Alhamdulillah!!! Hangat: Inilah Keputusan Sebulat Suara Yang Diputuskan Dalam Isu MB Selangor.. Jom Terjah!!!


Pimpinan Pusat PAS mencapai keputusan sebulat suara tentang isu menteri besar Selangor selepas selesainya mesyuarat yang ditunggu-tunggu dalam masa kurang 90 minit, kata sumber.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempengerusikan mesyuarat tersebut dari 10am di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur sebelum menamatkannya pada 11.30am.
"Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan mencapai sebulat suara. Presiden menguruskannya dengan baik," kata salah satu hadirin kepada The Malaysian Insider.
Katanya, keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.
Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.
Utusan Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat ini.
Namun, perbincangan, surat panjang, pandangan awal, serta semangat mahu mempertahankan PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan mesyuarat ini dengan cepat dan lancar.
Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.
Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, "We are members of PAS and we support our president," yang bermaksud "Kami ahli PAS menyokong presiden kami".
- .themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.