Surau Turut Dirobohkan - Air Mata Melayu di Johor Darul UMNO












Apabila hujan turun teringat trajedi semalam..

Kisah pertama : "Terlihat kelibat seorang surirumah yg sedang 'mengendong' anak lalu sy bertanya: Belum pindah lagi ke kak.. dia menjawap: tunggu masa je dik.. tu dah dengar jentera berat menderum.. kejap lagi runtuh la rumah ni.. sambil mengemas barangan dlm rumahnya...

setengah jam kemudian bila saya ke situ lagi.. jentera rumah sedang meruntuhkan rumah yg telah didiami lebih 20 tahun.. beliau hanya mampu melihat sambil air matanya tumpah.. tangisan anak yg didukong semakin kuat...

Kisah kedua : seorg surirumah baru hendak mengemas barangan rumahnya.. sepontan si-suami melarang seraya berkata ..'dah la tak payah kemas barang tu.. biar la .. dulu kita mula duduk sini tak ada pa yg kita bawa.. biarla kita keluar pun dgn kosong tangan'.. si isteri terkedu.. maka bercucurlah air mata..

Kisah ketiga : 'seorg kanak2 yg masih mentah lagi bertanya sepontan kpd si-ayah setelah rumahnya ranap diroboh.. 'Ayah malam ni kita nak tidur kat mana....".. kat sini la.. kata si-ayah dalam keadaan kalut dan binggung.. dan sempat berkata kpd sy.. kita serahkan kpd Allah utk membalasnya..

Kisah keempat: Dalam tangisan kanak2 berpakaian sekolah dgn diiiringi hujan dan dentuman guruh semasa rantaian manusia dibena utk menghalang ratusan polis menerpa demi mempertahankan rumah dan surau.. ada seorang insan yg berlainan agama dan kaum (seorg watrtawan india).. betul2 dihadapan sy .. dia mendakap kanak2 tersebut utk meredakan tangisan dan tidak terkecuali air mata insan tersebut turut tumpah atas kekejaman dihadapannya..

kisah kelima : "dalam keadaan yang agak kecoh semasa trak polis bersedia utk diisi oleh insan2 malang dan pembela insan.. polis dan anggota PTD seramai lebih 200 org berkeras utk merobohkan rumah penduduk yg berbaki 12 rumah ..

hujan terus mencurah namun semangat penduduk serta pembela penduduk tidak luntur.. terus membuat rantaian manusia utk memepertahankan hak.. bekalan elektrik dan air yg masih berfungsi utk surau dan beberapa rumah dah mula dipotong.. kanak2 mula menangis ,tidak kurang juga linangan air mata ditumpahkan oleh penduduk dan sesiapa juga yg berada disitu..

Lokasi:
Denai Pinggiran Johor ..

* JOHOR DARUL UMNO...MEMBELA NASIB MELAYU *

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

TERKINI: Kemeluti Istana Kelantan - Pelantikan Tengku Aziz tidak sah: Pengelola Istana

KOTA BHARU: Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri, Tengku Abdul Aziz Hamzah, sebagai Pemangku Raja Kelantan yang baru adalah tidak mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, beliau berkata Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan.

"Pelantikan Tengku Abdul Aziz tidak ikut Perlembagaan negeri kerana untuk sebarang pelantikan dan pemecatan ianya memerlukan dua pertiga persetujuan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri dan bukannya daripada seseorang," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Yahya Petra yang didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra, sebagai Pemangku Raja berkuatkuasa serta-merta.

Titah mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz, 76, abang kepada Tengku Razaleigh Hamzah, itu dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini hari ini.

Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: "Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus."

Katanya, Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil ahli MPN untuk diadakan mesyuarat bagi berhubung keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.
Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Tengku Muhammad Faris dan kerajaan negeri berhubung pengumuman itu.

