LAWAK PILIHANRAYA: Titi Tinggi Tetap Titi Tinggi Tak Rendah2

Yip tarik balik surat letak jawatan

ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, Namun hanya melalui melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ketika dihubungi , Yazid mengesahkan bahawa beliau menerima SMS dari Yip pada kira-kira jam 7 malam ini. Demikian seperti dilapor oleh Malaysiakini.

Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan kerana ada sebarang janji yang ditawarkan.

Isnin lalu, Pada Yip, 52 menghantar surat peletakan jawatan sebagai ADUN Titi Tinggi kerana kecewa tidak dilantik semula memegang jawatan exco kerajaan negeri Perlis.

Tempatnya digantikan oleh ADUN Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor.

Sementara itu dalam perkembangan yang sama pada hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggap ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn masih seorang wakil rakyat yang sah.

Menurut Pengerusinya,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf, selagi peletakan jawatan itu belum dimaklumkan oleh speaker DUN Perlis Datuk Yazid Mat kepada pihaknya, Yip masih wakil kerusi itu yang sah.

Selain itu anehnya sebelum ini tersebar berita bahawa barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam kelmarin yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

Demikianlah nampaknya berakhir sudah isu di Titi Tinggi Perlis yang sempat memanas suasana politik di negeri yang terkenal dengan julukan Indera Kayangan itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.