Jom Infaq!!!

Jom Infaq!!!

TERKINI DARI SEDAKASEJAHTERA.COM

Jom Terjah Siapa Pulak Lelaki Ini Bergambar Intim Dengan Jelitawan Rozita Che Wan???... Amboi2...



Inilah gambar pelakon baru yang bernama Fir Affandi yang sama-sama berlakon dengan Rozita dalam drama Diari Summercamp yang diambil ketika buat pengembaraan drama berkenaan di Perlis.

Jadi apa kaitannya dengan Shahir pula? memanglah ada kaitan sebab drama ni menceritkan Rozita dan Shahir berkawan rapat. Rapat?

Jom Layan Video Nie - Ada Anwar Kata Kepada PM Najib "Pandi Kutti", Tak Ada Pun, Mereka Memang Terdesak, Hanya Fitnah Mainan Bagi Mereka......


Insya Allah, Video Berkenaan akan diuploadkan nanti

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi didakwa difitnah apabila dituduh menggunakan perkataan kesat “pandi kutty' terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ceramah di Klang Sabtu lalu.

TV Selangor yang merakamkan ceramah penuh itu dalam laporannya hari ini berkata pita mereka langsung tidak menunjukkan Anwar menghamburkan perkataan kesat itu terhadap Najib.

anwar speech at mpaj 050511 05Sebaliknya, dalam ceramah itu Anwar membidas Najib dan taktik kotor politik yang digunakan Umno untuk menjatuhkan beliau.

Katanya, Umno-BN sebagai parti terdesak yang menggunakan video lucah untuk mengaibkannya.

Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti."


Pada ceramah itu juga, Anwar berkata perkataan pandi kutty mungkin dianggap kasar namun mengingatkan hadirin di ceramah bahawa tidak ada dalam mana-mana budaya di dunia ini menggunakan taktik-taktik kotor seperti video lucah untuk menjatuhkan pemimpin politik.

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada,” kata Anwar dalam ceramah itu.



Utusan Malaysia hari ini menyiarkan muka depan komen juak-juak Umno yang membidas Anwar, kerana kononnya menggunakan ungkapan pandi kutty terhadap Perdana Menteri .

NONEMalah, akhbar milik Umno itu mencetak reaksi lucah seperti pemimpin Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin yang berkata Anwar mengalami “sindrom pra-haid (PMS), kesan daripada kes liwat dan video seks yang sedang dihadapinya.”

Hamidzun seperti pemimpin-pemimpin Umno yang lain termasuk Khairy Jamaluddin, Ibrahim Ali dan Mohammad Ezam Mohd Noor membidas Anwar hanya berasaskan laporan Utusan, tanpa mengesahkan kesahihan komen Anwar itu.

Utusan Malaysia sebelum ini diselar pelbagai pihak kerana kerap menyiarkan berita fitnah termasuk isu video lucah untuk mengaibkan Anwar.

Sabtu lalu, akhbar itu mendakwa golongan paderi bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara ini.

utusan malaysia kritsian agama rasmiMengulas isu yang sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Bernama, berkata kata-kata kesat yang dilemparkan itu tidak menjejaskan waktu tidur beliau.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," katanya.

Bernama juga melaporkan Najib berkata ketua umum PKR itu sebagai sudah terjebak mengamalkan politik tidak beretika dan yakin rakyat boleh menilai sikap sebenar Anwar.

Panasss!!! Video Mengenai Pengumuman Kenaikan Harga Gula?



PENIAGA, Azuliya Abd Rahman, 32, menyusun bungkusan gula dan meletakkan notis “harga naik pulok!” di kedainya di Pasar Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Harga gula naik 20 sen sekilo mulai hari ini. - Foto Aswadi Alias

"Agama Islam Ialah Agama Bagi Persekutuan" Tiada Perkataan Agama Rasmi Bagi Malaysia: Peguam

Penganut agama Islam bersolat di Shah Alam dalam gambar fail ini March 26, 2011.
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menggariskan bahawa Islam adalah “agama rasmi” negara, kata peguam Syahredzan Johan ketika kontroversi tercetus ekoran laporan Utusan Malaysia Sabtu lalu bahawa pengikut Kristian mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Akhbar milik Umno itu dan beberapa kumpulan Melayu-Muslim termasuk pemimpin-pemimpin Umno sendiri menekankan pandangan bahawa undang-undang tertinggi negara mengisytiharkan Islam sebagai agama “rasmi” dan hanya Muslim boleh menjadi perdana menteri.