Semalam, Tengku Muhammad Faris bertitah ayahandanya, Sultan Kelantan masih gering dan beliau kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan untuk menjalankan tugas hal ehwal negeri sejak beliau dilantik pada 29 Mei tahun lalu disebabkan Sultan Kelantan gering dan terpaksa dirawat di Hospital Mount Elizabeth di Singapura.

Baginda bertitah semua laporan mengenai kesihatan Ayahandanya selain daripada pakar doktor-doktor yang dilantik adalah tidak tepat.

Abdul Halim berkata, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Aiseri Alias, yang juga Setiausaha Majlis Perajaan Negeri. - Bernama

Detik Terakhir pesawat Pilatus Terhempas disaksi pelajar UUM: Pilot Terkorban







KUALA LUMPUR: Detik akhir pesawat Pilatus PC-7 Mark II milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejurus sebelum terhempas di kawasan hutan Universiti Utara Malaysia (UUM) dan mengorbankan juruterbangnya, Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh, pagi tadi disaksikan ratusan pelajar yang menghadiri Karnival Konvokesyen Ke-23 universiti itu.

Rakaman video menggunakan telefon bimbit daripada seorang pelajar UUM, menunjukkan pesawat kendalian Allahyarham Muhammed Zulrihan menjunam sambil berpusing-pusing di luar kawalan selepas melintas ruang udara Kompleks Sukan UUM dan melakukan aksi aerobatik pendakian menegak.

Pelajar terbabit yang pada mulanya bersorak gembira kerana menyangka aksi itu sebagai sebahagian daripada pertunjukan udara, tergamam apabila pesawat berkenaan tidak muncul selepas melewati perdu pokok di kawasan hutan itu, diikuti beberapa letupan dan kepulan asap hitam di udara.


Ketika kejadian, pengacara majlis masih lagi membacakan butiran pertunjukan udara itu manakala sebilangan pelajar yang menyedari pesawat malang itu sudah terhempas mula bergegas ke kawasan nahas.

Suasana yang sebelum itu ceria lantas bertukar cemas apabila ramai pelajar, khususnya wanita, menyedari mereka baru saja menyaksikan tragedi yang mengorbankan nyawa juruterbang TUDM.

Pihak Sedaka Sejahtera mengucapkan Takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusoh.. AL-FATIHAH

Pesawat MAS lakukan pendaratan cemas akibat enjin terbakar



Gambar hiasan



PULAU PINANG 25 Mac - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 83 penumpang dan tujuh anak kapal melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABL) di Bayan Lepas apabila bahagian enjin pesawat itu didapati terbakar di udara.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB) di sini, Abdul Wahab Mohd Yusoff berkata, penerbangan MH674 dari Singapura ke Langkawi itu membuat pendaratan cemas pada 12.30 tengah hari.

Katanya, kesemua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau memberitahu pemberita di sini, kejadian itu menyebabkan landasan LTABL ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada pukul 12.50 tengah hari.

"Pesawat itu berlepas dari Singapura pada pukul 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada pukul 6 petang ini,” katanya. - Bernama

Bila Menteri KampungKu Berani Macam Menteri Agama Brunei??.. Boleh Harap Ka!!....


Beza Menteri Islam Brunei dengan Menteri Islam Malaysia
BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

Tengku Muhammad Faris dilucut Pemangku Raja Kelantan



KOTA BARU, 25 Mac — Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan baginda sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Keputusan mengejutkan itu, yang dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan, diumumkan oleh Setiausaha Sulit baru Sultan Kelantan Datuk Wan Hashim Wan Daud pada sidang media di sini sebentar tadi.

Wan Hashim, yang pelantikannya dipertikaikan minggu lalu berkata keputusan itu diambil selepas baginda mengingkari arahan Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang dijadual 30 Mac ini.

