Mana PERKASA Tak Mahu Ikut Demo Pasai Kerajaan Lulus Judi Bola...


KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

Al-Fatihah : Ashaari Muhammad Kembal Kerahmatullah

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

"Ini siri lawatan biasanya ke rangkaian perniagaan Global Ikhwan," kata Marzuki kepada Bernama selepas jenazah Allahyarham Ashaari disembahyangkan di sebuah banglo milik syarikat itu di Ipoh.

Marzuki berkata rumah berkenaan adalah rumah tamu syarikat berkenaan.

Rombongan yang membawa jenazah Allahyarham ke Rembau berlepas dari rumah berkenaan pada kira-kira 5.30 petang tadi.

Kira-kira 200 pengikut Allahyarham turut berada di rumah berkenaan.

Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994.

Apabila ajaran Al-Arqam diharamkan, Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan aktivitinya berada di kemuncak sekitar lewat 80-an dan 90-an dan dilaporkan mempunyai kira-kira 10,000 pengikut.

Kumpulan itu dilaporkan menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.

Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malukah Aku Bila Terpaksa Bersua Di Kamar Perbicaraan??? Ezam

Hari ini pertama kali Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersua muka dengan bekas orang kuatnya,Ezam Mohd Noor setelah sekian lama.

Pertemuan yang tidak dapat dielakan itu akan berlangsung dalam kamar perbicaraan kes liwat Penasihat PKR itu di komplek mahkamah Kuala Lumpur.

Beliau dijadual ke mahkamah jam 2 petang.

Ezam yang baru-baru ini dilantik sebagai Senator perlu masuk seketika ke dalam kamar mahkamah kerana proses pengecaman.

Ini kerana Saiful Bukhari Azlan dalam keterangannya Selasa memberitahu bekas Setiausaha Politik Anwar masa di Kementerian Kewangan dulu itu antara orang yang ditemuinya sebelum membuat laporan polis mengenai kes liwat itu.

Katanya mereka bertemu antara tengah malam 27 Jun dan awal pagi 28 Jun 2008 di Tasik Putri Rawang.

Dalam pertemuan yang disertai oleh rakannya “Rahimi” dan bapa saudaranya “ Tuah”, Saiful memberitahu dia telah dianiaya.

Pada ketika yang sama “perbicaraan’ kes liwat Anwar nampaknya tidak kurang hangatnya di luar lingkungan kompleks mahkamah apalagi melihat pada senarai nama-nama yang disebut Saiful yang ditemuinya untuk mengadu mengenai masalahnya.

Ini termasuklah pertemuan 20 minit dengan Perdana Menteri (ketika itu TPM) di rumahnya di Jalan Duta,Kuala Lumpur.

“Show ini adalah lebih baik dari sebuah filem Tamil,” kata Anwar

Hari Ini 13 Mei : Jangan "Bergurau" Berhubung Tarikh Ini

PAS memberi amaran kepada semua pihak termasuk Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) supaya jangan sesekali “bergurau” berhubung tarikh 13 Mei kerana peristiwa berdarah itu sangat sensitif.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata tindakan memilih tarikh 13 Mei untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah 13 Mei itu adalah satu sentimen perkauman yang sempit.

“Hari ini Gertak memberitahu bahawa tarikh 13 Mei dipilih kerana hanya ketika itu bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masa lapang untuk hadir.

“Alasan tersebut tidak boleh diterima dan saya rasa rakyat Malaysia juga mempunyai pendapat sama,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Perhimpunan “Melayu Bangkit” anjuran Gertak, yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan, dipercayai ekoran tekanan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Pihak penganjur berkata ia ditangguhkan selepas mendapat arahan Institut Integriti Terengganu (IIT) kerana melibatkan isu keselamatan negara.

Pengerusi Gertak, Razali Idris berkata IIT telah menasihatkan supaya perhimpunan tersebut ditangguhkan.

“Saya mendapat arahan tersebut kira-kira pukul 2 petang tadi yang meminta supaya perhimpunan ini ditangguhkan atas sebab keselamatan negara.

“Jadi kita terpaksa akur dengan arahan tersebut dan pada masa sama menghindari daripada fitnah yang dilemparkan sebelum ini,” katanya.

Salahuddin berkata PAS tidak menghalang untuk mengadakan perbincangan yang memberi sumbangan kepada orang Melayu bukan perhimpunan untuk membangkitkan semangat dan kesedaran tentang peristiwa 13 Mei.

“Kita tidak halang sebarang program yang boleh menganjak pemikiran orang Melayu melalui pentas-pentas ilmu dan motivasi yang boleh memberi impak kepada mereka.

“Selain itu, perbincangan yang diadakan perlu mempunyai intipati yang boleh menyumbang kepada masa depan negara, orang Melayu dan bangsa lain.

