BN Kekal Momentum Untuk Rampas Hulu Selangor.. Tapi Kuasa Allah Siapalah Yang Tahu...

Tempoh 24 jam terakhir pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyaksikan Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan momentumnya untuk merampas kembali kawasan itu.

Pertembungan esok dijangka sengit dengan kedua-dua pihak bersikap optimis.

Namun sumber daripada kedua-dua parti bertanding meramalkan majoriti undi bakal diperolehi muka baru, P Kamalanathan (BN) atau bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, tidak melebihi 1,000 undi.

Ramalan ini berasaskan kepada beberapa faktor antaranya kekuatan jentera BN dan PKR yang seimbang dengan masing-masing menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ketiadaan isu kukuh juga menyebabkan kenapa isu tempatan seperti masalah pemilikan tanah di kampung baru, orang asli, peneroka Felda dan masalah pampasan penduduk Sungai Buaya serta masalah kebajikan penduduk lebih popular di Hulu Selangor sebesar saiz negeri Melaka ini.

"Isu
nasional seperti Apco tidak laku di sini. Gelombang pemikiran orang Hulu Selangor tidak sampat ke tahap itu," kata seorang petugas PKR di Hulu Selangor yang enggan namanya didedahkan.

Pertembungan di Hulu Selangor juga dilihat sengit kerana faktor calonnya.

Kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing dengan Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris dilihat sebagai muka baru dalam politik manakala Zaid dilihat sebagai pemimpin politik elit dengan gaya hidup moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar yang yakin kemenangan akan berpihak kepada BN menggesa jentera parti bekerja lebih keras bagi memastikan majoriti 3,600 undi BN di Hulu Bernam pada 2008 tidak susut.

"Nampaknya PKR cuba pecahkan undi Melayu di Hulu Selangor, asakan bertalu-talu kita terima di Felda sejak dua hari lalu," kata Idris merujuk kepada jentera PAS yang berkempen dari rumah ke rumah di Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan yang menjadi kubu BN.

BN perlu mendapat lebih 70 peratus daripada 17,000 pengundi di Hulu Bernam jika mahu parti itu dalam keadaan selesa berdasarkan kedudukan semasa pengundi Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang cenderung kepada PKR.

Namun pemerhati politik meramalkan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di beberapa kawasan di Hulu Selangor akan memberikan impak kepada pengundi bukan Melayu melalui gagasan 1Malaysia.

BN juga berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak antaranya masalah pampasan tertunggak 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah Tekun, masalah banjir di Kampung Sentosa, masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina di Bukit Beruntung.

Esok, seramai 63,701 pengundi biasa akan memilih wakil rakyat Hulu Selangor di 48 pusat mengundi selepas 799 anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos, sebelum ini.

Apa yang pasti, dua perhimpunan besar dijadualkan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (BN) dan Mini Stadium Kuala Kubu Baru (PKR) yang menampilkan tokoh besar daripada kedua-dua parti akan menjadi lokasi terakhir meraih sokongan pengundi sebelum kempen tamat 12 malam ini.

Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, akan berucap di Taman Bunga Raya, manakala Kuala Kubu Baru antara lain menyaksikan kehadiran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PM Sahkan Takkan Berdebat Dengan Anwar Malam Ini... Najib Kempen Sakan Kali nie...


HULU SELANGOR 24 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau lebih suka berjumpa rakyat daripada memikirkan mengenai cabaran berdebat dengan Ketua Pembangkang.

Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat.

"Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.

"Oleh itu kita jangan ambil kisah apa yang dilakukan pembangkang kerana mereka lebih mementingkan politik daripada memperjuangkan agenda rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis kenduri rakyat di Kampung Melayu Rasa di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli Dewan Undangan Negri (ADUN) Batang Kali Mohd Isa Abu Kasim.

Beberapa kain rentang dipasang di sekitar pekan Kuala Kubu Baru (KKB) yang mendakwa Perdana Menteri akan menyertai debat perdana dengan Anwar di stadium mini Kuala Kubu Baru pukul 9 malam ini.

Najib berkata, perdebatan seperti itu jelas tidak akan menguntungkan mana-mana pihak malah rakyat juga tidak seharusnya dilibatkan dalam permainan serta helah politik pembangkang yang tiada kesudahan.

