Bini Wakil Rakyat Glamour Rancang Nak Terbitkan Filem Pulak...

Zizie Ezette

PETALING JAYA: Dramatis Zizie Ezette yang tidak lagi aktif berlakon kini merancang untuk menerbitkan sebuah filem hasil kerjasama dengan ahli keluarganya pula.

Kata isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Bung Mokhtar itu, meskipun tidak lagi aktif berlakon, minat yang mendalam terhadap bidang lakonan tidak menghalang Zizie untuk menerokai bidang penerbitan filem pula.

"Saya memang sudah tidak aktif berlakon sejak berkahwin tetapi kini sedang merancang untuk menerbitkan sebuah filem pula. Ia akan melibatkan kerjasama kami sekeluarga sebagai tulang belakang kepada produksi itu," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Tambah Zizie, projek filem bergenre seram komedi itu bakal diterbitkan dengan menggunakan skrip tulisan ibunya yang juga aktres Khaty Fauziah, selain turut melibatkan adiknya aktor Shaheizy Sam dan suami selaku penerbit bersama.

"Projek filem ini adalah kerjasama kami anak-beranak. Buat masa ini, saya sedang menunggu ibu siapkan skripnya, manakala Sam dan suami saya mungkin akan bertindak sebagai penerbit.

"Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal untuk diumumkan. Apabila tiba waktunya, saya akan hebahkan perkara ini," katanya.

Subsidi Gas RM19b Ibarat Negara Hilang Hasil, Perlu Dihentikan - Syor Buku Jingga

February 05, 2011

KUALA LUMPUR, 5 Feb — PKR menyasarkan isu subsidi gas tahunan RM19 bilion pada forum TV malam tadi dengan menegaskan, ia harus dihentikan atas alasan pembiayaan itu satu kehilangan hasil negara meskipun pakar strategi kerajaan menganggapnya sebagai membantu menjana peluang pekerjaan.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kajian Prof Jeff Rector dari Universiti Stanford pada 2005 menunjukkan 81 peratus subsidi gas pergi kepada industri dan bisnes manakala hanya 19 peratus kesannya dirasai rakyat.

Kata beliau, manfaat subdisi gas berakhir dengan “pengeksportan keluar” oleh industri.

“Pergantungan pada subsidi gas mesti dihentikan,” kata Rafizi pada forum yang disiarkan menerusi RTM1 malam tadi.

“Ia daya saing buatan bagi negara,” kata beliau.

Pemansuhan subsidi gas merupakan salah satu inisiatif disyorkan Pakatan Rakyat (PR) jika mereka mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum kelak.

Inisiatif itu disenaraikan dalam Buku Jingga dikeluarkan Disember lalu.

Ia juga menawarkan langkah memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mendakwa inisiatif itu jika dilaksanakan akan menjadikan Malaysia muflis.

Bagaimanapun menurut Rafizi, pemansuhan subsidi gas akan membantu usaha pembaharuan sistem yang ada sekarang.

“Kerajaan akan memperoleh RM19 bilion dalam bentuk hasil jika tidak lagi memberi subsidi,” katanya.

Kerajaan diwakili oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan.

Seorang lagi anggota panel forum ialah ketua eksekutif Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa Datuk Mahani Zainal Abidin yang berhujah, subsidi gas akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan.

“Meskipun 81 peratus subsidi gas pergi kepada kepada industri berorientasikan eksport, tetapi ia masih menjana pekerjaan,” kata beliau.

“Jika eksport terjejas, maka (bermakna) hilang pekerjaan,” katanya.

Mahani, salah seorang penggubal Model Baru Ekonomi (MBE) pentadbiran Najib bagaimanapun mengakui bahawa subsidi gas adalah sesuatu yang tidak diingini dalam jangka panjang tetapi bukan sesuatu yang boleh diubah dengan serta-merta.

“Ya, kita mahukan harga gas yang tinggi tetapi perubahan segera adalah sukar,” kata beliau.

“Ia isu yang kompleks,” katanya.

Syarikat minyak nasional Petronas yang terpaksa memikul subsidisi menerusi harga gas yang kekal pada November lalu berkata ia mahukan kajian semula harga gas.

Pada tahun kewangan 2009, kos subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion ataupun sembilan peratus keseluruhan pendapatannya dan ia meningkat kepada RM10.1 bilion pada separuh tahun pertama tahun kewangan 2010.

Isu subsidi gas juga satu kontroversi selama ini memandangkan pihak utama mendapat manfaat daripadanya ialah pengeluar tenaga bebas (IPP), yang mana kebanyakannya memperoleh keuntungan tinggi dan dilihat dimiliki oleh pihak-pihak memihak parti pemerintah.

Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir: Apakah Tindakan PDRM & Sekutunya Betul? Halang Peguam Jumpa 7 Yang Ditahan




KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah sokongan negara itu terhadap pemerintahan Hosni Mubarak yang ditolak rakyat

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Polis didakwa menggunakan kekerasan dengan memukul, menyepak dan memaki peserta himpunan dan difahamkan tujuh ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut.








































Polis halang peguam jumpa tahanan

Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR: Selepas 5 jam, peserta yang ditahan dalam himpunan Solidariti Rakyat Mesir masih tidak dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga mahupun peguam, kata Pengerusi Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

“Kami masih menunggu di hadapan balai polis daerah Dang Wangi bersama ahli keluarga.

“Polis masih tidak membenarkan kami untuk bertemu dengan mereka yang ditahan,” kata Latheefa kepada Keadilandaily.com sekitar jam 9.30 malam tadi.

Tujuh mereka yang ditahan adalah Hafiz Kamaruddin, Mohammad Mohd Nor, Hadi Ariffin, Zainal Dewa, Ismath Habib dan dua mahasiswa tempatan.

Latheefa berkata, pihaknya selaku panel peguam penasihat akan berusaha sedaya upaya membebaskan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.