“Tetapi jika program ini mengenai perbincangan untuk membangkitkan semangat 13 Mei itu yang kita tentang kerana ia boleh beri kesan buruk kepada perpaduan selain bertentangan dengan semangat keharmonian negara,” katanya.

Kira-kira 10,000 orang termasuk anggota 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dijangka bakal menyertai program “Melayu Bangkit” untuk membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perancangan ke arah penyatuan orang Melayu secara khusus.

“Tindakan Gertak yang membuat perhimpunan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah 13 Mei adalah tidak relevan dengan semangat yang diamalkan sekarang.

“Kita sudah berada di abad ke-21, itu bukan pemikiran orang sekarang yang sepatutnya lebih bijak berfikir,” kata Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Beliau mengadakan sidang media membantah penganjuran program itu di ibu negara kelmarin.

Dewan Pemuda PAS Terengganu membuat laporan polis semalam berhubung penganjuran program itu.

Dalam pada itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata keputusan Gertak semalam untuk menangguhkan pertemuan hari ini adalah satu berita baik.

“Kesemua rakyat Malaysia harus sensitif dengan perasaan orang lain.

“Kita mesti sensitif dengan perkara-perkara tertentu... yang mengingatkan kita tentang pengalaman pahit masa lalu, peristiwa hitam 13 Mei,” kata beliau ketika dihubungi.

Kata beliau, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan boleh mengadakan pertemuan mereka.

“Kami tiada masalah dengan itu. Kami hanya bimbang dengan program yang berkaitan dengan peristiwa 13 Mei,” katanya.

Setiausaha Agung MIC S. Murugessan memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya gembira dengan keputusan menangguhkan pertemuan itu.

“Kami masih mengutuk program itu kerana perkara perbincangan masih sama. Jika mereka mahu bercakap mengenai isu 13 Mei dan mahu mendidik orang ramai, mereka seharusnya bercakap mengenai perpaduan bersama kesemua kaum,” katanya.

“Bagaimanapun buat masa sekarang, kami akan menunggu dan melihat konteks perancangan mereka untuk meneruskan pertemuan itu,” katanya. -TMI


Perhimpunan 13 Mei Tindakan Terdesak Umno Tarik Undi Melayu

Kerajaan Umno-Barisan Nasional terbukti begitu terdesak untuk meraih kembali sokongan rakyat khususnya kaum Melayu sehingga sanggup menggunakan sentimen perkauman sempit sebagai senjata terakhir untuk memenuhi kepentingan politik mereka.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengulas demikian ekoran laporan Utusan Malaysia Isnin lalu berhubung cadangan kira-kira 10,000 orang termasuk ahli 45 pertubuhan bukan kerajaan pro-Melayu menyertai program 'Melayu Bangkit' anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak 13 Mei ini.

Menurut Salahuddin, Pakatan Rakyat membantah penganjuran program berkenaan kerana ia bakal mengancam keselamatan dan keharmonian hidup rakyat berbilang kaum di mana pemilihan tarikh tersebut merupakan perkara yang dirancang untuk mengembalikan sejarah tragedi rusuhan antara kaum pada 1969.

Pengerusi Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak), Razali Idris dilaporkan sebagai berkata, tarikh 13 Mei dipilih untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku empat dekad lalu.

"Ini satu kenyataan yang serius yang menyebut secara nyata dan terang memilih tarikh tersebut sebagai satu tarikh untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

"Ia merupakan suatu perkara yang tidak sihat, tidak perlu dan tidak wajar untuk diwujudkan dan diadakan di persada tanah air kita setelah merdeka lebih 50 tahun.

"Dan di saat Perdana Menteri bercakap tentang 1Malaysia yang menggunakan khidmat Apco membayar RM77 juta namun masih lagi nak membangkitkan satu peristiwa atau program yang sangat berunsurkan perkauman yang tidak sepatutnya wujud lagi," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.

Salahuddin juga menegaskan Pakatan Rakyat khususnya PAS menolak perbuatan segerombolan pihak tidak bertanggungjawab ini kerana perkara tersebut adalah bertentangan dengan perjuangan untuk membela semua kaum.

"PAS memandang kenyataan ini sebagai amat tidak bertamadun yang bertentangan dengan semangat yang kita bina dalam negara apatah lagi atas nama Pakatan Rakyat, kita mahu satu Malaysia yang lebih baik, adil dan saksama kepada semua kaum, semua agama tetapi tiba-tiba masih ada lagi kumpulan yang pada hari ini ingin menggunakan peristiwa berdarah 13 Mei itu untuk membangkitkan tragedi yang tidak sepatutnya diingini rakyat.

"Bukan sekadar orang Melayu, Cina mahupun India malah semua manusia yang bertamadun tidak akan membenarkan lagi peristiwa ini berlaku lagi dalam negara ini," katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat bangkit dan menyedari tentang kewujudan kumpulan yang menyumbang tercetusnya kepada kacau-bilau dalam negara.

