Al Fatihah!!! Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Ustaz Datuk Hashim Yahya Kembali Ke Rahmatullah..

DULU wajahnya sering menghiasi kaca televisyen bila dijemput sebagai panelis dalam Forum Hal Ehwal Islam di RTM.
Syarahan dan kuliah agamanya yang bersahaja berjaya memikat jutaan umat Islam di negara ini.

Pasti Berapi!!! Muktamar PAS Julung Kalinya Di Johor 18 - 20 September 2014... Ini Butirannya, Jom Terjah!!!!




Muktamar PAS yang akan diadakan buat pertama kalinya di Johor pada 18 hingga 20 September ini di jangka panas susulan krisis pelantikan menteri besar Selangor yang masih bergolak sehingga sekarang. PAS akan mengadakan muktamarnya tahun ini di Taman Sutera Utama, Skudai. 

Borang pendaftaran media mula diedarkan kepada wartawan pada sidang media di Pejabat Agung PAS Isnin lalu. 

TERJAWAB!!! Berita Terkini Dari Istana Selangor, Berapi Wooo.... Jom Terjah!!!


Sultan Selangor hari ini memperkenan Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai menteri besar. Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menitahkannya kekal di jawatan itu sehingga penggantinya dilantik.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

Subhanallah!!! Inilah Wajah Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Yang Membawa "Penumpang Istimewa' Dengan Pesawat Khas MH6129.. Jom Terjah!!!

Missman (dua dari kanan) bersama pembantu juruterbang MH6129 yang membawa 20 jenazah mangsa nahas MH17 pada Jumaat.

SEPANG: Ketua Juruterbang, Datuk Kapten Missman Leham menyifatkan tugasan membawa pulang 20 jenazah tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang tiba di tanah air pada Jumaat lepas adalah 'penerbangan paling sukar' baginya sejak menyertai syarikat itu, 33 tahun lalu.

PENING!!! Krisis MB Selangor : Apakah Ini Yang Bakal Terjadi? Jom Terjah!!!


Keraguan sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berpeluang menjadi menteri besar Selangor yang baru menyebabkan parti itu bersedia untuk berdepan dengan pilihan raya mengejut.
The Malaysian Insider difahamkan, parti itu percaya ada kemungkinan tinggi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan tidak lama lagi.
Arahan itu dikeluarkan selepas timbul laporan menyatakan parti dalam Pakatan Rakyat (PR) masih belum mencapai persetujuan untuk mencalonkan hanya satu nama untuk mengambil alih jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat daripada PKR awal bulan ini.

Alhamdulillah!!! (Gambar) Jenazah ADUN Pengkalan Kubor Selamat Disemadikan Malam Tadi...

TUMPAT: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan di sini malam Jumaat.
Allahyarham Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, Rabu lepas.

Terkini!!! Inilah Senarai Nama Kumpulan Pertama Jenazah Mangsa Tragedi MH17 Yang Akan Tiba Pagi Esok..Jom Terjah!!!

Jenazah Mastura Mustafa dikebumi di Tanah Perkuburan Paroi
SEPANG: Berikut adalah senarai jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 warganegara Malaysia yang akan tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, esok, untuk istiadat penghormatan.

Anak Kapal:
1) Mastura Mustafa (P)
2) Ahmad Hakimi Hanapi (L)

Takziah!!! ADUN Pengkalan Kubor Meninggal Dunia Di Guangzhou China.. Jom Terjah!!!


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Kelantan daripada Barisan Nasional Datuk Noor Zahidi Omar (gambar) meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi, lapor portal berita Sinar Harian Online.

Sementara itu, Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan Zahidi meninggal dunia di China pagi tadi.

Allahu Rabbi!!! Isu MB Selangor: Inilah Jadinya Selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Selesai... Jom Terjah!!!

Pakatan_Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Hangat!!! Inilah Wajah Penganjur Dan Peserta Pesta Sukan Bogel 2014 Yang Ditahan Polis Termasuk Bekas Pemimpin Politik Parti Gerakan.. Jom Terjah!!!



GEORGETOWN: Dua penganjur dan tiga peserta Pesta Sukan Bogel 2014 di Teluk Bahang direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Mereka yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita itu dibawa polis ke Mahkamah Majistret, di sini, kira-kira jam 10 pagi tadi.

