Dewan Rakyat ditangguh Menyaksikan 10 Rang Undang2 Baru Diluluskan



Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang bersidang sejak 15 Mac lepas ditangguhkan hari ini ke suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Mesyuarat itu, yang sepatutnya berakhir 15 April, bersidang selama 24 hari selepas dilanjutkan empat hari mulai 19 April bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

Sepanjang persidangan berlangsung, Dewan Rakyat meluluskan sebanyak 10 rang undang-undang baru iaitu Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2010, Rang Undang-Undang Perdagangan Strategik 2010, Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2010) 2010, Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009, Rang Undang-Undang Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, Rang Undang-Undang Persaingan 2010, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010, Rang Undang-Undang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Rang Undang-Undang Pengangkutan Awam Darat 2010.

Dewan Rakyat pada persidangan kali ini juga telah meluluskan Rang Undang-Undang Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Pelesenan Kenderaan Pelancongan (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Keretapi (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2010.

Sementara itu, enam rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang tersenarai untuk dikemukakan pada sidang ini, ditangguhkan ke persidangan akan datang.

Rang undang-undang yang lain adalah Rang Undang-undang Jualan Langsung (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2010, Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 dan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2009.

Ambilan: Era Pakatan

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.