"Mereka perlu untuk diberitahu bahawa inilah kumpulan yang sangat berbahaya dan sangat perlu dijauhi oleh rakyat Malaysia pada hari ini.

"Kalau setakat nak bincang tentang DEB (Dasar Ekonomi Baru), nak bincang tentang masa depan orang Melayu tidak menjadi satu kesalahan tetapi bukan forumnya kita mewujudkan satu program dengan niat begitu jelas yang dibangkitkan oleh pengerusinya memilih 13 Mei itu dan menyebut tarikh itu untuk membangkitkan semangat orang Melayu.

Beliau juga bimbang IIIM Terengganu dipergunakan untuk politik sempit Umno-BN.

"Saya sangat aktif dengan IIM dan banyak perkara yang dibangkitkan dalam IIM. Tapi IIM Terengganu dilibatkan dalam program yang sangat sempit dan ekstrim ini.

"Jadi saya minta Presiden IIM, Datuk Dr Mohd Tap Salleh mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap IIM Terengganu yang boleh dipergunakan oleh puak-puak yang ekstrim ini kerana saya yakin di belakang program ini adalah Umno."

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pula bertegas supaya program itu dibatalkan.

Menurutnya, pengajuran program berkenaan jelas melibatkan Unit Perancang Ekonomi di bawah Kerajaan Negeri Terengganu.

Beliau juga mempersoalkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dijangka akan menghadiri program itu.

"Saya nak tanya Mahathir, adakah dia nak hidupkan kembali semangat perkauman ini? Dia sebagai negarawan, nak hadir ke program sebegini. Ini yang amat dikesalkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Fariz Musa ketika dihubungi berkata, penganjuran program berkenaan bertujuan untuk membangkitkan sentimen perkauman di kalangan melayu yang berupa mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

"Gertak jelas didalangi Umno kerana pimpinannya merupakan pemimpin Umno. Jadi sebab itu mereka menganjurkan program bagi membakar sentimen perkauman di kalangan orang Melayu.

"Ini menunjukkan Umno sudah semakin terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dalam keadaan di mana orang Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada mereka.

Katanya, perkara itu juga menunjukkan gagasan 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal apabila Umno secara berterusan memainkan isu-isu perkauman demi kepentingan politik sempit mereka.

"Ini juga menunjukkan gagasan 1Malaysia telah gagal mewujudkan keharmonian kaum dan hanya digunakan sebagai sandiwara demi menjaga kepentingan politik Umno. Umno menjadi dalang dan bayang-bayang dalam penganjuran perhimpunan ini dengan meletakkan Gertak di hadapan. Kita mahu Umno dan NGO terbabit untuk hentikan perhimpunan itu kerana ia mampu mencetuskan keadaan huru hara dan menganggu gugat keharmonian kaum di negara kita," ujarnya. -SK



MCA dan Gerakan selar program "Melayu Bangkit"

MCA dan Gerakan menyelar program "Melayu Bangkit" yang bakal diadakan pada 13 Mei di Terengganu, malah MCA menggesa agar pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Jelas, seruan Presiden MCA, Chua Soi Lek ditujukan kepada pemimpin UMNO, agar berpegang kepada gagasan "1Malaysia" yang dijanjikan kepada rakyat. Namun, ketika ditanya semalam dalam sidang media, seandainya terdapat pemimpin yang tetap mahu hadir, Chua Soi Lek menjawab, biarpun kehadiran seseorang mungkin tidak membawa kesan negatif yang besar, tetapi cukup untuk rakyat menilai kelakuan pemimpin tersebut.

Timbalan Presiden Gerakan, Chang Ko Youn pula menggesa agar kerajaan campur tangan untuk menghalang perhimpunan 13 Mei yang berunsur perkauman oleh mana-mana pertubuhan, agar keharmonian antara kaum tidak dijejaskan.

Sambil mengakui bahawa tanggal 13 Mei sebagai detik yang bersejarah, Chang Ko Younmencadangkan ianya harus diperingati dengan bertitik tolak dari perspektif memupuk persefahaman antara kaum, dan bukannya menguar-uarkan marginisasi sesesuatu kaum.

Malah, Chang Ko Youn mempertikaikan, "Kita sering berkata bahawa jangan mengulangi sejarah, namun kita tidak pernah menghormati sejarah, sebaliknya menggunakan sejarah untuk mengancam dan menakut-nakutkan rakyat. Jadi, bagaimana kita mengambil iktibar dari sejarah?"

Pemuda KLSCAH desak PM nyatakan pendirian

Selain itu, pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor yang juga kecewa dengan perhimpunan ini mendesak agar Perdana Menteri Najib Razak dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said untuk menyatakan pendirian mereka, sama ada mereka menyokong atau tidak perhimpunan tersebut.

