Bekas Ahli Majlis Syura PAS, Nasharudin Mat Isa antara tetamu majlis resepsi Saiful Bukhari
KUALA LUMPUR: Sekarang musim orang kahwin. Yang suka dilihat adalah gambar Ustaz Azhar Idrus berkahwin tiga. Namun ada satu perkahwinan yang tidak berapa suka dilihat khasnya oleh ahli PAS.
Ia adalah perkahwinan Saiful Bukhari dengan pasangannya Nik Suryani Megat Deraman di Dewan Dataran Karyawan Kompleks Belia Sukan Seksyen 7 di sini malam tadi.
Pasti ada antara anda yang terlepas menonton program hangat mingguan di TV3, Melodi semalam dan buat pertama kalinya Shahz Jaszle muncul di kaca televisyen memberikan penjelasan tentang isu khalwat.
Setelah Datuk Ahmad Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, dan Datuk Husam Musa tidak terlantik ke dalam saf Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru itu; di Kuala Lumpur masih terdengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan – kononnya ada konspirasi meminggirkan Tok Guru Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar yang telah disandangnya selama 23 tahun itu.
Sewaktu saya berkunjung ke pejabat Harakah pun cerita konspirasi itu masih kedengaran di situ. Di kalangan kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat pun ada yang mempersoalkan cadangan Paksi bekerjasama (menganjurkan satu program) dengan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob, dengan alasan tidak mahu bersyubhat dengan konspirasi.