Syahredzan, ketua jawatankuasa perlembagaan Majlis Peguam berkata, tafsiran undang-undang oleh Utusan Malaysia adalah salah dan mengingatkan bahawa langkah akhbar harian itu sebagai “tanggapan salah yang bahaya”, yang boleh membawa negara ke arah rusuhan agama dan sosial.

“Dari segi Perlembagaan Persekutuan, hanya ada satu agama bagi persekutuan, tetapi bukan rasmi atau tidak rasmi.

“Perlembagaan sangat jelas dalam hal ini. Islam bukan agama rasmi,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi semalam.

Beliau merujuk kepada Artikel 3 yang menyebut bahawa “agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai Persekutuan di mana-mana bahagian Persekutuan” dan menekankan bahawa perkataan “rasmi” tidak pernah disebutkan di mana-mana bahagian.

Syahredzan berkata, seksyen dalam Perlembagaan mesti ditafsir bersama Artikel 11, di mana setiap orang ada hak untuk mengamalkan agama masing-masing dan tertakluk kepada Klausa (4) yang mana berkaitan dengan Islam - untuk menyebarluaskannya.

“Kita kena faham terminologi yang betul untuk digunakan apabila kita bercakap apa sahaja berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

Beliau menambah, “setiap orang, daripada kalangan menteri sehinggalah NGO, malah sehingga blogger mengatakan macam-macam, yang menunjukkan mereka tidak tahu apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.”

Katanya, dengan memasukkan perkataan-perkataan ke atas Perlembagaan, blogger, menteri dan surat khabar membaca perkara-perkara yang tiada dan meminda undang-undang.

“Dan, ia bercanggah dengan Perlembagaan,” kata peguam itu.

Syahredzan berkata, rakyat biasa boleh dimaafkan kerana tidak biasa dengan undang-undang, tetapi menteri dan peguam-peguam tidak boleh dimaafkan kerana ia bukan sahaja tugas mereka, tetapi tanggungjawab mereka.

Syahredzan berkata, beliau membangkitkan perkara ini sebab tiada pihak yang berbuat demikian.

“Ia perkara yang sangat bahaya dan ia dipermainkan dan disebabkan itu, ia menjadi lebih daripada isu perlembagaan semata-mata, ia menjadi momok... ia menjadi isu agama dan isu sosial dan isu politik dan satu masalah.

“(Perlu ada) seseorang bangun dan mengatakan mengenai perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Dengan melihat kepada badan-badan pelobi Melayu sayap kanan yang tidak gembira dengan isu semasa ini, Syahredzan menambah, beliau tidak pasti sama kempen mereka adalah sesuatu yang akibat terdesak atau dijalankan disebabkan kedangkalan mereka.

Oleh itu kata Syahredzan, Putrajaya mesti menerajui usaha untuk membetulkan salah tanggapan ini bagi mengelakkan malapetaka.

“Sesuatu perlu dilakukan, kerajaan mesti menyatakan dengan jelas apa yang ada dan apa yang tiada dalam Perlembagaan,” katanya.

Gambar2: Seniman, Wartawan Hiburan & Penulis Skrip Tersohor Kembali Ke Rahmatullah... Al Fatihah.


Dunia seni tanah air kehilangan lagi seorang seniman, wartawan hiburan dan penulis skrip tersohor.

Seniman dan pelakon zaman 70'an, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Omar @ Abd Majid bin Puteh meninggal dunia sebentar tadi.


Dalam mesej Twitter yang dihantar produksi filem Tayangan Unggul milik ASTRO menyatakan bahawa, Aimi meninggal dunia di rumahnya di Hulu Klang jam 820 pagi tadi.

