Tekanan Tangan Ghaib...Isu Najib Altantuya : Tian Dipanggil Beri Kenyataan Setelah 3 Tahun Berlalu...

Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)


KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dipanggil ke Balai Polis Sentul untuk memberi keterangan berhubung gambar Perdana Menteri (PM) Najib Razak dan Altantuya Sharibuu hari ini.

Beliau sebelum itu telah dihubungi Asisten Superitenden Polis (ASP) Tan dari Balai Polis Sentul semalam yang memintanya untuk hadir bagi memberi keterangan mengenai gambar Altantuya bersama Najib Razak di restoran Perancis yang disiarkan dalam blognya sekitar tahun 2007.

"Saya terperanjat sebab kes ini sudah lama iaitu pada tahun 2007. Satu waran tangkap akan dikeluarkan jika saya gagal hadir sebelum jam 3 petang hari ini," kata Tian kepada erapakatan.com

Beliau yang juga Ketua Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpendapat isu ini mungkin menjadi kemarahan sesetengah pihak sehingga mereka boleh membuka semula kes ini walau setelah lebih 3 tahun.

"Kes ini sudah tiga tahun berlaku, tetapi baru sekarang mereka mahu mengambil tindakan," tegas Tian.

Menurut beliau, berkemungkinan ini merupakan tekanan daripada pemimpin negara dan berkemungkinan juga ia berkait rapat dengan laporan di perancis mengenai pembelian kapal selam yang berkemungkinan membabitkan rasuah.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.