“Berikutan daripada keingkaran Yang Maha Mulia Pemangku Raja mematuhi titah perintah Sultan Kelantan agar tidak meneruskan sebarang bentuk perayaan termasuk penganugerahan darjah-darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan rasmi ke-60 baginda Sultan Kelantan serta di atas kegagalan Yang Maha Mulia Pemangku Raja memelihara, melindungi dan mempertahankan kehormatan diri dan Perlembagaan Negeri Kelantan, maka Duli Maha Mulia Sultan Kelantan dengan ini menamatkan pelantikan Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja,” kata beliau pada sidang media di Istana Mahkota, Kubang Kerian.


Malah keputusan ini diumumkan sehari selepas Tengku Muhammad Faris Petra mengumumkan bahawa Sultan Kelantan masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan.

Semalam Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.

Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar semalam, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.TMI

Betul Ka...Mukhriz Bercakap Macam Pengerusi JKKK


Apabila Mukhriz bercakap macam pengerusi JKKK
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Prestasi pembangunan di Kedah amat mengecewakan sejak dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Kedah. Demikian dakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebelum ini seorang menteri Pusat yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut mendakwa kononnya Kedah negeri mundur. Ucapannya itu telah mendapat tempelakan dari seluruh rakyat Kedah termasuk dari penyokong dua bekas Perdana Menteri yang sebelum ini datangnya dari Kedah.

Mungkin akibat menyedari kenyataannya yang tidak disenangi oleh rakyat Kedah, maka menteri yang ‘afdhal lagi sempurna’ itu menjadi malu dan takut untuk datang ke sini sehingga memaksa beliau mengadakan mesyuarat perhubungan Umno Kedah di Sabah.
Kini, anak bekas Perdana Menteri pula yang bercakap soal prestasi pembangunan di Kedah. Jika benarlah bagai didakwa, maka jelaslah bahawa Ahli Parlimen Jerlun itu belum sedar bahawa terdapat dua kerajaan yang memerintah Kedah; iaitu Pakatan rakyat di peringkat negeri dan BN di peringkat Pusat. BN juga bertanggungjawab dalam soal pembangunan bagi setiap inci bumi Malaysia kerana mereka adalah pemerintah Pusat.

Sebagai menteri Pusat, Mukhriz patut bertanya diri sendiri apa yang dia buat selaku menteri demi pembangunan rakyat negeri Kedah. Tak usahlah fokuskan untuk Kedah, besar sangat. Fokuskan Jerlun terlebih dulu.

Sejak beliau dilantik jadi timbalan menteri, kawasannya sendiri Jerlun pun tidak berjaya dibangunkan. Dengan status menteri yang ada padanya sepatutnya dia berjaya membawa masuk pelaburan yang besar-besar untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Jerlun. Sekalipun projek besar mungkin melibatkan kelulusan dari pihak negeri kerana urusan tanah dan sebagainya, tetapi tiada masalah dalam hal tersebut kerana Menteri Besar Kedah seorang yang terbuka dan bertoleransi dengan Pusat.

Mungkin juga Mukhriz berfikir bahawa jika projek-projek untuk kebaikan rakyat dibuat oleh beliau di Jerlun mahupun Kedah, maka kerajaan negeri yang akan dapat kredit, isu itu bukan persoalan besar. Sedia dimaklumi bahawa semua projek kerajaan Pusat dilabelkan ‘Projek ini adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan’ dan diletakkan logo dacing di atasnya. Letaklah logo dacing dan wajah Mukhriz di setiap projek yang mahu dibuatnya jika itu menjadi simbol ‘keikhlasan dan tanggungjawab’ kerajaan BN. Rakyat tidak akan berkata apa-apa kerana sudah biasa dengan situasi keriyakan BN itu.

Persoalan besarnya mengapa Mukhriz tidak buat? Bercakap berdegar-degar menghentam kerajaan negeri walhal diri sendiri mahupun kerajaan sendiri (Pusat) tidak berbuat apa-apa. Apa yang dibuat oleh Mukhriz di Jerlun hanyalah turun ke kampung menghulur beras, gula dan kopi. Kalau setakat menteri turun nak hulur beras, lebih baik dia letak jawatan dan cari jawatan lain yang lebih rendah. Rasanya Pengerusi JKKK adalah jawatan yang lebih layak untuk beliau berdasarkan tindakan dan pandangan sempitnya berhubung isu pembangunan di Kedah.

