kerana meliwat pemandu peribadinya [Facebook].

ReJaM© pada mulanya menganggap ini sekadar khabar angin yang tidak patut dilayan kerana tiada asas yang boleh dijadikan rujukan. Namun hari ini seorang Ketua Umno dari Utara (Padang Serai), Abdul Rahman Mahamud melepaskan jawatan Ketua Umno tanpa dinyatakan sebabnya [Bernama]

ReJaM© tidak mahu memfitnah, tetapi khabar angin ini sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Sekiranya ia sekadar berita fitnah, maka pihak yang terlibat harus menjelaskan sebab musabab mengapa Ketua Umno dari Utara ini meletakkan jawatan?

Adakah beliau baru meletakkan jawatan, atau sudah lama mengosongkan jawatan itu? Jika pihak terlibat terus berdiam diri, ia boleh mendatangkan fitnah besar, kerana pelbagai spekulasi akan timbul.

ReJaM© "Maklumat dari salah seorang wartawan Sinar Harian mendakwa laporan Polis ini memang wujud..."

Sumber

Gempar!!! Majlis Sumbangan Aidil Fitri Kepada Anak-Anak Yatim Disampaikan Oleh Exco Disiasat Polis.... Apa Cerita Nie???


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Kecoh seketika di majlis Sumbangan Aidil Fitri Untuk Anak2 Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Alor Mengkudu apabila seorang anggota polis mendakwa dia diarah menyiasat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu kononnya majlis tersebut adalah ceramah politik yang diadakan di masjid.

'Tepuk dahi' pihak penganjur dengan pengakuan pihak polis itu, kerana majlis tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan politik sebesar tungau pun. Ia adalah program anjuran bersama PKWR Dr. Ismail Salleh (ADUN Alor Mengkudu), KFA, Telekom (TM) dan KMC. Antara yang turun bagi pihak KFA ialah Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan, Radhi Md Din, Ahmad Sobri Ismail, ketua pasukan Kedah serta seluruh pemain Kedah. TM dan KMC pun menghantar orang-orangnya untuk menghulurkan bantuan.

Pihak polis jadi malu sendiri, akibat laporan salah oleh pecacai AMCO. Apa yang UMCO jadi meroyan sangat kalau Exco Kerajaan boleh berucap di perkarangan masjid, walhal tak sepatah pun sebut isu politik? Depa yang dok ceramah kat premis kerajaan termasuk masjid, PAS tak kisah pun. Sekali Exco PAS bercakap di perkarangan masjid, puak UMCO dah naik sasau.

Sedihnya aku melihat teruknya perangai UMCO, ketakutan sudah berada ditahap gaban. Apa yang kerajaan negeri buat semuanya 'menakutkan' mereka. Dengar tapak kaki Exco PAS pun belaga kepala lutut. Kesian dekat pihak polis yang sentiasa teraniaya dek UMCO, depa guna polis dalam semua perkara.

Sabagla sat polis, tunggu tak berapa bulan lagi depa tunggin kat Pusat, barulah polis dibebaskan dari menjadi hamba abdi UMCO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.