"Tidak ada gunanya saya menyertai debat yang tidak bertujuan dan belum pasti apa faedahnya. Kita ada gagasan, kita ada dasar, kita ada kemahuan yang telah pun dibuat. Saya akan teruskan pembaharuan ini,”katanya. - Bernama

H1N1: Satu Lagi Kematian (Seorang Lelaki Berumur 55Tahun)

Satu lagi kematian disebabkan jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan Kementerian Kesihatan hari ini, membabitkan seorang lelaki berusia 55 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Mohd Ismail Merican berkata lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 18 April lalu setelah mengalami masalah pernafasan dan disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza H1N1 masih aktif di dalam komuniti dan masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan.

Sementara bagi kes kluster penyakit serupa influenza (ILI), sehingga 8 pagi ini sebanyak tujuh kes dilaporkan iaitu tiga kes di Selangor, Johor (dua kes), Terengganu (1 kes) dan Melaka (1 kes), katanya dalam kenyataan.

Di Selangor, masing-masing satu kes dilaporkan di Pusat Latihan Khidmat Negara Setia Ikhlas Semenyih, Farmasi Satelit Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan kediaman persendirian di Kampung Pinang, Pelabuhan Klang.

Di Johor, masing-masing satu kes dilaporkan di Sekolah Menengah Tun Hussein Onn Kluang dan Kem Tentera Mahkota di daerah itu manakala masing-masing satu kes di Sekolah Menengah Kebangsaan Jasin, Melaka dan Sekolah Kebangsaan Kijal, Kemaman, Terengganu.

- Bernama

Kaji Selidik Zentrum: Pakatan 51.7 peratus, BN 48.3 peratus (Zaid Mendahului - Jenuh La PM Nak Kempen Lagi)

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor terpaksa melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Apapun, yang pasti pertembungan antara Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili PKR dan P Kamalanathan dari BN esok dijangka sengit.

NONESehingga saat ini, kedua-dua parti menggunakan tempoh kurang daripada 10 jam berkempen untuk menggerakkan jentera masing-masing hingga ke saat terakhir dalam misi menawan hati pengundi, apabilah pengundian bermula jam 8 pagi esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak serta timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus mengetuai jentera BN menggempur kawasan-kawasan yang dipercayai kubu pembangkang.

Manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta pemimpin lain bertungkus lumus cuba mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti tipis, 198 undi datipada jatuh ke tangan BN.

NONEMursyidul Am PAS yang jelas uzur dan terpaksa bertongkat juga sedang berkempen dan bertemu pengundi di Hulu Selangor.

Lim Kit Siang dan Nik Aziz bertungkus memainkan peranan untuk tawan hati pengundi.

Jika semalam Ilham Centre dalam kaji selidiknya mendakwa kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional, kajian sebuah lagi pertubuhan bebas menunjukkan pengundi Hulu Selangor mula mendekati Pakatan Rakyat.

Kajian Zentrum Future Studies Malaysia, mengenai Analisis Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik menunjukkan Pakatan Rakyat yang diwakili PKR berada di hadapan dengan sokongan 51.7 peratus berbanding 48.3 peratus yang diperolehi Barisan Nasional.

NONEPerbezaan tipis 3.4 peratus itu masih membimbangkan kedua-dua Pakatan dan BN apabila menuju penghujung kempen yang mungkin akan pengaruhi bagaimana pengundi membuat keputusan esok.

Keputusan kajianyang diperolehi sebelum tengah malam semalam menunjukkan BN memperolehi 51.4 peratus sokongan manakala Pakatan pula mendapat sokongan 48.6 peratus pengundi.

Ia akan menjadi menarik bagaimana keputusan malam terakhir hari ini sebelum pembuangan undi samada dapat memberi gambaran jelas siapa mendahului.

pas seminar 071109 abu hassan hasbullahZentrum yang diketuai pengasas dan presidennya Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Menurutnya sokongan kecil memihak kepada Pakatan atas alasan komunikasi dan peranan media baru, di samping kain rentang, poster dan ceramah yang kini dikatan memberi kesan.

Zentrum berharap kajian ini boleh dijadikan rujukan untuk menentukan corak pengundian pada masa depan.

Pemuda sokong Pakatan


Kajian Zentrum menunjukkan 61 peratus masyarakat Melayu memilih BN manakala sokongan kaum India adalah sebanyak 54 peratus.