Yang bertungkus-lumus membawa masuk pelaburan ke Kedah hanya kerajaan negeri saja. Hujung tahun lalu, pelaburan bernilai 1 Billion dari First Solar masuk ke Taman Teknologi Tinggi Kulim. Angka itu menjadikan Kedah sebagai negeri keempat di negara ini dari segi jumlah pelaburan masuk.

Di pihak mereka, bukan setakat gagal membawa masuk pelabur tetapi juga cuba membuat onar untuk menghalang kemasukan pelabur. Baru-baru ini Pemuda BN mengadakan perhimpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman kononnya berlaku krisis air di Kedah, walhal tidak berlaku seperti digembar-gemburkan. Jika terdapat pelabur yang terpengaruh dengan dakyah BN itu pastinya mereka akan takut untuk datang melabur.

Di awal pemerintahan kerajaan Pakatan dua tahun lalu, para pelabur dan bakal pelabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim cuba dipengaruhi pihak tertentu supaya meninggalkan Kedah kerana negeri ini diperintah oleh Taliban. Mujur kebanyakan mereka datang sendiri mendapatkan maklumat sebenar dari Menteri Besar, maka tidak jadilah mereka melarikan diri kerana ‘takutkan Taliban.’

Baru-baru ini Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Kedah mengadakan demonstasi menuntut ahli-ahli persatuan itu diberi peluang mendapat tender projek landasan keretapi berkembar yang dibuat oleh syarikat Gamuda bernilai RM13 Billion. Walaupun 60 peratus daripada projek itu dijalankan di Kedah, tapi kontraktor dari Kedah khususnya Bumiputera tidak dapat merasa sesen pun dari projek yang besar itu. Projek tersebut adalah projek Pusat dan Gamuda adalah syarikat kroni pemimpin Umno, tapi kontraktor Bumiputera di Kedah jangankan nak merasa ‘kuah’, ‘tulang’ pun tak dapat. Menteri-menteri dari Kedah termasuk Mukhriz buat apa?

Satu lagi isu yang disebut anak Dr. Mahathir itu ialah kononnya kerajaan negeri gagal mengeksploit aset pelancongan, misalnya Langkawi. Dia bercakap tidak berlandaskan fakta kerana ternyata selepas setahun Pakatan mengambil-alih kerajaan kedatangan pelancong ke pulau lagenda itu bertambah dari 2,303,098 orang (2008) kepada 2,492,692 orang (2009). Pelbagai program menggalakkan pelancongan dibuat oleh kerajaan negeri, walhal Majlis Tindakan Pelancongan yang ditubuhkan oleh pusat di negeri ini nampaknya tidak berbuat apa-apa. Mungkin mereka khuatir jika pelancong ramai ke Kedah maka kerajaan negeri juga yang akan dapat nama. Lagi-lagi ‘nama’ yang difikirkan, buat kerja kerana undi bukannya ikhlas nak jaga kepentingan rakyat.

Dalam satu program promosi pelancongan yang diadakan di Singapura, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah tidak menyertainya. Jika sudah enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mempromosikan negeri ini di mata pelancong, lebih baik Majlis Tindakan Pelancongan negeri-negeri di bawah negeri Pakatan ditutup saja. Buat apa nak beri gaji buta kepada mereka kerana duit gaji itu datangnya dari rakyat bukannya dari tabung Umno.

Isu besar yang melanda pemimpin Umno Pusat, khususnya yang datangnya dari Kedah, ialah mereka masih tidak sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat Kedah, bukan kerajaan negeri semata-mata. Lantaran itu mereka mencari jalan untuk menyalahkan negeri dalam apa jua isu yang berlaku di Kedah.