Ketua Pemuda KLSCAH Ng Chong Soon menganggap perhimpunan yang dianjurkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) ini bertentangan dengan konsep "1Malaysia" yang disarankan oleh PM.

Malah, Ng Chong Soon juga memuji keputusan pemimpin PAS untuk tidak menyokong perhimpunan perkauman tersebut, sebagai kelakuan yang harus diteladani oleh pemimpin politik yang lain.

Dalam satu kenyataan semalam, Ng Chong Soon (gambar kiri) berpandangan bahawa semua isu semasa seperti kenaikan harga barangan, kemelesetan ekonomi, keganasan polis, pencemaran alam sekitar dan lain-lain adalah masalah yang mempengaruhi kehidupan rakyat tanpa mengira kaum atau agama, dan semua slogan berunsur perkauman seperti "Melayu Bangkit", "Cina Bersatu" ataupun apa jua slogan perkauman adalah slogan yang mengelirukan rakyat serta selalu dipermainkan oleh ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab.

Akhirnya, Pemuda KLSCAH menyeru agar semua rakyat bangkit dan menyokong nilai-nilai pluralisme serta hak asasi manusia dan menolak sebarang slogan dan perhimpunan yang berunsur berperkauman.

*Perhimpunan "Melayu Bangkit" telah dibatalkan setelah menerima arahan pimpinan tertinggi negara, menurut Pengerusi GERTAK, Razali Idris. -FMT

Saiful: 'Jangan Ugut Saya'

Saksi utama yang juga pengadu dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata beliau silap mentafsirkan soalan wartawan apabila diajukan sama ada ini kali pertama dia diliwat.

Sebelum itu, selepas hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah menolak permohonannya untuk menangguhkan prosiding sementara menunggu keputusan rayuan, peguambela Karpal Singh menunjukkan saiful sebuah artikel di Malaysiakini yang bertarikh 15 Ogos 2008 dengan tajuk 'Saya diliwat tanpa rela'.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah.

Namun, Mohd Zabidin menolak bantahan itu dan membenarkan Karpal untuk meneruskan soal balasnya. Saiful kemudiannya diminta membaca laporan itu secara senyap.

Laporan bertarikh 15 Ogos 2008 ini adalah berdasarkan sidang akhbar yang diadakan oleh Saiful selepas beliau bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa dia diliwat oleh Anwar.

Selepas Saiful selesai membaca laporan Malaysiakini yang agak panjang itu, Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?

Saiful menjawap: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap interpret soalan.."

Berikut transkrip wawancara Malaysiakini dengan Saiful.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

Karpal kemudiannya terus mengasak Saiful.

Karpal: Ada bahagian lain artikel itu betul?

Saiful: Jangan ugut saya.

Karpal: Yang lain benar? Mengapa awak begitu takut?

Saiful: Saya tidak boleh mengesahkan ia betul. Saya tidak boleh mengesahkan artikel itu 100 peratus betul.

Anwar, 63, dituduh meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.

Zambry Sudah Habis Modal, Pelawa Pemuda PAS Masuk Umno


Menteri Besar Perak yang disahkan di Mahkamah, Zambry Abdul Kadir nampaknya sudah kehabisan modal dengan melakukan sesuatu yang sangat tidak masuk akal bila mempelawa Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti dan menyertai Umno dengan alasan Pemuda PAS ada minat yang tinggi terhadap Umno sejak kebelakangan ini.

Zambry berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan Umno dan dengan alasan itu Zambry mengatakan "mereka berminat kepada Umno".

Sebenarnya Zambry diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa Umno Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat Umno Cawangan tidak mendapat sambutan, kenapa pula sampai sejauh itu Zambry mengelamun , malah tidak menjawab soalan sebenar dari wartawan. Berikut adalah beberapa kenyataan saya dalam perkara berkaitan.

1. Saya sangat terkejut dengan kenyataan Zambry yang saya sifatkan sebagai sangat terdesak dan kehabisan modal untuk bercakap bila mengajak Pemuda PAS untuk masuk UMNO sedangkan apa yang dikeluarkan dalam banyak kenyataan Pemuda PAS selama ini bukan bermasud Pemuda PAS minat kepada UMNO, tetapi saya tegaskan adalah kenyataan-kenyataan yang menyatakan kebencian dan jijiknya UMNO dimata sayap kanan Parti PAS.

2. Sesunggunya pemuda PAS telah melalui proses tarbiyah yang terancang dan telah disusun rapi oleh PAS bagi memastikan mereka dihiasi dengan akhlak Islam dan jauh sekali untuk mencium "bau busuk UMNO" yang memiliki kepimpinan yang jauh sekali dari akhlak Islam.