NONENamun sokongan kaum Cina kepada PKR berada pada tahap yang tinggi, iaitu 78 peratus.

Golongan lelaki pula dilihat sebagai penyokong kuatan Pakatan dengan 58 peratus manakala wanita (69 peratus) menyokong BN.

Apa yang lebih menarik ialah kajian menunjukkan 37 peratus wanita Melayu masih belum membuat keputusan sejak semalam berbanding wanita India dan Cina yang kebanyakkan mereka telah membuat keputusan.

Turut mencuri tumpuan ialah kajian mendapati 57 peratus golongan muda iaitu responden yang berusia antara 21 hingga 30 tahun menyokong pembangkang manakala 58 peratus daripada golongan mereka yang berumur 31 hingga 40 juga menyokong calon PKR.

Manakala golongan tua dan warga emas seperti mereka berumur yang 40 hingga 59 serta golongan berumur 60 ke atas adalah penyokong kuat BN.

Peranan media baru

Kajian Zentrum juga menunjukkan 72 peratus penduduk kawasan bandar bergantung pada media baru. Manakala kajian juga menunjukkan media baru berjaya menembus 42 peratus ke kawasan pendalaman.

NONEBeberapa faktor mempengaruhi corak mengundi setelah tempoh berakhir kempen hampir tamat iaitu:

• pengaruh dan kehadiran pemimpin berpengaruh,
• pengaruh media baru dan tradisional,
• pengaruh atmosfera demokrasi seperti ugutan kepada kakitangan awam, masyarakat dan keluarga serta,
• pengaruh budaya dalam isu agama.

Kajian juga menunjukkan faktor yang akan menentukan kemenangan seseorang calon bergantung pada faktor pengundi yang akan keluar mengundi. Ia mengambil kira faktor umur dan jantina mereka.


Saat2 Terakhir: Nampaknya BN Makin Terdesak: Gangguan Program Pakatan Rakyat Di Felda Sg Tenggi

Apakah yang berlaku hari ini di Hulu Selangor? Petikan kata, acara yang dirancang dan insiden yang tidak dijangkakan di kawasan parlimen P 094.

8.00am: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Pasar Tani Ulu Bernam, Tanjung Malim

9.00am: Program sarapan 1Malaysia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Padang Kg Gumut Tambahan, Kalumpang

9.30am: Najib berucap kepada jentera pilihan raya BN dan juga masyarkat setempat.

"Apa relevannya Apco bagi penduduk Hulu Selangor," katanya.

"Lihat sumbangan kita sejak dulu...Sejak beberapa hali lalu BN juga berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda dan juga penduduk kampung”.

Katanya, Kamalanathan adalah produk yang baik dan BN telah menyemak latar belakangnya dengan teliti sebelum membuat pencalonan.

"Saya sudah check depan dan belakang, sampai seluar dalam. Kita tak nak orang yang suka enjoy ... Kita nak orang yang bekerja,"kata Najib.

9:00am: Sarapan dengan Anwar di Markas Besar, DUN Ulu Bernam

9.30am: Perhimpunan peneroka Felda settlers dengan Musyirdul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Felda Kebangsaan ke-2, Sungai Tengi.

10.01am: Lebih 20 mat rempit yang memakai kemeja- T 1Malaysia merempuh program Pakatan Rakyat di Felda Sg Tengi. Mereka membuat bising sambil membunyikan hon bagi menggangu kempen pembangkang. Penyokong PAS membalas dengan bertakbir "Allahu Akbar!"

10.30am: Anwar minum pagi bersama penduduk di Kg Asam Kumbang, Kuala Kubu Baru

10.45am: Najib bermesra dengan masyarakat setempat di Kg Baru Cina, Kuala Kubu Baru

12.30pm: Najib melawat Kampung Baru Rasa

1.30pm: Najib dijadualkan ke Kg Bukit Rasa, Surau Taufiqiah, Kg Bukit Rasa

2.30pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi India di Kalumpang

3.00 pm: Najib melawat Kg Baru Kalumpang

4.20pm: Najib di Masjid Kalumpang

5.00pm: Nik Aziz berjumpa dengan pengundi berketurunan Kelantan di Dewan Datuk Abdul Hamid, Batang Kali