TERKINI - Tarikh 10 Mei Dipilih: Bermula Perbicaraan Anwar

KUALA LUMPUR 25 Mac – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 10 hingga 14 Mei ini untuk perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kemudiannya disambung semula pada 31 Mei hingga 4 Jun , 14 hingga 23 Julai dan 2 hingga 30 Ogos

TAHNIAH!! MalaysiaKini Yang Dituduh Dajal Oleh Bang Brahim


Malaysiakini dianugerah jenama utama media


Malaysiakini - portal berita nombor satu negara - diiktiraf sebagai salah satu jenama pilihan utama rakyat Malaysia di majlis sulung Anugerah Jenama Putra di ibunegara, malam tadi.

Malaysiakini terpilih sebagai penerima salah satu daripada enam anugerah jenama media utama Malaysia bersama dengan stesen TV Astro, TV3, 8TV, akhbar The Star dan enjin carian global Google.

Menurut hos anugerah tersebut - Persatuan Agensi Pengiklan Bertauliah Malaysia (4As), Anugerah Jenama Putra adalah unik kerana para pengguna Malaysia sendiri yang membuat pilihan.

Satu sistem penyelidikan pilihan pengguna, membabitkan 6,000 orang, membantu memilih jenama paling digemari di Malaysia dalam 18 kategori, dengan tiga jenama utama bagi setiap kategori, menerima anugerah emas, perak dan gangsa.

Ini merupakan sampel penyelidikan pengguna terbesar yang pernah dijalankan di seluruh negara, meliputi Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

Malaysiakini memenangi piala gangsa dalam kategori 'media dan hiburan'. Pemenang lain bagi kategori yang sama ialah TV3 (gangsa), The Star dan 8TV (perak), Astro dan Google (emas).

Presiden 4As, Vincent Lee berkata pemilihan tersebut dianjurkan dengan kerjasama Anugerah Jenama Paling Bernilai Malaysia (MMVB).

MMVB memilih jenama terbaik berdasarkan penilaian kewangan, manakala Anugerah Jenama Putra pula memilih jenama terbaik berdasarkan pilihan pengguna.

"Anugerah Jenama Putra adalah satu kajiselidik yang dijalankan untuk mengukur tahap keyakinan pengguna. Kita mempunyai 6,000 respon online, berdasarkan ciri-ciri utama yang menjadi pilihan pengguna. Ia adalah suara pasaran," kata Lee.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan menerima anugerah tersebut daripada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di di majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang di Hotel Mandarin-Oriental di ibunegara malam tadi.

Sokongan pembaca setia

"Malaysiakini menyambut ulangtahun ke-10 baru-baru ini. Anugerah ini merupakan hadiah harijadi yang amat bermakna bagi kami," kata Gan.

"Malah, kami tidak pernah menyangka, pada suatu hari, Malaysiakini akan muncul sebagai salah satu jenama paling popular di negara ini".

Gan berkata, anugerah itu adalah hasil kegigihan dan dedikasi kakitangan Malaysiakini serta sokongan ribuan pelanggan dan pembaca setia portal berita tersebut.

Malaysiakini yang dilancarkan pada 1999 dan kini diterbitkan dalam empat bahasa, telah menarik lebih 37 juta tatapan setahun.

Portal berita nombor satu negara ini juga sebelum ini menerima anugerah daripada majalah Asiaweek dan Business Week serta Institut Akhbar Antarabangsa - sebuah badan pemantau kebebasan akhbar - yang beribupejabat di Vienna.

BANTULAH: Pesara MADA Jadikan Lori Tempat Tinggal Selepas Rumah Terbakar

Sekeluarga jadikan lori tempat tinggal

KAMPUNG BANGGOL TAMBAK - Bagi keluarga Ab Rahman Hassan, 59, yang kehilangan rumah dalam kebakaran beberapa hari lalu, terpaksa digunakan lori sebagai tempat tinggal mereka.

