Cawangan PAS Tak Wujud Di Kuala Kedah Tapi Ada Ketua PAS... Ketua Bahagian Tertipu Ahmad Marzuki adalah JKKKP


Media talibarut UMNO Be End dakwa kununnya 225 ahli PAS di ketuai Ahmad Marzuki masuk UMNO di Kuala Kedah.

Maklumat sebenarnya untuk diketahui ialah:

1. Ahmad Marzuki bukan ahli PAS, sebaliknya adalah ahli UMNO dan merupakan seorang JKKKP.

2. PAS Kawasan Kuala Kedah tidak pernah ada cawangan yang bernama Lahar Buluh.

3. Hanya ada 4 orang kemungkinan penyokong PAS sedang dipastikan. Mereka yang terlibat dikatakan tidak berpuas hati berkaitan bantuan banjir. Walau bagaimanapun itu cuma 'alasan yang dicipta' kerana mereka telah pun menerima bantuan banjir.

3. Sementara selebih seperti yang didakwa bukan dari ahli PAS sebaliknya ahli-ahli dan penyokong UMNO.

Maklumat di atas telah diberikan oleh ADUN Kubang Rotan YB Mohd Nasir Mustaffa serta beberapa anggota PAS yang mengetahui isu tersebut.

************************************************************************************************

Laporan Utusan Meloya

225 anggota Pas Kuala Kedah sertai UMNO

01/05/2011 12:56pm

ALOR SETAR 1 Mei - Seramai 225 anggota Pas Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyertai UMNO.

Ahmad Marzuki, Ketua Pas cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah sebelum ini, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah pada satu majlis di pekan Kubang Rotan, dekat sini semalam.

Ahmad berkata mereka bertindak keluar Pas kerana sudah tidak percaya dan yakin dengan cara Azizan dan Pas mentadbir negeri kerana tidak menunaikan janji-janji pilihan raya kepada rakyat.

"Kami yang setia tertunggu-tunggu janji pemimpin Pas tetapi sampai sekarang satu apapun tidak mereka tunaikan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang menyertai UMNO itu.

Latt Shariman berkata pintu UMNO Kuala Kedah sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menyertainya termasuk anggota Pas.


*******************************




‘255 ahli PAS Kuala Kedah sertai UMNO’. Demikian tajuk yang tertera dalam akhbar harian primitif yang menjadi talibarut UMNO Be End sejak berzaman iaitu Utusan Meloya ataupun orang kampung sebut Utusan Malaysia.

Mokalu 20 tahun dulu berita macam ni disiarkan dalam akhbar maka rakyat akan telan bujuq-bujuq apa yang disampaikan tu sebab tiada media alternative untuk menyalurkan info. Tapi lanie zaman siber, dunia tanpa sempadan. Orang dengar satu pihak, lepas tu depa akan cari maklumat pihak lain.

1. Sejak PAS diwujudkan pada tahun 1951, dalam sejarah Kedah belum pernah berlaku pengeluaran serentak secara besar-besaran dari PAS ke dalam masuk UMNO melebihi 10 orang. Jika berlaku keluar beramai-ramai sampai berpuluh, beratus, beribu orang, maka sah itu berita bohong. (Ini panduan paling asas.)

2. Mai kita teliti pembohongan dalam berita Utusan Meloya tu. Dia sebut dalam berita ‘menurut ahli Muslimat PAS Kuala Sungai Rahaiza Rahim, 31’. Dalam foto yang disiarkan kelihatan Rahaiza Rahim sedang berucap, di bawahnya tertera caption ‘Bekas ahli PAS, Rahaiza Abd Rahim (kiri) dari Kampung Kubang Pangas mewakili 225 rakannya berikrar meninggalkan...’. Yang mana satu betul, Rahaiza ahli PAS Kubang Pangas atau Kuala Sungai?
Jawapannya ialah kedua-dua fakta itu bohong. Tiada nama Rahaiza Rahim dalam daftar keahlian Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Kedah. Begitu juga tiada cawangan yang bernama ‘Kuala Sungai’ dalam kawasan Kuala Kedah.