3. Adakah kerana baru sekali mengadakan "usrah" dikediamannya Zambry sudah naik perasan sudah jadi pemimpin gerakan Islam dan lebih baik dari PAS. Kalau baru sekali Usrah sudah perasan jadi baik, bagaimana pula yang ada pada Pemuda PAS yang setiap minggu berusrah tentunya jauh kedepan dari Zambry yang baru melakukan Usrah. itupun saya yakin kerja sebeigitu adalah diluar kotak pemikiran UMNO yang Sekular itu.

4. Sepatutnya Zambry sedar golongan muda di Perak dan Malaysia amnya semakin benci dan muak kepada pemimpin UMNO yang menjadi "makluk perosak" di Malaysia. Selepas dibuktikan bersekongkol dengan yahudi laknatullah , menggadaikan Blok L dan M kepada Brunei dengan kerugian RM 320 Billion, sekali lagi malang datang lagi untuk golongan pemuda di Malaysia bila judi bolasepak diberikan lesen secara sah oleh menteri kewangan kepada Syarikat Berjaya.

5. Tidakkah pemimpin UMNO sedar bahawa indek dalam apa saja kegiatan salah laku dan jeyaah dijuarai oleh anak-anak muda Melayu, sedangkan pemimpin UMNO semacam membenarkan mereka rosak serosaknya, bila kegiatan sukan yang sihat itupun dibenarkan dalam bentuk perjudian di lebih 200 kedai TOTO seluruh negara bermula hari ini, saya tidak dapat bayangkan dosa yang tertanggug oleh Pemimpin UMNO yang membenarkan judi yang jelas haram disisi Islam. Malah menyokong UMNO berarti menyokong Judi yang "dihalalkan" dengan lesen oleh UMNO.

6. Kalau begitulah, sebenarnya Zambry selepas mengadakan usrah mestilah menyuruh Pemuda UMNO untuk masuk PAS untuk mengelakkan mereka terus dirosakkan oleh Pemimpin UMNO. Kedudukan UMNO yang bukan lagi penyelamat kepada Agama Islam dan bangsa Melayu mengesahkan bahawa UMNO mestilah ditinggalkan secapat mungkin.

7. Kerana itu saya mengesahkan bahawa Pemuda PAS memang berminat kepada UMNO, tetapi berminat untuk menyaksikan ianya cepat dikuburkan dibumi tercinta ini. Selamat tinggal UMNO !


Drs Khalil Idham Lim,
Ketua Penerangan PAS Perak,
Adun Titi Serong.

MP Kapar kecewa, tolak Selcat siasat dakwaan rasuah

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam tetap dengan berpendirian dakwaan rasuah dalam anak syarikat kerajaan negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas perniagaan pasir, Kumpulan Semesta Sdn Bhd patut disiasat oleh sebuah badan bebas.

Dengan nada kecewa, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR itu berkata, beliau sebenarnya telah mengharapkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim akan menubuhkan sebuah badan bebas, tetapi memutuskan untuk merujuk isu berkenaan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

“Secara peribadi saya tidak yakin dengan Selcat... saya mahukan sebuah badan bebas, saya kekal dengan pendirian saya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider pagi ini sambil mempersoalkan bagaimana hendak menyiasat kes membabitkan “orang dalam sendiri” oleh sebuah badan dalaman negeri.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut maksud “orang dalaman sendiri” kecuali mengatakan ia membabitkan pegawai atasan syarikat itu.

“Dalam kes-kes melibatkan anggota polis, kita sentiasa menuntut agar diadakan sebuah badan bebas untuk menyiasat dakwaan dengan bebas dan adil.

“Tetapi dalam kes ini, kita menggunakan Selcat... mana boleh kita mengharapkan ketelusan?” katanya.

Manikavasagam (gambar) berkata beliau akan mengadakan pertemuan semula dengan rakan-rakan Ahli Parlimen yang kelmarin menggesa kerajaan negeri menubuhkan sebuah badan siasatan bebas dalam isu ini.

“Saya akan jumpa mereka hari ini dan kami akan membuat keputusan nanti,” katanya.

Mengenai alasannya menolak Selcat, kata wakil rakyat itu, pada pertemuan semalam Menteri Besar memberikan pandangan bahawa akan mengadakan sebuah badan “seakan Selcat”, bukannya memberi peranan menyiasat kepada Selcat.

Selain itu, Manikavasagam menegaskan, sekiranya Selcat terus diberi amanah untuk menyiasat kes tersebut, beliau tidak mahu Speaker Dewan Undangan Negeri Teng Chang Khim mengetuai siasatan berkenaan atas alasan “konflik peribadi” mereka.

Beliau merujuk kepada isu masalah terminal bas di Klang awal tahun lalu.

Ketika itu Teng didakwa menuduh wakil rakyat itu berlagak sebagai “pembangkang dan pembohong” dalam isu bantahan pemindahan Terminal Bas Klang Utara yang berusia 50 tahun.