BERAPI!!! Isu MB Selangor : TS Abdul Khalid Memohon Mengadap Sultan Untuk Tindakan Selanjutnya.. Jom Terjah!!!



Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.
Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

BERAPI!!! Inillah Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu Selepas Selesai Mesyuarat.. Jom Terjah!!!


PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Alhamdulillah!!! Hangat: Inilah Keputusan Sebulat Suara Yang Diputuskan Dalam Isu MB Selangor.. Jom Terjah!!!


Pimpinan Pusat PAS mencapai keputusan sebulat suara tentang isu menteri besar Selangor selepas selesainya mesyuarat yang ditunggu-tunggu dalam masa kurang 90 minit, kata sumber.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempengerusikan mesyuarat tersebut dari 10am di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur sebelum menamatkannya pada 11.30am.

BERAPI!!! Nasib 2 ADUN PAS Sokong Wan Azizah Sebagai MB Selangor, Apa Kesudahannya? Jom Terjah!!!

Saari Sungib (kiri) dan Hasnul Baharuddin rela meninggalkan PAS demi memastikan Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

PETALING JAYA: PAS Selangor telah diarahkan untuk menyediakan suatu laporan mengenai dua wakil rakyatnya yang menentang keputusan Majlis Syura dan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dipetik dalam Harakah Daily telah menghubungi Pesuruhjaya PAS negeri, Iskandar Abdul Samad, dan meminta laporan penuh mengenai isu itu.

Al-Fatihah: Pelawak Popular, Maidin Meninggal Dunia Dalam Solat Zohor, Jenazah Dikebumikan Malam Ini Di Pokok Tai, Gurun.

Maidin memberi sinar dalam dunia komedi negara

PETALING JAYA: Pelawak popular iaitu Maidin Ibrahim, 76, meninggal dunia di kediamannya di Pokok Tai, Gurun Kedah kira-kira pukul 2 petang Rabu ketika dalam solat akibat sakit jantung.

Berita itu disahkan oleh menantu Allahyarham iaitu Mohd. Saiful Nizam Saari, 38, sewaktu dihubungi mStar Online di sini petang Rabu.

“Saya ingin mengesahkan, bapa mertua saya telah meninggal dunia ketika dalam solat kira-kira pukul 2 petang tadi,” katanya.

Hangat!!! Kemelut MB Selangor : Akhirnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Beri Kenyataan, Jom Terjah!!!!


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor.

Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mengaku Jua Akhirnya: Pelakon Ini 'SAHKAN' Ditahan Polis, Inilah Wajahnya.. Jom Terjah!!!!

Along akui kejadian ditahan di kelab malam tidak jejas kerjaya lakonan. 

SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

ADUH!!! Presiden Persatuan BAM Salahkan Rashid Sidek 100% - Akhirnya Rashid Letak Jawatan Ketua Jurulatih.. Jom Terjah!!!

RASHID LETAK JAWATAN, DHAARMA 'DIPECAT'

Dua jurulatih terpaksa bayar harga mahal susulan prestasi buruk anak buah masing-masing di Glasgow

Kuala Lumpur: Dua ketua jurulatih - Rashid Sidek dan Muhammad Dharma Raj Abdullah - yang menjadi tumpuan selepas berakhir Sukan Komanwel Glasgow baru-baru ini, gara-gara prestasi hambar skud bimbingan mereka akhirnya menemui takdir masing-masing. 

Terimalah Hakikat!!! Menteri Besar Selangor DIPECAT dari Parti.. Bagaimana Kedudukan Beliau Sebagai MB? Jom Terjah!!!

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti ekoran tindakan menteri besar itu yang enggan meletak jawatan.

Anggota MPP, Datuk Tan Kee Kwong mengumumkan keputusan tersebut berkuatkuasa serta merta.

PARAH!!! Krisis Politik Selangor Makin Membara... Majlis Syura Ulama PAS Tolak DS Wan Azizah Diangkat MB Selangor.. Jom Terjah!!!

Dokumen keputusan Majlis Syura Ulama PAS mengenai krisis Menteri Besar Selangor ditandatangani kedua-dua pemimpin tertinggi badan itu.