5.00pm: Minum petang Anwar dengan penduduk di Taman Rasa Kuala Kubu Baru

5.00 pm: Najib melawat Kg Hulu Bernam

7.00pm: Anwar berjumpa masyarakat India di Taman Koskan

8.00pm: Anwar, Nik Aziz makan malam bersama masyarakat Cina di Pusat Komuniti Serendah

9:00pm Anwar berceramah di Bukit Beruntung

9:00pm: Ceramah Perdana di Stadium Mini Kuala Kubu Baru oleh Anwar, Nik Aziz, Lim Kit Siang, Zaid Ibrahim

9.00pm: Najib hadiri program 1Malaysia dengan tema 'Legasi dan Harapan Bangsa' di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung

Sukar Meramal Kemenangan Berpihak Kepada Siapa. Pengerusi UMNO Selangor Sanggup Buat Apa Sahaja... Apa Pulak Kata Pak Brahim Al Kataki...


PRK Hulu Selangor : Ibrahim Ali masih yakin BN menang, tapi potong 50 peratus

HULU SELANGOR, 24 April — Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang minggu lalu meletakkan sasaran majoriti bagi Barisan Nasional (BN) sekitar 3,000 undi, malam tadi memberi angka baru — 1,500 undi, di mana ia menurun 50 peratus.

“Saya sebelum ini meletakkan 3,000... itu anggaran kasar. Tetapi selepas saya meneliti secara mendalam, buat perkiraan secara mendalam, saya yakin majoriti BN sekitar 1,500,” kata beliau pada ceramah perdananya di Bilik Gerakan BN di Sungai Buaya Barat, Sungai Buaya di sini malam tadi.

Kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan berakhir tengah malam ini. Pengundian berlangsung esok.

Bagaimanapun Ibrahim yang juga Presiden Perkasa berkata, beliau masih menjangkakan BN boleh mencatatkan kemenangan besar.

“Mungkin BN boleh peroleh undi lebih besar, loncatan lebih besar (dalam majoriti),” kata beliau sambil, dipercayai merujuk kepada majoriti besar diperoleh BN dalam pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negri Sembilan enam bulan lalu.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider pada 19 April lalu, Ibrahim menjangkakan BN akan memperoleh sehingga 3,000 undi.

Majoriti 3,000 itu, menurut beliau, berdasarkan kelebihan undi peringkat tiga kerusi DUN yang diperoleh BN dan lebih 1,400 undi rosak yang dicatatkan dua tahun lalu.
Ibrahim menjangkakan 30 hingga 40 peratus undi rosak dan bahagian majoriti peringkat ketiga-tiga kerusi DUN itu akan memihak kepada calon BN kali ini.

Ibrahim kini “berkampung” di Hulu Selangor membantu calon BN P. Kamalanathan, 45.
Bahagian Hulu Selangor merupakan kubu kuat BN di mana ia tidak pernah kalah sejak pilihan raya pertama 1959.

BN telah menamakan Kamalanathan, Ketua Penerangan MIC sebagai calonnya bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor yang ia tewas kepada PKR pada pilihan raya umum 2008.
PKR pula menurunkan Datuk Zaid Ibrahim, 59, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, anak kelahiran Kelantan sebagai calonnya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad akibat barah otak pada 25 Mac lepas.
Zainal menewaskan Palaniel dengan kelebihan 198 undi.

Majoriti di peringkat Parlimen itu jauh lebih kecil berbanding majoriti 6,167 undi melibatkan tiga kerusi DUN yang kesemuanya dimenangi oleh BN.
Kawasan pilihan raya kecil Parlimen ini mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

Parlimen Hulu Selangor terbahagi kepada tiga kerusi DUN iaitu Hulu Bernam, Kuala Kubu Baru dan Batang Kali.

Semalam, Pakatan Rakyat meletakkan peluang untuk mengekalkan kerusi Parlimen Hulu Selangor masih 50:50 walaupun optimistik bahawa kemenangan akan memihak mereka.

“Peluang 50:50, tetapi bagus, boleh kekalkan kerusi... saingan cukup sengit,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim selepas sesi penerangan isu projek pembangunan tanah Felda Sungai Buaya yang terbengkalai di Bandar Sungai Buaya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang pula sambil menyifatkan Zaid kini sebagai “underdog” berbanding calon BN menggesa Pakatan Rakyat supaya tidak selesa, sebaliknya bekerja keras untuk mendapatkan setiap undi.

Petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa maklum balas yang diterima BN sangat menggalakkan tetapi tidak mahu terlalu selesa dan yakin dengan perubahan positif dilalui pihaknya sekarang.

Oleh G. Manimaran

"Hantu Beng Hock Mengganas di Hulu Selangor" Kepakaran Bomoh Ternyata Dapat Menghalau Dari Pandangan Tapi....

Kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor yang berlangsung ini agak rancak dengan karenah pelbagai pihak yang menggantung pelbagi poster yang mencuri tumpuan.

NONEAntaranya, sehelai kain rentang gergasi yang memaparkan gambar bekas setiausaha politik seorang exco kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock yang didapati mati ketika berada dalam tahanan semasa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM).

Kain rentang berukuran 22 X 12 khaki itu memaparkan gambar Teoh yang tersenyum dengan tertera perkataan “Keadilan untuk Beng Hock” dan diletakkan di jalan utama menuju Batang kali.

Selain itu, ia juga tertera perkataan Cina yang menggesa supaya mereka yang mengakibatkan kematiannya dihukum.

NONEParti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan satu upacara perkabungan ringkas dengan lebih 50 orang terbabit memberikan penghormatan kepada Beng Hock mengikut tradisi kepercayaan Cina.

Kenderaan yang lalu lalang kemudiannya kelihatan membunyikan hon mereka sebagai menyokong usaha mencari keadilan untuk Beng Hock.

Bagaimanapun kehadiran kain rentang gergasi itu tidak disenangi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengarahkannya diturunkan.

Sekumpulan petugas SPR yang diketuai oleh Saiful Rizza mengarahkan kain itu diturunkan.

Kumpulan berkenaan kemudiannya menuntut penjelasan mengenai arahan itu.

NONESaiful Rizza memberitahu beliau mendapat arahan rasmi daripada Pegawai Daerah, Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk menurunkan gambar berkenaan.

Ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon berkata beliau tidak faham mengapa kain rentang itu tidak dibenarkan sedangkan ia, kain rentang yang sama digunakan semasa pengkebumian Beng Hock.

Mereka kemudian meminta untuk bercakap dengan Nor Hisham untuk mendapatkan pengesahan sendiri tetapi Saiful gagal memberikan nombor telefon pegawai daerah berkenaan.

Penduduk bagaimanapun akur dan menurunkan kain itu.

Suasana tiba-tiba menjadi kecoh apabila rakan-rakan Saiful bertindak mahu merampas kain rentang gergasi yang sedang dilipat oleh beberapa penduduk tempatan terbabit.

NONEMelihat kejadian itu, Khai Loon sekali lagi tampil mempersoal kewajaran mereka mahu merampas gambar Beng Hock.

“Mengapa takut dengan gambar Beng Hock? Kawan saya ini sudah mati dibunuh.”

“Kenapa perlu takut dengannya? ” beliau bertanya sambil diperhatikan oleh sekumpulan anggota polis yang turut berada di lokasi berkenaan.

Saiful menjelaskan kain rentang itu ada unsur-unsur provokasi serta ia tiada kaitan dengan calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat dan P Kamalanathan yang mewakili BN.

Khai Loon yang tidak berpuas hati berkata mereka bukan berkempen tetapi hanya tidak mahu Beng Hock dilupakan, lagipun gambar mendiang Beng Hock hanya satu saja yang dinaikkan.

NONEHujahnya lagi, gambar Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh didapati di sepanjang jalan di Hulu Selangor, walaupun kedua-dua pemimpin BN itu tidak bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

Saiful bersama empat pegawai yang lain kemudiannya membatalkan niat mereka untuk merampas kain rentang gergasi tersebut dan meninggalkan tempat kejadian.

Menurut seorang penduduk, Yap Ah Peng, 56 yang turut cuba menghalang kain rentang itu diturunkan tidak ada sebab pihak berkuasa perlu gusar dengan kehadiran sehelai kain.

“Ini orang Cina punya agama, kalau satu orang sudah mati, dia punya semangat tidak boleh dikenang.”

NONE“Maka, orang awam tidak boleh ganggu dia sebab itu kita sudah memberi amaran kepada dia supaya jangan turun gambar yang kita naikkan,” katanya.

Bagi seorang lagi penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ah San,g tulisan Cina pada gambar gergasi Beng Hock itu langsung tidak berunsur provokasi.