“Saya tidak mahu Teng, saya tidak yakin dengan Teng,” kata beliau dengan mengesyorkan orang lain termasuk kemungkinan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Haniza Mohamed Talha yang juga Adun Taman Medan sebagai pengerusi siasatan Selcat.

Semalam, Khalid berkata kerajaan negeri berharap Selcat yang dipengerusikan oleh Teng akan dapat bertindak segera mengenai dakwaan itu supaya satu sesi pendengaran awam dapat dijalankan.

“Kerajaan negeri memberi arahan kepada semua kakitangan jabatan kerajaan dan pegawai Kumpulan Semesta untuk memberikan kerjasama penuh kepada Selcat dalam pendengaran itu,” katanya.

Kata beliau, jemaah Exco berpendapat Selcat adalah forum terbaik untuk membincangkan dakwaan ini kerana ia dilakukan secara terbuka dan maklumat serta fakta yang diberikan tidak disembunyikan dari pengetahuan umum.

Khalid berkata, keputusan merujuk dakwaan rasuah itu kepada Selcat dibuat setelah beliau menerima dan meneliti aduan rasmi yang dikemukakan oleh Manikavasagam sendiri dalam satu pertemuan pagi semalam.

Manikavasagam juga membuat laporan polis berhubung dakwaan itu semalam.

Ahli Parlimen itu berkata, Khalid yang juga Pengerusi PKR Selangor telah menerima dan meneliti dokumen-dokumen mengenai dakwaan rasuah itu yang diterimanya daripada dua “orang dalam” Kumpulan Semesta dan seorang kontraktor.

Kes Saiful: Penangguhan Prosiding Ditolak - Perbicaraan Kes Diteruskan...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan penangguhan prosiding yang dikemukakan oleh peguambela Karpal Singh sementara menunggu keputusan rayuan.

Menurut hakim, Datuk Mohamad Zaibidin Mohd Diah, tidak ada alasan istimewa bagi menangguhkan prosding sambil berkata keputusannya semalam adalah sesuatu yang mengikut procedure dan non-appeable(tidak boleh dirayu).

Justeru, katanya, perbicaraan mesti disambung.

Pagi tadi, sebaik sahaja sessi mahkamah bermula, Karpal memohon prosiding perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditangguhkan.

"Prosiding sepatutnya ditangguhkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan,” kata Karpal.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden membantah permohonan penangguhan prosiding itu sementara menunggu keputusan rayuan.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat semasa prosiding berjalan adalah non-appeabledan alasan rayuan ada merit adalah tidak relevan.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan peguam Karpal bagi mendapatkan kenyataan beramaran daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang diberikannya kepada polis.

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memerlukan keterangan itu kerana terdapat percanggahan antara keterangannya kepada polis dan pertuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.

Karpal berkata Saiful, dalam keterangannya kepada polis dan keterangannya di mahkamah, menyatakan dakwaan liwat itu dilakukan tanpa kerelaannya manakala pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan adalah persetubuhan yang dipersetujui.

Mohamad Zabidin, bagaiamanpun menolaknya dengan alasan tidak ada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan keterangannya di mahkamah, dan terpulang kepada peguam negara untuk menetapkan pertuduhan terhadap seseorang itu.

Lulus Judi & Konsert: Demonstrasi Aman Selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru Esok...

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengajak seluruh anggota Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, NGO dan rakyat keseluruhannya, khususnya di sekitar Lembah Klang untuk menyertai satu demonstrasi aman di Masjid Jamek Kampung Baru di sini, esok.

Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, demonstrasi aman selepas solat Jumaat itu diadakan bagi membantah sikap Kerajaan Malaysia yang enggan membatalkan kelulusan lesen judi Piala Dunia dan Konsert 12 jam Pitbull.

Katanya, walaupun pelbagai pihak telah menyuarakan bantahan, namun kerajaan berdegil untuk meluluskan dua agenda gejala sosial yang pastinya memberikan impak yang negatif kepada rakyat di negara ini.

Tegasnya, rakyat tidak boleh duduk diam dan memerhatikan pemimpin negara membuat keputusan yang jelas melanggar hukum Islam dan norma agama-agama lain.

“Kelulusan ini adalah satu penghinaan kepada nilai-nilai tatasusila rukun negara dan satu kebiadapan kepada perintah Allah SWT.

“Justeru itu, DPPWP mengajak semua pihak untuk hadir ke demonstrasi ini sebagai menunjukkan ketegasan rakyat menolak sikap buta tuli pemimpin negara,” ujarnya.

Beliau berharap semoga pemimpin negara mengambil sikap yang lebih serius terhadap pandangan rakyat.

Lagi 15 Hari... Ramai Sangat Yang Akan Sertai PAS di Kedah.. Ada Kejutan... Tunggu..