PETALING JAYA: Krisis politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Alhamdulillah!!! (Gambar) Solat Hajat Pertahan Pakatan, Bukan Tanda Sokongan Kepada TS Khalid.. Jom Terjah!!!


PETALING JAYA: Program solat hajat perdana, Khamis ini bukan sebagai tanda sokongan terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebaliknya untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad.

Mengakui ia amalan yang biasa dilakukan, katanya, penganjuran program itu bukan semata-mata untuk memastikan Khalid dapat mengekalkan jawatan yang disandangnya itu.

TuDiaa!!! MB Selangor Terima Surat Tunjuk Sebab Tersebar, Perlu Balas Sebelum Jumaat.. Jom Terjah!!!

Abdul Khalid dapat surat tunjuk sebab, perlu balas sebelum Jumaat
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin PKR meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjawab surat tunjuk sebab gara-gara mengingkari keputusan Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang memintanya meletak jawatan sebagai MB.

Laaa!!! Awat Jadi Lagu Nie.. (Gambar2) Pangsapuri Dicat Hijau, Ada Lambang BULAN.. Jom Terjah!!!

Foto Bernama




GEORGETOWN – Tindakan mengecat empat daripada 26 blok pangsapuri di Taman Tun Sardon di sini dengan warna dan corak yang menyerupai lambang sebuah parti politik menimbulkan rasa kurang senang penduduk.
Dakwa mereka perbuatan itu boleh menyebabkan penduduk berpecah belah.
“Memang warna itu cantik tapi bila depa (mereka) letak macam lambang parti rasa tidak syok. Lambang parti apa pun tak patut dicat (pada bangunan pangsapuri). Masyarakat boleh berpecah belah pasal politik,” kata Zainab Bee Mohd Yusof, 68, ketika ditemui hari ini.

Hangat!!! Menteri Pusat Sokong Lim Guan Eng Membuat Pemuda MCA "Melatah Sakan", Apa Cerita? Jom Terjah!!!


Pemuda MCA hari ini mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kerana "bersetuju" dengan cadangan Pulau Pinang melarang warganegara asing memasak di pusat penjaja makanan.

Setiausaha Agungnya Leong Kim Soon berkata beliau berasa Nazri berbuat demikian untuk meraih publisiti peribadi kerana masih banyak kontroversi berkaitan cadangan ketua menteri Lim Guan Eng itu

Fuhh!!! "Pendakwaan Terpilih" Mengapa Hanya Orang Melayu Seperti Kiki Didakwa? Jom Terjah!!!

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menganggap pihak berkuasa membuat "pendakwaan terpilih" kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Facebook yang menurutnya telah menghina orang Melayu dan Islam di negara ini.

Aduh!!! Rupanya Ada Surat PAS Keluar Pakatan Rakyat.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengingatkan ahli-ahli dan pendukung PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya berwaspada dengan usaha jahat pihak tertentu untuk memecahbelahkan PR.

GEMPAR!!! Leftenan Hadar Goldin, Sepupu Menteri Pertahanan Israel Diculik Pejuang Palestine.. Jom Terjah!!!


Seorang askar IDF telah ditangkap oleh pejuang Hamas, lapor IDF hari ini. 

Leftenan Hadar Goldin dilaporkan telah diculik semasa pertempuran yang tercetus apabila pejuang Hamas muncul dari terowong yang sedang diroboh oleh IDF. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata IDF akan terus merobohkan terowong Hamas "dengan atau tanpa gencatan senjata," lapor Haaretz. Jurucakap Unit IDF turut berkata bahawa salah satu pejuang Hamas adalah seorang pengebom berani mati.

HEBOH!!!! Samsung Galaxy S4 Cair & Berasap Di Bawah Bantal, Samsung Bayar Gantirugi Kepada Pengguna.. Jom Terjah!!!



Baru-baru ini, seorang gadis berusia 13 tahun di Utara Texas gadis yang mengecas Samsung Galaxy S4 miliknya, bangkit dengan keadaan yang terkejut setelah mengesan bau asap di dalam biliknya. 

Apabila dia bangun dan mencari-cari punca bau busuk, dia sedar bahawa ianya berpunca dari telefon yang diletakkan dibawah bantal. Dan bukan itu sahaja, bahagian belakang bantal hangus,dan telefon bagaikan telah digoreng kerana plastik telah cair.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.