Sungguh mengejutkan dan sesuatu yang sungguh mengharukan kita apabila dilaporkan rupanya Festival Seksualiti Merdeka sebenarnya sudah dianjurkan di negara ini sejak tahun 2008 lagi. Anehnya, kenapa baru sekarang semua pihak berbunyi dan menyalahkan pihak tertentu?.
Malah, ramai yang menuding jari menyalahkan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga Sreenevasan. Malah dalam artikel kami yang terdahulu juga ada menegur perbuatan beliau itu. Terkadang, akibat maklumat yang salah dan tidak tepat maka kita terpaksa melatah dan membuat berbagai kenyataan melulu. Begitu juga berbagai dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh beberapa buah NGO yang membuat laporan polis terhadap Ambiga, kononnya beliau menjadi penganjur program tersebut.
Namun, akhirnya Ambiga tampil mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bukanlah Penganjur sebaliknya hanya dijemput khas untuk merasmikan progran tersebut. Maka, denga kenyataan itu kita keliru apakah cerita dibelakang tabir tentang isu kontroversi ini. Akhirnya berita mengejutkan diterima hari ini bila Persatuan Mahasiswa UKM (PMUKM) musykil mengapa pihak berkuasa, khususnya polis dan pelbagai pihak yang tiba-tiba sahaja hendak bertindak mengharamkan Festival Seksualiti Merdeka sedangkan ia sudah wujud sejak 2008.
Dalam satu kenyataan media, biro kerohanian dan pembangunan insan, PMUKM berkata program yang sama juga pernah dirasmikan oleh anak seorang pemimpin utama negara dan dibiarkan sebegitu tanpa sebarang bantahan. Soalnya, siapakah anak pemimpin negara terbabit?. Apakah ia anak pemimpin pembangkang atau UMNO Barisan Nasional?.
Rupa-rupanya, anak pemimpin terbabit ialah Marina Tun Mahathir (foto), iaitu anak mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO sendiri. Maka, kenapa pula tiba-tiba isu ini dikecohkan?. Sedangkan ia sudah diadakan sebelum ini?. Mungkin agaknya kerana Ambiga merupakan "wanted" selepas dia menjadi Pengerusi Bersih 2.0 Julai lau.
Lantaran itulah, masing-masing melatah dan memainkan isu ini seolah-olah beliau adalah penganjurnya. Sedangkan dibelakang tabir program tersebut ialah anak bekas Pemimpin UMNO sendiri sebenarnya?.
Inilah yang meragukan kita sebenarnya. Tambahan pula bantahan kuat diterima daripada NGO yang dilihat pro kepada kerajaan. Memang benar ada beberapa kerat pemimpin pembangkang yang turut membangkang, namun mereka mungkin keliru dengan isu yang sebenarnya. Justeru pihak penganjur program terbabit perlu bangkit dan memaklumkan perkara sebenar yang berlaku dalam kontroversi ini. Jika benar, Marina mengundang Ambiga untuk merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 maka sepatutnya Ambiga tidak wajar dipersalahkan.
Malah, beliau mungkin hadir selepas melihat program yang sama sudah berjalan sebelum ini tanpa ada sebarang bantahan. Malah, program berkenaan juga sudah melepasi proses permohonan yang sewajarnya dengan pihak berkuasa. Jika tidak, mana mungkin ia boleh diadakan. Marina mungkin mengundang Ambiga kerana beliau turut diundang oleh bekas Presiden Majlis Peguam itu ke Perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini.
Lantaran itulah Ambiga bersetuju untuk hadir ke program tersebut. Seksualiti Merdeka adalah kumpulan memperjuangkan kebebasan seksualiti (homo) di Malaysia. "Seksualiti" merujuk kepada sifat atau tabii seks manusia, sementara "merdeka" adalah merujuk kepada "kebebasan" (hak asasi).
Festival yang berunsurkan hak kebebasan seksualiti (Sexuality Rights Festival) rakyat Malaysia ini diadakan setiap tahun (bermula 2008), yang berpusat di Kuala Lumpur. Program ini berbentuk seperti "Gay Parade" jika ia dianjurkan di negara-negara barat.
Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula
telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011 [Dari penjelasan di atas, maka ternyata program ini adalah salah satu kumpulan festival "haram" yang memperjuangkan hak asasi "kaum" homoseksual iaitu lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) atas nama kebebasan dikalangan anak-anak muda di Malaysia. Apa yang mengejutkan kini ialah, rupanya disebalik program ini, terdapat tokoh Melayu-Islam (anak pemimpin parti politik) yang tegar menyokong aktiviti ini, dan individu tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Marina Mahathir.
Marina hadir ke Bersih 2.0 atas undangan Ambiga, maka kini Marina pula
telah menjemput Ambiga merasmikan Festival Seksualiti Merdeka 2011
Maka, kenapa kerajaan dan pihak-pihak yang berkenaan tidak kecoh sebelum ini?. Jawapannya cukup muda, kerana program kali ini mahu dirasmikan oleh Datuk S.Ambiga yang dikatakan cenderung kepada pembangkang. Bayangkan jika beliau menyokong UMNO BN, maka sudah pasti program ini tidak akan diganggu agaknya. Malah, paling mengejutkan program terbabit juga melibatkan beberapa orang tokoh terkenal tanahair yang lain sebenarnya. Jika ini keadaannya, maka tidak hairanlah kerajaan membenarkan kehadiran penyanyi "Gay" Elton John ke Malaysia hujung bulan ini.
Rupa-rupanya sudah ada ketetapan yang dibuat oleh kerajaan tentang aktiviti sonsang ini sejak sekian lama. Maka, usahlah melatah dengan Datuk S.Ambiga dalam isu ini kerana ia hanyalah permainan media untuk membuktikan kononnya pembangkan menyokong program tersebut. Sedangkan, sudah jelas bahawa ramai pemimpin PAS sendiri memang menolak program tersebut].