“Tulisan itu adalah 'Berilah keadilan kepada Teoh Beng Hock' dan 'Siapa dia pembunuh sebenar mendiang Teoh',” katanya ujarnya.

SELAMATKAN HULU SELANGOR: TG Nik Aziz Ajak Semua Memberi Undi Kepada Calon Pakatan

Setelah diserang bertalu-talu oleh BN sepanjang tempoh kempen, Datuk Zaid Ibrahim kini berpeluang untuk melonjakkan kembali popularitinya di kalangan pengundi Melayu.

Penyelamatnya ituhulu selangor by-election 230410 nik aziz support zaid ibrahim 02hadir dalam bentuk, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang berkempen secara aktif selama dua hari bermula semalam.

Pengarah penyelidikan PAS pusat, Wan Abdul Rahman Wan Ab Latif berkata Nik Abdul Aziz diperlukan dalam kempen kali ini bagi menjawab serangan peribadi ke atas Zaid.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) akan temui pengundi dan beritahu Datuk Zaid sudah bertaubat.

hulu selangor by-election 190410 zaid ibrahim walkabout 05"(Zaid) sudah tidak buat lagi perkara-perkara itu. Dia akan beri hujah-hujah balas," katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, Nik Abdul Aziz dijangka mengupas kisah Khalid Al-Walid, seorang pejuang Islam ketika zaman Nabi Muhammad.

"Sebelum masuk Islam, (Khalid) minum arak, melakukan maksiat dan sebagainya.

"Tapi bila dia masuk Islam, dia komited dengan perjuangan Islam," katanya.

WNONEan Abdul Rahman juga yakin isu Zaid yang dikatakan sebagai 'kaki botol' dan juga 'kaki judi' itu akan kembali memberi kesan kepada BN.

"(Nik Abdul Aziz) akan kata itu Zaid buat semasa dalam BN. Sememangnya itulah budaya dalam BN. Sekarang dia sudah keluar BN, sudah bertaubat," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau menjelaskan bahawa Nik Abdul Aziz tetap popular di Selangor, walau lebih dikenali sebagai pemimpin Kelantan.

NONE"Dia dikenali bukan saja di Malaysia tapi di peringkat antarabangsa juga," katanya dan menjelaskan Nik Abdul Aziz telah menerima beberapa anugerah kehormat daripada beberapa buah negara Islam.

Sebaik pulang daripada mengerjakan umrah, petang semalam, Nik Aziz terus berkejar ke Hulu Selangor bagi membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim meskipun kesihatannya dilaporkan tidak begitu baik.

Nik Aziz uzur

Ulama itu secara terbuka mengajak pengundi Hulu Selangor merentasi semua kaum dan agama supaya mengajar kebongkakan dan kesombongan Umno.

Pada kempen yang dihadiri ribuan masyarakat setempat, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan datang dengan bertongkat dan duduk berucap berikutan keuzuran kesihatannya.

KehadiranNONE tokoh agama ini disambut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim.

Nik Aziz juga mendedahkan Umno sanggup berbaik-baik dengan sesiapapun ketika dalam kesusahan, dalam kesempitan tapi sebaliknya mudah berlaku khianat apabila kembali mengumpul kekuasaan.

Bagi beliau, perbuatan Umno ini tidak boleh dimaafkan.

"Umno karut, rasuah dan sebagainya. Teruskan kemenangan yang ada. Kita ajar Umno supaya tidak sombong," katanya.

Dalam konteks Hulu Selangor, Nik Aziz berpesan tiada cara lain untuk menyedarkan pimpinan Umno selain memenangkan calon Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.

"Saya tidak dapat berucap lebih lama tapi pesan saya, semua sekali mesti undi calon Pakatan Rakyat," katanya disambut tepukan gemuruh.

Tekanan Tangan Ghaib...Isu Najib Altantuya : Tian Dipanggil Beri Kenyataan Setelah 3 Tahun Berlalu...

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dipanggil ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung gambar Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Altantuya Sharibuu hari ini.

Beliau sebelum itu telah dihubungi Asisten Superitenden Polis (ASP) Tan dari Balai Polis Sentul semalam yang memintanya untuk hadir bagi memberi keterangan mengenai gambar Altantuya bersama Najib Razak di restoran Perancis yang disiarkan dalam blognya sekitar tahun 2007.