Menurutnya, dia sekeluarga terpaksa menetap di dalam sebuah lori kerana ketiadaan wang untuk membina rumah baru menggantikan rumah lama yang musnah itu.

Katanya, kebakaran itu mengakibatkan dia kerugian RM250,000 apabila dua motosikal dan keseluruhan rumah dua tingkatnya musnah dalam kebakaran itu.

Abd Rahman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam ketika dia baru sahaja keluar ke rumah bapa saudara di Lubuk Merbau pada jam 7.15 petang dan dia terkejut setelah menerima panggilan daripada seorang anak memaklumkan kejadian itu.

“Saya membawa isteri, seorang anak dan bapa segera bergegas pulang setelah dimaklumkan akan kejadian itu.

“Saya mendapati keseluruhan rumah sudah terbakar menyebabkan saya tidak sempat menyelamat sebarang benda di dalam rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ab Rahman berkata, kebakaran itu katakan bukan berpunca disebabkan pendawaian atau api dapur tetapi faktor lain.

“Setelah siasatan dijalankan pihak bomba, mereka memaklumkan bahawa punca kebakaran bukan disebabkan pendawaian elektrik atau api memasak,” katanya.

Katanya, dia memohon mana-mana pihak yang bersimpati kepadanya dapat memberi sumbangan membina semula rumah kerana tidak sanggup untuk terus menetap di dalam lori itu.

“Saya merupakan pesara Mada memperoleh wang pancen sebanyak RM830 sebulan dan kini menoreh getah dan tidak mampu membina semula rumah memandangkan dua anak masih lagi bersekolah,” katanya.

Dalam kejadian itu, Sinar Harian dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob; ADUN Tokai, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul; Puteri UMNO Pendang, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut turun padang melawat mangsa bencana.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Pendang merangkap Ketua Perkasa Negeri Kedah, Shahrol Niza Omar dan Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Tobiar memberi sumbangan wang tunai.

Selain itu, Pengurus Felcra Kubur Panjang, Othman Awang yang turut melawat mangsa bencana berkata, Felcra akan memberi bantuan segera membaik pulih rumah kepada mangsa.

Menurutnya, Felcra akan membantu membaik pulih dengan nilai maksimum RM5,000 yang akan diuruskan secepat mungkin.

“Saya akan membawa kumpulan siasatan terlebih dahulu ke lokasi bencana ini agar pengurusan bantuan dapat disalurkan dengan segera.

“Felcra mempunyai peruntukan untuk membaik pulih rumah mangsa yang terlibat dengan bencana dengan had tidak melebihi RM5,000,” katanya.

Sinar Harian

LAWAK PILIHANRAYA: Titi Tinggi Tetap Titi Tinggi Tak Rendah2

Yip tarik balik surat letak jawatan

ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, Namun hanya melalui melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ketika dihubungi , Yazid mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kira-kira jam 7 malam ini. Demikian seperti dilapor oleh Malaysiakini.

Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.

Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama pada hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.

Selain itu anehnya sebelum ini tersebar berita bahawa barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam kelmarin yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

Demikianlah nampaknya berakhir sudah isu di Titi Tinggi Perlis yang sempat memanas suasana politik di negeri yang terkenal dengan julukan Indera Kayangan itu.

Bola Sepak Piala MB Kedah: Sapa2 Yang Rasa Terer Main Cepat Pi Daftar Untuk Wakili Purnama Gemilang


Pemilihan pemain DUN Guar Chempedak ke Piala Menteri Besar

Semalam panggilan telepon diterima dari Habib Karim dari pengurusan Purnama Gemilang mengatakan pasukannya telah terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak ke kejohanan liga bolaspepak Piala Menteri Besar. Tahniah diucapkan kepada beliau dan pasukannya.