PAS kawasan Alor Star menjangkakan lebih ramai lagi ahli akar umbi Umno di situ akan keluar parti menyertai PAS menjelang 28 Mei ini.

Ketua penerangan PAS kawasan berkenaan, Zulkifli Yahaya menjangka kira-kira 23 ahli Umno di Taman Wira Mergong - yang terletak dalam bahagian Alor Star - akan menyertai parti itu pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan sama ada mereka itu ahli biasa atau memegang jawatan terpenting dalam Umno.

Katanya, mereka bakal menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada ADUN Alor Mengkudu - yang merupakan ADUN angkat bagi kawasan Mergong.

"Kebanyakan mereka adalah dari kalangan ahli Pemuda (Umno) di taman itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Beliau mendakwa kebanyakan mereka telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Umno di Kedah.

Umno bahagian Alor Star diketuai oleh Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Zulkifli berkata blog pro-PAS - Kedahlanie - turut menyiarkan perkara itu.

Sebelum ini, 65 ahli Umno dari Taman Wira Mergong telah menyertai PAS Mac lalu.

Ia diikuti oleh 55
ahli Umno dari DUN Alor Mengkudu yang bertindak keluar parti dan menyertai PAS.

"Tunggu, kita tak mahu umum awal. Nanti depa (mereka) lari kacau pulak," kata Zulkifli lagi.

PAS Alor Star setakat ini mempunyai 50 cawangan - bertambah lapan cawangan selepas pilihan raya umum Mac 2008.

LAGI KRONI MUSA AMAN DIBERKAS SPRM!


Oleh: SHAKILA AMIR HASSIM

PENANGKAPAN kroni ketiga Ketua Menteri Sabah, iaitu C.L Tan yang menjadi Pengarah Fast Progress Sdn Bhd begitu mengejutkan semua pembalak, terutama selepas penangkapan Freedy Lim dan Andrew Lim yang diterbangkan terus daripada Kota Kinabalu ke Putrajaya; membenarkan khabar angin yang tersebar sebelum ini bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi berada di dalam ‘kocek’ Musa Aman.

Mengikut Siasatan Sabahkini.net, Fast Progress Sdn.Bhd diberikan konsesi pembalakan di kawasan Yayasan Sabah di Kup YL1/00, YL1/01, YS1/01 dan YS2/01.

CL Tan telah ditangkap di Kuala Lumpur pada pagi 12 Mei 2010 kerana CL Tan dituduh bersama dengan Ngui Ing Chuan yang telah membayar sejumlah besar wang sehingga mencapai RM20 hingga RM30 juta kepada Ketua Menteri Sabah itu melalui kroni Musa Aman, Mazlan Zakaria.

Mazlan Zakaria sebelum ini hanyalah ‘Bell Boy’ di Hotel Hilton sebelum diambil Musa Aman sebagai Proksi dan Kroni empayar perniagaannya. Mazlan akan memasukkan semua wang rasuah yang diterima Musa Aman kepada Peguam yang bernama Richard Barnes; yang bertindak menyuci wang tersebut melalui Datuk Nasir Yeo yang akan menyimpan dan memasukan semula wang tersebut ke akaun Musa Aman di UBS AG, Hong Kong dan Citibank, Singapura.

Manakala Ngui Ing Chuan yang selama ini digelar ‘Bapa’ oleh semua pembalak kerana member pinjaman mudah kepada ramai pembalak, juga telah ditangkap oleh SPRM pada 4 Februari 2010 semasa kembali dari Hong Kong untuk merayakan Tahun Baru Cina.

Ngui Ing Chuan mempunyai syarikat, Borion Enterprise Limited yang berpangkalan di Hong Kong dan melalui Borion telah menyuci dan menyeludup ratusan juta ringgit daripada Malaysia.

Borion adalah antara Syarikat terunggul mencuci wang untuk pembalak di Sabah dan Sarawak. Ngui Ing Chuan telah melantik seorang yang bernama Wong Sin Onn di Tawau untuk menolong beliau menyeludup balak, wang dan menyuci wang.

Wong Sin Onn melalui Megabig Trading Sdn Bhd di Sabah telah menyuci beratus juta wang dari Sabah dan Sarawak ke Hong Kong. Sebahagian wang yang telah dicuci ke Hong Kong juga dimasukkan kembali ke Malaysia sebagai Direct Foreign Investment/ DFI dan melabur di sebuah Kilang Plywood di Seguntor, Sandakan milik Megabig Enterprise Sdn Bhd.

Ngui Ing Chuan dan Wong Sin Onn telah berjaya ‘menutup mata’ kesemua agensi kerajaan yang kononnya pelaburan yang diterima daripada Hong Kong adalah Direct Foreign Investment/DFI.