"Saya terperanjat sebab kes ini sudah lama iaitu pada tahun 2007. Satu waran tangkap akan dikeluarkan jika saya gagal hadir sebelum jam 3 petang hari ini," kata Tian kepada erapakatan.com

Beliau yang juga Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat isu ini mungkin menjadi kemarahan sesetengah pihak sehingga mereka boleh membuka semula kes ini walau setelah lebih 3 tahun.

"Kes ini sudah tiga tahun berlaku, tetapi baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan," tegas Tian.

Menurut beliau, berkemungkinan ini merupakan tekanan daripada pemimpin negara dan berkemungkinan juga ia berkait rapat dengan laporan di perancis mengenai pembelian kapal selam yang berkemungkinan membabitkan rasuah.

Kenapa Najib Benar2 Mahukan Hulu Selangor?? Pelbagai Janji Telah dibuat.. Nilailah Sendiri


NAJIB diberi penerangan oleh Ketua Pegawai Operasi Plus, Nik Airina Nik Jaffar mengenai Projek Pembinaan Persimpangan Bertingkat Sungai Buaya pada Majlis Bersama Penduduk di Kampung Sungai Buaya, semalam.

KESIAN MEREKA... SETELAH 15 TAHUN BERLALU, JANJI YANG DIBUAT BARU NAK DITUNAIKAN, TAPI TAK SEPENUHNYA LAGI..... KENAPA YER????

363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya terima pampasan RM50,000 selepas 15 tahun

JANJI INI ADAKAH AKAN MENJADI KENYATAAN... KITA TUNGGU...........
Persimpangan bertingkat Sungai Buaya RM85j di Lebuh Raya Utara-Selatan dibina tahun depa



BUKIT BERUNTUNG: Penantian 15 tahun 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya untuk menerima tunggakan pampasan tanah, berakhir semalam menerusi campur tangan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Lebih manis, kegembiraan mereka dikongsi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyerahkan sendiri wang pampasan berjumlah RM50,000 seorang kepada 100 peneroka yang hidup.

Mereka menerima RM1,000 wang tunai dan bakinya RM49,000 dalam bentuk draf bank daripada Najib pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas Peneroka, Penyerahan Cek Pembinaan Susur Keluar Masuk Sungai Buaya dan Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid serta Surau Daerah Hulu Selangor, di sini semalam.
Pada majlis itu, Perdana Menteri juga membawa berita gembira kepada kira-kira 5,000 penduduk Bandar Sungai Buaya dan hampir 20,000 penduduk sekitarnya apabila mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya di Lebuh Raya Utara-Selatan membabitkan kos RM85 juta pada tahun depan.

Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) komited mengatasi masalah rakyat terutama di kawasan berkenaan.

"Inilah komitmen kerajaan BN. Atas usaha Datuk Seri Noh Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kita dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang juga Pengerusi Idiqa Development Holdings Sdn Bhd, beliau berjaya membantu untuk bayar kepada pemilik tanah.

"Setiap penerima, iaitu 80 Melayu, tujuh India dan 13 waris masing-masing akan menerima RM50,000 setiap seorang," katanya pada majlis yang turut dihadiri Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Sebelum ini, peneroka tanah rancangan Felda itu menuntut bayaran pampasan dijanjikan pemaju yang gagal membangunkan kawasan itu sejak pertengahan 1990-an. Mereka hanya menerima RM250,000 daripada RM1 juta pampasan yang dijanjikan selepas projek itu terbengkalai atas sebab-sebab tertentu termasuk krisis ekonomi pada 1997.

Baki peneroka yang masih ada waris boleh menuntut wang pampasan pada Isnin ini di pejabat Murna Jaya Sdn Bhd pada jam 12 tengah hari dan perlu membawa dokumen membuktikan mereka adalah waris sah.

Perdana Menteri berkata, peneroka juga akan dibayar RM160,000 bagi setiap ekar tanah yang akan dibangunkan oleh kerajaan.

"Kita mahu membangunkan tanah di sini tetapi syarat pertama ialah dengan memastikan pada pilihan raya umum akan datang, Selangor kembali kepada BN. Kalau tidak, kita tidak dapat buat tukar syarat tanah," katanya.

Najib turut mengumumkan pemberian perlindungan insurans nyawa RM10,000 berasaskan Islam kepada setiap warga bekas Felda Sungai Buaya.