Menurut Twitter Tayangan Unggul:

Sesiapa ingin memberikan penghormatan terakhir buat Arwah Aimi Jarr bolehlah ke rumah beliau di alamat 307, Jln E3, Taman Melawati, Ulu Klang

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Klang Gate selepas Zohor hari ini.

Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepadanya..


AL FATIHAH
BELASUNGKAWA AIMI JARR


Nama Penuh : Omar@Abd Majid Bin Puteh
Tempat Lahir : Kampung Petani, Kuala Terengganu, Terengganu
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Penulis
Kemahiran : Berlakon

Pengalaman

Berlakon & menulis skrip semenjak tahun 1962. Pernah memenangi anugerah 'Penulis Lakon Layar Terbaik (Festival Film Malaysia)

Lakonan

2004 : Pontianak Harum Sundal Malam - (Artis Jemputan)
2004 : Gila-Gila Pengantin Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003 : MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003 : Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)

Krew Filem

1982 : Kabus Tengahari - (Cerita Asal)
1981 : Dia Ibuku - (Cerita Asal)
1981 : Jejak Bertapak - (Cerita Asal)
1979 : Esok Masih Ada - (Cerita Asal)
1979 : Tiada Esok Bagimu - (Cerita Asal)
1979 : Detik 12 Malam - (Cerita Asal)

Anugerah

1981 : Festival Filem Malaysia ke 2 - Lakonlayar Terbaik

Panazz!!! DS Anwar Bakal Dimusnahkan Oleh Musuh Politik.. Laporan Polis Akan Dibuat Petang Nanti



Pemandu peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyaki terdapat usaha jahat mensabotaj kenderaan yang biasanya digunakan majikannya itu sehingga berlakunya kemalangan pada 19 April lalu.

Sehubungan itu Abdullah Sani Said yang telah berkhidmat selama 28 tahun dengan Anwar dijadual membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya pada jam 3.30 petang ini.

Menurut kenyatan daripada unit komunikasi PKR hari ini, kenderaan yang sama juga digunakan oleh anggota keluarga ketua pembangkang itu.

Kenyataan itu bagaimanapun belum menyatakan jenis kenderaan yang digunakan dan butiran terperinci berhubung dakwaan itu.

Ia sebaliknya mengundang pihak media membuat liputan berhubung perkara itu petang ini.

UMNO Dan BN Amat Lemah.. SU Agong UMNO Akui Kebenaran Kata2 Tun M: Pemimpin Umno Amalkan Rasuah dan Tidak Lagi Pertahankan Nasib Melayu Dan Islam

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/october/19/ku-nan-oct19.jpg

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bersetuju dengan penilaian bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu lemah.

Bagaimanapun beliau berkata, kelemahan berkenaan sedang diatasi oleh Umno termasuk menerusi usaha bersepadu oleh presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

"Ada perkara-perkara yang disebut oleh Tun Mahathir betul. Memang ada beberapa kelemahan dalam Umno, sebab itu Perdana Menteri dan juga Presiden Umno sekarang berusaha untuk atasi dan perkukuhkan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Dr Mahathir semalam bahawa Umno kini lemah kerana wujudnya pemimpin yang mengamalkan rasuah serta tidak lagi mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam.

Dr Mahathir juga mengingatkan parti berkenaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menghadapi nasib yang sama seperti pilihan raya umum 2008 sekiranya tidak berubah.

Mengulas lanjut Tengku Adnan berkata, Umno dan BN di bawah pentadbiran Najib sedang melalui proses transformasi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

"Saya tak nafikan ada kelemahan bukan sahaja dalam Umno tapi juga BN, tapi kita berusaha untuk atasinya.

"Saya harap rakyat dapat lihat apa yang perdana menteri buat, pelbagai langkah diambil seperti beliau sendiri turun ke bawah untuk mendengar masalah rakyat...untuk dapatkan maklum balas," katanya.

Sementara itu ditanya mengenai pandangan Dr Mahathir bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak patut diadakan sehinggalah sekurang-kurangnya 2012, Tengku Adnan berkata perkara berkenaan terpulang kepada pertimbangan perdana menteri.

"Itu pandangan mantan perdana menteri, kita terima dengan terbuka. Barangkali Tun Mahathir ada pemikiran (penilaiannya) sendiri," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.