Beliau ada menyatakan beberapa orang pemain dari pasukanya tidak layak bermain untuk piala ini kerana masalah alamat mereka seperti tidak berada didalam DUN Guar Chempedak. Syarat utama untuk layak menyertai liga ini ialah semua pemain didalam pasukan ini hendaklah beralamat didalam DUN N21 Guar Chempedak.

Ini bermakna mana-mana pemain berbakat dan ini mencuba nasib kekejohanan lebih tinggi adalah dipelawa untuk ke pemilihan tersebut dipadang awam Guar Chempedak. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian. Mereka bolehlah menelepon Saudara Habib Karim untuk pertanyaan. Nombor telepon beliau adalah 0194778232.

Syarat utama ialah alamat pemain di kad pengenalan mestilah berada didalam DUN N21 Guar Chempedak, berumur dari 18 tahun hingga 25 tahun, boleh berdikari, mempunyai semangat permainan bolasepak yang tinggi dan ingin maju dalam bidang bolasepak dan akur dengan pengurusan pasukan.

Sebahagian pemain dari pasukan ini dikekalkan dan pemain yang berbakat dibahagian penyerang dan tengah sangat dialu-alukan terutamanya penyerang yang berbakat seperti Lionel Messi dan pemain tengah yang berbakat seperti Ronaldhino atau Kaka. Sesiapa yang berbakat seperti mereka sangatlah dialu-alukan untuk datang kepemilihan tersebut.

Kejohanan Piala Menteri Besar juga merupakan pentas untuk pemilihan pemain keperingkat lebih tinggi terutama mana-mana pemain yang memasang niat untuk mewakili pasukan negeri. Jadi mana-mana pemain yang terpilih untuk mewakili DUN Guar Chempedak mereka perlulah bersungguh-sungguh kerana permainan mereka diperhatikan.

Pihak pengurusan Purnama Gemilang menjemput mana-mana pemain yang berkelayakan untuk datang ke pemilihan tersebut.

Sahabat Link: http://lantaat.blogspot.com/

Bangunan 100 Tahun Hangus - 24 Maut Lebih 20 Cedera


ANGGOTA bomba, disaksi orang ramai, cuba memadamkan kebakaran besar di sebuah bangunan lama di Calcutta, India, semalam.

Polis percaya kebakaran berpunca dari lif

CALCUTTA: Kebakaran besar memusnahkan sebuah bangunan tujuh tingkat di sini mengorbankan 24 orang, termasuk dua mangsa yang melompat menyelamatkan diri, namun menemui ajal sambil diperhatikan orang ramai yang bersesak di kawasan itu, kata pihak berkuasa semalam.

Jumlah kematian akibat kebakaran kelmarin pada mulanya enam orang, namun anggota bomba kemudian menemui 18 lagi mayat di dalamnya, kata Pesuruhjaya Polis Gautam Mohan Chakraborty. Kira-kira 20 cedera dalam kebakaran di bandar sesak di timur India.

Polis sedang menyiasat punca kebakaran yang dipercayai bermula dari sebuah lif, kata pegawai polis, Javed Shamim.

Dua melompat sehingga maut dan empat gagal diselamatkan akibat melecur teruk di sebuah hospital, kata Setiausaha Dalam Negeri, Ardhendu Sen. Lima daripada 20 yang dirawat di hospital dalam keadaan parah, kata Sen kepada The Associated Press.

Ribuan orang berkumpul di bahagian sesak bandar itu bagi menyaksikan anggota bomba menggunakan tangga untuk menyelamatkan puluhan mangsa yang terperangkap di dalam bangunan pejabat dan pangsapuri, ketika asap tebal dan api keluar dari tingkat empat dan ke atas. Hampir 100 anggota bomba menghabiskan beberapa jam memadam kebakaran.
Bangunan hampir berusia 100 tahun itu terletak di kawasan sesak Park Street di sini terdiri daripada pejabat, pangsapuri dan restoran. – AP
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.