“Saya ingin tegaskan BN akan menunaikan semua janji pada pilihan raya kecil ini. Saya sudah lantik Datuk Seri Noh Omar sebagai menteri yang bertanggungjawab di kawasan ini. Apa juga janji pilihan raya, dia pasti akan laksanakan. Kalau tak cukup, menteri kewangan akan tambah," katanya.

Beliau turut mengumumkan kerajaan akan membina kampus cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di mukim Serendah sebagai hadiah kepada penduduk jika berjaya mengembalikan semula Selangor kepada BN.

Mengenai persimpangan bertingkat itu, beliau berkata, ia membuktikan kerajaan BN sentiasa komited untuk mengatasi masalah rakyat dan bukan penipu semata-mata bagi mempengaruhi masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

"Ada orang kata kita nak gula-gulakan orang Sungai Buaya kononnya majlis ini satu mainan, satu penipuan. Sebagai Perdana Menteri dan ketua kerajaan, saya beri jaminan semua janji dan harapan di sini akan ditunaikan.

"Plus Expressway Sdn Bhd (Plus) memberi surat aku janji untuk membina susur bertingkat. Ia akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi. Plus adalah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Tak mungkin dia tipu. Kalau dia tipu, kita gantung penyenaraiannya, bungkus dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) sekali,” katanya.

Penyerahan surat aku janji disempurnakan Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid kepada Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ismail Md Salleh sambil disaksikan Najib dan Shaziman.

Projek akan dilaksanakan secara usaha sama Kementerian Kerjaraya dan Plus bagi memberi akses ke Lebuh Raya Utara-Selatan pada 2011 dan dijangka mengambil masa dua tahun setengah untuk siap.

Ia bakal menjimatkan jarak dan masa perjalanan penduduk Sungai Buaya dan kawasan sekitar antara 60 hingga 90 minit serta menjimatkan petrol membabitkan perjalanan 24 kilometer hingga 32 kilometer.

Pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya itu pada asalnya tanggungjawab dan janji pemaju Bandar Sungai Buaya kepada penduduk pada 1990 tetapi tertangguh akibat krisis ekonomi.

Dewan Rakyat ditangguh Menyaksikan 10 Rang Undang2 Baru Diluluskan



Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang bersidang sejak 15 Mac lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Mesyuarat itu, yang sepatutnya berakhir 15 April, bersidang selama 24 hari selepas dilanjutkan empat hari mulai 19 April bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan sebanyak 10 rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010, Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010, Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Rang Undang-Undang Persaingan 2010, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat 2010.

Dewan Rakyat pada persidangan kali ini juga telah meluluskan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Keretapi (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010.

Sementara itu, enam rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang tersenarai untuk dikemukakan pada sidang ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Rang undang-undang yang lain adalah Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Ambilan: Era Pakatan

Tekanan Jiwa: Diejek Cinta Ditolak - Remaja Tingkatan Dua Cuba Terjun Bangunan



KANGAR - Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini, gempar apabila dikejutkan dengan percubaan seorang pelajar lelaki yang cuba terjun dari sebuah bangunan tiga tingkat di sekolah tersebut semalam.Kejadian pada pukul 12 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila remaja berusia 14 tahun tersebut tiba-tiba keluar ke arah koridor belakang kelasnya dan berdiri di atas lantai koridor di penjuru bangunan sekolah.

Tindakan pelajar tingkatan dua aliran agama itu kemudian mengejutkan para guru dan rakan-rakan lain apabila dia mendakwa mahu membunuh diri dengan terjun dari bangunan setinggi tiga tingkat tersebut.

Para guru serta beberapa pelajar lain berusaha memujuk pelajar berkenaan sebelum sepasukan anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Drama memujuk remaja tersebut berlangsung selama sejam sebelum seorang anggota bomba bertindak pantas menarik pelajar tersebut selepas memberinya air minuman.

Difahamkan, remaja berkenaan bertindak demikian kerana tertekan akibat diejek oleh rakan-rakannya selepas dua pelajar perempuan di sekolah tersebut menolak cintanya. - Kosmo

Video Pun Ada: Serangan peribadi 'kerja bodoh' : TG Nik Aziz


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

nik aziz kuala kubu baru 230410"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siangdan naib presiden PKR Azmin Ali.

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.