Menurut maklumat dalaman SPRM, selepas penangkapan Ng Ing Chuan, Freddy Lim, Andrew Lim dan CL Tan, ramai lagi kroni Musa Aman dijangka diberkas SPRM sebelum mereka dihadapkan ke Mahkamah secara serentak atas tuduhan menjalankan kegiatan Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan.

Penangkapan ramai kroni Musa Aman ini akan memberi kesan kepada imej Kerajaan Negeri Sabah yang dilindungi Perdana Menteri Malaysia sebelum ini yang digelar ‘Mr Clean’ sebelum bertukar kepada ‘Vacuum Cleaner’, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Usaha Musa Aman untuk ‘membeli’ Perdana Menteri 1Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak melalui penganugerahan pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) kepada Datuk Seri Rosmah Mansur ternyata gagal kerana Najib tidak teruja dengan anugerah yang diberikan kepada isterinya; malah meneruskan ‘Dasar Pembersihan Dalam Pentadbiran Kerajaan’ dengan mengarahkan SPRM mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin UMNO yang rasuah dan menyalahguna kuasa.

Kesungguhan dan kecekapan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Abu Kassim Mohammad dan Timbalannya, Datuk Mohd Shukri Abdull memberi kekuatan baru kepada SPRM yang sebelum ini menerima pelbagai tohmahan dan dijangka akan memberikan sinar baru dalam usaha membebaskan Malaysia daripada kancah rasuah.

SUMBER

Bood Bye..Memori Gelap 13 Mei - Mengapa Perlu Diungkit??

Lebih empat dekad peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berlalu. Sejak sekian lama, dihantui oleh memori ngeri tragedi hitam tersebut.

Esok genap 41 tahun berlakunya insiden keganasan rusuhan kaum di mana di ibunegara Kuala Lumpur. Dan, mereka yang ditemuiMalaysiakini, sekata bahawa sudah tiba masanya untuk mereka melangkah meninggalkan memori hitam itu.

Ahli-ahli politik dari semasa ke semasa menggunakan taktik untuk menakutkan rakyat dengan menyatakan bahawa ancaman seperti rusuhan kaum boleh berulang dan seterusnya menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara.

Dari sudut lain pula, ini juga membawa kepada langkah untuk memperkukuhkan lagi undang-undang seperti Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Peristiwa itu juga melahirkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971 bagi dianggap sebagai jalan penyelesaian kepada masalah ketegangan kaum yang dicetuskan oleh pengagihan tidak saksama kekayaan negara antara pelbagai kaum, khususnya kaum Cina dan Melayu.

Seorang saksi kejadian yang menyaksikan peristiwa berdarah itu ketika berumur 18 tahun memberitahu Malaysiakini, bahawa keadaan sudah berubah dan hubungan antara semua kaum juga kini semakin baik.

"Pembangkang pun sudah bergabung dan hubungan kaum telah menjadi lebih erat," kata seorang peniaga di Kampung Baru yang berusia 59 tahun.

Dengan mengambil contoh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, peniaga itu berkata, mursyidul am PAS dan tokok agama itu, kini boleh "makan-makan" dengan orang Cina daripada DAP.

Katanya, contoh yang ditunjukkan oleh menteri besar Kelantan itu memberi kesan kepada masyarakat, di samping menunjukkan bahawa sikap perkauman sudah berlalu,'

Satu lagi faktor mengapa tragedi 13 Mei tidak akan berulang lagi ialah kerana kini kebanyakan generasi muda tidak mengetahui mengenai peristiwa tersebut.

"Jika tahu pun mereka tidak berasa apa-apa kerana kurangnya semangat patriotik dan nasionalisme dalam diri mereka. Mereka hanya cuma mahu bekerja, mencari duit dan kemewahan kerana mereka tidak berada semasa kejadian itu dan tidak merasainya.

Sementara itu, seorang pekerja kedai alat ganti yang hanya mahudikenali sebagai Teoh berkata, beliau masih ingat peristiwa 40 tahun lalu yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Teoh, 67, berkata masih segar dalam ingatannya kereta yang lalu-lalang mundar-mandir ketika ketegangan kes tersebut.

"Ia sudah jadi sejarah. Semua ini sudah berubah sekarang," katanya.

Manakala seorang pelajar sekolah 17 tahun yang belum lahir ketika insiden tersebut berlaku, pula dilihat kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Menurut Mohd Hafizin, perbalahan kaum pada masa ini walaupun masih ada, ia tidak menonjol.

Namun begitu, tambahnya, jika dilihat pada kesan peristiwa 13 Mei, isu tersebut tidak relevan lagi dibangkitkan semupa pada pada zaman kini.

"Peristiwa ini tidak akan berlaku lagi kerana walaupun orang ramai tidak gembira (dengan sesuatu dasar), mereka tidak akan bertindak ganas lagi," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.