3. Utusan Meloya menyebut Ketua PAS Cawangan Lahar Buluh, Ahmad Marzuki keluar PAS masuk UMNO. Dalam daftar PAS Kawasan Kuala Kedah tiada cawangan bernama Lahar Buluh dan tiada ahli PAS bernama Ahmad Marzuki. Fakta sebenarnya ialah Ahmad Marzuki adalah seorang JKKKP. Ghalibnya JKKKP mestilah ahli UMNO. Maknanya ahli UMNO masuk UMNO.

Kepada agensi berita penipu rakyata BERNAMA dan akhbar talibarut UMNO Utusan Meloya, lain kali kalau nak buat penipuan dalam berita kena pi belajaq dekat Datuk Eskay. Jangan bagi wujud percanggahan fakta. Tak apa Utusan Meloya jangan putus asa buat kerja fitnah dan bohong, cuba lagi...

BERANI: Inilah Gambar Kereta Sport Dipandu Lelaki Di Bawah Treler 18 Tayar Yang Sedang Bergerak Selaju 64km...


KERETA Mazda MX-5 menyelinap di bawah treler.


MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Ini bukan adegan filem tetapi satu realiti. Seorang pemandu mengundang padah dengan memandu kereta sportnya di bawah sebuah treler yang sedang bergerak, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.

Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.

"Saya tidak percaya melihat aksinya. Dia mengundang bahaya kepada semua pemandu lain. Kadangkala kebodohan manusia tidak mengenal batasan," kata seorang saksi Ben Ellis yang merakam kejadian itu baru-baru ini. - Agensi

Gambar2 Sempena Himpunan Hari Buruh Di Ibu Negara : 18 Ditahan Polis










Seramai 18 orang, termasuk anggota parlimen Sungai Siput Dr M Jeyakumar Devaraj ditahan dalam perhimpunan sempena hari buruh di ibu negara hari ini.

Selain beliau, turut ditahan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvam ketika cuba berunding dengan pihak polis, dipercayai daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields.

NONEJeyakumar ditahan berdekatan Jalan Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi selepas rundingan beberapa minit dengan pihak polis.

Sehubungan tangkapan itu, kira-kira 200 peserta perhimpunan itu berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dekat Maju Junction di ibu negara.

Mereka tidak mahu berganjak selagi teman-teman mereka tidak dibebaskan. Suasana meriah dengan nyanyian lagu "Internationale" - lagu yang sinonim dengan perjuangan pekerja seluruh dunia.

Kumpulan itu bagaimanapun bersurai tengah hari tadi dengan sebahagian daripada mereka bertukar arah ke balai polis Dang Wangi dekat Jalan Maharajalela bagi memberikan sokongan kepada rakan mereka yang dibawa ke situ.

may day march 010511 sit in at suhakamJumlah tangkapan bagaimanapun belum dapat disahkan dengan pihak berkuasa.

Lebih 70 NGO turut serta dalam perhimpunan tradisi setiap 1 Mei itu. Pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit berhimpun.

Bermula jam 10 pagi tadi, berlaku demonstrasi kecil depan Maju Junction-Pejabat Tabung Haji.

Kumpulan itu, termasuk pelajar memakai ikat kepala hitam dengan tulisan "May Day Parade" dan membawa beberapa kain rentang antikapitalis.

Mereka membantah perjanjian perdagangan bebas dan keadaan semasa pekerja.

Perhimpunan itu juga diadakan bagi menuntut gaji minimum ditetapkan bagi golongan pekerja.

TERKINI : PRU 13 Bakal Diadakan Antara Ogos Hingga September Tahun Ini - DS Anwar



KUALA LUMPUR — Pendirian ultra Melayu makin ketara yang diperlihatkan oleh Umno selain kemunculan seks video yang bertujuan mencemar imej kepimpinan Pakatan Rakyat adalah petanda-petanda jelas pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 sebelum Ogos ini.

