PRU 13 - Jika Ikut Laporan Ini Kelantan Bakal Tumbang


KOTA BARU, 4 Sept — Empat belas ketua bahagian Umno di Kelantan hari ini masing-masing dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen di negeri itu.

Setiap ketua bahagian Umno itu pula akan memilih di kalangan anggota Umno di bahagian masing-masing sebagai timbalan pengarah pilihan raya untuk “menjaga” setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelantan mempunyai 14 kawasan Parlimen dan 45 DUN.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata, pelantikan pengarah dan timbalan pengarah jentera pilihan raya adalah untuk menggerakkan parti dengan program-program bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Dipetik Bernama Online, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, mereka yang menjadi pengarah dan timbalan pengarah jentera parti tidak semestinya akan dilantik sebagai calon pilihan raya umum.

Kata Mustapa, mereka diberi amanah untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong kepada BN.

“Soal calon adalah berbeza dan kepimpinan menetapkan hanya calon yang boleh menang akan dipilih,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kesemua ketua bahagian Umno di Kelantan juga berjanji dan bersetuju agar tidak akan menimbulkan kemelut dalaman parti demi menjaga nama baik parti.

Beliau berkata tumpuan kini diberikan dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang mahukan perubahan pembangunan setelah 21 tahun PAS dilihat gagal membawa perubahan dalam aspek pembangunan ekonomi.

Kata beliau, antara isu yang sekian lama menghantui kerajaan PAS Kelantan ialah isu bekalan air yang tidak memuaskan kepada rakyat, pembinaan lebuh raya dan pemberian projek ladang rakyat yang didakwa telah merampas tanah rakyat.

Beliau berkata pelantikan pengarah jentera itu juga mengukuhkan kedudukan Umno di Kelantan setelah pelancaran tema perjuangan parti itu untuk membawa perubahan dengan konsep Gelombang Merah pada Febuari lalu serta lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Kelantan pada Jun lalu.

Video: PAS Rakam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor



SERDANG, 4 Sept: Lebih 1,000 orang hadir di kediaman keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Taman Serdang Raya di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada jurukamera BernamaTV itu yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia.

Mereka terdiri dari anggota keluarga terdekat, jiran-jiran, pemimpin masyarakat, serta sahabat handai yang mengenali Allahyarham khususnya di kalangan warga media.

Turut berkongsi rasa kehilangan Allahyarham termasuk pimpinan PAS Serdang yang turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

"Bagi pihak PAS Serdang, kami melahirkan rasa simpati dan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.

"Kami doakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan kepada anggota keluarga diharap bersabar dengan ujian ini," kata Yang Dipertua PAS Serdang, Shafie Ngah.

Selain beliau, turut serta menziarah jenazah di sini adalah Adun Bangi, Dr Shafie Abu Bakar.

Sementara itu jenazah Noramfaizul yang dibawa menaiki van jenazah dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, tiba dikediaman keluarganya di sini kira-kira jam 12.20 tengahari tadi bagi diberi penghormatan terakhir.

Jenazah Allahyarhan kemudian disolatkan sekali lagi di Masjid Al-Islah Serdang Jaya sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibawa pulang menaiki pesawat C-130 TUDM tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, jam 10 pagi tadi dan dibawa ke Masjid TUDM untuk disolatkan.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.

Siapa Yang Menembak Jurukamera BernamaTV? Cara Peluru Tembusi Atas Bahu Jadi Tandatanya???

MOGADISHU – “Saya masih tidak percaya kejadian yang menimpa kami. Hakikat jurukamera saya, Noramfaizul Mohd. Nor, maut akibat terkena tembakan peluru sesat pada petang Jumaat, masih belum dapat saya terima,” demikian kata wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya.

Beliau dan Noramfaizul, 39, adalah antara 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia yang berlepas pada 28 Ogos lalu dan dijadual tiba di tanah air hari ini.


NORAMFAIZUL yang dalam keadaan nazak selepas ditembak sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Kejadian tembakan itu berlaku ketika krew BernamaTV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal sejauh kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran.

“Saya duduk di bahagian paling hadapan di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda itu, manakala Noramfaizul duduk di bahagian paling belakang di sebelah kanan bersebelahan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan yang turut cedera.

ADUN Bukan Islam Di Perak Bikin Gempar Di Malam Raya... Kenapa Ini Terjadi????

ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini. Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir.

Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini yang turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.





Oleh BumiPerak (dipetik drp TranungKite)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.