Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Benarkah Ketua Menteri Pulau Pinang Bakal Muflis????



KUALA LUMPUR, 24 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman hari ini memfailkan saman malu berjumlah RM30 juta terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengaitkan Umno dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang pada Julai lalu.
Beliau memfailkan saman itu di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini Isnin melalui Tetuan Jahaberdeen & Co.
Selain Lim yang juga Setiausaha DAP, turut dinamakan sebagai defendan ialah Parti Keadilan Rakyat selaku pemilik laman berita elektronik Keadilan Daily dan akhbar Suara Keadilan; Segmen Fleksibel Sdn Bhd yang merupakan syarikat penerbitan Keadilan Daily dan Suara Keadilan; dan ketua penyuntingnya, Fazallah Pit.
Peguam Jahaberdeen Mohamed Yunoos, yang mewakili Zainal Abidin, 51, memberitahu pemberita bahawa saman itu difailkan atas kapasiti peribadi pemimpin Umno Pulau Pinang itu.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lepas, Lim telah menerbitkan suatu kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di Keadilan Daily pada 3 Julai dan di akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu, lapor Bernama Online.
Zainal Abidin berkata kenyataan Lim itu antara lain membawa maksud kononnya beliau terlibat dalam kegiatan mengguling Ketua Menteri Pulau Pinang melalui cara yang salah serta menyembunyikan penglibatannya dalam satu demonstrasi ganas yang berlaku di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Siapa Wanita Yang Memakai Jaket JPN Yang Memberi Taklimat Dalam Isu Cubaan Memberi IC Segera Kepada Warga Asing???



KUALA LUMPUR 24 Okt: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini mengesyaki penglibatan Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam isu cubaan memberi kad pengenalan segera kepada warga asing di Putrajaya, baru-baru ini.
Ketua Pemuda pas Johor, Suhaizan Kaiat berkata, seorang wanita yang memakai jaket bertulisan JPN, dikenalpasti memberi taklimat kepada warga asing berkenaan dalam bas yang membawa mereka ke Putrajaya.
Perkara itu, katanya, diberitahu oleh seorang saksi yang turut menaiki bas dari Kulai, Johor itu, sebelum bas yang membawa mereka bertukar haluan ke sebuah resort.
“Menurut saksi kejadian, terdapat seorang wanita yang memakai jaket JPN menaiki bas dari hentian Rawat dan Rehat (RNR), Kulai.
“Walaupun wanita itu tidak bersama ke Putrajaya, namun wanita itu turut memberi taklimat tertentu dalam bas itu,” katanya yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS pusat.
Katanya, ia menunjukkan pendedahan Pakatan bahawa warga asing itu dibawa ke Putrajaya untuk mendapatkan Kad Pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi Umno-BN, adalah benar.
Menurutnya, sepanjang perjalanan, arahan yang diberikan juga berubah-ubah sekaligus menimbulkan kecurigaan tujuan bas itu membawa warga asing ke Putrajaya.
“Pada mulanya, untuk tujuan mesyuarat di Putrajaya, kemudian ada ura-ura perjalanan bas itu akan dipecah-pecahkan di beberapa lokasi di Johor dan apabila tiba di Putrajaya mereka berpusing-pusing sebelum diarahkan ke sebuah resort,” tegasnya.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi yakin kes pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu turut dilindungi Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Kita pelik bagaimana KDN tidak tahu tujuan 240 warga asing itu ke sebuah resort di Putrajaya sedangkan Ketua Polis Sepang mengetahui tujuan warga asing itu kononnya menghadiri kursus keusahawanan.
“Ini memberi isyarat bahawa KDN seolah-olah melindungi pihak tertentu dengan mempermudah pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.
Nasruddin mewakili Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub untuk membawa usul itu di dewan Rakyat.
Turut menyerahkan memorandum berkenaan ialah Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Sembilan, Nazree Yunos.

PM Najib Adakan Lawatan Ke UIA Esok... Kenapa??? Pelajar Akan Sambut Dengan Demo....

Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Dr Abdul Aziz Bari.

SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil menteri pengajian tinggi di bangunan sama.

Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM -- Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.

Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.

Remaja Melayu Ini Hanya Perlukan RM5.00, Tubuhnya Boleh Dinikmati Siapa Sahaja... Apa Sudah Jadi Dengan Remaja Hari Ini??

KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.
 
Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba. 



Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai. Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Sementara itu, Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuantan, Mohd Aluwi Din mengakui pihaknya ada menerima maklumat mengenai beberapa kes membabitkan gadis seperti Alia.

“Ada antara mereka sudah berjaya kami pujuk dan rujuk ke Bahagian Kaunseling untuk mengikuti proses pemulihan.

Kita perlu membantu golongan yang ketagihan gam ini, bukannya menghukum mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, kebanyakan remaja yang terbabit dengan kegiatan menghidu gam yang dirujuk ke AADK dibawa keluarga sendiri namun ada juga ditangkap ketika operasi dijalankan agensi berkenaan.

“Mereka diberi kaunseling selain menyediakan aktiviti berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan supaya pulih daripada kesan menghidu gam yang boleh menjejaskan otak dan melemahkan ingatan.

“Ibu bapa yang menyedari anak mereka terjebak kegiatan menghidu gam tidak perlu malu untuk membawa remaja berkenaan kepada AADK supaya mereka dapat menjalani program pemulihan,” katanya.

Aluwi berkata, jika terlalu ketagih, penghidu gam akan hilang pertimbangan malah sehingga menjejaskan otak seterusnya menjadi gila, justeru tidak hairan sekiranya remaja perempuan yang menghidu gam boleh bertindak melampaui batas seperti menyerahkan kehormatan diri dan sebagainya.

BERITA BAIK!!! Jawatan Kosong Di Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Jawatan Kerja Kosong Kolej Universiti Insaniah







Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja untuk mengisi kekosongan jawatan di Kolej Universiti INSANIAH.

1) PEGAWAI TADBIR (N48/N52)
2) PUSTAKAWAN (S48/S52)
3) PEGAWAI KESELAMATAN (KP41/KP44)
4) WARTAWAN (S27)
5) PEMBANTU WARTAWAN (S17)
6) PEMBANTU BELIA DAN SUKAN ( S17)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 Oktober 2011

Benarkah Pemuda 17 Tahun Ini Menembak Muammar Gaddafi Dengan Pistol Emas Milik Pemimpin Ini??

SEORANG pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan mengacukan sepucuk pistol ke arah Muammar Gaddafi di Sirte dalam rakaman video yang disiarkan kelmarin. - Reuters



TRIPOLI – Bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mati ditembak oleh seorang pejuang antipemerintahannya yang berusia di bawah umur, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Menurut akhbar The London Times, Gaddafi mati ditembak dengan menggunakan sepucuk pistol bersadur emas miliknya.
Gaddafi membawa pistol itu semasa dia ditangkap oleh para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) di dalam saluran pembentungan di luar bandar kelahirannya di Sirte pada Khamis lalu selepas beberapa pengikutnya turut terbunuh.
Dalam kejadian itu, konvoi Gaddafi diserang oleh jet Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyebabkan dia melarikan diri ke dalam saluran pembentungan tersebut.
“Gaddafi pada mulanya ditangkap oleh para pejuang dari timur,” kata satu sumber.
“Kemudian, kumpulan pejuang Misrata muncul untuk membawanya.
“Kumpulan pejuang dari timur tidak suka dengan (tindakan itu) menyebabkan seorang pejuang menarik pistol Gaddafi dan menembaknya. Kumpulan itu memberitahu kumpulan dari Misrata bahawa anda boleh mengambilnya sekarang,” tambah sumber tersebut.
Sumber itu memuji pemuda yang membunuh Gaddafi sebagai wira Libya.
“Kami tahu siapa yang membunuhnya. Dia merupakan seorang rakyat Libya. Justeru, kami akan melindunginya. Dia di bawah umur, justeru, dia tidak boleh dihadapkan ke mahkamah,” kata sumber tersebut.
Akhbar Mail Online melaporkan bahawa pemuda yang menembak Gaddafi itu berumur 17 tahun. 
– Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.