Barisan Nasional (BN) menguasai Dewan Rakyat dengan majoriti mudah.

“Saya boleh kata sebelum (bulan) puasa, sebelum Ogos (bulan Ramadan mengikut kalendar Islam). Jika tidak, sejurus selepas bulan puasa,” kata Anwar kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini.

Bulan Ramadan akan bermula awal Ogos di mana umat Islam akan mula berpuasa selama sebulan dan disusuli dengan sambutan Aidilfitri awal September.

Sebulan selepas itu umat Islam akan pergi ke Mekah untuk menunaikan haji. Bermakna ada ruang selama sebulan antara awal Syawal sebelum musim haji bermula.

Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada 8 Mac 2008 dan mandat semasa akan berakhir April 2013.

Desas-desus sebelum ini menyebut pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan awal tahun ini, tetapi setakat ini ramalan itu telah meleset.

Malah ramalan seterusnya menyebut bahawa pilihan raya umum akan diadakan sejurus selepas pilihan raya negeri Sarawak, yang berakhir 16 April lalu, juga meleset.

Penganalisis dan pemerhati berkata tidak mungkin pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam sebulan dua ini ekoran prestasi di Sarawak di mana BN hanya memperoleh 55 kerusi, lebih rendah berbanding 2006, walaupun jumlah itu melebihi majoriti dua pertiga.

Selain undi populariti yang menurun, sokongan pengundi Cina juga belum kembali pulih.

Justeru, penganalisis dan pemerhati memberi tarikh baru pilihan raya umum iaitu pilihan raya akan diadakan pada suku akhir tahun ini ataupun awal tahun depan.

Video seks, yang si pelakunya didakwa mirip Anwar, telah didedahkan oleh “Datuk T” yang terdiri daripada tiga individu termasuk bekas ketua Pemuda Umno dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pada 21 Mac lalu — pada hari pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Anwar yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan si pelaku dalam rakaman video itu.

Tiga hari lalu, rakaman video seks yang tidak diedit dimuat naik di YouTube, dilihat sebagai langkah mengenakan tekanan ke atas Anwar, Ketua Pembangkang, yang sejak lebih sebulan lalu menafikan beliau sebagai si pelaku dalam aksi seks terbabit.

Rakaman video itu dibahagi kepada empat segmen dan berlarutan kira-kira empat minit dan 28 saat.

Video seks 21 minit itu buat kali pertama dipertontonkan kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara di sini, 21 Mac lalu.

Pada sidang media 24 Mac lalu, Rahim berkata rakaman video seks itu didedahkan untuk membuktikan “lelaki yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak.”

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada akan memanggil Anwar membela diri ataupun membebaskannya daripada tuduhan liwat itu pada 16 Mei ini.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang diadakan sehari sebelum rakaman video tidak diedit itu disiarkan, Anwar berkata, waktu BN menggunakan media arus perdana untuk membangkitkan isu video seks itu menunjukkan pilihan raya umum tidak jauh.

“Lihat bagaimana mereka (BN) menguruskan media, mereka kelihatan sangat terdesak . . . ini adalah kad terakhir mereka.

“Adakah anda boleh membayangkan mana-mana negara menggunakan pornografi sebagai bahan kempen khususnya negara-negara Muslim . . . saya tidak pernah melihat perkara ini ketika saya berada dalam Umno,” kata Anwar yang bekas timbalan perdana menteri dan bekas timbalan presiden Umno.

Anwar dipecat pada September 1998.

Selain itu, Anwar juga memberi amaran bahawa pendirian Melayu ultra Umno sejak kebelakangan ini satu lagi petanda bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, memandangkan parti itu kelihatan semakin ekstrem untuk mendapatkan undi orang Melayu.

“Mereka perlu menggunakan (elemen) perkauman yang melampau ini . . . apa lagi mereka boleh lakukan?

“Kami tidak tahu apa yang Najib percayai... Utusan bercakap mengenai 1 Melayu manakala NST (New Straits Times) pula 1 Malaysia,” katanya lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.